Kita telah dipertontonkan bagaimana Dato Sri Najib tewas dalam peperangan PRU-14 setelah gabungan 3 gelombang iaitu dinasti lim, Anwar The mata Satu dan Mahathir Bunga2 Boboi!!
Tetapi 3 gelombang ini mencetuskan 7 kehebatan Dato Sri Najib yang rakyat tidak nampak sebelum ini:
1 - Realiti Ekonomi negara
Suka atau tidak rakyat kena terima kehebatan DSN seperti diperakui Zeti, Bank Dunia dan IMF, yang ekonomi Malaysia paling kukuh dalam sejarah 6 Perdana Menteri Malaysia.
Iaitu termasuk DSN telah meninggalkan simpanan rizab negara berjumlah RM430 bilion iaitu rekod tertinggi dalam sejarah Malaysia.
Hingga menjadi beban kepada Pakatan harapan untuk fikirkan bagaimana untuk mengatasi penanda aras tertinggi bagi pentabiran kewangan oleh DSN dan BN dalam sejarah Malaysia.
Kata2 DSN menyentuh isu ini:
Pakatan Harapan yang secara tiba-tiba mendakwa ekonomi negara kukuh kerana nilai rizab Bank Negara kini adalah RM430 bilion.
”Soalnya dalam tiga hari saja (selepas PH membentuk kerajaan) negara hampir bangkrap boleh jadi kukuh. Mereka ada lampu ajaib ke? Lampu Aladin ke? gosok dalam tiga hari. Tak payah selamatkan negara lagi
2 - Pakatan Harapan akan jatuhkan ekonomi negara
Setakat hari 22 mei 2018, sebanyak RM2.48b ekuiti dibawa keluar dari malaysia. kerana apa, Pelabur asing terkejut dan tidak yakin dengan kerajaan baru caca merba.
Pada Rabu minggu lalu, aliran keluar asing meruncing kepada RM320.7 juta apabila pelabur menyambut baik pembaharuan pasca PRU-14 termasuk pengumuman pengurangan cukai barang dan perkhidmatan (GST) kepada sifar peratus berkuat kuasa 1 Jun selain pengampunan yang diberikan kepada bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
3 - PH tak mampu laksana Infrarakyat dengan kos efektif
Pakatan Harapan juag terpaksa melaksanakan semua projek negara China kerana takut tindakan negara tersebut membatalkan ekspot sawit tanpa had dari malaysia memandangkan Indonesia juga berminat merampas hak itu.
Masalahnya projek ECRL yang telah direncanakan Najib hanya dengan KOS RM55 bilion menjadi kebingungan Daim untuk pelaksanaan hingga menuntut tambahan 11 bilion sedangkan kata2 Nurul Izzah yang PH mampu laksanakan dengan kos lebih murah berbanding Najib
4 - PH gagal kekalkan pelaksanaan BR1M
Semasa kempen PRU-14 Lim Guan Eng dengan lantang berkata pakatan Harapan mampu laksana BR1M hingga RM2000 seperti najib umumkan malah akan lebih baik.
Tetapi setelah PH tawan putrajaya Mahathir hanya umumkan akan memberi BR1M RM300 x 2 = RM600 berbanding sepatutnya mereka membayar RM800x2=rm1600 (+400 yg telah diberi) iaitu untuk golongan B40 di bawah pendapatan RM3000.
Malah mahathir membatalkan pemberian BR1M kepada
-orang bujang (tambahan rm150)
-mereka berpendapatan RM3001-RM5000 sebanyak RM700
-anak penerima BR1M layak terima RM1500 jika masuk U
Ini juga bermaksud mahathir akan kurangkan penerima BR1M dari angaran 10 juta orang (tambahan dari 7 juta org setelah penambahan 2 ketegori baru) kepada angaran 2 juta yang layak terima BR1M pasca kerajaan PH.
5 - Fantasi Bulan Bintang Pakatan Harapan
10 Manifesto dalam 100 hari + 300 janji lain menjadi mimpi ngeri setelah mereka berjanji akan laksanakan. Dengan kedudukan rizab negara yang tingi Mahathir tidak tahu mana dulu yang perlu dilaksanakan terlebih dahulu?
”(Penipuan) ini yang buat saya rasa terkilan, bukan kekalahan. Tapi atas penyelewengan fakta sebenar. (Pembohongan ini) tak adil. Ini berita palsu,” tegas Najib.
Begitu juga janji PH untuk menghapuskan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), menurunkan harga barangan, menghapuskan hutang peminjam Perbadangan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), hanyalah janji semanta-mata.
”Bila sudah berkuasa, berapa harga minyak? Kita tunggu bila harga minyak nak turun. Saya tahu sebab saya bekas Menteri Kewangan,” katanya sambil menambah kerajaan perlu membelanjakan sekitar RM1.5 bilion dalam bentuk subsidi untuk menurunkan harga minyak kepada RM1.50 seliter.
"Kenapa tak cakap perkara itu. Kenapa janji, bagi harapan palsu. Kita (BN) tak janji palsu. Kita janji apa yang kita mampu laksanakan. Mungkin saya silap, tidak ambil pendekatan matlamat menghalakan cara. Bila dapat kuasa, (janji) itu belakang kira
6 - Ketokohan Dato Sri Najib sebagai negarawan terulung
Semasa beliau masih menjadi PM Ke-6 bukan tak ada org mencadangkan supaya diambil tindakan menyiasat secara menggeledah setiap inci kekayaan mahathir seperti diperlakukan sekarang. Tetapi apa jawapannya 'tak perlu' "walaupun Mahathir musuh politik tak bermakna kita perlu lupakan jasa 22 tahunnya"
Dan ketika beliau diperlakukan sedemikian hingga mengaibkan keluarganya bukan ada org nak bangkit untuk tunjuk solidariti terhadapnya! Tapi beliau melarang Ahli Majlis tertinggi UMNO untuk terbabit dalam konflik diri dan keluarganya berhadapan dengan musuh politik yang berdendam.malah beliau tidak mahu rakyat dijalanan untuk berjuang atas namanya. Inilah tokoh negarawan terulung sanggup hadapi sendirian walaupun dipenjara atau berada dalam kandang mahkamah.
Setakat ini Dato Sri Najib akur apa sahaja tindak tanduk musuhnya malah tidak ada sepatah pun ayat menghasut rakyat untuk bangkit atas namanya.
Kenapa begini? Kerana tindakan rakyat berada dijalanan akan menyebabkan ekonomi negara yg kukuh hasil usaha peninggalannya akan musnah sekelip mata, walhal selama 9 tahun beliau berusaha keras membersih sisa2 najis 22 tahun yg membebankan rakyat.
7 - Penyokong DSN yg tak dijangka!
Seramai 40 pelajar dari sekolah tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah tiba di kediaman DSN di Taman Duta, Kuala Lumpur untuk berbuka puasa dan mereka mengadakan berberapa siri sembahyang hajat bagi mendoakan kesejahteraan dan kemenangan DSN dalam peperangan fitnah PH yang menjatuhkannya.
Mereka mewakili persatuan Tahfiz seluruh Malaysia bagi menzahir rasa terkilan dan beryukur kerana:
a- Kekalahan Dato Sri Najib disifatkan sebagai kekalahan islam kerana DSN merupa PM pertama di Malaysia yang mempunyai perancangan terperinci bagi transformasi Hufaz yang bukan setakat memenuhi syarat Hafiz dan Agama Islam tetapi melibat perancangan terliti menjadikan golongan Tahfiz sebagai sebagai anggota profesional dalam pelbagai bidang selain bergelar Tahfiz. Ini bermaksud DSN merangkakan sebaran syiar islam masuk ke dalam setiap bidang pofesional di negara ini.
b- Mereka rasa bersyukur kerana keikhlasan DSN selamaini banyak membantu pembangunan sekolah agama dan pusat tahfiz dari segi Infra , pengurusan dan kebajikan.
Penutup.. Dato Sri Najib walaubagaimanapun menerima kekalahan BN pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu sebagai menjunjung prinsip demokrasi negara.
Namun beliau tetap menyatakan rasa terkilan kerana segala perjuangan dan manfaat yang dibawa kerajaan BN selama ini dipatahkan dengan penyelewengan fakta serta janji-janji manis pihak lawan. (catatan Mohd Fadzil)
FB Shen Dong
Dsn pemimpin Islam yg tawaddhuk. Peniaga beg jenama mahal. Penyimpan duit juta2 dirumah. Pemimpin agong
ReplyDelete
ReplyDeleteBaru rasa PH bijak. Kata hutang 1 trillion .orang percaya....
susah nak bagi bonus...habis cerita.....BARU PADAN MUKA UNDI PH
Paling suka dsNajib! Syukur Alhamdulillah.... DGN IZIN ALLAHSWT YE-Jutaan tksh dsNajib krn tlh menaiktaraf pgangkutan awam. Bas bndar kl percuma. Train transit Alirn Ringan. TBS-SUASANA YG NYAMAN....! BERSIH SELESA. Hntr rakyat yg tdk mampu prg hajji dgn izin dn jmputan drp AllahSWT... Bgi duit ry yg mewah kpd rakyat. Mmbuka peluang pkerjaan kpd sbhgn rakyat. Klinik 1 Malaysia! Tmpat Gelndangan berteduh. Menaik Taraf skolh tahfiz dn psRosmah dgn PERMATAnya.... Bnyk lgi tak ingt ttp hny ingt yg baik2 shj. Yg lain tak tahu... Tknk ambik tahu... YG TAHU? PAKATAN HARAPAN PAKATAN PENIPU!!!! PMBOHONG PANDAI BERLAKUN BERPURA2!!! CUBA MERAMPAS NGRA INI DGN BANTUAN 'NGRA ASING' DGN BANTUAN PENGKHIANAT BGSA DN NGRA JUGA AGAMA! SEGELINTIR BRBGSA MLYU INDIA DN CINA !!!! INI KNYTAAN-CARILAH SUMBERNYA D YOUTUBE KLU BLUM dBUANG LGI! siapakh PM MALAYSIA KINI? SY TK TAHU.... YG SY TAHU....syg dsNajib dsRosmah dn seluruh ahli klrg mrkr trmauk ibunya yg mnderita kini krn anakndanya dPerlakukn bgitu hina d mata malaysia dn dunia.... AllahSWT maha adil bijksana dn tdk pernh tidur....
ReplyDeleteAllah sentiasa Bantu orang yang dianiaya~ Hidup DSN
ReplyDeleteAssalamualaikum Tuan,
ReplyDeleteterima kasih banyak atas pencerahan ini.
Saya dari dulu jauh disudut hati amat menyanjungi sifat DS Najib Abdul Razak.
Ketika bertubi jutaan netizen memaki hamun dan mencacinya.. saya terus menghormati dan kini tahap menyanginya.. terkenang terlalu banyak sifat baik dan kerja baiknya berbanding kelemahannya sebagai hamba Allah.
Saya terus berdoa supaya Allah SWT berikan pembelaan dan kemuliaan padanya satu masa nanti.. sedih mengapa orang baik sepertinya tidak dihargai dibumi Malaysia ini tetapi dia dihargai di bumi Timur Tengah.
Apakah racun pemikiran liberalisme yang sangat kuat telah merebak secara senyap dan merosakkan pemikiran Melayu Islam . Mahathir punca kejahatan!
Tukar saja kerajaan perkataan klepet dah hilang dan diganti dengan munafik pula..... kuasa Allah siapa boleh halang.
ReplyDelete