JANGAN JADIKAN PEMILIHAN UMNO 2018 SEBAGAI PUNCA PERPECAHAN DALAM UMNO
Jangan BUNUH Umno
Semakin hampir hari pemilihan bagi jawatan tertinggi Umno, ramai ahli Umno yg sayangkan parti keramat yg dah terlalu banyak jasa pd bangsa Melayu dan tanah air tercinta nie rasa semakin risau, kenapa ???
Sebab corak kempen yang penyokong2 pemimpin yg bertanding semakin hari semakin ganas...
Serang menyerang, maki hamun, fitnah memfitnah makin berleluasa di media2 sosial...
Setiap calon yg bertanding ditelanjangkan setiap hari tanpa segan silu dan belas kasihan...
Yang diketengahkan ialah segala keburukan pesaing seolah2 mereka ialah musuh tegar Umno...
Apakah kita lupa, semua calon yg menawarkan diri tu ialah ahli Umno yg juga sayangkan parti Umno...
Zahid, Ku Li dan KJ ada kelebihan masing2...
Ketengahkan misi dan visi calon pilihan kita untuk dipertimbangkan oleh perwakilan dihari pemilihan nanti...
Umno Dah Tak Mampu Untuk Berpecah Lagi...
Pengalaman Guru Yang Terbaik
Belajarlah dari pengalaman dan sejarah Umno...
Bermula dari sebuah parti yang sangat kuat dan disayangi oleh orang Melayu, akibat perpecahan yang berlaku berulangkali dalam Umno, kini Umno dilihat sebagai parti yg berada dalam keadaan nazak...
Akibat percaya pada fitnah, akhirnya mantan presiden Umno, DS Najib menjadi mangsa...
Baca disini :
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2025289134397946&id=100007506374532
Pemilihan Akan Datang Ialah Peluang Terbaik Musuh Membunuh Untuk Membunuh Umno
Jangan terpedaya pada hasutan fitnah atau manusia yang suka menangguk di air yg keruh...
Kerana sudah pasti ianya dirancang oleh musuh2 Umno yg datang dari luar atau pun mungkin dari dalam Umno sendiri...
Jangan Salah Buat Pilihan
Umno memerlukan seorang presiden bersama barisan kepimpinan yang jujur dan ikhlas berjuang supaya panji2 Umno kembali berkibar megah dipersada politik tanah air...
Kepentingan parti mestilah mendahului kepentingan peribadi...
Untuk Selamatkan Umno, Pemimpin Kangkung WAJIB DiTolak
Umno perlukan seorang pemimpin yg berjuang utk parti dan bukannya utk diri sendiri...
Kita menghormati pengalaman pemimpin2 veteran dan tak jadi masaalah utk kita terima sebagai presiden parti dgn syarat buktikan keikhlasan dalam perjuangan!!!
Bila ada yang menyebarkan berita tentang keburukan pemimpin kita, jangan terpedaya dgn terus percaya...
Dapatkan penjelasan dari pemimpin kita sendiri atas satu2 tuduhan atau fitnah yang dilemparkan...
Apakah kita akan lebih mempercayai kata2 musuh dari penjelasan pemimpin kita sendiri!!!
Dan pemimpin juga MESTI bijak dalam setiap tindakan supaya tak menimbulkan keresahan...
Sebaik2nya pemimpin muda yang masih mentah janganlah terlalu gelojoh utk sampai ke puncak kuasa...
Adat anak muda berdarah panas, silap percaturan akan bawa kemusnahan yang tak dapat diselamatkan lagi...
Ilmu saja tak cukup utk mengemudi parti terbesar didunia ini apatah lagi ianya perlu dirawat dari luka yang amat parah kesan kekalahan PRU 14 lepas...
Pengalaman, kematangan, kebijaksanaan serta kesabaran adalah ramuan yang diperlukan utk selamatkan parti keramat orang Melayu ini...
Kembali Bersatu Selepas Pemilihan
Setiap calon dan penyokong sama ada yang menang atau pun yang kalah dalam pemilihan mestilah bersatu kembali dgn semangat Umno sejati...
Yg menang janganlah terlalu angkuh, insaflah kemenangan tu tak menjanjikan kemewaham atau pun kekuasaan mutlak...
Kemenangan tu menandakan bermulanya episod pengorbanan kepada satu perjuangan menyelamatkan parti keramat orang Melayu ini...
Yang kalah pula janganlah memanjang merajuk atau pun kecewanya...
Berganding bahu bersama barisan kepimpinan yg menang supaya dapat memantapkan lagi perjuangan...
Ibarat biduk yg telah berlalu maka kiambang bertautlah kembali...
Janganpah kita ibarat menang sorak tapi kampung kita tergadai...
Kerana akibatnya nanti yang menang akan jadi arang dan yang kalah akan jadi abu...
Yang akan menanggung akibatnya nanti ialah anak cucu kita...
Kepada barisan kepimpinan yang baru dan cali 2 yg kalah, kami merayu, selamatkanlah Umno demi ugama, bangsa dan tanah air tercinta ini...
No comments:
Post a Comment
Sila komen mengikut tajuk yang dibincangkan. Komen yang lari tajuk dan tidak sopan boleh ditahan siaran serta diban jika melampau sangat.