Monday, August 13, 2018

Dari LGBT, Mujahid Lebih Perlu Jelaskan Isu TH



Dalam kenyataan rasmi yg Lembaga Urusan dan Tabung Haji (TH) keluarkan bertarikh 12hb Ogos 2018, berkuatkuasa serta merta, semua jemaah haji persendirian yang tidak melalui TH atau menggunakan visa haji Furada terpaksa menguruskan sendiri segala urusan mereka bermula dari mendapatkan visa hingga penempatan di tanah suci...


Kenyataan ni di keluarkan berikutan keputusan Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi untuk meletakkan semua jemaah haji yang menggunakan visa furada setempat bagi memudahkan pengurusan mereka di tanah suci...

Keputusan Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi di lihat mempunyai pro dan kontra kepada jemaah haji...

Bagi kerajaan Arab Saudi, mungkin keputusan nie di ambil bagi tujuan memudahkan pengurusan jemaah haji di tanah suci...

Mungkin ada timbul masaalah sebelum ini dari jemaah2 haji dari negara lain yg pergi sendiri mcm masaalah kesihatan, penempatan, keselamatan dll yg menyebabkan keputusan nie kerajaan Arab Saudi buat...

Bagi jemaah2 haji yg pergi melalui saluran kerajaan mcm TH, segala2nya dah di uruskan dan kerajaan Arab Saudi sebagai tuan rumah tak payah pening kepala lagi...

Ekoran dari arahan terbaru kerajaan Arab Saudi, bagi jemaah yang pergi menerusi visa furada, pasti menimbulkan berbagai masaalah pada mereka mcm masaalah komunikasi sbb kebanyakan mereka kali pertama pergi ke tanah suci dan tentulah terpinga2 bila di biarkan bersendirian menguruskan keperluan mereka...

Jangan Menangguk Di Air Yang Keruh

Datuk Abu Becker Sidek

Pantas memberikan respon ialah pengerusi Pertubuhan Pejuang Rukunegara dan Perlembagaan, Datuk Abu Becker Sidek...

Abu Becker menggesa agar Lembaga Tabung Haji (TH) mengendalikan bakal jemaah Haji Visa Furada (visa urusan sendiri) sekali gus memudahkan peluang bakal jemaah yang kurang berkemampuan untuk mengerjakan ibadah haji tahun ini...

Menurutnya, TH di bawah kerajaan baharu sepatutnya lebih peka dan membantu memudahkan rakyat bukannya mengambil tindakan yang merugikan...

Pada pendapat beliau, mereka (jemaah haji visa furada) seperti di khianati oleh TH...

Peluang itu di rampas kerana TH menutup pintu mengendalikan jemaah Visa Furada,” katanya kepada Sinar Harian di temui di Lobi Menara TH...

Secara jujur, respon dari Abu Becker di lihat lebih kepada cubaan utk spin kepada isu masaalah pengurusan jemaah visa furada...

Macam melepas dendam yg terpendam...😜😜😜

Lagi pun ni bukan kali pertama Abu Becker keluarkan kenyataan 'mengelirukan' yang menyerang TH...

Takkan maslahah jemaah haji pun nak di ambil kesempatan...😉😉😉

Fahamkan baik2 apa yg berlaku...

Mana Perginya Menteri



Kerajaan Arab Saudi ialah tuanrumah yang mengeluarkan arahan...

TH cuma badan yg mewakili kerajaan Malaysia untuk menguruskan jemaah haji MESTI akur dengan arahan tuan rumah...

Hakikatnya, bila kerajaan Arab Saudi keluarkan kenyataan pada semua negara2 Islam, tu bermaksud dasar kerajaan Arab Saudi...

Permintaan pada pengecualian dasar yang dah di buat oleh sesebuah negara, tak boleh di buat pada peringkat pegawai...

Menteri bertanggungjawab mesti kemukakan permohonan rasmi pada kerajaan Arab Saudi agar di berikan pengecualian pd jemaah haji dari Malaysia berdasarkan pada rekod kebolehan dan prestasi baik TH dalam menguruskan jemaah haji...

Masaalahnya, menteri kita lebih mengutamakan 'berdiskusi' dengan aktivis LGBT dari menyelesaikan masaalah yang di hadapi oleh jemaah haji dari Malaysia...

Apakah Mujahid berpendapat bahawa membela nasib LGBT lebih penting dari keselesaan jemaah haji di tanah suci!!!

Kita harap Mujahid tak berpendirian begitu sebab kalau benar, sangat malanglah kita kerana mempunyai menteri yang tak tahu mana yang lebih utama untuk di selesaikan!!!

No comments:

Post a Comment

Sila komen mengikut tajuk yang dibincangkan. Komen yang lari tajuk dan tidak sopan boleh ditahan siaran serta diban jika melampau sangat.