Saturday, December 30, 2017





Ternyata sikap Dato Mukhriz mahu salahkan ROS sudah ada:


Baca di https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=184564785461226&id=100017231165490

Mereka cuba berdalih berhubung peraturan ROS:




Perlembagaan PPBM jelas:



Menteri tegas mahu ikut peraturan yang dah memang jelas:


Dato Najib pasti dipersalahkan. Sementara itu, PPBM boleh terbuka jual meja2 luar kemampuan sara hidup rakyat.

Pasti #Kelingkeralakutty akan ada helah dia dalam perjumpaan tertutup:

Sesi bahas tertutup sembunyi kelemahan Bersatu 

SHAH ALAM - Tindakan Bersatu membuat sesi perbahasan perhimpunan agungnya secara tertutup seolah-olah cuba menyembunyikan kelemahan parti itu daripada didedahkan kepada umum. 
Setiausaha Agung Veteran Umno, Datuk Mustapha Yaakub berkata, ini kerana struktur Bersatu yang masih belum kukuh akan mendedahkan parti itu kepada kritikan perwakilan. 
“Sebab itu walaupun mereka membenarkan perwakilan bercakap, tetapi isu dibangkitkan tidak boleh didedahkan kepada orang luar. Bersatu seolah-olah seperti mahu sembunyikan kelemahan parti mereka dari segi pentadbiran. 
“Saya yakin akan ada perwakilan tidak berpuas hati dan menyentuh isu struktur parti yang tidak tersusun dalam perbahasan. Jika perbahasan dibuat secara terbuka, kritikan perwakilan pasti akan mendapat liputan meluas dan ini yang pucuk pimpinan Bersatu tidak mahu,” katanya kepada Sinar Harian.
Perhimpunan Agung Bersatu yang pertama akan diadakan di Pusat Konvensyen Ideal Shah Alam (IDCC), pagi ini. 
Perhimpunan itu akan dimulakan dengan ucapan dasar, diikuti sesi perbahasan dan diakhiri dengan sesi penggulungan. 
Bagaimanapun, sesi perbahasan dibuat secara tertutup dan tidak dibuka untuk pihak luar dan liputan media. 
Mengulas lanjut, Mustapha berkata, menjadi amalan mana-mana parti politik termasuk Umno membuat sesi perbahasan secara terbuka dalam perhimpunan agungnya. 
“Mungkin Bersatu ada strategi untuk PRU14 yang tidak boleh didedahkan kepada umum. Bagaimanapun, kalau kita lihat parti-parti lain semuanya memberi peluang kepada pihak luar untuk mendengar perbahasan. 
“Malah, jika ada perwakilan yang bantai pemimpin, media bebas melaporkan. Melainkan ia majlis taklimat atau amanat tertutup yang hanya boleh dihadiri perwakilan,” katanya.








No comments:

Post a Comment

Sila komen mengikut tajuk yang dibincangkan. Komen yang lari tajuk dan tidak sopan boleh ditahan siaran serta diban jika melampau sangat.