Saturday, October 14, 2017

KLEPTOKUTTY sila jawab sapa klepet RM26.3b DUIT BNM?


RCI Forex : Siapa Curi Baki RM26.3 Billion Wang Bank Negara?

Friday, October 13, 2017 -10-13 12:42:06'

Pada 15 Julai 2017, Yang di-Pertuan Agong memperkenankan penubuhan RCI untuk menyiasat kerugian dialami Bank Negara Malaysia dalam urus niaga mata wang asing pada 1990-an mengikut Akta Suruhanjaya Siasatan.

Panel lima anggota RCI diketuai Mohd Sidek telah bersidang selama lapan hari dari 21 Ogos dan berakhir pada 19 Sept 2017 yang lepas. Mereka telah memanggil 25 saksi untuk menyiasat kerugian tersebut.

Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang bersidang untuk menyiasat kerugian urus niaga mata wang asing Bank Negara Malaysia (BNM) akan mempersembahkan laporannya kepada Yang di-Pertuan Agong pada hari ini.

Setiausaha RCI Datuk Dr Yusof Ismail dalam notis yang dikeluarkan semalam berkata pengerusi suruhanjaya, Tan Sri Mohd Sidek Hassan akan menghadap Seri Paduka di Istana Negara di antara pukul 5 petang dan 6 petang ini.



Sehari sebelum Mahathir dan pembangkang buat demo kleptokrasi, rakyat sudah tahu siapa sebenarnya yang menjadi bapa korupsi dan hipoksi di Malaysia ini.

Bukan setahun rugi. 6 tahun rugi, setahun sahaja untung pada tahun 1990 sebanyak RM2.47 billion.  Tahun 1988,1989, 1991,1992,1993 dan 1994 semuanya rugi. Keseluruhannya rugi sejumlah RM34.547 billion. Angka ini disahkan oleh Bekas Pengurus Akaun BNM, Abdul Aziz Abdul Manaf.

Kerugian berjumlah RM34.547 itu dinyatakan dalam laporan bertajuk Accounting Treatment of Losses Arising From Active Reserve Management 1998-1994, bertarikh 18 April 2007.

Sewaktu dipanggil sebagai saksi tentang kerugian RM32 billion ini, Mahathir kata dia ‘tidak tahu”. Apakah benar Mahathir tidak tahu atau dia berbohong untuk selamatkan tengkuknya sendiri? Daim juga cakap “tidak tahu” sebanyak 15 kali diketika disoal oleh panel RCI.


Menariknya, esok Mahathir yang kini sudah jadi Pengerusi Pakatan Harapan mahu buat himpunan menentang kleptorasi dan rasuah di Padang Timur, Petaling Jaya. Kononnya mahu menuntut penjelasan tentang 1MDB yang dulunya Mahathir kata ada hutang sampai 42 billion.

Mahathir tahu pula pasal hutang 1MDB ini.  Rugi puluh billion zaman dia jadi PM, dia tidak tahu menahu.

Angka RM42 billion hutang  itu kemudian bertukar jadi RM27 billion dan kemudian bertukar lagi. Ini kerana angka hutang 1MDB yang disebut Mahathir itu adalah angka yang dia cipta sendiri untuk buat persepsi. Bila 1MDB sudah selesaikan semua hutangnya pun, Mahathir masih hendak cakap pasal kleptokrasi.

Rakyat jangan mudah terpengaruh dengan dakwaan “kelentong-basi” yang dibuat oleh Mahathir dan puak puak pembangkang ini. RCI sudah buktikan bahawa Bank Negara hilang duit sebegitu banyak sampai RM32 billion, bila ditanya kepada Perdana Menteri pada zaman itu, dia kata “tidak tahu” sahaja.

Dulu masa derma RM2.6 billion dari Arab Saudi, bukan main lagi kecoh pembangkang buat ‘troll” dan macam macam tuduhan.



Esok ketika demonstrasi di Padang Timur, Petaling Jaya Mahathir dan pembangkang hendak mainkan isu RM2.6 billion ini.

Kitar semula isu derma arab dan hutang 1MDB yang sudah pun diselesaikan. Duit derma dari Arab Saudi itu sudah pun diserah balik pada Arab Saudi. Pada bulan Ogos 2013 lagi, derma sejumlah RM2.06 billion atau AS$620 juta sudah pun dipulangkan kembali kepada Arab Saudi.

Derma itu sudah disahkan duit itu bukan duit 1MDB tetapi adalah derma dari keluarga diraja Arab Saudi. 14 April 2016, Menteri Luar Arab Saudi Adel al-Jubeir mengesahkan sumbangan derma RM2.6 bilion adalah tulen dan tidak mengharapkan apa-apa balasan daripadanya.

“Apa yang saya tahu, kes ini sudah ditutup,” kata Adel al Jubeir lagi.

1MBD pun sudah selesai semua hutangnya. Raja Salman pun telah datang ke Malaysia dan labur lagi RM31 billion di Malaysia. Tuduhan Mahathir bahawa ada duit dicuri terbukti tidak benar dan palsu.


Apa yang rakyat hendak tanya sekarang adalah mana pergi baki RM26.3 billion lagi yang rugi di Bank Negara? Kenapa jumlahnya RM26.3 billion ?

Keseluruhan rugi di Bank Negara adalah RM32 billion, namun Mahathir dan Anwar Ibrahim mempertahankan Laporan Audit Negara yang menyebut rugi hanya RM5.7 billion sahaja.

“Dia (Anwar) tekankan kenyataan yang disampaikan kepada Kabinet bahawa kerugian wang sebanyak RM5.7 bilion, yang lain tak termasuk dalam laporan BNM yang telah diaudit. Jadi dia beritahu apa yang (terkandung) dalam laporan, takkan dia nak soal sangkaan ada orang curi duit?” kata Mahathir mempertahankan kenyataan Anwar kepada RCI pada 7 September 2017.

Benarkah laporan yang disebut Anwar itu tepat angkanya? Benarkah juga tidak ada wang yang dicuri kerana ada saksi menyatakan beliau telah disuruh oleh orang atasan untuk lakukan “laporan cover up”.

Ahmad Hizzad menyatakan tujuan utama dia diarah untuk siapkan laporan itu bukanlah untuk mencari pihak yang bersalah dan bertanggungjawab yang sebabkan kerugian. Hizzab sebenarnya disuruh untuk lakukan “laporan cover up” bagi atasi kerugian itu sahaja.

Baca ulasan di pautan ini ;
https://www.facebook.com/beruangbiru1/posts/1594992930521178

Bermakna, jika benar dakwaan Hizzad ini, mana pergi lagi baki RM26.3 billion duit bank negara? Isytihar rugi hanya RM5.7 billion namun setelah dilakukan penyiasatan oleh pihak RCI Forex mendapati jumlah kerugian itu mencecah hingga RM32 billion.

Rakyat hendak tahu siapa yang curi wang ini? Masa demo kleptokrasi esok rakyat kena tanya mana lagi baki RM26.3 billion? Siapa yang curi? Jangan baling kerusi kalau ada orang tanya pasal korupsi terbesar ini.



No comments:

Post a Comment

Sila komen mengikut tajuk yang dibincangkan. Komen yang lari tajuk dan tidak sopan boleh ditahan siaran serta diban jika melampau sangat.