Tapi kita percaya, bukan satu Malaysia jer terperanjat tapi kalau tak satu dunia, sekurang2nya satu Asia Tenggara mesti terperanjat...
Mungkin juga ada Jabatan Kastam luar negara yang dapat berita nie dengan tersenyum sumbing!!!
Dengan Bersenjatakan Kayu, Dadah Bernilai Rm 30 Juta Lesap
Modus operandi 'rompakan' tu lebih kurang macam nie :
- Sekitar jam 3.00 pagi, 10 orang dalam keadaan muka bertutup dan bersenjatakan kayu tiba di stor Cawangan Narkotik JKDM, Kg. Jijan, Nilai, Negeri Sembilan dengan menaiki 2 kereta pacuan 4 roda...
- Mereka terus pergi ke arah 2 orang pengawal keselamatan, memukul, mengikat dan menutup muka pengawal tersebut dengan 'masking tape'...
- Lepas tu terus pergi ke parkir kontena dan tanpa teragak2 membuka salah sebuah kontena yang menyimpan dadah rampasan bernilai RM 30 juta...
- Selepas mengambil 7 kotak berisi dadah jenis ketamin dan heroin seberat 50 kilogram, mereka memberitahu pengawal keselamatan tersebut bahawa dadah tu adalah milik mereka yang di rampas oleh penguatkuasa JKDM...
Korang bley fikirkan tak apa yg tak kena dengan modus operandi 'rompakan' tu???
Jom kita edisi siasat modus operandi 'rompakan' tu :
》Derrr, dia org datang nak 'merompak' dadah yang ada dalam stor simpanan JKDM...
Stor tu pulak ada dalam fasiliti JKDM...
JKDM terkenal sebagai salah satu jabatan penguatkuasa undang2 yang memiliki aset2 yg canggih manggih selepas Polis Di Raja Malaysia (PDRM)...
Tapi mamat 10 orang tu datang dengan bersenjatakan kayu jer derrr...🤔🤔🤔
Kita bercakap tentang 'rompakan' dadah yang bernilai RM 30 juta tau bukan dadah yang bernilai RM 30 hengget!!!
Pernah ker kita dengar perompak datang nak merompak satu2 barang bernilai RM 30 juta tapi cuma bawa kayu sebagai senjata!!!
Dalam ertikata lain, mamat 10 orang tu bukan datang nak 'merompak' tapi lebih pada datang nak ambil balik dadah tu...
Kayu tu sebenarnya bukanlah senjata nak takut2kan pegawai kastam (kalau ada pada masa tu lah) atau pengawal keselamatan tapi manalah tahu kalau2 dalam perjalanan tu ada anjing gila ker, bley lah baling dengan kayu tu, maklumlah orang suruh datang ambil dadah tu awal2 pagi, mungkin dalam pukul 3 atau 4 pagi kut...
Sistem Keselamatan JKDM Jadi Tandatanya
Antara tanggungjawab pihak penguatkuasa yang membuat rampasan tak kira PDRM ker, UPP ker atau JKDM ialah memastikan barang rampasan berada dalam keadaan baik sehingga habis perbicaraan di mahkamah...
Bila kes habis di bicara dalam mahkamah, pihak mahkamah akan putuskan sama ada barang rampasan tu akan di serahkan pada Jabatan Khazanah untuk jadi harta kerajaan atau pun di lupuskan atau kalau pihak tertuduh di dapati tak bersalah, mahkamah akan arahkan supaya barang rampasan di serahkan balik dalam keadaan baik (seperti waktu rampasan di buat)...
Sementara kes tu dalam siasatan atau dalam perbicaraan, barang rampasan tu adalah bawah tanggungjawab pihak penguatkuasa yang merampas...
Persoalan kita sekarang, macam mana pihak JKDM laksanakan tanggungjawab menjaga barang2 rampasan tu???
Dadah yang di rampas tu, di laporkan berada dalam sebuah kontena yang JKDM rampas di Pelabuhan Kelang...
Nilai dadah tu jer dah RM 30 juta kalau campur dengan barang2 lain dalam kontena tu, kita tak tahulah berapa juta nilai keseluruhan barang rampasan yang ada dalam kontena tu...
Tu baru satu kontena, dalam gambar kat atas tu jelas banyak kontena...
Kalau campur nilai semua barang2 rampasan tu mungkin lebih RM 1.3 trilion kut...
Daripada biarkan penyangak ambil, baik serahkan pada Guan Eng @ Mahathir utk Tabung Harapan, betul tak derrr...😂😂😂
Melalut lah plak...😂😂😂
Maksudnya, dengan nilai barangan puluhan juta dan mungkin mencecah ratusan juta hengget, terjamin ker keselamatan barang2 rampasan tu kalau JKDM cuma letakkan 2 orang pengawal keselamatan yang cuma bersenjatakan cortar jer!!!
Sebaik2nya tugaskan pegawai kastam bersenjata secara bergilir2 atau shift kat situ...
Kalau tak pun, letaklah pengawal keselamatan bersenjata dengan anjing sekali...
CCTV ada ker tak tuu... 📹📹📹
Mana perginya Pasukan Taktikal Bersenjata Kastam (COBRA)!!!
Nama menyeramkan, COBRA, sekali dia 'sengat' 30 minit boleh jalan!!!
Ketua Pengarah JKDM, Datuk Seri Subramaniam Tholasy, dalam respon awal ada sebut, COBRA akan pertingkatkan kawalan keselamatan di semua stor simpanan JKDM seluruh negara...
Baguslah respon cepat, tapi tak ker tindakan tu dah macam rumah dah terbakar baru nak beli pemadam api!!!
Integriti JKDM Jadi Persoalan
Stigma masyarakat beranggapan JKDM adalah antara jabatan kerajaan yang paling terdedah dan paling banyak mengamalkan rasuah...
Ada asasnya anggapan masyarakat tu...
Bila berlaku kes macam nie, bertambah kuat hilangnya keyakinan masyarakat pada integriti JKDM...
Apakah Keselamatan Negara Dan Rakyat Malaysia Masih Terjamin
ATM pernah di ceroboh dan di curi senjata mereka di Depot Simpanan Peluru di Masjid Tanah, Melaka...
PDRM peenah kehilangan senjata api, gari malah kenderaan...
Dan sekarang JKDM pula kehilangan barang rampasan...
Persoalannya sekarang ialah, sekiranya pihak penguatkuasa yang lengkap bersenjata dan terlatih gagal melindungi aset yg berada bawah jagaan dan tanggungjawab mereka, apakah keselamatan negara dan rakyat Malaysia yang juga berada di bawah jagaan dan tanggungjawab mereka masih terjamin!!!
No comments:
Post a Comment
Sila komen mengikut tajuk yang dibincangkan. Komen yang lari tajuk dan tidak sopan boleh ditahan siaran serta diban jika melampau sangat.