Saturday, July 7, 2018

Keadilan Yg Pernah Anwar Dapat Kini Di Berikan Pada Najib


Di Manakah Sifat Perikemanusiaan Regim Mahathirisme-DAP

Tahukah anda, ketika akaun seluruh anggota keluarga serta saudara mara Dato' Sri Najib di bekukan seluruh kewangan mereka terjejas!!!

Ini menyebabkan kos pembiayaan perubatan bagi anaknya, Puteri Norlisa yang mengidap kanser tergendala!!!

Gadis manis itu perlu menjalani rawatan kimoterapi bagi penyakit barahnya yg dah sampai ke tahap empat...

Rakyat tidak pernah tahu yang anaknya Puteri Norlisa mengidap kanser!!!

Dato Sri Najib bukanlah orang yang jenis suka menyusahkan orang lain!!!

Dia tak pernah buka mulut untuk memohon bantuan rakyat!!!

Kerana bagi Najib tanggungjawabnya untuk membantu rakyat bukan memperalatkan rakyat!!!

Berbeza dgn Anwar Ibrahim yg menggerakkan penyokongnya utk berhimpun di jalan2raya...

Tapi Najib tidak mahu meletakkan apa2 risiko pd penyokong2nya...

Sbb itu Najib tidak mahu penyokong2nya berhimpun di jalanraya sbb beliau sangat kenal Mahathir...

Tapi mana ada akar umbi yang yakin dengan keikhlasan dan jasa-jasanya kepada rakyat!!!

Di mana letaknya akal dan perikemanusiaan rakyat Malaysia bila sanggup malah ada yg bersorak gembira bila melihat Najib di aniayai dengan PDRMahathir  merampas harta benda keluarganya tanpa pertuduhan dengan anggaran RM1.1 bilion kononnya itu wang 1MDB...

Allah S.W.T. Banyak Membinasakan Kaum2 Yang Zalim Kepada Pemimpin Mereka


Ingatlah kembali sejarah manusia...

Berapa banyak tamadun atas dunia nie Allah s.w.t. dah musnahkan dgn cara yg cukup azab dan keji kerana mereka memfitnah rasul2 utusan Allah s.w.t...

Tidak cukup dgn di fitnah, ada antara kalangan rasul2 tersebut di aibkan malah ada yg sampai di bunuh...

Akhirnya Allah s.w.t. menamatkan riwayat tamadun mereka dengan cara yg cukup hina!!!

Mmg Najib buka seorang rasul tp apakah hak kita mengaibkan dan memfitnah beliau???

Apakah hak kita utk menjatuhkan hukuman kepada beliau sedangkan mahkamah belum lagi memulakan perbicaraan...

Lupakah kita pd pesanan Al Imam As Syafie pd murid2nya...

"Wahai anak2ku, di akhir zaman nanti bersama2lah dgn pemimpin2 yg banyak panah2 fitnah menuju kepada mereka kerana merekalah pemimpin yg berada dalam kebenaran"...

Tiba Masanya Rakyat Malaysia Membantu Pemimpin Yang Telah Banyak Berkorban Untuk Rakyat


Dato Sri Najib bukan orang miskin dia keturunan bangsawan Pahang...

Semua orang tahu ttg hakikat tu...

Tapi beliau telah menjadi jatuh terduduk angkara Mahathir yang terlampau takut akan kebangkitan beliau...


Beliau di fitnah, di aibkan, di rampas harta benda tanpa sebarang pertuduhan membabitkan harta rampasan!!!

Ahli Majlis Tertinggi UMNO tidak menggalakkan sebarang kutipan derma kerana mereka cuba memikirkan cara lain tanpa menyusahkan rakyat...

Tapi kita bersyukur sbb masih ada lagi di kalangan rakyat yg sanggup mengorbankan sedikit harta demi utk melihat kebenaran di tegakkan kembali di bumi Malaysia...

Masih ramai lagi rakyat yg dulu menentang Najib kini bersama2 menghulurkan derma kerana dah tak sanggup melihat kezaliman yg di lakukan ke atas Najib dan keluarganya...

Apalah sangat nilai RM50 dalam poket kering nie jika menderma bagi meringankan bebannya jika di bandingkan jasa2 Najib yang tidak ternilai besarnya!!!

Marilah kita bersama2 menghulurkan sumbangan secara ikhlas kepada Tabung Solidariti Najib...

Jangan Lacurkan Integriti SPRM



Kita mengharapkan agar SPRMahathir menjadi satu suruhanjaya yg benar2 telus dan berintegriti...


Tapi dengan alasan yg sama SPRMahathir membeku seluruh akaun mereka termasuk cucunya yang berusia 10 bulan!!!

Nampaknya harapan kita cuma tinggal harapan bila SPRMahathir menipu bila keluarkan kenyataan yg menafikan mereka membekukan akaun cucu Najib...

Baca penipuan SPRMahathir di sini :

Timbalan Pesuruhjaya SPRMahathir, Datuk Seri Azam Baki Nafiikan SPRMahathir Bekukan Akaun Keluarga Najib

Baca juga di sini :

CIMB Sahkan Terima Arahan Bekukan Akaun Keluarga Najib

Apalah dosa budak berumur 10 bulan bila di paksa sama2 menanggung fitnah yg di lemparkan ke atas datuknya...

Untuk menghalalkan rampasan ini! Tommy Thomas membuat pertuduhan mahkamah dengan kes yang tiada mengena dengan rampasan dan pembekuan akaun!!!

Malah tidak ada kena kena mengena dengan kes yang difitnah kepada Najib sebelum PRU14 iaitu melesapkan  RM42 bilion wang 1MDB  dan mengaitkan wang derma Tok Arab RM2.6 bilion sebagai wang dicuri dari 1MDB!!!

Apa Yang Berlaku Di Dalam Mahkamah Menjelaskan Segala2Nya


Mari kita fahamkan apa yg berlaku dalam mahkamah mengikut teks di mahkamah :

Tan Sri Shafee Abdullah (Peguambela) :

"Mana dokumen kes bagi setiap pertuduhan ?"

Tommy Thomas (Pendakwaraya) :

"Kita tidak boleh beri kerana dokumen belum siap..."

Tan Sri Shafee Abdullah (Peguambela) :

"Kalau dakwa hari ini, bermakna kamu sudah sedia untuk mendakwa, bagaimana kamu dakwa seseorang tetapi dokumen kesnya belum sedia ?"

Text ini cukup membuktikan semua ini di lakukan dengan tergesa2 untuk mengaburi mata rakyat!!!

Bagaimana ini jika terjadi kepada anda dan keluarga anda???

'Rule Of Law' Hanya Kepada Orang Tertentu


Inikah dinamakan keadilan!!!

Pada masa yang sama kes banglo Lim Guan Eng yang dah lengkap dokumen pendakwaan serta bukti di bekukan tanpa mahkamah menetapkan sebarang tarikh atau lebih tepat di mansuhkan secara halus!!!

Jasa Najib Terlalu Besar Untuk Di Lupakan


Di Malaysia ini, tiada seorang pun layak untuk menafikan jasa2 besar Najib kepada negara dan rakyat...

Lihatlah di sekeliling kehidupan dan keluarga kita...

Pasti ada jasa Najib yg telah kita nikmati...

Klinik 1Malaysia bila kita sakit...

UTC dan RTC bila kita kena berurusan dgn pihak JPN, JPJ dan pelbagai jabatan kerajaan di luar waktu pejabat...

SL1M, KR1M, BRIM, Rumah Rakyat 1 Malaysia dan berbagai2 lagi kita pernah nikmati kerana usaha dan jasa Najib...

Kalau tidak masakan semua produknya di tukar nama kepada ciptaan legasi Mahathir!!!

Masakan Guan Eng boleh berjoli sakan dengan RIZAB bank negara RM432 bilion hasil peninggalan Najib, iaitu rizab 400 kali ganda tinggi berbanding rizab peninggalan rizab Mahathir setelah meletak jawatan PM Ke 4...

Tidakkah kita nampak???

Terinayanya Najib bukan kerana dosa-dosa Mahathir dan Guan Eng semata-mata tetapi dosa2 rakyat yang tidak pernah hargai jasa beliau dan lebih suka memilih mempercayai fitnah!!!

Sesungguhnya bila malapetaka datang melanda maka rakyat jua yang menanggung azabnya!!!

Tidak kita sedar yang Dato Sri Najib Razak sedang di ikat, di kurung dan di bunuh secara pelahan-lahan???


INGAT RAKYAT MALAYSIA, ZAT YANG MENGUASAI KERAJAAN DI LANGIT DAN DI BUMI SEDANG MEMERHATIKAN KITA!!!

No comments:

Post a Comment

Sila komen mengikut tajuk yang dibincangkan. Komen yang lari tajuk dan tidak sopan boleh ditahan siaran serta diban jika melampau sangat.