Wednesday, December 13, 2017

Artis, ramai yg keliru antara kos sara hidup dan KOS GAYA HIDUP


#KOS SARA HIDUP TINGGI ATAU KOS GAYA HIDUP TINGGI?

Ada orang tanya saya Apa penyelesaian kerajaan tentang masalah kos sara hidup yang tinggi ini?

Jawapan saya,

Sebelum saya pergi jauh tentang penyelesaian kerajaaan tentang kos sara hidup ini, saya terangkan sikit apa maksud kos sara hidup ini.

Kos Sara hidup ni bermaksud seseorang individu menyara kehidupan kos harian hasil pendapatan sama ada diri sendiri atau keluarga seperti membeli barang keperluan seperti makanan dan minuman, mempunyai kenderaan, mempunyai tempat perlindungan seperti rumah dan mempunyai alatan untuk pendidikan (jika mempunyai anak nak bersekolah).

Namun zaman sekarang ini, kita ada satu lagi terma yang dilakukan hampir 100% rakyat Malaysia selain tanggung kos sara hidup ialah menanggung kos gaya hidup.

Kos gaya hidup ialah seseorang individu membelanja sesuatu barang mengikut peredaran zaman dan juga membeli sesuatu berdasarkan minat dan hobi individu.

Perbezaan kos sara hidup dan kos gaya hidup ini ialah kos sara hidup adalah individu menanggung kos yang penting untuk menjamin keselesaan individu untuk bergerak mengharungi kehidupan. Seperti, membeli barang keperluan harian, membeli pakaian, membayar sewa tempat tinggal (jika ada) dan menanggung orang tua (jika ada).

Kos gaya hidup pula berlainan habis dari kos sara hidup apabila individu ini menanggung kos untuk membeli barang yang kalau tiada pun ia tidak menjejaskan rutin harian hidup anda dan kalau anda tidak dapat beli pun, ada brand lain yang jual lebih murah. Contohnya, Anda nak beli Handset, anda beli Samsung S8 sedangkan ada handset Vivo V7 yang features dia lebih kurang dan harganya lebih murah, membeli mainan robot untuk koleksi, memberi beg Chanel tetapi ada beg sama berkualiti lebih murah di tempat lain dan makan di mcd, starbuck, kfc sokmo sedangkan boleh masak di rumah sahaja yang jauh lebih murah.

Tapi, jika lihat sekeliling, saya lihat ramai rakyat Malaysia terbeban sebab mementingkan kos gaya hidup dari kos sara hidup itu sendiri. Ramai rakyat Malaysia terpengaruh dengan dakyah beli barang mahal untuk bergaya. Disebabkan inilah ramai rakyat rasa terbeban dan menyalahkan kerajaan akibat kononnya kerajaan tidak prihatin sedangkan diri sendiri tidak tahu nak pentingkan kos mana dahulu.

Sepatutnya kita belajar berjimat dan menabung sejak dahulu lagi, bukan duduk harap kerajaan buat semua benda. Kuasa membeli semua ditangan anda, jika anda gagal membuat keputusan dalam menyara kos gaya hidup, ia adalah salah anda bukan salah kerajaan.

Di Malaysia sahaja ada pelbagai brand yang berkualiti yang pelbagai harga, murah dan mahal, kuasa anda sebagai rakyat akan menentukannya. Tak akan semua nak minta tangunggang kerajaan?

Kerajaan bukan Tuhan nak tentukan hidup korang. Diri sendiri yang kena fikir mana satu yang patut diutamakan... Kos sara hidup yang boleh menggerakkan kehidupan harian atau kos gaya hidup yang hanya "pelapis" kehidupan anda sahaja kalau tak beli pun tak apa. Anda manusia yang berakal, boleh fikir sendiri

#HalimDawson

FB Halim Abdul Dawson

7 comments:

  1. Yang keliru ialah penyamun UMNO.

    ReplyDelete
  2. Bangsat2 UMNO ni tak cukup makan kerana rompakan semakin berkurangan saban hari.

    ReplyDelete
  3. Jika rakyat mengamalkan kos sara hidup dengan tertib pasti ada lebihan untuk tabungan. Tapi sekiranya mengamalkan kos gaya hidup yang mana mereka senang terpengaruh dan berlumba2 menunjukkan siapa lebih up 2 date maka gaji berpuluh ribu pun tak akan cukup.

    Bayangkan bagaimana hukum bertudung adalah wajib bagi kaun perempuan tapi adakah harga tudung akan melipatgandakan pahala.

    Saya bukannya nak salahkan kaum artis ataupun seleberiti yang mana sekarang ini berlumba2 mengeluarkan jenama dan fesyen tudung tapi haruslah berpatutan, adakah harga sehelai tudung RM700.00 boleh menjamin ibadah seseorang itu.

    Berpatutan lah jangan menjadikan tudung sebagai jalan mudah untuk jadi JUTAWAN. Ingat apa hukum mengambil lebih dari apa yang kita keluarkan adakah ianya. Halal.

    Pada saya ini semua adalah penyebab kepada KOS GAYA HIDUP yang mana kaum wantia berlumba2 untuk memiliki tudung yang paling trend tanpa menghiraukan kemampuan.

    Manakala lelaki sanggup menghabiskan ribuan ringgit hanya untuk mempamerkan kehebatan mereka dengan aksesori kereta dan gaya hidup mewah,

    ReplyDelete
  4. Awak ni anggap semua orang bodoh, yang cerdik awak sahaja.

    ReplyDelete
  5. Kos gaya hidup kita perlu adjustment utk menampung kos gaya hidup melampau kolompok tertentu ketika petro-dollar suram.sistem ekonomi kapitalis-feudalisme.

    ReplyDelete
  6. Seperti yang telah diterangkan oleh pakar statistik ekonomi selepas pada bentangan belanjawan, kos hidup secara realitinya semakin meningkat. Kita bukannya hidup seperti 10 tahun yang lalu, dengan RM10 kita boleh beli macam-macam.
    Face the fact, sekarang ini media mengandaikan taraf hidup rakyat tinggi dengan bukti pembelian kereta import semakin meningkat. Untuk pengetahuan saudara, rata-rata yang membeli adalah dikalangan peniaga di mana mereka tidak perlu lagi membayar cukai, semuanya telah dibayar oleh rakyat. So, hukum matematiknya, mereka bertambah kaya.
    Ramai di kalangan mereka yang baru bekerja atau berkeluarga, igauan ngeri tak cukup duit nak berbelanja sering menghantui. Apa taknya, Gaji RM 2000.00 bagi yang baru kerja kelulusan ijazah, diploma RM1500.00, SPM RM900, boleh ke tanggung hidup? Tolak KWSP, PTPTN, Zakat, sewa rumah / bilik, kos minyak, selenggara motor, makan, bagi kat orang tua, bayaran letrik, air, telefon, kos balik kampung, belanja dapur, anak-anak dll. Masuk dek akal tak?
    Dulu beriya-iya kata GST harga barang turun, 'bull shit' harga barangan semakin naik, bagi BR1M, golongan tertentu aje yang dapat dan kalau dikira, tak cukup untuk menampung GST, kenaikan harga barang (hapus subsidi, nilai ringgit turun)Kalau kompang nilai ringgit semakin kukuh aje tapi kesannya tak ada (turun harga barang) nak buat apa?
    Rakyat nak hidup mereka tidak dibelenggu dengan kesusahan. Mereka nak hidup mereka seperti dahulu, cukup untuk berbelanja diri sendiri, anak dan keluarga.

    ReplyDelete
  7. Berak pun mintak gomen basuh

    ReplyDelete

Sila komen mengikut tajuk yang dibincangkan. Komen yang lari tajuk dan tidak sopan boleh ditahan siaran serta diban jika melampau sangat.