Monday, May 28, 2018

Hukum Memilih Pemimpin Yang Bersekutu Dengan Musuh Islam


           بَشِّرِ الْمُنَافِقِينَ بِأَنَّ لَهُمْ عَذَابًا أَلِيمًا ﴿١٣٨
الَّذِينَ يَتَّخِذُونَ الْكَافِرِينَ أَوْلِيَاء مِن دُونِ الْمُؤْمِنِينَ أَيَبْتَغُونَ عِندَهُمُ الْعِزَّةَ فَإِنَّ العِزَّةَ لِلّهِ جَمِيعًا ﴿١٣٩
وَقَدْ نَزَّلَ عَلَيْكُمْ فِي الْكِتَابِ أَنْ إِذَا سَمِعْتُمْ آيَاتِ اللّهِ يُكَفَرُ بِهَا وَيُسْتَهْزَأُ بِهَا فَلاَ تَقْعُدُواْ مَعَهُمْ حَتَّى يَخُوضُواْ فِي حَدِيثٍ غَيْرِهِ إِنَّكُمْ إِذًا مِّثْلُهُمْ إِنَّ اللّهَ جَامِعُ الْمُنَافِقِينَ وَالْكَافِرِينَ فِي جَهَنَّمَ جَمِيعًا ﴿١٤٠

Artinya : “Kabarkanlah kepada orang2 munafik bahwa mereka akan mendapat siksaan yang pedih (yaitu) orang-orang yang mengambil orang-orang kafir menjadi teman2 penolong dengan meninggalkan orang2 mukmin.

Apakah mereka mencari kekuatan di sisi orang kafir itu? 
Maka Sesungguhnya semua kekuatan kepunyaan Allah.

Dan sungguh Allah telah menurunkan kekuatan kepada kamu di dalam Al Quran bahwa apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah diingkari dan diperolok-olokkan (oleh orang-orang kafir), maka janganlah kamu duduk beserta mereka, sehingga mereka memasuki pembicaraan yang lain. 

Kerana sesungguhnya (kalau kamu berbuat demikian), tentulah kamu serupa dengan mereka. 

Sesungguhnya Allah akan mengumpulkan semua orang2 munafik dan orang2 kafir di dalam Jahannam.” (QS. An Nisaa : 138 – 140)


NASIHAT

Allah s.w.t. Hancurkan Firaun Laknatullah Dan Kaumnya


Kalau ada orang muslim menyokong orang kafir kerana kononnya orang kafir boleh membangun, maka sampaikanlah pada dia bahawa Firaun boleh membangun mesir menjadi negara maju, penduduknya hidup makmur tetapi Firaun mendustakan Allah, maka Allah hancurkan dia...

Allah s.w.t. Hancurkan Namrud Laknatullah Dan Kaumnya


Kalau ada orang Muslim menyokong orang kafir kerana kononnya orang kafir boleh membuat negara kita menjadi moden,  maka sampaikanlah pada dia bahawa Namrud boleh membangun Messopotamia menjadi negara yang moden, bangunan menjulang ke atas dengan teknologi canggih ketika itu...



Hanya Namrud mendustakan Allah, maka Allah hancurkan dia...

Allah s.w.t. Hancurkan Kaum Saba'


Kalau ada orang Muslim menyokong orang kafir kerana kononnya orang kafir boleh menjadikan hidup makmur, maka sampaikanlah pada dia bahwa kaum Saba’ boleh membangun negerinya menjadi negara yang makmur, bebas rasuah tetapi kaum Saba’ mendustakan agama Allah, maka Allah hancurkan mereka..

Percayalah orang yang selalu bersama Allah tidak akan pernah kehilangan apapun, tetapi orang yang kehilangan Allah maka ia akan kehilangan segalanya...

Saya tidak benci dengan orang non-muslim atau membiarkan muslim yg korup, tetapi Allah dengan firmanNya melarang saya untuk memilihnya sebagai pemimpin dan teman setia dan mengetepikan ukhuwwah sesama muslim apalagi jika mereka berani mencampuri urusan agama kami...

Saya tidak ingin berdebat dengan anda yang mendukung mereka, apalagi jika anda yang orang Islam...

Bagaimana saya boleh meyakinkan anda, sedangkan firman Allah pun anda abaikan...

Lihatlah apa yang sedang mereka lakukan terhadap agama kita?

Bila tiada menteri agama, adakah JAKIM bakal turun taraf ???

Renungkanlah

Tanyalah orang-orang soleh...
Mengapa mereka tidak mahu berhibur ???

Nescaya mereka akan menjawab...

Bagaimana kami mahu berhibur sedangkan :

Mati itu di belakang kami...
Kubur itu di hadapan kami...
Kiamat itu janjian kami...
Neraka itu memburu kami...
Dan perhentian kami ialah Allah...


(افلا تعقلون)
(Tidakkah kamu berfikir...???)


WASIAT IMAM ASY SYAFI'I Rahimahullah





Imam Asy Syafi’i rahimahullah, pernah berwasiat :

“Nanti di akhir zaman akan banyak ulama’ yang membingungkan umat, sehingga umat bingung untuk membedakan dan memilih yg mana ulama’ Warosatul Anbiya’ (Pewaris Nabi) dan yg mana ulama’ Suu’ (Jahat) yang menyesatkan umat...”



Maka Imam Syafi’i rahimahullah pun melanjutkan :

“Carilah ulama’ yang paling di benci oleh orang2 kafir dan orang munafiq, dan jadikanlah ia sebagai Ulama’ yang membimbingmu, dan jauhilah ulama’ yang dekat dengan orang kafir dan munafiq kerana ia akan menyesatkanmu, menjauhimu dari keredhaan Allah...”

Maka sekarang ialah masa untuk kita bangkit!!!

Jangan tunduk dengan desakan Islam liberal!!!


Tulisan Asal :

Ummu Yusoef
Nabilah Mawar Putih

5 comments:

  1. Kāfir (bahasa Arab: كافر kāfir; plural كفّار kuffār) artinya adalah menolak atau tidak percaya, atau secara singkat kafir adalah kebalikan dari percaya (beriman).

    pada akal saya yg tidak belajar agama.... semua yg tidak islam perlu diberi pemahaman apa itu islam dahulu sebelum menghuku mereka.. sekiranya telah diberi pemahaman dan masih menolak denagn cara yg kasar dan jahat maka baru gelaran tersebut layak utk mereka

    bagaimana nak tunjuk contoh yg baik sedangkan pemerintah kiya yg beragama islam pon merembat duit rakyat tanpa rasa bersalah...
    klau dijepun lama dah mereka bunuh diri sbb malu

    ReplyDelete
  2. Ada sikit ketenangan muncul dijiwa ini setelah membaca patah2di atas. Semenjak 9/5 hati sgt sakit sedih tiada tempat bicara kerana berseorangan menongkah arus. Terima kasih tuan.

    ReplyDelete
  3. Perhati dan teliti Mafhum ayat Allah berikut :

    "Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah, dan katakanlah perkataan yang tepat - benar (dalam segala perkara), Supaya Ia memberi taufiq dengan menjayakan amal-amal kamu, dan mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah) sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya ia telah berjaya mencapai sebesar-besar "kejayaan". Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan.(Al-Ahzaab 33: 70, 71 dan 72). Sadaqallahul'Azim

    Itu ayat Allah dan di-tujukan kpd org BERIMAN . Org kapior laknat tak akan nak paham maka telitilah betul agar kita mendapat petunjuk dan hidayah serta mendapat hikmah ilmu bagi meniti hari akhirat.


    Juga link berikut mengenai larangan mengambil org2 kafir sbg auliya atau sbg org yg kita percayai. Akibatnya tidak akan ada pertolongan drp ALLAH SWT. Kalu tak boleh di-baca terus, copy the link n google, InsyaAllah

    https://muslim.or.id/15094-menjadikan-orang-kafir-sebagai-auliya.html

    ReplyDelete
  4. Jgn main ayat Al Quran bai ..kau kok kena laknat nanti. Tak kena kat lau takut kena keluarga. Menyokong penyamun ni kau tak keluar lak hadisnya. Komen je ikut otak kau yg bodoh tu. Jangan guna ayat AlQuran.

    ReplyDelete
  5. Boleh Tanya tak. Siapa individu yg Islam liberal? Islam ialah islam

    ReplyDelete

Sila komen mengikut tajuk yang dibincangkan. Komen yang lari tajuk dan tidak sopan boleh ditahan siaran serta diban jika melampau sangat.