Monday, December 11, 2017

MB Johor, Tuduhan Rasuah: FB UMNO pulang buah 1MDB


KONFLIK YANG SEDANG MELANDA MB JOHOR, DATUK SERI MOHAMED KHALED NORDIN - WARKAH UNTUK AHLI-AHLI UMNO.

‎بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم
‎السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Dua tahun lepas kerana sekeping kertas A4 yg didraf sbg kertas pertuduhan tanpa sebarang kepala surat, cop dan tandatangan yg dipertikaikan kesahihannya, DS Najib diasak rapat kedinding oleh musuh2 politiknya.

Yang musuh asak itu tidak menjadi masalah. Yang mengecewa dan menyedihkan kita apabila orang2 kita sendiri yang turut menambah perisa bagi menyedapkan masakan musuh.


Antara yg turut menambah perisa ketika itu adalah MB Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (DSMKN).

Kita hidup dlm sebuah jemaah yg bernama Umno. Orang hidup berjiran pun ada adat, budaya dan tatasusila. Apatah lagi kita yang sepasukan. Sepatutnya berat sama dipikul dan ringan sama dijinjing.

Jika kita tidak mahu mempertahan, lbh baik kita diam. Bukannya kita bertindak memerah asam limau atau menabur garam kunyit atas luka rakan sepasukan kita.

Atau lbh tepat lagi, jika kita tidak boleh menjadi garam janganlah kita menjadi langau

Sebagai ahli Umno, saya amat sedih ketika itu melihat sikap DSMKN. Saya berhak merasa sedih kerana saya ahli Umno.

Ketika rakan2 sepasukan lain berhempas pulas menjawab tohmahan2 yg dilemparkan terhadap PM, beliau pula memilih untuk menjadi perisa bagi menyedapkan masakan yg dimasak dan dihidangkan musuh2.



Tidak cukup dgn itu anak lelaki beliau turut menjadi langau dgn melemparkan 15 soalan terhadap PM. Tidak cukup dengan itu lagi, difahamkan sampai satu tahap dikatakan beliau cuba untuk membubarkan Dun Johor bagi mengadakan pilihanraya berasingan. Saya difahamkan mujurlah parti dapat menghidunya dan perkara tersebut berjaya dihalang.

Ketika Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Pasir Gudang tahun 2015. Datuk Seri Najib selaku Presiden, turun untuk merasmikan mesyuarat berkenaan.

Kita faham sebagai Presiden beliau bertanggungjawab untuk turun berjumpa ahli2 bagi menjelaskan keadaan dan meredakan keadaan. Tetapi sebagai ketua yg memimpin Umno di Johor dan Ketua Umno Bahagian Pasir Gudang, apa yg DSMKN lakukan ketika itu ?



Tanpa memikirkan maruah dan air muka Presiden yg juga rakan lamanya, DSMKN mengeluarkan kenyataan bahawa bukan mereka yg jemput DS Najib, tetapi DS Najib yg minta untuk datang merasmikannya. Patutkah ???

Walaupun sedih, marah dan geram ketika itu, kita semua sabar. Tidak sepatah pun kita membantai atau menyerang DSMKN dan anak lelakinya. Kerana kita fikir kita hidup secara berjemaah dalam sebuah organisasi. Segala kepahitan kita telan jua. Lihatlah gambar2 keratan berita yg saya sertakan dibawah.

Allah Maha Kaya..:Allah Maha Besar....hari ini kerana sekeping kertas juga. Kertas yg dinamakan kertas siasatan berlegar di internet, DSMKN sdg diasak dengan teruk oleh DAP.

Hari ini DSMKN merasa apa yg dirasai oleh DS Najib dua tahun lepas. Tetapi perbezaannya, tidak ada rakan2 sepasukan yg menjadi asam limau atau menjadi garam kunyit untuk diperah atau ditabur atas luka yg beliau sdg hadapi. Atau tidak ada yg menjadi langau untuk menghurung agar ikan menjadi busuk.



Dimana anak lelaki DSMKN yg begitu lantang mengemukakan 15 soalan terhadap PM dulu ? Kenapa hari ini beliau membisu seribu bahasa dan tidak mengajukan hatta satu soalan pun kpd DAP ?

Saya tidak mengatakan apa yg dituduh oleh Adun DAP itu benar. Saya kata ianya tidak benar dan satu fitnah. Kerana beberapa faktor;

I) Adun DAP hanya berani membangkitkan perkara itu di dalam DUN sahaja. Tidak berani untuk membuat tuduhan terbuka di luar walaupun dia sangat2 berpeluang. Di dalam DUN ada kekebalan dan dia berlindung disebalik kekebalan tersebut. Jika tuduhan dilakukan diluar beliau boleh kena saman. Jika perkara itu benar, maka sudah tentulah beliau rela diheret ke mahkamah dan akan membongkarkan segala2nya. Mengapa tidak berani ? Tindakannya tidak lbh kpd propaganda politik menjelang PRU. Dalam masa yg sama hendak jadi heroin supaya dapat menambat hari maharaja lim dan kekal dicalonkan dlm PRU akan datang.

II) Tarikh yg dituduh olehnya yg DSMKN menerima wang itu, DSMKN tidak berada dalam negara. Kerana ketika itu beliau berada di Timur Tengah bertemu dgn pelajar2 Johor. DSMKN mempunyai alibi yg kukuh dalam hal ini termasuklah gambar2.

III) Dikatakan kertas siasatan itu telah diedit untuk tujuan fitnah.

Apa yang saya hendak sampaikan melalui tulisan ini?

Yang saya hendak sampaikan bahawa jika kita hidup berjemaah dan berpasukan kita perlu ada etikanya, tatasusilanya dan adab2nya.

Nabi pun pesan dalam sesuatu hal kita kena musyawarah dan keputusan atau hasil yg diterima ramai dalam musyawarah itu hendaklah diterima pakai.

Dalam konflik yg melanda PM dulu, ahli2 MT Umno bermusyawarah, kabinet bermusyawarah, ahli2 Dewan Tertinggi BN bermusyawarah, ahli2 Umno di peringkat bahagian dan cawangan pun bermusyawarah. Dan hasil musyawarah itu majoriti mereka semua mempercayai DS Najib dan memberi sokongan kpd beliau. Jadi kita kena terimalah suara ramai.




Janganlah pula kita membuat kenyataan2 yg sinis, menyindir atau sebagainya bertentangan dgn suara ramai jemaah kita. Apabila kita bertindak begitu, satu hari nanti Allah akan uji kita pula.

Sebagai penutup, sebagai ahli Umno suka saya ingin mengajak rakan2 sepasukan semua, tidak kiralah ahli2 akar umbi atau pemimpin2, marilah kita sama2 mempertahankan DSMKN dari serangan dan fitnah DAP. Kerana beliau juga adalah rakan sepasukan kita.

Beliau juga membawa panji2 kita dalam perjuangan. Jangan kita ada perasaan dendam , marah atau sebagainya. Jika kita berperasaan begitu, satu hari nanti Allah akan uji kita pula. Jadikan apa yg berlaku satu ikhtibar.

HIDUP UMNO ! HIDUP UMNO ! HIDUP UMNO !

Nota: Sebarang komen atau pendapat yg hendak dilontarkan hendaklah mengambil kira kita hidup dalam sebuah pasukan. Jaga hati dan perasaan ahli2 pasukan kita. Untuk mempertikaikan atau menyanggah saya tidak jadi masalah. Saya terbuka menerimanya. Kerana yg buruk itu datang drp saya. Yang baik itu datang daripada Allah.

FB Mohd Faisal

P/S Kami hanya TRC. Muga ada synergy ...antara fake charge rekaan komplot SPRM:



Dan fake letter DAP. Tapi ingat tuduhan.mesti berbukti dan bukan dengar2.

2 comments:

  1. Berani kerana benar. Kalau tak salah kenapa harus takut. Jika difitnah samanlah ... rakyat nak tenguk keputusan mahkamah.

    ReplyDelete
  2. Pi UMRAH cari dobi Islam?

    ReplyDelete

Sila komen mengikut tajuk yang dibincangkan. Komen yang lari tajuk dan tidak sopan boleh ditahan siaran serta diban jika melampau sangat.