Tuesday, November 21, 2017

Dah tak tahu hadhir Dewan bersidang, gugurkan saja di PRU14


Dewan Rakyat semalam meluluskan Bajet 2018 Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) bagi peringkat jawatankuasa dengan majoriti hanya satu undi.

Bajet peringkat jawatankuasa diluluskan dengan 52 Ahli Parlimen (MP) mengundi untuk menyokong manakala 51 MP yang lain membantah. 2 orang MP berkecuali daripada mengundi. Mereka adalah Idris Ahmad (PAS -Bukit Gantang) dan Siti Zailah Mohd Yusoff (PAS - Rantau Panjang).


Sekali lagi Pakatan Harapan bising bila kalah tipis 52-51 di dalam undi di Parlimen. Yang dipersalahkan adalah 2 MP PAS yang berkecuali  sedangkan 6 MP PAS yang lain sudah bersama mereka membantah. Sepatutnya yang mereka patut marah adalah 26 MP Pakatan Harapan yang tidak datang. Mana lagi 26 orang ini pergi? Ponteng ka?


Walau bagaimanapun tindakan disiplin yang sama harus dikenakan ke atas MP Kerajaan yang ponteng. Mereka tidak perlu lagi dicalonkan semula di dalam Pilihan Raya Umum akan akan datang kerana MP-MP ini membuatkan Kerajaan Barisan Nasional hampir tergugat dan gagal menjalankan tanggungjawab asas iaitu hadir pada  sesi persidangan Parlimen. 


http://khairulryezal.blogspot.my/2017/11/elok-gugurkan-saja-ahli-parlinen-yang.html

1 comment:

  1. maka mesej nya mp2 kerajaan bersedialah hadir kerana mp2 otak low class pembangkang selamanya tidak akan menyokong walau pun yg baik2..

    ReplyDelete

Sila komen mengikut tajuk yang dibincangkan. Komen yang lari tajuk dan tidak sopan boleh ditahan siaran serta diban jika melampau sangat.