Thursday, August 30, 2018

Forest City : Dendam Mahathir Letak Malaysia Pada Risiko Geopolitik Dan Keselamatan

FOREST CITY DAN SULTAN JOHOR DALAM PERANG MAHATHIR - CHINA  


Kontroversi hubungan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir dengan China kini terus panas apabila beliau hari ini mengisytiharkan bahawa warga asing tidak akan di benarkan untuk membeli dan tinggal di kediaman Forest City, Johor...

Tindakan ini bakal memberi kesan kepada ribuan pembeli warga China...


Malah projek yang bernilai kira2 RM400 bilion itu turut melibatkan Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor Sultan Ibrahim Ismail...

Pemilikan DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ismail dalam projek Forest City di laporkan wartawan MalaysiaKini, Nigel Aw dalam laporan bertarikh 14 Julai 2014 yang bertajuk 'The Case Of Forest City And The Johor Sultan'... manakala dalam edisi Bahasa Melayu bertajuk 'Al Kisah Forest City Dan Sultan Johor'... 
Sebanyak 66 % pegangan CGPV di kuasai oleh 3 syarikat gergasi China iaitu Country Garden Waterfront Sdn Bhd, Country Garden Danga Bay Sdn Bhd, dan Country Garden Real Estate Sdn Bhd...


Baki 34 % pegangan CGPV di miliki Kerajaan Negeri Johor iaitu Esplanade Danga 88 Sdn Bhd...

Baginda Sultan Ibrahim merupakan pemilik saham terbesar Esplanade Danga 88 Sdn Bhd, dengan kawalan pegangan 64.4 % syarikat berkenaan...


Kerajaan Negeri Johor melalui Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ) pula menguasai sekitar 20 % saham dalam syarikat tersebut...

Projek raksasa yang di bangunkan Country Garden Holdings Co. tersebut menyediakan kira2 700,000 unit kediaman di mana antara pembeli majoritinya (70%) adalah dari China menerusi skim 'Malaysia My Second Home' @ MM2H...

Malah Tun Mahathir turut menegaskan bahawa  tiada sebarang visa akan di berikan kepada warga asing yang membeli kediaman di Forest City untuk tinggal di negara ini...

Hal ini bermakna bahawa ribuan pembeli dari China tidak akan di benarkan untuk mendiami kediaman yang telah mereka beli di Johor...

Adakah Keputusan Mahathir Ini Ekoran Layanan Kerajaan China Kepada Beliau Sewaktu Lawatan Rasmi Tempoh Hari

Tindakan agresif Mahathir ini di kaitkan dengan lawatan beliau ke China baru2 ini di mana beliau telah mengumumkan hasrat untuk membatalkan projek Laluan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) dan dua projek saluran paip trans-Sabah (TSGP) di Beijing...

Kemudiannya Mahathir mengatakan bahawa keputusan akhir pembatalan ECRL tertakluk pada jumlah pampasan yang perlu di bayar kerajaan kepada China pula...


Adakah langkah ini merupakan tindak balas Mahathir kepada China yang di katakan enggan mengalah kepada tuntutan beliau ketika lawatan ke sana minggu lalu?


Perlu di ketahui bahawa ketika lawatan Mahathir ke China, China turut telah menghantar kapal 'Coast Guard' mereka ke Zon Ekonomi Eksklusif milik Malaysia berhampiran Beting Patinggi Ali...

Tentera Laut Di Raja Malaysia (TLDM) menghantar dua buah kapal kelas Kedah iaitu KD Selangor dan KD Kelantan sebagai reaksi tindakbalas...


Malah Mahathir sebelum ini turut mengisytiharkan bahawa 'Tembok Besar China' di Kuantan perlu di robohkan (merujuk pada struktur projek Malaysia-China Kuantan Industrial Park - MCKIP)...

Apa yang pasti tindakan ini bakal memberi impak besar bukan sahaja ke atas projek Forest City...


Malah imej negara, hubungan Malaysia - China, dan secara khususnya hubungan Mahathir dan DYMM Sultan Johor...

Pertembungan antara Mahathir dengan Sultan Ibrahim pada hakikatnya telah berlangsung secara terbuka sejak awal tahun 2017 lagi apabila kedua2nya saling berbalas kenyataan...

Rujuk Sinar Harian :


Isu Forest City : Sultan Ibrahim Bidas Tun Mahathir

Dan...


Isu Forest City : Tun Mahathir Jawab Kenyataan Sultan Johor

DYMM Sultan Ibrahim mempertahankan projek Forest City sebagai peluang untuk membangunkan hartanah Johor di samping mengatakan bahawa projek berskala 2000 hektar terbabit adalah lot antarabangsa yang terbuka untuk di beli oleh sesiapa sahaja warga asing...

Bukannya dari China sahaja malah tiada beza dengan projek perumahan mewah di Selangor dan Pulau Pinang yang turut di jual kepada warga asing...

Mahathir pula mengkritik projek Forest City sebagai menggadai kedaulatan negara dengan anggaran 700,000 warga asing yang membeli kediaman di sana akan memperoleh kewarganegaraan sedangkan warga tempatan tidak berkemampuan sama sekali untuk memiliki kediaman tersebut...

Selain daripada kebimbangan demografi dengan kemungkinan kemasukan 700,000 warga asing (khususnya China di bawah skim Malaysia My Second Home MM2H) terdapat juga kebimbangan akan impak projek Forest City ke atas alam sekitar dan juga Pelabuhan Tanjung Pelepas...



Dari sudut pandang geopolitik, langkah pelaburan infrastruktur dan hartanah besar2an di luar negara oleh China ini adalah sebagai pelengkap kepada strategi agung (grand strategy) mereka iaitu Inisiatif OBOR (kini di kenali sebagai BRI)...

Perindustrian Maritim Malaysia Akan Mendapat Impak Negatif

Kebanyakan projek pelabuhan akan di gabungkan dengan penciptaan bandar2 satelit gergasi di Johor dan Melaka seperti Iskandar Malaysia di Johor dan Melaka Gateway yang turut di sertakan dengan pelabuhan yang baru di bina...


Di Melaka akan ada empat buah pulau buatan daripada tanah yang di tambak serta di bahagikan kepada :

》Pulau Pelancongan, Hiburan, dan Pembangunan Hartanah...

》Pulau Zon Ekonomi Perdagangan Bebas...

》Pulau Pelabuhan Melaka Gateway...

》Taman Perindustrian Maritim (Evers 2017)...

Hakikatnya projek Forest City sudah menjadi persoalan sejak tahun lalu apabila kerajaan China mengetatkan pengaliran modal keluar dari negara China...

Sekali gus memberi impak negatif ke atas pembelian kediaman Forest City dalam kalangan warga China...

Di tambah dengan langkah terbaru oleh Mahathir ini di jangka lebih banyak isu dan permasalahan yang akan timbul...

Bagaimana dengan pemilikan kediaman warga asing di Selangor dan Pulau Pinang?

Apakah masa depan projek Melaka Gateway?

Adakah imej kita akan merosot di mata dunia korporat kerana 'mengganggu' persetujuan pembelian warga China di Forest City?

Ataukah imej kita akan melonjak dengan laungan ketegasan mempertahankan kedaulatan tanah air?

Dari sudut politik dan geopolitik pula apa akan jadi pada hubungan Malaysia ~ China selepas ini?

Adakah China akan menghentikan projek mereka seperti projek Malaysia ~ China Kuantan Industrial Park (MCKIP)?

Adakah China akan menghukum kita dengan pampasan yang tinggi dalam kes pembatalan ECRL?

Bagaimana pula dengan hubungan Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor dan Mahathir susulan kes terbaru ini?


Walau apa pun alasannya, kerajaan PH mesti bijak menguruskan ketegangan hubungan dua hala yg mula memberikan kesan kepada rakyat Malaysia...

China ialah kuasa ekonomi kedua terbesar dunia  dan bukanlah tandingan kepada Malaysia walau dari sudut mana sekali pun...

Tidak pula bermaksud kita perlu menyerahkan segala2nya semata2 kerana mahu mengambil hati China...

Namun ketegasan tanpa ruang diplomasi bukanlah langkah yang bijak...

Janganlah kerana mahu menjaga 'reputasi' dan ego seorang pemimpin, lebih 30 juta rakyat Malaysia terpaksa menderita...

Ini bukan masanya untuk kita menang bersorak tapi akhirnya tanah air kita tergadai!!!

Semoga Allah peliharakan negara kita menjelang ulang tahun kemerdekaan ke-61 ini...


Kredit :

Abdul Muein Abadi
Pensyarah Program Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

No comments:

Post a Comment

Sila komen mengikut tajuk yang dibincangkan. Komen yang lari tajuk dan tidak sopan boleh ditahan siaran serta diban jika melampau sangat.