Friday, August 31, 2018

Kuda WAJIB Di Kecualikan Dari SST!!!


Datuk Seri Ahmad Maslan berkata penyenaraian Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang masih kabur dan bercelaru biarpun hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk di laksanakan bakal mengundang risiko kepada pengguna di negara ini...

Menurut beliau apabila keadaan tersebut berlaku di khuatiri terdapat peniaga yang kurang beretika mengambil kesempatan dengan sengaja menaikkan harga barang sedangkan keadaan adalah sebaliknya...

KUDA 'Keperluan' Asas Harian Yang WAJIB Bagi Rakyat Malaysia



Dalam laman web Kastam Di Raja Malaysia (KDRM) ada tersenarai barang2 yang di kecualikan dari SST...



Kuda berada di tangga teratas dalam senarai tersebut!!!



Kita tertanya2 juga, apakah relevan dan kepentingan kuda kepada rakyat Malaysia sehingga ianya di lihat seakan2 WAJIB di kecualikan dari cukai...

Apakah kajian yang di lakukan oleh kerajaan PH mendapati majoriti rakyat Malaysia menternak kuda!!!

Ketelusan SST Masih Jadi Tandatanya Berbanding GST



Berkuatkuasa 1 September ini Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) akan di laksanakan bagi mengantikan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)...

Ketua Pengarah Kastam, Datuk Seri Subromaniam Tholasy berkata pelaksanaan SST itu adalah susulan Rang Undang-Undang (RUU) Cukai Jualan 2018 dan RUU Cukai Perkhidmatan 2018 telah di luluskan Parlimen pada 20 Ogos lalu...



Berbanding GST, sistem SST yang kurang telus dan di tambahkan lagi dengan sikap peniaga yang kurang beretika akan menyebabkan ketidakstabilan harga barangan keperluan asas di pasaran...

Seperkara lagi, senarai yang di keluarkan oleh KDRM terlalu panjang dan orang pun sukar untuk melihat satu persatu...

Apabila kecelaruan ini berlaku maka akan ada pihak yang akan mengambil kesempatan...

Kemungkinan nanti barang2 sengaja di naikkan sedangkan barangan itu tidak ada SST...

Tetapi oleh kerana pengguna tidak faham dengan senarai yang KDRM keluarkan maka inilah yang boleh berlaku...



Peniaga boleh dengan sengaja menaikkan harga barang dan mendakwa sebab SST lah maka harga naik...

Kerana itu kekaburan berkenaan perlu di selesaikan segera...

Menteri Kata Harga Barang Degil...🤔🤔🤔



Mana ada harga barang degil...

Yang degil ialah peniaga…

Yang degil ialah manusia... 

Kedegilan itu berpunca daripada etika... 

Akibat daripada itu harga yang di tuduh degil itu sebenarnya berpunca daripada peniaga yang degil dan mengambil kesempatan dari kepincangan sistem SST...

Jadi kita harap perkara ini di ambil perhatian yang serius oleh KPDNHEP...

Sampai Bila Kerajaan PH Akan Menjadikan Rakyat Mangsa Dan Sampai Bilakah Rakyat Akan Rela Terus Menjadi Mangsa

Janji 100 hari 10 janji tidak di tunaikan sepenuhnya...

Rakyat jadi mangsa…

Kemudiannya penipuan2 di batal GST dan di tambah dengan SST...  

Rakyat jadi mangsa... 

Harga kelapa sawit turun tidak naik2... 

Rakyat jadi mangsa…

Harga getah turun tidak naik2... 

Rakyat jadi mangsa…

Bantuan musim tengkujuh, bantuan untuk nelayan, bantuan untuk pesawah di hentikan...

Rakyat jadi mangsa...

Jadi perkara begini membuktikan bahawa kerajaan yang ada sekarang adalah kerajaan yang tidak profesional...

Kerajaan sekarang ini kerajaan yang tidak ada harapan... 

Namanya saja dah Pakatan Harapan...

Jadi kepada rakyat yang dah menjadi mangsa, bersabarlah yer...

Berpakat2lah berharap dengan penuh harapan pada kerajaan Pakatan Harapan...


Kredit :

Datuk Ahmad Maslan

Thursday, August 30, 2018

Forest City : Dendam Mahathir Letak Malaysia Pada Risiko Geopolitik Dan Keselamatan

FOREST CITY DAN SULTAN JOHOR DALAM PERANG MAHATHIR - CHINA  


Kontroversi hubungan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir dengan China kini terus panas apabila beliau hari ini mengisytiharkan bahawa warga asing tidak akan di benarkan untuk membeli dan tinggal di kediaman Forest City, Johor...

Tindakan ini bakal memberi kesan kepada ribuan pembeli warga China...


Malah projek yang bernilai kira2 RM400 bilion itu turut melibatkan Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor Sultan Ibrahim Ismail...

Pemilikan DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ismail dalam projek Forest City di laporkan wartawan MalaysiaKini, Nigel Aw dalam laporan bertarikh 14 Julai 2014 yang bertajuk 'The Case Of Forest City And The Johor Sultan'... manakala dalam edisi Bahasa Melayu bertajuk 'Al Kisah Forest City Dan Sultan Johor'... 
Sebanyak 66 % pegangan CGPV di kuasai oleh 3 syarikat gergasi China iaitu Country Garden Waterfront Sdn Bhd, Country Garden Danga Bay Sdn Bhd, dan Country Garden Real Estate Sdn Bhd...


Baki 34 % pegangan CGPV di miliki Kerajaan Negeri Johor iaitu Esplanade Danga 88 Sdn Bhd...

Baginda Sultan Ibrahim merupakan pemilik saham terbesar Esplanade Danga 88 Sdn Bhd, dengan kawalan pegangan 64.4 % syarikat berkenaan...


Kerajaan Negeri Johor melalui Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ) pula menguasai sekitar 20 % saham dalam syarikat tersebut...

Projek raksasa yang di bangunkan Country Garden Holdings Co. tersebut menyediakan kira2 700,000 unit kediaman di mana antara pembeli majoritinya (70%) adalah dari China menerusi skim 'Malaysia My Second Home' @ MM2H...

Malah Tun Mahathir turut menegaskan bahawa  tiada sebarang visa akan di berikan kepada warga asing yang membeli kediaman di Forest City untuk tinggal di negara ini...

Hal ini bermakna bahawa ribuan pembeli dari China tidak akan di benarkan untuk mendiami kediaman yang telah mereka beli di Johor...

Adakah Keputusan Mahathir Ini Ekoran Layanan Kerajaan China Kepada Beliau Sewaktu Lawatan Rasmi Tempoh Hari

Tindakan agresif Mahathir ini di kaitkan dengan lawatan beliau ke China baru2 ini di mana beliau telah mengumumkan hasrat untuk membatalkan projek Laluan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) dan dua projek saluran paip trans-Sabah (TSGP) di Beijing...

Kemudiannya Mahathir mengatakan bahawa keputusan akhir pembatalan ECRL tertakluk pada jumlah pampasan yang perlu di bayar kerajaan kepada China pula...


Adakah langkah ini merupakan tindak balas Mahathir kepada China yang di katakan enggan mengalah kepada tuntutan beliau ketika lawatan ke sana minggu lalu?


Perlu di ketahui bahawa ketika lawatan Mahathir ke China, China turut telah menghantar kapal 'Coast Guard' mereka ke Zon Ekonomi Eksklusif milik Malaysia berhampiran Beting Patinggi Ali...

Tentera Laut Di Raja Malaysia (TLDM) menghantar dua buah kapal kelas Kedah iaitu KD Selangor dan KD Kelantan sebagai reaksi tindakbalas...


Malah Mahathir sebelum ini turut mengisytiharkan bahawa 'Tembok Besar China' di Kuantan perlu di robohkan (merujuk pada struktur projek Malaysia-China Kuantan Industrial Park - MCKIP)...

Apa yang pasti tindakan ini bakal memberi impak besar bukan sahaja ke atas projek Forest City...


Malah imej negara, hubungan Malaysia - China, dan secara khususnya hubungan Mahathir dan DYMM Sultan Johor...

Pertembungan antara Mahathir dengan Sultan Ibrahim pada hakikatnya telah berlangsung secara terbuka sejak awal tahun 2017 lagi apabila kedua2nya saling berbalas kenyataan...

Rujuk Sinar Harian :


Isu Forest City : Sultan Ibrahim Bidas Tun Mahathir

Dan...


Isu Forest City : Tun Mahathir Jawab Kenyataan Sultan Johor

DYMM Sultan Ibrahim mempertahankan projek Forest City sebagai peluang untuk membangunkan hartanah Johor di samping mengatakan bahawa projek berskala 2000 hektar terbabit adalah lot antarabangsa yang terbuka untuk di beli oleh sesiapa sahaja warga asing...

Bukannya dari China sahaja malah tiada beza dengan projek perumahan mewah di Selangor dan Pulau Pinang yang turut di jual kepada warga asing...

Mahathir pula mengkritik projek Forest City sebagai menggadai kedaulatan negara dengan anggaran 700,000 warga asing yang membeli kediaman di sana akan memperoleh kewarganegaraan sedangkan warga tempatan tidak berkemampuan sama sekali untuk memiliki kediaman tersebut...

Selain daripada kebimbangan demografi dengan kemungkinan kemasukan 700,000 warga asing (khususnya China di bawah skim Malaysia My Second Home MM2H) terdapat juga kebimbangan akan impak projek Forest City ke atas alam sekitar dan juga Pelabuhan Tanjung Pelepas...



Dari sudut pandang geopolitik, langkah pelaburan infrastruktur dan hartanah besar2an di luar negara oleh China ini adalah sebagai pelengkap kepada strategi agung (grand strategy) mereka iaitu Inisiatif OBOR (kini di kenali sebagai BRI)...

Perindustrian Maritim Malaysia Akan Mendapat Impak Negatif

Kebanyakan projek pelabuhan akan di gabungkan dengan penciptaan bandar2 satelit gergasi di Johor dan Melaka seperti Iskandar Malaysia di Johor dan Melaka Gateway yang turut di sertakan dengan pelabuhan yang baru di bina...


Di Melaka akan ada empat buah pulau buatan daripada tanah yang di tambak serta di bahagikan kepada :

》Pulau Pelancongan, Hiburan, dan Pembangunan Hartanah...

》Pulau Zon Ekonomi Perdagangan Bebas...

》Pulau Pelabuhan Melaka Gateway...

》Taman Perindustrian Maritim (Evers 2017)...

Hakikatnya projek Forest City sudah menjadi persoalan sejak tahun lalu apabila kerajaan China mengetatkan pengaliran modal keluar dari negara China...

Sekali gus memberi impak negatif ke atas pembelian kediaman Forest City dalam kalangan warga China...

Di tambah dengan langkah terbaru oleh Mahathir ini di jangka lebih banyak isu dan permasalahan yang akan timbul...

Bagaimana dengan pemilikan kediaman warga asing di Selangor dan Pulau Pinang?

Apakah masa depan projek Melaka Gateway?

Adakah imej kita akan merosot di mata dunia korporat kerana 'mengganggu' persetujuan pembelian warga China di Forest City?

Ataukah imej kita akan melonjak dengan laungan ketegasan mempertahankan kedaulatan tanah air?

Dari sudut politik dan geopolitik pula apa akan jadi pada hubungan Malaysia ~ China selepas ini?

Adakah China akan menghentikan projek mereka seperti projek Malaysia ~ China Kuantan Industrial Park (MCKIP)?

Adakah China akan menghukum kita dengan pampasan yang tinggi dalam kes pembatalan ECRL?

Bagaimana pula dengan hubungan Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor dan Mahathir susulan kes terbaru ini?


Walau apa pun alasannya, kerajaan PH mesti bijak menguruskan ketegangan hubungan dua hala yg mula memberikan kesan kepada rakyat Malaysia...

China ialah kuasa ekonomi kedua terbesar dunia  dan bukanlah tandingan kepada Malaysia walau dari sudut mana sekali pun...

Tidak pula bermaksud kita perlu menyerahkan segala2nya semata2 kerana mahu mengambil hati China...

Namun ketegasan tanpa ruang diplomasi bukanlah langkah yang bijak...

Janganlah kerana mahu menjaga 'reputasi' dan ego seorang pemimpin, lebih 30 juta rakyat Malaysia terpaksa menderita...

Ini bukan masanya untuk kita menang bersorak tapi akhirnya tanah air kita tergadai!!!

Semoga Allah peliharakan negara kita menjelang ulang tahun kemerdekaan ke-61 ini...


Kredit :

Abdul Muein Abadi
Pensyarah Program Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Wednesday, August 29, 2018

Arahan Kadir Jasin Jadikan NST Sampah!!!

BILA PULA MUSA AMAN DI CARI INTERPOL???


Apabila pertukaran kuasa di antara kerajaan BN dan kerajaan PH pada 09hb Mei lepas, banyak media cetak perdana juga berubah arah...

Media Arus Perdana Melapurkan Berita Palsu

Akhbar NST keluaran 25hb Ogos melaporkan bahawa mantan Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman, telah di senaraikan di dalam senarai 'red flag' INTERPOL...

Carian Dalam Talian Senarai Penjenayah
Yang Di Kehendaki Oleh INTERPOL

Senarai 'red flag' ini adalah merupakan senarai mereka yang di kehendaki untuk di ekstradisi...

Pemeriksaan di laman web senarai mereka yang di kehendaki mendedahkan bahawa Michael Soosai yang hilang setelah memalsukan sijil kematian beliau 14 tahun lepas dan Sirul Azhar yang telah di dapati bersalah membunuh Altantuya Shaaribu masih berada dalam senarai 'red flag'...

Michael Soosai masih menghilangkan diri dan tidak dapat di kesan...

Manakala Sirul Azhar masih berada dalam senarai tersebut kerana pihak berkuasa Australia enggan melepaskan beliau...

Walau bagaimanapun nama Musa Aman tidak terdapat dalam senarai 'red flag' INTERPOL...

Sekiranya benar nama beliau wujud dalam sistem tersebut maka sudah tentu pihak Scotland Yard telah menangkap beliau semasa berada dalam hospital di England dan beliau akan di iring oleh Scotland Yard sehingga ke Malaysia untuk di serahkan sendiri kepada PDRM...

Pihak Media WAJIB Mengutamakan Etika Kewartawanan Dan Integriti Dalam Setiap Berita Yang Di Lapurkan


Kita memahami kemungkinan tekanan dari pihak2 tertentu kepada beberapa media cetak dan elektronik...

NST sebagai media arus perdana, etika kewartawanan mestilah di patuhi di dalam memastikan kesahihan berita yang di lapurkan...

Amat memalukan bila akhbar perdana seperti NST 'rela' melapurkan berita palsu seolah2 lupa dengan perkembangan dan kecanggihan teknologi maklumat terkini semata2 kerana tunduk kepada 'tekanan dari pihak tertentu' atau takut kehilangan pembeli!!!

Jalankan tanggungjawab sosial dengan beretika untuk memelihara integriti pemain media sosial...

Kami bukan pekerja Utusan Malaysia tetapi kami hanya mahukan fakta dan kebenaran!!!

Contohilah Utusan Malaysia yang tidak pernah berganjak dari pendiriannya...


Kredit :

Julia ABT...

Tuesday, August 28, 2018

BR1M : Jangan Kerana Marahkan Nyamuk, Kelambu Di Bakar


Tun Dr. Mahathir semalam mengumumkan bahawa BRIM akan di kurangkan dan di hapuskan...

Mahathir masih mendakwa bahawa BR1M di bayar dengan wang yang di curi dan tujuan BR1M ialah untuk 'membeli' rakyat...

Dia juga mendakwa, wang BR1M terlalu kecil dan rakyat tidak merasa...

Agak pelik bila tuduhan kerajaan BN 'curi' wang dari rakyat untuk bagi balik kepada rakyat...

Wang untuk membayar BR1M bukan dari sumber yang di curi... 

Ia ialah dari langkah rasionalisasi subsidi dan GST... 


Tiada 'Political Mileage' Dalam Pemberian BRIM



BR1M bukan untuk tujuan politik...

Kriteria menerimanya hanya berdasarkan kepada pendapatan bulanan isi keluarga...

Bukannaya berdasarkan menyokong parti politik mana...

BRIM Ialah Duit Yang Di Kutip Dari Rakyat Dan Di Kembalikan Kepada Rakyat Untuk Merangsang Ekonomi Domestik

Orang yang kaya lebih banyak mendapat faedah dari subsidi pukal manakala kutipan GST lebih banyak dari SST kerana orang kaya yang bayar lebih banyak GST kerana perbelanjaan mereka lebih dan lebih penting, GST mengurangkan pengelakkan cukai, mengurangkan aliran dana haram dan mengutip cukai daripada ekonomi 'gelap'...

Wang ini kita kembalikan kepada golongan B40 sebagai BR1M yang terus naik kerana kutipan GST terus naik akibat dari pertumbuhan ekonomi Malaysia yang dulunya semakin naik...

Bila orang susah dapat duit, duit tu di belanjakan semula dalam kitaran ekonomi terutama di kawasan luar bandar...

Dengan ini, jurang kekayaan dan pendapatan antara golongan yang kaya dan miskin boleh di rapatkan...





Ini jelas dari nisbah GINI yang semakin menurun sehingga terendah di bawah 0.40 untuk pertama sekali dalam sejarah pada tahun 2016...

Minggu lepas, kerajaan PH telah mengumumkan bahawa kadar pertumbuhan KDNK (GDP) untuk suku kedua selepas mereka mengambil alih telah menurun dengan mengejutkan kepada 4.5 peratus berbanding 5.4 peratus untuk suku sebelum itu manakala kadar pengangguran sudah naik...

Golongan B40 Masih Perlukan Bantuan Dari Kerajaan



Ada beberapa penganalisa ekonomi juga meramalkan Malaysia bakal akan jatuh kepada kemelesetan ekonomi atau krisis dalam tempoh yang terdekat... 

Ini bukan isu kewajaran pemberhentian pemberian tongkat ekonomi kepada golongan B40 supaya mereka boleh berdikari dengan lebih mantap dalam ekonomi domestik...

Tetapi tekanan dari kejatuhan punca pendapatan dan kenaikan harga barangan keperluan harian menyebabkan mereka menjadi tidak berdaya...

Harga getah dan minyak sawit juga telah turun dengan turuk semenjak PRU14...

Dalam masa yang sama, penurunan harga barangan keperluan harian selepas mensifarkan kadar GST tidak menjadi kenyataan seperti yang di war2kan oleh kerajaan PH sebelum PRU 14 lalu...

Malah, harga barangan keperluan harian di jangka akan meningkat selepas perlaksanaan SST pada September ini...

Ketika inilah orang miskin yang patut di tolong bukan di hukum...

Tidak timbul isu memanjakan rakyat atau membuat rakyat berfikir mereka tidak perlu berkerja untuk mendapatkan wang!!!

Di mana salahnya kalau kita mengambil wang dari yang kaya dan yang lari cukai untuk membayar kepada yang miskin???

Jangan Persendakan Mandat Yang Telah Rakyat Beri



Adakah kerajaan PH sudah lupa bahawa mereka berjanji untuk meneruskan BR1M dalam manifesto PRU14???

Mengapa sekarang mahu mungkir janji dan menghukum rakyat miskin???

Nampaknya kerajaan PH hanya mementingkan golongan yang kaya, ekonomi gelap dan peniaga yang suka mengelak cukai daripada mahu menaikkan gaji dan membantu golongan yang miskin...

Saya bimbang bahawa jurang pendapatan yang semakin turun masa saya menjadi Perdana Menteri akan naik kembali kepada tahap yang tinggi pada penggal pertama Tun Mahathir  berkuasa...


Petikan dari tulisan asal :

Dato' Seri Najib Razak
Mantan Perdana Menteri Malaysia
Merangkap Menteri Kewangan Malaysia

Monday, August 27, 2018

Bila Hati Mahathir Terluka Di China...😭😭😭

Mahathir Sakit Lepas Balik Dari China


Ramai orang tanya kenapa Mahathir stress sangat nie lepas balik dari China...

Jawapan yang relevan adalah :


》Rombongan ke China habis berjuta2 tapi sesen untung tak bawa pulang tapi kena sound oleh PM China "tak setuju kita berhenti sidang media di sini"...

Malah China hanya bersetuju membeli sawit jika Malaysia turunkan harga yang sekarang jatuh RM2100 setan nak murah lagi!!!

Ekonomi Malaysia Makin Tenat, China Tak Nak Bagi Ubat

Nilai RM Yang Makin Jatuh

RM66 Bilion Hangus Untuk Elakkan RM Jatuh Teruk

》Ringgit (RM) jatuh lagi!!!

Rizab negara susut lagi!!!

Ekonomi makin hancur!!!

Lambakan sawit!!!

Harga getah paling teruk dalam sejarah!!!

Mana tak risau memikirkan tinggal berapa hari lagi bank dunia akan keluarkan laporan KDNK negara yang di jangkakan akan jatuh 2-3 mata dari rekod cemerlang terbaru yang di cipta oleh Najib iaitu 5.8..

Pelabur Luar Lari Sebab Hilang Keyakinan
Pada Sistem Lapuk SST

》SST akan menyebabkan hasil negara hilang sehingga RM 30 bilion sebulan tapi harga barang di jangka meningkat hingga 30%...


》Akan menyebabkan kelembapan ekonomi kerana pengguna akan lebih berhati2 untuk berbelanja!!!

》Pelabur luar sudah ambil sikap berhati2...

Yang ketara kerana tindakan Malaysia yang sentiasa membatalkan projek kerana di pengaruhi amalan politik emosi semata2...

Tindakbalas Pertama China Terhadap Sikap Mahathir Ialah
Mengkaji Semula Projek Berimpak Tinggi
Melaka Gateway dan Forest City

》Kerajaan China sedang mengkaji untuk membatalkan pelaburan Melaka Gateway dan Forest City!!!

Malah berberapa negara Eropah mula mengkaji untuk pembatalan projek dan pelaburan Malaysia kerana tindakan Malaysia menggantikan SST boleh menyebab Malaysia di ambang muflis kerana tidak cukup membiayai perbelanjaan negara...

Ini juga alasan Jepun tidak meluluskan permohonan pinjaman dari Mahathir!!!

Lawatan Najib Ke Luar Negara Bawa Pelaburan Asing
Beratus Bilion Ringgit, Mahathir Balik Bawa Apa!!!

》Mahathir 'cedera parah' di China.

Pulang tanpa sebarang hasil untuk ekonomi negara atau maruah...


》Marah dengan layanan China ke atasnya, 'Mahathir The Great' pulang dan umumkan pembatalan projek ECRL dan Paip Gas Sabah yang membabitkan pembiayaan kewangan dari Bank Exim China dan kontraktor China...

》Mahathir tak berani isytiharkan 'buy China Last' seperti mana beliau buat kepada UK pada 1981...

》Sebab kalau Mahathir berbuat demikian yang akan 'mampus' cepat ialah para kroni beliau yang dah mengeluarkan banyak wang untuk kemenangan Pakatan Harapan...

》Jadi biar negara rugi kerana yang akan menanggung kos pembatalan ialah duit kerajaan bukan duit keluarga dan kroni Mahathir...


》Bagi menghalalkan pembayaran ganti rugi demi ego beliau, Mahathir telah pun menyediakan kambing hitam iaitu Najib Razak...

》Beliau menggelar Najib Razak bodoh kerana menandatangani perjanjian ECRL tanpa 'exit clause'...

Dakwa Mahathir atas sebab itu kerajaan perlu bayar pampasan yang tinggi...

》Maka ramai penyokong Pakatan Harapan lebih2 lagi pentaksub 'Mahathir The Great' pun bersorak sakan menyebarkan berita tersebut seolah2 inilah bukti 'maha besar' menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena dengan projek ECRL...

Walau pun mereka tak faham apa yg Mahathir maksudkan...

Bagi mereka, apa yg keluar dari mulut busuk Mahathir adalah suci dan 'WAJIB BERIMAN' sepenuhnya tanpa syak, dzan dan waham...

》Ramai tertanya2, perjanjian yg manakah Mahathir kata tak ada 'exit clause'???

Perjanjian pembiayaan dengan Exim Bank China atau dengan kontraktor ECRL???

》Lebih mengelirukan ialah apakah maksud Mahathir mengenai 'exit clause' adakah ia sama dengan 'termination contract' @ penamatan kontrak???

》Bila kerajaan melantik kontraktor pembinaan mesti ada syarat penamatan berdasarkan sekiranya ujud keadaan  di mana kontraktor gagal melaksanakan terma kontrak...

》Maaflah yer, belum pernah terjadi ada kontrak pembinaan yang mempunyai 'exit clause' ala 'Mahathir The Great'...

Di mana pemilik projek boleh menamatkan sesuatu kontrak sesuka hati dan bila2 masa dengan pampasan yang rendah...


》Yang menjadi kemarahan China ialah Mahathir mahu menamatkan kontrak pembinaan yang sedang berjalan tanpa sebarang sebab teknikal...

Sedangkan pihak kontraktor China sudah pun mengeluarkan modal untuk penggajian tenaga buruh profesional dan juga bahan binaan...

》Dan Mahathir mahu menghentikan satu projek berpuluh bilion tanpa alasan yang kukuh cuma atas sebab politik dan khayalan maka tentulah jumlah pampasan akan tinggi...

》Secara perbandingan, mungkin 'Mahathir The Great' boleh beri contoh 'exit clause' yang ada dalam konsesi lebuh raya Utara Selatan dan Jambatan bengkok pada zamannya...

》Hakikatnya, perjanjian ECRL dan Paip Gas Sabah BUKANLAH satu kebodohan Najib Razak...

Adalah gila jika ada orang buat perjanjian pembinaan keretapi dan saluran paip gas yang mempunyai klausa @ 'exit clause' yg boleh menamatkan 'projek separuh siap sesuka hati'!!!

》Sepanjang fasa 1 pentadbiran Mahathir selama 22 tahun, banyak KLAUSA PERJANJIAN BODOH zaman Mahathir seperti konsesi Lebuh Raya di benarkan naik kadar tol sebanyak 10% setiap tiga tahun dan akan di bayar pampasan beratus juta setahun jika kerajaan tidak benarkan kenaikan tersebut...

》Kita juga pernah berhadapan KLAUSA BODOH perjanjian konsesi tol zaman Mahathir bila mana syarikat konsesi akan mendapat pampasan jika jumlah kutipan tol tidak mencapai jangkaan keuntungan mereka...

》Kita juga pernah melihat Mahathir melaksanakan PROJEK BODOH JAMBATAN BENGKOK tanpa persetujuan Singapura dan berhadapan kepada ancaman undang2 antarabangsa kerana bakal meruntuhkan sebahagian Tambak Johor...

》Kita juga sudah pun jadi bodoh pada zaman 'Mahathir The Great' bila Proton kerugian lebih RM500 juta dalam urusniaga MV Augusta...

》BAPA SEGALA KEBODOHAN IALAH JIKA KITA MEMBENARKAN 'MAHATHIR THE GREAT' MENGGUNAKAN ISU 'EXIT CLAUSE' UNTUK MENYELAMATKAN EGONYA YANG TERCALAR TERUK DI CHINA!!!

Jadi, apa lagi Mahathir hendak buat...

Sifirnya mudah, batal projek kena gigit jari dan buat bayaran RM60 bilion serta merta dan kalau teruskan projek bayaran sebanyak RM55 bilion kita perlu jelaskan dalam masa 20 tahun dalam bentuk pertukaran eksport komoditi ke China...

Kalau Mahathir pilih pilihan pertama, ego Mahathir akan terpelihara tapi rakyat yang terpaksa membayar harganya!!!

Kalau Mahathir pilih pilihan kedua, ego Mahathir pula akan merana tapi negara dan rakyat akan dapat menafaatnya...

Adakah ini masanya untuk dia mengaku kalah kerana dia bukanlah seorang yang hebat berbanding Dato' Sri Najib Razak...

Nasib la ada juga penyokong PH yang #uneducated @ #brainless @ #butasejarah yang boleh beri dia semangat sikit...

MalaysiaMemilih...



Hangpa Tak Mau Tepok
Cheq Tepok Nooo...

Haaa... Tepokkk...


Kredit :
Abd. Jalil Backer

Sunday, August 26, 2018

Ada Apa2 Ker Sebalik Viral Video Lama Azmin...😉😉😉


Baru2 nie ribut kencang menggemparkan penduduk kat pulau Langkawi...

Tapi kat Putrajaya, ribut yang sama tapi x serupa tengah menggemparkan satu Malaysia (ejaannya 'satu Malaysia' yer dan bukannya '1Malaysia' sbb perkataan '1Malaysia' dah di haramkan)...😜😜😜

Kata org bijak pandai, 'apa yang berlaku hari ini adalah ulangan sejarah di masa silam'...

Kita modify sikit kata2 org bijak pandai tu, 'kelam kabut ayam penyokong uneducated @ cytro 3K jawab isu video yg tgh viral tu adalah kebodohan yg sama sebelum PRU 14'!!!

Orang tua2 pulak cakap, 'kalau tak ada angin, masakan pokok bergoyang'...

Kita modify sikit, 'kalau tak ada apa2, takkan tetiba video tu tular kat media sosial'...😜😜😜

Fahamkan Baik2 'MENTERI KANAN' Dan Bukannya 'MENTERI KIRI'


Bila di sebut 'menteri kanan', 3 nama yg terlintas kat fikiran...

YB Lim Guan Eng, YB Mat Sabu dgn YB Tan Sri Muhyiddin Yassin...

Ironinya, ketiga2 menteri kanan tu ada sebab dan musabab yg tersembunyi...

Lim Guan Eng :


Seantaro Malaysia tahu perangai 'terkezut' dan 'kelam kabut ayam belanda' dia...🦃🦃🦃
Umum dulu baru kaji semula...📡📡📡
Perangai dia buatkan ekonomi negara huru hara...📉📉📉
Bukan jer rakyat, habis semua kroni pening kepala...😨😨😨

Mat Sabu :


Menteri Perang yang sememangnya dgn pompuan tak boleh berenggang...💏💏💏
Tinggalkan nombor talipon lepas mata bertentang...🤳🤳🤳
Kes pembantu dgn RM800K boleh buatkan Mat Sabu dari tenang jadi tegang...💆‍♂️💆‍♂️💆‍♂️

Muhyiddin Yassin :


Angan2 nak jadi perdana menteri terpaksa di capati...😢😢😢
Dari Timbalan Perdana Menteri kena duduk diam2 jadi Menteri Dalam Negeri...😔😔😔
Dah lah tu, ada sakit pula menanti...😷😷😷

Siapa Calon Pengganti Menteri Kanan Tu Nanti


Actually video tu di viralkan semula sbb yg dah jadi sejarah lama akan berulang...

Video tahun 2017...

Tapi video tu di viralkan semula for a purpose...

Tunggu dan lihat katanya...👀👀👀

Ada yang tersirat sebalik yang tersurat tu...

Mcm lagu Newboyz 'Sejarah Mungkin Berulang'...😉😉😉


Jadi kita sama2 tunggu, sama ada berita nie cuma spekulasi atau memang realiti...

'KALAU' jadi realiti, kita nak juga tahu :

Apa sebabnya???

Siapa penggantinya???

Apa agenda di sebalik tu???

Nie nak kena 'Edisi Siasat' nie...🕵️‍♂️🕵️‍♂️🕵️‍♂️

Tak pun, 'Jom Terjah'...😂😂😂

Nie Boboi Bagi Nasihat Jer Pada Jemaah Menteri...
Kalau Nak Dengar, Dengar Lah...
Kalau Tak Percaya, Cubalah...😂😂😂

Sebelum tu klu ada sesaper nak pergi kedai, aku nak kirim Kacang Cap Tangan Ngan Yin...

Tolong beli 10 paket yer sbb nak tunggu ending cerita nie...😉😉😉

Saturday, August 25, 2018

Melayu Liberal DAP Mahu LGBT Dan Syiah Jadi Lembaga Pengarah JAKIM!!!


Prof Dr Tajuddin Rasdi, profesor Senibina Islam dari USCI, yang juga salah seorang Ahli DAP Melayu mencadangkan supaya Ahli Lembaga Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di anggotai oleh 20% bukan Islam yang mewakili pelbagai agama, bangsa dan keprihatinan...

"Perlu ada juga wakil yang boleh bercakap bagi pihak kumpulan minoriti lain seperti LGBT, Ahmadi atau kumpulan Syiah"...

Beliau menyatakan bahawa banyak isu2 Islam di Malaysia telah menceroboh bidang bukan Islam... 

Sambil memberikan contoh kes 'pijak kepala lembu', seruan pembakaran Bible, himpunan baju merah yang melaungkan slogan Islamik, pertembungan Asri - Waythamoorthy berkenaan kepercayaan Hindu dan isu Zakir Naik...

Baginya isu2 ini menunjukkan bahawa isu Islam merupakan isu bagi Malaysia keseluruhannya...

"Saya mahu mencadangkan yang kita terima bahawa sesetengah 'isu Islam' merupakan isu rakyat Malaysia dan bukan hanya isu orang Islam semata-mata"...


"Walaupun kerajaan British yang telah memberikan kemerdekaan kepada Malaysa mensyaratkan supaya perihal Islam akan kekal di bawah kuasa institusi Agama Islam, kita mesti melihat semula idea ini di dalam konteks kontemporari, kebudayaan dan amalan professional di dalam dunia yang berkembang pesat"...

Perasaan beliau kuat menyatakan bahawa masa untuk kita semua mempertimbangkan bukan Islam sebagai sebahagian dari mana2 Ahli Lembaga Pengarah yang di lantik dalam mana-mana institusi Islam untuk membolehkan perspektif seimbang terhadap masalah dan terlibat sama di dalam menghasilkan cara penyelesaian masalah yang lebih baik...

"Lagi pun, mereka2 ini masih rakyat Malaysia"... 


"Ahli jawatankuasa atau ahli lembaga pengarah ini hanya sebagai minoriti dan tidak mampu untuk memberi kesan kepada kekuatan undian orang Islam dalam jawatankuasa atau lembaga pengarah tersebut"... 

"Apa yang saya ingin ketengahkan ialah, pandangan minoriti ini MESTI di wakili kerana saya tiada langsung keyakinan kepada kemampuan pakar2 Islam untuk memahami atau menghargai semua bentuk keprihatinan lain2 kumpulan rakyat Malaysia"...

Kita tak pasti atas dasar apa Dr. Tajuddin Rasdi buat gesaan mcm tu...

Mungkin saja nak cari publisiti murah kut sbb sebelum nie, dia di katakan membuat pengumuman terbuka mengisytiharkan dia dan isteri dia menyertai DAP untuk membuktikan bahawa DAP bukan hanya parti utk orang bukan Melayu umum tahu dalam DAP mmg dah ada orang Melayu seawal penubuhan parti DAP lagi...😂😂😂

Jamaluddin Mahu Golongan Yang Di Laknat Allah s.w.t. Dan RasulNya Di Angkat Sebagai Penentu Halatuju Umat Islam Di Malaysia

Amat memalukan bila seorang ahli akademik buat cadangan 'asal boleh' atau bersifat 'lembu menyondol' semata2 sebab nak publisiti murahan...

Kita tak nampak logik serta rasional cadangan yang Tajuddin buat tu sebab :

》Budaya songsang LGBT jelas bertentangan dengan hukum Allah s.w.t.


Firman Allah s.w.t.

وَلُوطًا إِذْ قَالَ لِقَوْمِهِ أَتَأْتُونَ الْفَاحِشَةَ مَا سَبَقَكُمْ بِهَا مِنْ أَحَدٍ مِنَ الْعَالَمِينَ (٨٠) 
إِنَّكُمْ لَتَأْتُونَ الرِّجَالَ شَهْوَةً مِنْ دُونِ النِّسَاءِ بَلْ أَنْتُمْ قَوْمٌ مُسْرِفُونَ (٨١)

Dan (Kami juga telah mengutus) Luth, ketika dia berkata kepada kaumnya, "Mengapa kamu melakukan perbuatan keji, yang belum pernah dilakukan oleh seorang pun sebelum kamu (di dunia ini)...
~ Al-A'raf : 80
Sungguh, kamu telah melampiaskan syahwatmu kepada sesama lelaki bukan kepada perempuan. Kamu benar-benar kaum yang melampaui batas...
~ Al-A'raf : 81

Dalam kitab2 Sunan, Ibnu Abbas meriwayatkan sabda baginda Rasulullah s.a.w. :

مَنْ وَجَدْتُمُوهُ يَعَمَلُ عَمَلَ قَوْمِ لُوطٍ، فَاقْتُلُوا الْفَاعِلَ وَالْمَفْعُولَ بِهِ

Mafhumnya :

Barang siapa yang kalian jumpai sedang mengerjakan perbuatan kaum Luth, maka bunuhlah pelaku dan orang yang di kerjainya...



Jelas dari sudut hukum Allah s.w.t. dan RasulNya, tiada toleransi bagi pengamal budaya LGBT...

Khunsa Wadih dan Khunsa Musykil sekali pun MESTI di tentukan dengan jelas jantinanya dan HARAM melakukan hubungan sejenis...


Tak perlulah Jamaluddin meragui keupayaan ulamak2 JAKIM dalam usaha mengawal, membenteras dan memulihkan golongan LGBT sebab JAKIM berpengalaman menangani  serangan ancaman akidah yang lebih serius terhadap umat Islam di Malaysia melalui ajaran Aurad Muhammadiah Al  Arqam...


》Akidah Syiah Jelas Di Tolak Oleh Rasulullah s.a.w...


Dalam satu hadis, baginda Rasulullah s.a.w. bersabda :

عن ابن عباس قال: كنت عند النبي صلى الله عليه وسلم وعنه علي فقال النبي صلى الله عليه وسلم ياعلي سيكون في أمتي قوم ينتحلون حبنا أهل البيت لهم نبز يسمون الرافضة فاقتلوهم فإنهم مشركون

Dari Ibnu Abbas ujarnya, saya pernah berada di sisi Nabi s.a.w. bersamaan dengan Ali...

Saat itu Nabi s.a.w. bersabda kepada Ali : "Wahai Ali, nanti akan muncul di tengah umatku suatu kaum yang berlebihan dalam mencintai kita ahlul bait, mereka di kenal dengan nama Rafidhah"...
"Karena itu bunuhlah mereka sebab mereka adalah kaum musyrik"...

Ibnu Hajar Al-Haitami dalam Majma’ Zawaid menghukumi hadits tersebut Hasan...

Sekiranya Allah s.w.t. dan RasulNya melaknat golongan LGBT dan Syiah, apakah kita umat Islam pula mahu mengambil mereka untuk menerajui JAKIM!!!

Larangan Allah s.w.t. Untuk Orang Islam Mengambil Musuh Islam Sebagai Pemimpin

Kepada Jamaluddin, fahamkan betul2 firman Allah s.w.t. berikut :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا بِطَانَةً مِنْ دُونِكُمْ لَايَأْلُونَكُمْ خَبَالًا وَدُّوا مَا عَنِتُّمْ قَدْ بَدَتِ الْبَغْضَاءُ مِنْ أَفْوَاهِهِمْ وَمَا تُخْفِي صُدُورُهُمْ أَكْبَرُ قَدْ بَيَّنَّا لَكُمُ الْآيَاتِ إِنْ كُنْتُمْ تَعْقِلُونَ

Wahai orang-orang yang beriman! 
Janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi 'orang dalam' (yang dipercayai)...
Mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu...
Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu...
Telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi...
Sesungguhnya telah Kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya...
Ali Imran : 118


Jamaluddin mengatakan, golongan LGBT, Syiah dan Ahmadi wajar di berikan tempat dalam pengurusan JAKIM supaya mudah bagi umat Islam memahami mereka...

Apakah Jamaluddin merancang utk menyerapkan fahaman dan budaya songsang golongan tersebut dalam masyarakat Islam Malaysia dengan membawa mereka sebagai perancang aktiviti JAKIM...

Apa keperluan kita utk memahami mereka sbb tidak ada manusia yang lahir ke atas dunia ini berkeadaan dan berfahaman LGBT, Syiah dsbnya..

Kita boleh mengadakan dialog dan merancang program kepulihan akhlak dan akidah kepada mereka tapi menerima mereka utk merencanakan hala tuju Islam di Malaysia, tidak sama sekali!!!

Friday, August 24, 2018

Kisah 'Menyayat Hati' Antara Mahathir, Najib, Proton Dan Geely...😢😢😢


Mahathir Berbohong Lagi : Geely Penyelamat Proton Malah Akan Melabur Untuk Projek Proton 3

Dulu masa kerajaan Malaysia setuju dengan keputusan DRB-Hicom untuk PROTON berkerja sama dengan Geely ramai yang mencemuh DS Najib Razak, perdana menteri masa tu...


Masa tu Tun Mahathir kata Najib dah jual Proton pada China...

Sindir Mahathir, apa lagi yang Najib nak jual pada China...

Tapi Najib bertegas pada waktu itu dengan menyatakan bahawa Geely mampu selamatkan Proton dan membawa Proton kehadapan dengan lebih baik lagi...


Akhirnya hari ini pekara itu terbukti benar...

Proton yang dulunya sering mengalami masalah keewangan dan pasaran yang mengucup akibat persaingan hari ini dah mampu buka kilang keretanya di negara China bersama Geely bagi pasaran antarabangsa...

Bukan itu sahaja Geely jugak di katakan bakal melabur RM41 Bilion bagi projek Proton 3 yang mana berkemungkinan besar di negara Indonesia...

Apa yg di persetujui antara Proton - Geely masa lawatan Mahathir sebenarnya adalah ulangan perjanjian antara Proton - Geely era Najib...

Mahathir di lihat tak konsisten dengan keputusan kerjasama antara Proton - Geely...

Kerjasama yg 'haram' di zaman Najib sekarang dah jadi 'halal' lepas 'di sucikan' lepas Mahathir berkuasa...

Jelas sekali Mahathir tanpa segan silu menjilat balik 'kahak hijau' yang dia ludahkan...

Usaha Najib menjalinkan kerjasama dengan Geely dulu adalah untuk menyelamatkan perindustrian otomobil nasional dan bukan menjual industri otomobil nasional kepada China...


Hasil dari perkembagan ini tulahan dan cemuhan pelbagai pihak termasuk daripada Tun Mahathir sendiri sebelum ini jelas satu tulahan dan cemuhan yang bersifat satu pembohongan kepada rakyat Malaysia...

Sekali lagi Mahathir berjaya buktikan bahawa beliau memang hebat menukarkan fitnah yang telah dia lemparkan kepada Najib menjadi satu kisah kejayaan untuk dirinya sendiri...


Rujukan :

FB Abdul Muzammir
utusan.com

Wednesday, August 22, 2018

Sambutan 'Istimewa' Lawatan Rasmi Mahathir Ke China


Sesuatu yang menghairankan adalah selama 22 tahun sebagai PM pada kali pertama dan kini 100 hari sebagai PM kali kedua, mustahil Tun Dr Mahathir tidak tahu perkara utama dalam hubungan dengan China adalah MENJAGA AIRMUKA ATAU "FACE" itu sangat penting.  

Bukan China yg mula atau kuat lakukan tapi Mahathir yg dari ketika kempen pilihanraya dan lebih jelas bila berkuasa tidak henti menuduh, membuat andaian dan jatuhkan airmuka China.

Maka reaksi yg China beri kepada Mahathir dalam lawatan rasmi yg mana sebelum bertolak masih terus jatuhkan airmuka China tentu telah dijangka.

Ada yg komen, kononnya bila kerajaan China buat kawad hormat dalam dewan seolah2 mcm gambaran @ sindiran pd Malaysia ttg kemarahan kerajaan China pd dasar2 luar kerajaan Malaysia yg baru bawah Tun Dr. Mahathir...

Rasanya tak payah lah kita buat mcm2 persepsi yg kita sendiri tak tahu protokol sambutan dan lawatan pemimpin utama dunia ke sesebuah negara...

Sebab bagi kita, asalkan ada sambutan secara rasmi, kira ok lah, tutup kes...

Kita sangka baik lah sbb takkan satu kuasa besar tak tahu cara nak hormat pemimpin otai macam Mahathir, dua kali jadi PM tu, betul x derrr...

Biar Gambar Berbicara


Tapi nie per kes nie...

Senyumlah sikit...

Muka mcm tak puas hati jer...



Oohhh... patutler......

Faham tak apa perbezaan gambar 1 dengan gambar 2...

Masa lawatan mantan PM Malaysia, DS Najib, Presiden China, Xi Jinping sendiri hadir dalam upacara sambutan rasmi kedatangan DS Najib...

Tapi bila Mahathir yg datang, Presiden Xi Jinping cuma hantar PM China, Li Keqiang dalam upacara sambutan rasmi negara...

Mungkin Mahathir jangkakan yang hadir dalam majlis sambutan rasmi ialah Presiden Xi Jinpeng sendiri sama mcm lawatan Najib ke China dulu...

Sidang Akhbar Yang Menjatuhkan Maruah Malaysia Bukan Saja Di China Malah Di Mata Dunia


"Saya bukan bertanyakan anda satu soalan tetapi jika anda ingat perbualan kita untuk mendapat Konsensus Perdagangan Bebas adalah konsisten, kita akan hentikan sidang media kita sekarang" ~ PM China Li Keqiang...



Macam yg kita cakap, tak payahlah kita ulas cara mendalam ttg protokol sambutan pemimpin luar sesebuah negara...

Tapi bila seseorang memalingkan muka atau tiba2 tak nak dengar apa yang kita nak cakapkan, dah cukup mengaibkan kita apa lagi bila ianya berlaku dalam sidang media rasmi oleh 2 pemimpin dari 2 negara yang dapat liputan media antarabangsa!!!

Malu derrr, bila PM kita di katakan tak faham beza antara soalan dgn perbualan...🤦‍♂️🤦‍♂️🤦‍♂️

Kerana Pulut Santan Binasa Kerana Pemimpin Punya Mulut Ketegangan Bermula




Apa yang paling membimbangkan ialah kata2 Mahathir yang menyebabkan Li Keqiang jadi marah dan serta merta tamatkan sidang media sampai buatkan Mahathir dan wartawan terpinga2...

Dalam respon pada kenyataan Li Keqiang mengenai hubungan dua hala dan perdagangan bebas antara China dan Malaysia, Mahathir seolah2 menuduh China sebagai penjajah dalam perdagangan...

"Negara kaya tidak seharusnya menjajah (dalam bentuk perdagangan) negara miskin kerana keupayaan (dalam perdagangan) yang berbeza (antara negara kaya dan miskin)" ~ Mahathir...

Kata2 Mahathir jelas tak menyenangkan Li Keqiang...

Secara tiba2 Li Keqiang tamatkan sidang media, salam Mahathir dengan senyuman menyindir dan terus pergi hingga membuatkan semua terpinga2...

Mungkin Mahathir lupa bahawa dia berhadapan dengan Perdana Menteri China dan bukannya ahli parlimen dari Barisan Nasional...

Dan Republik Rakyat China pada masa kini merupakan kuasa ekonomi terbesar dengan pasaran yang amat luas...

Jangan kata dari segi perdagangan komoditi, dari segi perfileman sekalipun, kuasa besar Hollywood terpaksa tunduk pada pasaran China...


Apa pun ulasan atau hujah untuk pertahankan apa yang Mahathir katakan tu dah tak bermakna lagi...

Negara China pasti akan marah bila di tuduh sebagai penjajah oleh tetamu yang datang ke rumah mereka...

Malaysia cuma sebuah negara kecil yang cuba memprovokasi negara China yang merupakan gergasi ekonomi dunia...

China pasti akan bertindak balas dengan keceluparan mulut Mahathir yang tak bertempat tu...

Mereka ada kuasa...

Mereka ada kekayaan...

Mereka ada kekuatan...

Mereka ada teknologi...

Mereka pasti akan membalas dendam atas aib yang tetamu mereka beri di rumah mereka sendiri...

Yang akan jadi mangsa dah pastilah peneroka2 Felda yang bergantung hidup pada jualan sawit...

Yang akan merana dah tentulah peladang2 'Musang King' tak tahu mana nak di jual durian mereka yg berlambak tu!!!

Sudah2lah Menipu Dan Fitnah Untuk Memburukkan Kerajaan Dahulu


Nie lagi satu hal...

Cakap berbelit2, tak tahu ler sama ada saja nak cover malu sbb lawatan Mahathir ke China bukan jer x mendatangkan apa2 hasil tapi buat China marah kat Malaysia atau sebab tak nak wartawan tanya isu Li Keqiang tinggalkan Mahathir terkulat2 dlm sidang media...

Mahathir masa berucap kat Forum Pemimpin Kelab Usahawan China di Beijing mendakwa kerajaan BN sebelum ini korup dalam menerima kemasukan pelabur atau syarikat dari China...

"Terdapat kes di mana pelabur di minta memberi 30 peratus saham kepada sesetengah orang"... 
"Itulah sebabnya berlaku kelewatan kerana orang tertentu cuba mendapatkan wang daripada pelabur" kata Mahathir...

Balik ke sini plot dah bertukar...

Mungkin sbb pelabur China dah sergah Mahathir dgn mengatakan mereka tak pernah berhadapan dengan masalah sedemikian...

Jadi masa bercakap dalam sidang akhbar sekembali dari China Mahathir pusing cerita dgn katakan ada ahli perniagaan Cina (Malaysia) lah pulak yg mengadu pada dia tentang permintaan rasuah 30 peratus saham dari individu tertentu dalam kerajaan lama...

Masa dekat China Mahathir kata orang kerajaan dulu minta 30% dari pelabur asing tapi bila balik Malaysia pula cakap pegawai kerajaan yang dulu minta dari peniaga Cina tempatan pulak!!!

Sudah tukarkah...🤦‍♂️🤦‍♂️🤦‍♂️

Bila di tanya apakah akan di lakukan siasatan???

Beliau menyatakan 'tidak' kerana tiada bukti dan hanya dengar cakap!!!

Mahathir juga mendakwa ahli perniagaan hanya berminat mengadu kepada beliau tetapi tidak mahu melalui proses siasatan SPRM yang menyukarkan...

Tak mungkin Mahathir tak tahu bahawa di bawah Akta SPRM kegagalan melaporkan perbuatan meminta rasuah adalah satu kesalahan berat dan boleh di hukum penjara...

Ini merupakan satu sikap tidak bertanggungjawab Perdana Menteri...

Beliau memalukan pentadbiran kerajaan Malaysia di peringkat antarabangsa walau tanpa sebarang bukti...

Paling memalukan sebagai Perdana Menteri, Tun Mahathir tak boleh nak bezakan antara cakap kedai kopi dengan bercakap dalam sidang akhbar dan dialog antarabangsa...



Satu2nya perdana menteri atau pemimpin negara dalam planet bumi yang akan buat mcm apa yg Mahathir The Legend buat!!!