Tuesday, September 25, 2018

Jawapan YB Lim Guan Eng Pada Soalan2 Datuk Seri Najib Razak


Nampaknya Menteri Kewangan YB Lim Guan Eng masih tak berpuas hati dengan jawapan2 dan penelitian saya tentang hal ehwal ekonomi negara...

Oleh itu saya kemukakan soalan2 untuk bantu beliau dan orang awam memahami fakta dan kebenaran mengapa beliau tiba2 mahu menuding jari kepada saya...


Datuk Seri Najib Tanya, YB Lim Guan Eng Jawab



》Adakah benar kerajaan hilang RM30 bilion atau lebih bagi pendapatan tahun ini berikutan sifar GST selama 3 bulan serta pengenalan semula subsidi menyeluruh selepas PRU14...

Jawapan Guan Eng :



》Adakah benar tuntutan cukai input GST melonjak selepas GST di sifarkan pada Jun 2018...

Adakah benar Malaysia adalah satu2nya negara dalam sejarah dunia yang menghapuskan GST dan kembali kepada SST pada ketika lebih banyak negara beralih kepada GST bagi meningkatkan daya saing negara mereka...

Jawapan Guan Eng :



》Adakah benar juga bahawa ada barang yang naik harga selepas SST dilaksanakan...

Jawapan Guan Eng :



》Adakah benar harga petrol di Malaysia pada masa ini adalah lebih rendah dari Arab Saudi yang mengeluarkan 20 kali ganda minyak sehari berbanding Malaysia dan lebih rendah dari negara Teluk...

Jawapan Guan Eng :



》Adakah benar sejak PRU14, pelaburan terus asing (FDI) bagi suku kedua 2018 jatuh kepada RM2.84 bilion (iaitu pelaburan paling rendah sejak 2008) daripada RM11.98 bilion berbanding suku pertama dan RM8.66 bilion bagi tahun sebelumnya, pertumbuhan KDNK pada 4.5% bagi suku kedua 2018 adalah di bawah unjuran, nilai ringgit (RM) menyusut sebanyak 30 sen berbanding dolar Amerika (USD), berpuluh bilion ringgit pelaburan saham dan modal keluar dari Malaysia manakala Rizab Antarabangsa BNM menyusut dari USD$110 bilion setiap bulan kepada USD$103.9 bilion sehingga 15 September 2018...

Jawapan Guan Eng :



》Adakah benar tekanan utama terhadap kewangan negara tahun depan ialah kehilangan pendapatan RM40 bilion setahun berikutan penghapusan GST dan peningkatan subsidi pukal...

Jawapan Guan Eng :



Adakah benar pembatalan dan penangguhan pelbagai projek turut menyebabkan kehilangan pekerjaan baru dan sedia ada selain penyusutan pertumbuhan ekonomi menyebabkan ahli ekonomi menjangkakan negara akan terjerumus ke dalam kemelesetan tidak lama lagi...

Jawapan Guan Eng :




Adakah benar di sebalik dakwaan Pakatan Harapan bahawa Malaysia akan bankrap selama 10 tahun sebelum ini dan kononnya kerajaan terdahulu tak pandai mengurus ekonomi, BN secara konsisten berjaya mengurangkan defisit bajet setiap tahun, meningkatkan BR1M, meningkatkan gaji kakitangan awam dan gaji minimum serta mengekalkan pertumbuhan KDNK antara tertinggi di dunia termasuk mengatasi Singapura sejak 2011 manakala eksport meningkat setiap tahun...

Jawapan Guan Eng :




Adakah sebab inilah mengapa Guan Eng pada minggu lalu berkata ekonomi Malaysia masih kukuh dengan menyatakan 8 faktor kepada kenyataan itu...

Jawapan Guan Eng :




Adakah benar dengan menyalahkan saya dan kerajaan lalu adalah alasan paling mudah untuk di gunakan sebagai 'keputusan sukar' bagi bajet akan datang di mana di jangkakan bantuan untuk rakyat akan di hentikan, pinjaman kerajaan akan meningkat dan unjuran pertumbuhan ekonomi yang lebih rendah biarpun ia sebenarnya adalah akibat polisi, perancangan teruk dan salah tadbir anda sendiri yang menjadi penyebabnya...

Jawapan Guan Eng :



Adakah benar, sebagaimana pernah saya jelaskan dua kali sebelum ini, adalah mustahil wang di satukan kerajaaan hanya berbaki RM450 juta pada hujung April 2018 kerana sentiasa terdapat 'buffer' dua bulan sebagai penampan bayaran gaji dan pencen sekitar RM8 bilion sebulan dan saya pernah tanya dua kali kepada Guan Eng untuk beri jawapan pada jadual di bawah untuk tunjukkan kepada rakyat bagaimana ia berlaku namun tidak pernah di jawab...

Jawapan Guan Eng :





Adakah benar jika dakwaan anda benar sekalipun kononnya ia hanya berbaki RM450 juta pada hujung April 2018, anda mempunyai akses kepada akaun kerajaan dan dengan mudah untuk mendapatkan jawapan ke mana wang itu di belanjakan...

Kenapa tanya saya pula...

Jawapan Guan Eng :





Adakah benar di sebalik anda mendakwa lebih 1.5 juta orang akan terkesan dari tuntutan LHDN yang tidak di kembalikan, tiada seorang pun Ahli Parlimen Pakatan pernah menyuarakan isu ini sepanjang 10 tahun lalu dan tak pernah menjadi masalah namun tiba2 ia menjadi masalah...

Jawapan Guan Eng :




Adakah benar anda hanya mengetahui kononnya terdapat kelompongan RM35 bilion bagi tuntutan GST dan LHDN selepas 3 bulan anda menjadi menteri kewangan dan secara kebetulan selepas anda mengetahui terdapat lonjakan tinggi bagi tuntutan input GST selepas GST sifar pada Jun 2018...

Jawapan Guan Eng :




Adakah benar saya sudah bertanya berulangkali kepada anda untuk memulakan RCI terhadap 'kehilangan RM35 bilion' ini berikutan jumlahnya yang besar namun anda tidak berani beri jawapan...

Jawapan Guan Eng :




Adakah benar liabiliti kontijensi di laporkan secara telus setiap tahun termasuk di bawah akaun BNM dan ia sekaligus buktikan bahawa kerajaan lalu tak pernah sembunyikan sebarang hutang atau liabiliti kontijensi...

Jawapan Guan Eng :




Jika benar hutang negara adalah RM1 trilion sebagaimana dakwaan anda dan kita berada di pinggir krisis kewangan, mengapa kesemua agensi penarafan kewangan antarabangsa, IMF dan Bank Dunia berikan kita penarafan A...

Jawapan Guan Eng :




Beranikah anda menyatakan secara terbuka bahawa agensi penarafan kewangan antarabangsa itu semua serta IMF dan Bank Dunia tidak kompeten atau bersengkongkol dengan kerajaan lalu untuk menipu dunia...

Jawapan Guan Eng :




》Anda menyebut dalam kenyataan hari ini bahawa tiada kaitan antara harga minyak dan nilai Ringgit disebalik pelbagai kajian dan analisa menyatakan sebaliknya....



Mungkin anda terlalu malas untuk membaca, mungkin anda boleh rujuk kepada carta di atas (saya lukis kerana mungkin anda malas baca)...

Jawapan Guan Eng :




Guan Eng juga boleh baca tentang kaitan nilai Ringgit dengan harga minyak dunia di sini:
https://www.commoditytrademantra.com/…/is-there-a-relation…/

ataupun dari The Edge bulan Julai di sini:
http://www.theedgemarkets.com/…/state-nation-factors-move-r…

Banyak lagi rujukan boleh di cari jika Guan Eng benar2 mahu menambah pengetahuan beliau mengenai hubungan nilai ringgit dengan harga minyak...

Saya tahu Guan Eng tidak akan berani atau jujur untuk menjawab semua soalan2 di atas ini tetapi saya tetap mahu kemukakan agar rakyat faham...


Agak2 Siapa Doraemon...🤔🤔🤔

Selepas ini saya jangka Kit Siang akan mengeluarkan lagi banyak kenyataan akhbar untuk marah saya...



Tidak dapat di nafikan bahawa Guan Eng adalah ahli politik yang berbakat terutama dalam memutarbelit dan gemar menyalahkan orang lain dalam menyakinkan penyokongnya...

Tetapi ini adalah ekonomi sebenar yang berlandaskan kepada fakta angka sebenar dan akan memberi kesan kepada kehidupan 31 juta rakyat Malaysia selain masa depan negara ini...

Tiada sekelumit putar belit pun akan membantu anda jika pengurusan serta polisi anda teruk...

No comments:

Post a Comment

Sila komen mengikut tajuk yang dibincangkan. Komen yang lari tajuk dan tidak sopan boleh ditahan siaran serta diban jika melampau sangat.