Permainan politik Azmin agak mengelirukan.
Sebelah kaki kata sekongkol dengan Mahathir dan PH tapi kaki yang lain, kini melawan Mahathir dan tidak seirama dengan keputusan kepimpinan tertinggi PH. Entah kaki ke tiga yang mana satu pula, Azmin menolak AMANAH dan sekongkol dengan PAS Selangor.
https://theunspinners.blogspot.my/2018/02/azmin-sokong-pas-untuk-minta-nyawa.html
Pasti ada terfikir Azmin cuba mendapatkan sokongan PAS yang pernah meletakkannya sebagai MB Selangor untuk mengekalkannya di Selangor. Ada pula beranggapan itu permainannya untuk dapatkan sokongan PAS untuk jadi PM.
Bolehkah dilakukan dalam keadaan DAP, PAN dan faction Wan Azizah dalam PKR dalam Selamgor menolaknya? Bolehkah tercapai jika keadaan tiga penjuru tidak memberi keputusan muktamad kepada Azmin dan PAS?
Masih perlu ditanya PAS bekerjasama dengan Azmin atau Najib?
Mungkin juga, permainan Azmin adalah silap mata auta Keling Mahathir untuk kacau daun kerjasama Najib dan PAS sementara Mahathir olok-olok mendapat sokongan DAP.
Perkembangan ini mungkin perlu dilihat dari beberapa pendedahan yang dilakukan oleh portal SELANGOR LEAKS yang mendedahkan Azmin yang terlibat mengambil sebahagian besar dari hasil jualan tanah di Ijok kepada Eco World.
Salahlaku LBCN ini dipercayai telah dilaporakan oleh adiknya Azwan Ali kepada SPRM
http://selangor-leaks.com/en/news/164/skandal-seks-lbcn-dan-pasir-mana-satu-laporan-azwan-bakal-lekat/view
Persekongkolan ini melibatkan peguam-peguam PKR seperti Sivarasa, Latheefa Koya dan Eric Paulsen dari firma Daim dan Gamany serta Naib Prresiden PKR N Surendran.
Suatu perkembangan menarik adalah khabar angin Tun Daim Zainuddin telah kembali ke syarikat asalnya itu
http://selangor-leaks.com/en/news/163/daim-returning-to-former-firm-daim-and-gamany/view.
Kembalinya Daim ini menimbulkan pelbagai kemungkinan. Adakah Daim diminta membantu kes-kes tergantung yang belum selesai dan ada implikasi politik dan kewangan pada PH seperti LBCN dan Mujur Zaman dll?
Mungkinkah Daim perlu terlibat secara langsung dalam hal-hal perundangan dalam usaha PH mengumpul dana perang untuk hadapai PRU14?
Khabarnya baik PPBM mahu pun PAN amat memerlukan wang sebab Mahathir sekeluarga dan Daim pelokek yang tak mahu keluar duit sendiri tapi harapkan korporat untuk bagi "derma".
Seterusnya SELANGOR LEAK membuat ramalan bahawa Tan Sri Danny Tan, adik Tan Sri Vincent Tan dan syarikatnya Tropicana akan sekali lagi ke hadapan untuk akan membuat transaksi hartanah di Ijok untuk melunaskan dana pilihanraya PH.
http://selangor-leaks.com/en/news/165/azmin-to-sell-land-to-tropicana-to-fund-pkrs-election-warchest/view
Dulu ada Anwar yang telah kenal adik beradik Tan semasa dia Menteri Kewangan untuk mengatur jualan tanah Canal City. Mungkin Tun Daim yang mengaturkan deal baru yang mana Azmin perlu luluskan.
Jika politik Azmin begitu mengelirukan, adakah transaksi ini bertujuan untuk kumpul dana pilianraya? Masa terlalu dekat untuk masih terkial-kial cari wang. Sepatutnya wang ini terkumpul selama beberapa tahun lagi.
Ada kemungkinan Azmin sudah terdesak dan merasakan akan kantoi kes UNISEL dan Pasir kerana kedua-dua ada penglibatan MBI.
Ini meningatkan kepada pandangan satu sumber yang rapat dengan Azmin dan kini sudah berpatah arang. Katanya, Azmin lebih berminat untuk kumpul duit sebanyak RM1 billion dan berhijrah ke luar negara.
Masa sudah sesuai untuk dia lakukan sedemikian.
Betul ... dia lama meluahkan cita-cita politik menjadi PM dari masa dibangku Universiti dan telah berusaha ke arah tu semasa menjadi Presiden Persatuan Pelajar Malaysia di Minnesota USA.
Namun begitu Azmin yang merupakan seorang perancang yang baik turut memikirkan masa depan diri dan keluarganya andainya cita-cita politik tidak kesampaian.
Dengan duit, sesiapa boleh dibayar orang dalam penguatkuasa undang-undang, peguam-peguam dan hakim mahkamah untuk selamatkan dia dari didakwa.
Daim tidak ada hal untuk lakukan ini dan dalam rahsia, membelakangkan agenda politik Mahathir yang mulai tenat asal dia dapat bahagiannya.
terbaik pendedahan ni
ReplyDeleteposting yang baik dan menimbulkan tanda tanyat
ReplyDelete