3 unit kondominium mewah di Pavilion Residences yang diserbu oleh pihak berkuasa Khamis lalu telah dijelaskan oleh pegawai bertugas bukan milik DS Najib...
Tetapi propaganda media pro-PH seperti Mkini, FMT, Astro Awani terus mengarahkan tumpuan kepada DS Najib dengan bait-bait ayat seperti "kediaman yang dipercayai milik bekas PM", dalam siasatan dan mempunyai kaitan dengan kes 1MDB...
Dalam penggelidahan selama lebih 10 jam, barang2 peribadi seperti hadiah kahwin, barang hantaran, beg tangan dan sebagainya telah dirampas...
Malah kasut2 bayi kepunyaan cucu kepada DS Najib juga turut dirampas oleh pihak berkuasa...
Apa yang pelik tentang serbuan dan rampasan yang dilakukan pada lewat malam semalam adalah komputer dekstop dan komputer riba di dalam rumah tersebut tidak pula diambil!!!
Ini menimbulkan tanda tanya sama ada serbuan tersebut benar-benar untuk mencari bukti 1MDB atau ada agenda lain...
SIAPA DATIN CINDY ???
Dalam serbuan tersebut 72 beg berisi wang tunai, 284 kotak berisi beg tangan berjenama telah dibawa keluar...
Di kotak-kotak tersebut jelas tertulis nama 'DATIN CINDY', bukannya nama DATO' SERI NAJIB atau DATIN SERI ROSMAH...
Datin Sri Cindy Lim atau nama sebenarnya Tan Kewi Yong adalah Pengarah Eksekutif Pavilion REIT & Malton Bhd, isteri kepada tycoon hartanah Tan Sri Desmond Lim Siew Choon, individu ke-27 terkaya di Malaysia. Cindy juga merupakan kakak kepada jutawan 'Casio King' pemilik CIC, Tan Sri Robert Tan Hua Choon...
Desmond Lim merupakan pemilik gedung mewah Pavilion disamping beberapa perniagaan hartanah lain...
POLIS ARAH PEMBANTU RUMAH SEDIAKAN MAKANAN
Walaupun pihak polis membuat kenyataan bahawa serbuan dilakukan dengan professional, namun realiti sebenar adalah berlainan, seperti yang berlaku di atas...
Mungkin ini adalah cubaan untuk menakut-nakutkan dan mengaibkan mantan Perdana Menteri Malaysia tersebut dan ahli keluarga beliau...
Bukan itu sahaja, pembantu rumah di rumah tersebut juga dilaporkan disuruh oleh pihak yang membuat serbuan untuk menyediakan makanan untuk beberapa orang pihak berkuasa...
Malah makanan di dalam rumah tersebut habis dimakan oleh pihak polis semasa serbuan...
DS NAJIB DI HUKUM SEBELUM DI DAPATI BERSALAH
Belum ada sebarang pembuktian semua rampasan itu berkaitan dengan DS Najib atau 1MDB, tapi tengoklah bagaimana permainan persepsi yang dihidang oleh media-media pro-PH...
Astro Awani (milik kroni sang diktator) menyiarkan 'live streaming' selama lebih 3 jam... what the fish???
Saya tidak pertikaikan kerja pihak berkuasa, pastinya mereka bertindak mengikut laporan...
Cuma kerja media pro-PH yang agak bangang dan melampau...
Seperti orang lain, DS Najib adalah manusia biasa yang tidak sempurna.
Namun beliau dan keluarga beliau sejak dari zaman ayahanda beliau Allahyarham Tun Abdul Razak dan ibunda beliau Tun Rahah telah banyak berjasa kepada negara, tanahair dan rakyat selama berdekad lamanya.
Apakah kerana geram dan dendam semua ini dilupa dan beliau kini dicerca dan dihina???
Ini modus operandi yang hampir sama dengan apa yang berlaku 20 tahun lalu ke atas DS Anwar Ibrahim...
BILA BERKUASA SANG DIKTATOR TUA KEMBALI KE WATAK ASAL
Jelas membuktikan hati tua sang diktator tidak pernah berubah dalam menggapai misi peribadi dan dendam kesumatnya...
Dan inilah caranya diktator tua membalas jasa Allahyarham Tun Abdul Razak yang membawa beliau masuk kembali ke dalam Umno setelah di singkirkan...
Dan inilah cara terbaik diktator tua membalas jasa DS Najib yang pernah menyelamatkan karier politiknya satu masa dulu...
Marilah kita berdoa dalam bulan Ramadan yang mulia ini supaya Allah SWT melindungi orang-orang yang teraniaya...
TAHUKAH ANDA???
FERDINAND MARCOS lari ke Guam menggunakan pesawat tentera di kepulauan Pasifik sebaik tumbang di Filipina!!!
YINGLUCK SHINAWATRA lari ke Kemboja melalui sempadan sebaik saja kerajaannya digulingkan oleh junta tentera Thailand!!!
THAKSIN SHINAWATRA mendapatkan suaka politik USA selepas Kerajaan pimpinannya tumbang semasa dia dalam lawatan kerja di USA!!!
ANWAR IBRAHIM menyorok di Kedutaan Turki ketika ura2 beliau bakal didakwa!!!
SADDAM HUSEIN menyorok dalam lubang ketika kerajaan ditumbangkan rakyat sambil dibantu serangan US!!!
MUAMAR GHADDAFI dan keluarga bertempiaran lari dan menyorok dalam lubang pembentung ketika diburu rakyat!!!
NAJIB RAZAK pergi solat taraweh ketika anggota polis tunggu di depan rumahnya!!!
kerajaan bertunjangkan fitnah tidak kekal lama
ReplyDeleteKacang lupakan kulit. Sepandai2 tupai melompat akhirnya ke tanah jua. You reap what you sow.
ReplyDeleteLast warning...
ReplyDelete