Wednesday, June 20, 2018

Anwar Atau Mahathir : Siapa Dulu Kembali Ke UMNO?


KEPANASAN PEMIMPIN2 DAN PENYOKONG2 KERAJAAN


Calon Majlis Tertinggi Umno, Datuk Lokman Noor Adam percaya sama ada Datuk Seri Anwar Ibrahim atau Tun Dr Mahathir Mohamad akan kembali kepada Umno dan meramalkan perpecahan kerajaan Pakatan Harapan.

Lokman yang juga bekas ahli PKR, berkata terdapat tanda ketidakserasian antara Anwar dan Mahathir.

“Sama ada Mahathir atau Anwar yang terlebih dahulu menyertai Umno dan kita tidak nampak ada cara bagaimana Anwar boleh bekerjasama dengan Mahathir,” katanya.

Tanda2 Perpecahan Pakatan Harapan Semakin Nyata





Anwar mula membuat kritikan terbuka terhadap dasar kerajaan pimpinan Mahathir...


Seperti biasa, Mahathir akan menggunakan proksinya untuk menjawab kritikan Anwar...

Jelas jawapan balas dari Guan Eng menggambarkan pentadbiran Mahathir tidak menyenangi kritikan yang dibuat oleh Anwar...

Baca disini :
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/saya-bukan-pm-tiada-kuasa-arahkan-menteri-dedah-skandal-kewangan-negara-guan-eng-178431

Juga disini :
DAP Mula Ketepikan Anwar!!!

“Saya boleh memberi jaminan kepada anda bahawa kerajaan sekarang tidak akan kekal apabila tempoh pemerintahannya berakhir,” kata Lokman...

Pakatan Harapan membentuk kerajaan Persekutuan dan memegang kuasa sehingga pilihan raya akan datang, yang dijangka pada 2023.

Bekas Setiausaha Pemuda PKR yang kembali kepada Umno itu berkata konflik antara Anwar dan Dr Mahathir dapat dilihat dengan cara ahli PH mengutuk Anwar secara tidak langsung di media sosial.

Baca disini :
Pendedahan Chegu Bard Tentang Serangan Kem Mahathir Pada Anwar

Tun Mahthir Semakin Terdesak

“Malah Dr Mahathir bimbang dan mahu mendapat lebih sokongan daripada partinya dan bertuah jika dia kekal sebagai perdana menteri untuk jangka masa panjang dan saya menjangkakan Anwar akan menjadi perdana menteri bila-bila masa selepas dia dipilih sebagai ahli parlimen,” katanya.

Baca disini :
Mahathir Mula Pecah Belahkan PKR Untuk Halang Anwar!!!

Mahathir Sebenarnya 'TERPAKSA' Bebaskan Anwar


Anwar dibebaskan dari penjara atas pengampunan diraja Mei lalu dan berkata beliau akan bertanding sebagai ahli parlimen tidak lama lagi, tetapi kini hanya menjadi ahli kelab penyokong kerajaan.

PH mempunyai perjanjian di mana Anwar akan mengambil alih jawatan perdana menteri daripada Dr Mahathir, tetapi tidak ada tempoh ditetapkan dan tidak jelas berapa lama Dr Mahathir akan memegang jawatan itu.

Baca disini :
Mustahil Mahathir Akan Lepaskan Jawatan Pada Anwar Dalam Masa 2 Tahun!!!

Lokman, 45, yang juga bekas pengarah komunikasi strategik Kementerian Kewangan adalah calon dalam pemilihan Umno yang akan diadakan pada 30 Jun ini. Beliau berharap dipilih sama ada sebagai pemimpin Pemuda Umno atau Majlis Tertinggi.

Mahathir juga dikatakan mempunyai “tangan” dalam pemilihan Umno dan menghantar orangnya untuk mencatur barisan kepimpinan Umno...

Ada diantara mereka menawarkan dana kepada kepimpinan Umno supaya mereka dapat memiliki kepimpinan persahabatan dengan Umno...

Baca disini :
https://www.thethirdforce.net/razaleighs-secret-pact-with-mahathir/

Mahathir sangat2 memerlukan Umno untuk mengukuhkan PPBM yang hanya memegang 12 kerusi diDewan Rakyat, menjadikannya “sangat mudah diserang” dan “sangat mudah ditendang ” sebagai perdana menteri pada bila2 masa...

PH dan sekutunya diSabah memegang 125 kerusi...

PKR memegang 50 kerusi, DAP 42 kerusi, Amanah 11 kerusi, Warisan 8 kerusi dan Upko 1 kerusi...

Manakala Umno memenangi 54 kerusi, menjadikan parti itu sebagai parti tunggal terbesar dalam Dewan Rakyat...

Parti pembangkang yang lain adalah gabungan parti Sarawak yang memegang 19 kerusi, serta PAS dan sekutunya 18 kerusi...

Anwar Mungkin Boleh Memaafkan Mahathir Tetapi Sukar Melupakannya

Lokman berkata beliau memahami bagaiamana perasaan Anwar yang bekerjasama dengan Dr Mahathir yang telah menolaknya sebagai Timbalan Perdana Menteri dan juga mengusirnya dari parti pada 1998...

Mereka boleh berpura-pura tetapi mereka tidak boleh menipu penyokong mereka dan mereka yang menyokongnya sebelum ini...

Sebab itulah PH tidak akan kekal sebagai satu gabungan sehingga tempoh mereka berakhir...

Lokman sendiri pernah dipecat dari Umno pada 1998 hanya kerana mengatakan Mahathir pembohong...

Manakala pada tahun 2004 beliau dipecat dari PKR kerana mempersoalkan penyelewengan dana parti...

Satu tuduhan yang serius dan memburukkan imej saya,” katanya...

Hakikatnya, kekalahan Barisan Nasional pada pilihan raya umum bulan lalu adalah kerana kegagalan BN menentang serangan PH terhadap 1MDB dan aliran RM2.6 bilion yang didakwa masuk ke akaun bank bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak...

“Apabila pembangkang membicarakan isu ini, rakyat pula menyebarkannya tetapi mereka tidak mendengar penjelasan kami,” tambah Lokman...

Umno Akan Kembali Menjadi Parti Tunggak Dalam Kerajaan

Beliau percaya akan ada sokongan semula daripada pengundi Cina Malaysia yang begitu menyokong PH, selepas semua parti berasaskan Melayu, seperti PAS, PKR atau PPBM dan Warisan bergabung...

“Apabila kami dapat menyatukan orang Melayu, orang Cina akan kembali kepada kami malah jangan terkejut kalau DAP juga akhirnya menyertai kami kerana orang Cina tahu mereka akan kehilangan perwakilan dalam politik jika mereka tidak bersatu...” tambah Lokman...

Umno Perlu Berubah Secara Total


Bagaimanapun, perubahan diperlukan dalam Umno untuk dilihat sebagai wakil kepada rakyat dan bukan sebagai milik golongan elit tertentu didalam parti...

Rakyat akan terus menjadi hakim kepada pemimpin2 Umno...

Cara mereka membawa diri, apa yang mereka pakai, kereta yang mereka pandu akan menimbulkan persepsi bahawa mereka masih terlibat dalam rasuah dan salahguna kuasa...

Walaupun hakikatnya, kebanyakan ahli parlimen kaya-raya sebelum menjadi ahli parlimen...

Beliau berkata Umno akan mencari jalan untuk mengukuhkan parti selepas pemilihan parti pada 30 Jun ini...

No comments:

Post a Comment

Sila komen mengikut tajuk yang dibincangkan. Komen yang lari tajuk dan tidak sopan boleh ditahan siaran serta diban jika melampau sangat.