Thursday, June 14, 2018

Presiden Umno Ke 8 : Zahid Atau Ku Li ???


30hb Jun 2018, Umno akan adakan Pemilihan dan Perhimpunan Agung yg pertama pasca PRU 14...


Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Naib Presiden Umno yang menjalankan tugas2 Presiden Umno dah buat pengumuman pada pemilihan kali nie semua jawatan penting akan dipertandingkan...

Baca di sini :

http://www.umno-online.my/2018/05/22/semua-jawatan-bebas-dipertandingkan-dalam-pemilihan-umno-zahid/amp/

Pertembungan Antara Zahid Dan Ku Li


Pemilihan kali nie akan menyaksikan pertembungan menarik antara 2 orang pemimpin Umno, Zahid dan Ku Li...

Baca di sini :

http://www.malaysiandigest.com/bahasa-malaysia/740601-zahid-sah-bakal-tanding-jawatan-presiden-umno.html

Dan disini :

http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2018/06/12/ku-li-terima-pandangan-keluarga-tanding-jawatan-presiden/

Kekuatan Dan Kelebihan Kedua2 Calun Presiden Umno

Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li)


Veteran Umno yang menyertai parti keramat orang Melayu sejak tahun 1962...

Pernah menjawat beberapa jawatan penting dalam Umno seperti Bendahari Umno dan Naib Presiden Umno...

Pada pemilihan Umno tahun 1987, Ku Li hampir2 menyingkirkan Tun Mahathir dari dunia politik tanah air bila tewas tipis dengan hanya 43 undi dalam pertandingan Presiden Umno...

Jika tak sebab DS Najib pada ketika itu menjadi Ketua Pergerakan Pemuda Umno menyatakan sokongan pada Mahathir, pasti nama Mahathir akan lenyap terus dari pentas politik Malaysia...

Baca disini :

http://m.utusan.com.my/rencana/1987-najib-dan-nyawa-politik-mahathir-1.198723

Ku Li dikatakan pernah berkerjasama dengan Presiden Umno kedua, Al Marhum Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj di dalam memperkasakan Umno...

Disamping itu, Ku Li juga mempunyai pengalaman yang cukup luas dan pernah berkhidmat dibawah 4 orang Presiden Umno termasuk Mahathir...

Baca disini :

http://malaysiagazette.com/v2/blog/2018/05/15/beri-peluang-ku-li-baiki-umno/

Ku Li juga dilihat sebagai seorang yg cukup faham dgn segala kelicikan strategi politik Mahathir dan dipercayai peperangan kedua antara Ku Li dan Mahathir dalam dunia politik tanah air akan menyaksikan Mahathir tersungkur...

Dengan pengalaman yg luas dalam dunia politik, Ku Li dilihat mampu untuk meletakkan kembali Umno kedalam hati rakyat Malaysia terutamanya orang Melayu dan kembali disayangi orang2 Melayu dan disegani oleh parti politik yang lain...

Kesetiaan Dan Jatidiri Ku Li Dalam Umno

Namun ada antara ahli Umno yg meragui kesetiaan Ku Li pada Umno...

Ada antara pemimpin dan ahli Umno yg masih belum boleh melupakan apa yg telah Ku Li bersama2 11 orang ahli Umno yg dikenali Umno 11 lakukan kepada parti Umno pada tahun 1988...

Ekoran dari rasa tak puas hati dengan kekalahan pd Mahathir, Ku Li yg mengetuai Umno 11 telah menyebabkan parti Umno yg ditubuhkan dgn pengorbanan serta darah dan airmata pemimpin dan org Melayu pd tahun 1946 telah diisytiharkan tidak sah oleh hakim Harun Hashim pada tahun 1988...

Ekoran dari itu maka berlakulah tsunami perpecahan bangsa Melayu yg pertama diMalaysia...

Baca disini :

http://malaysiandigest.com/bahasa-malaysia/626092-penubuhan-semangat-46-mudah-sebab-umno-zaman-mahathir-berpecah-dari-atas-sampai-bawah.html

Mahathir dan Ku Li dilihat sebagai 2 individu yg bertanggungjawab pada perpecahan itu!!!

Berita Konspirasi Ku Li Dan Mahathir

Terdapat juga berita yg mengatakan telah ujud konspirasi antara Ku Li dan Mahathir utk ambil alih Umno...

Baca di sini :

https://www.thethirdforce.net/razaleighs-secret-pact-with-mahathir/

Kita tak boleh menolak kemungkinan pada kebenaran berita tersebut kerana 'politics is the art of everything'...

Namun dari satu sudut yang lain, kita juga tak boleh terus mempercayainya tanpa bukti2 yg sahih...

Sekiranya apa yg dilapurkan itu adalah satu kebenaran maka ianya pasti akan menambahkan lagi luka pada Umno kerana calun presiden Umno berkerjasama dgn org yg sedang berusaha bersungguh2 membunuh Umno...

Sikap Tarik Tali Ku Li Menggusarkan Ahli



Ahli Umno juga agak gusar dgn sikap tarik tali Ku Li...

Ini bukannya masa utk kita berteka-teki lagi...

Baca disini :

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=234767093774328&id=100017231165490

Nyatakan pendirian dgn penuh kepastian...

Terangkan apakah iltizam dan perancangan serta perubahan yg nak dilakukan supaya Umno kembali disayangi...

Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi


Penglibatan secara aktif Zahid didalam Umno bermula pada tahin 1984 bila dipilih sebagai Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Bagan Datoh...

Dipilih sebagai Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia dari tahun 1996 hingga 1999...

Sama juga seperti Ku Li, Zahid juga pernah menjadi mangsa kerakusan Mahathir pd kuasa bila ditahan bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada tahun 1999 kerana berada dalam kem Anwar Ibrahim dalam pergeseran antara Anwar dan Mahathir hingga menyebabkan tsunami perpecahan Melayu kali kedua...

Sama seperti Ku Li, Zahid juga dilihat mampu memulihkan Anwar serta memimpin Umno dalam menghadapi kelicikan permainan politik Mahathir kerana disamping pernah berkhidmat dibawah pemerintahan Mahathir sejak 1996 hingga 2003, Zahid juga pernah bersama2 dua org presiden Umno iaitu Tun Abdullah dan DS Najib dalam menghadapi tentangan Mahathir...

Zahid juga dilihat mempunyai sikap yg jauh lebih tegas dari DS Najib yg dilihat terlalu berlembut kepada musuh politik Umno terutamanya Mahathir...

Pengalaman yg luas dalam dunia politik serta ketegasan Zahid sebagai pemimpin dilihat mampu memahatkan kembali Umno kehati dan sanubari rakyat Malaysia terutamanya org Melayu...


Kesetiaan Zahid pd perjuangan Umno tak perlu diragui lagi bila beliau tetap setia dgn Umno diwaktu susah dan senang serta diwaktu suka dan duka...

Zahid juga mempunyai kelebihan kerana lebih faham dengan keadaan dan masaalah parti Umno dan politik semasa diMalaysia...

Ini akan lebih memudahkan beliau menyusun strategi supaya Umno kembali disayangi oleh rakyat Malaysia dan disegani oleh musuh Umno...

Siapa pun yg akan diberikan mandat oleh perwakilan utk menerajui Umno seharusnya sedar bahawa jawatan presiden yg akan disandang bukan lagi tiket utk mengumpul kekayaan atau laluan utk menjadi Perdana Menteri Malaysia...

Untuk ahli Umno, jadikan pemilihan Umno sebagai platfom utk kita merapatkan saf didalam Umno dan bukannya permulaan pada satu lagi perpecahan didalam Umno...

Baca disini :

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=234526217311058&id=100022610434927

Umno dah tak berdaya utk hadapi satu lagi perpecahan...

Parti Umno kini bukan lagi parti tunggak yg memimpin barisan kepimpinan kerajaan...

Umno kini ialah parti pembangkang, lebih dari itu, Umno dilihat berada dalam keadaan yg agak tenat kerana bukan saja ekoran pukulan kekalahan PRU 14 tetapi juga ditikam dari segenap penjuru baik dari ahlinya sendiri atau dari sekutunya didalam Barisan Nasional...

Namun kekuatan Umno akan bermula dari kesedaran dan kekesalan org Melayu kerana mengkhianati Umno dalam PRU 14 tetapi kini dikhianati pula oleh Pakatan Harapan yg mereka berikan mandat dlm PRU 14...

Sekiranya kesedaran org Melayu ini digarap dgn keikhlasan perjuangan serta ketegasan dan kejujuran kepimpinan, yakinlah Umno PASTI akan kembali menjadi parti yang disayangi oleh org Melayu kerana HANYA Umno satu2nya parti terus menjadi wadah perjuangan kedaulatan Melayu dan kesucian ugama Islam...


7 comments:

  1. Pada pwndapat sy..persiden biar la zahid atau ada yg lg berkaliber..hishamuddin undur dulu..doa bakal presiden masa depan..tetapi ku li ni lantik la penasihat...(lebih kurang menteri kanan yg mengetuai) seperi elders concel.cuma pendapat

    ReplyDelete
  2. Zahid or somebody younger with a plan how to upgrade n established umno again to stronger n mightier position. Pendapat den jor..

    ReplyDelete
  3. tukar nakhoda pun tak guna kapal udah nak tenggelam!!!! Kihkihkih

    ReplyDelete

  4. Kalau UMNO nak ke depan pilih Ku Li dan kalau nak tertinggal pilih lah Zahid , mudah aja, kenapa warga UMNO susah nak sangat pilih .

    ReplyDelete
  5. Serah pada perwakilan...
    Tak perlu melobi..tak perlu berkempen.Ahli dah semakin arif.
    Besar hikmahnya kekalahan pd pru14.Bukan sekadar post mortem tetapi tindakan muhasabah diri dan menilai prinsip sebenar yg semakin terhakis.

    ReplyDelete

Sila komen mengikut tajuk yang dibincangkan. Komen yang lari tajuk dan tidak sopan boleh ditahan siaran serta diban jika melampau sangat.