Sunday, November 12, 2017

Adakah penipuan hingga petani peneroka PKPS belum dibayar pampasan?


Pada hari Jumaat, sebuah NGO telah membuat laporan kepada SPRM berhubung tanah petani-petani PKPS yang telah ditukar hak milik pada tahun 1998 tapi hingga kini masih belum dapat lagi pampasan rumah dan rumah sebanyak RM360,000.

Baca berikut:

Dari pendedahan-pendedahan yang dibuat oleh laman Selangor-Leaks.com, terdapat banyak persoalan berhubung transaksi ini.

  • Setelah Ecoworld membeli tanah-tanah dalam satu transaksi melibatkan tanah-tanah petani PKPS yang telah ditukar hakmilik kepada LBCN dan diusahakan bersama Mujur Zaman Sdn Bhd pada harga RM1.2 billion pada September 2015, SUDAHKAH PAMPASAN MEREKA DIBAYAR?
  • Sudahkah pampasan ambilkira: 
  1. faedah atas kelambatan dan sebarang penaliti?
  2. Pampasan rumah adalah RM180,000. Tentu sekali rumah bernilai RM180,000 dulu bukan rumah yang sama pada nilai RM180,000 pada tahun 2017.
  3.  Tanah yang mereka jual pada RM360,000 pastinya bernilai jauh lebuh tinggi 20 tahun kemudian.
  •  Ecoworld telah dapat bangunkan segera dan lancarkan taman-taman baru dalam dua tahun, Adakah ini bermakna pihak kerajaan negeri ada terlibat sama berunding dengan Ecoworld untuk selesaikan masaalah tertunggak ini?
  • Oleh kerana LCBN dan Mujur Zaman melibatkan satu ahli perniahaan Dato Chin Chan Lung yang disabitkan masaalah kesalahan market rigging dan ahli politik Dato Khairuddin bin Abu Hassan, adakah ada elemen penipuan?
  • Azmin Ali? 

No comments:

Post a Comment

Sila komen mengikut tajuk yang dibincangkan. Komen yang lari tajuk dan tidak sopan boleh ditahan siaran serta diban jika melampau sangat.