Semalam Syed Saddiq membuat PC, tapi nampaknya ianya tiada lain dari hanya diversion.
Sebelum dibincang permainan diversion Syed Saddiq sila baca laporan Utusan Malaysia berikut:
[VIDEO] Sogokan RM5 juta, Syed Saddiq berdolak-dalik
Ahmad Shazwan Md. Yusof
02 Oktober 2017 4:23 PM
KUALA LUMPUR 2 Okt. - Melangkah masuk ke bilik mesyuarat di sebuah hotel terkemuka di sini dengan wajah penuh yakin, Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman seterusnya berdiri di rostrum namun kemudian diminta berucap di sebuah meja yang telah siap dipasang mikrofon oleh pengamal media.
Beliau kemudiannya duduk dan memulakan sidang akhbar setelah lewat hampir setengah jam daripada jadual asal, pukul 11.30 pagi dengan memberitahu bahawa ada tiga pengumuman penting yang ingin dibuat kononnya tanpa pengetahuan pucuk pimpinan parti.
Syed Saddiq berkata, sebagai salah seorang pengasas PPBM beliau melihat wujud satu gerakan secara sistematik yang cuba mempengaruhi kepimpinan tertinggi parti supaya meninggalkan perjuangan mereka.
Seterusnya, pemuda berusia 25 tahun itu mendedahkan wujud cubaan mengeluarkannya daripada PPBM oleh rangkaian yang kononnya dikawal dari Pejabat Perdana Menteri dan dirancang oleh penasihat kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau mendakwa, ini termasuk tawaran sebanyak RM5 juta berserta geran bagi membuka sekolah debat di seluruh negara itu jika dia meninggalkan PPBM.
Sebaliknya, kata Syed Saddiq, beliau tidak akan terpengaruh dengan semua tawaran itu, malah berikrar akan mendedahkan secara terperinci mereka yang terlibat kerana kononnya mempunyai bukti yang kukuh.
Menurut beliau, jika rangkaian tersebut berharap dengan membantu menganjurkan sidang media hari ini mampu menjual maruah dirinya, mereka adalah salah kerana dia tidak berminat dengan apa yang ditawarkan.
Selain itu, Ketua Armada PPBM tersebut mengumumkan keputusannya menolak tawaran melanjutkan pengajian peringkat sarjana di Universiti Oxford.
Namun, ketika ditanya mengapa dia tidak terus sahaja melaporkan perkara tersebut kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Syed Saddiq dilihat berdolak-dalik dan kemudiannya memberitahu, hanya akan melaporkan kepada SPRM jika ada laporan berkaitan rasuah dan salah guna kuasa diterimanya.
Sedangkan sebelum itu beliau mendakwa ditawarkan dengan sogokan RM5 juta untuk meninggalkan PPBM serta mempunyai bukti yang kukuh berkenaan apa yang didakwanya itu
“Saya akan bincang dengan peguam, kalau ada apa-apa tawaran yang berkaitan rasuah, salah guna kuasa, saya akan laporkan terus kepada SPRM. Terutama jika mereka hendak guna serangan peribadi semua kerana jenayah sepatutnya tiada kompromi, kena laporkan.
“Seperti yang saya sudah maklumkan sebelum ini, lebih berbentuk peribadi daripada mereka,” katanya. - UTUSAN ONLINE
© Utusan Melayu (M) Bhd
Persoalannya:
1. Siapa mahu beri RM5 juta untuk anak muda yang hanya setahun jagong dalam politik? Apa nilai politiknya?
Dia baru keluar seklah/universiti. Tidak pernah bekerja. Tiada pencapaian yang hebat melainkan sebagai pemenang debat. Ceramah dan kenyataan awamnya bodoh dan tidak bijak.
2. Betulkah dia diterima masuk Oxford dengan kenyataan dan tindakannya yang bodoh, banyak kantoi cuba meninpu, dan komen polisi yang retrik dan cetek?
Tak cerdik nampaknya. Hanya berani bodoh.
3. Adakah surat peniramaannya masuk Oxford itu benar?
4. Mak dia uat rayuan suruh terima di FB tapi ditarik balik. Satu bodoh anak derjaka lebih utama cakap Madey dari Mak. Kedua, kenapa suruh tarik balik posting?
Semua lakunan
Sebenarny aini adalah diversion:
Dia mahu buat fitnah terhadap ahli-ahli dan pemegang jawatan yang tinggalkan PPBM.
Dia sedia disaman dan diambil tindakan untuk buat diversion.
Kelentong syed Saddiq hanya Cap Munge saja yang percaya. Ia untuk pertahankan penyokong tak lari. Tindakan seterusnya akan kelihatan sampah yang tinggalkan PPBM seperti dibeli UMNO dan entah sapa Habibur Rahman.
Diversion untuk siapa?
Diversion untuk Tun sebab masa sama media sosial tak viralkan dia ke DAP:
Ini boleh jejaskan kepercayaan orang Melayuterhadap Tun M. Tambah lagi pada hari minggu dia kata DAP tak rasis dan cauvanis dan akui semua kerja jahat dia dalam UMNO.
Banyak Tun M dah merapu dari RCI forex, komen pasal MAS< lawatan Najib jumpa Trump, MAS, solat hajat untuk Anwar, dan banyak terbaru yang tak senonoh orang tua ini.
Berapa lam amereka boleh buat diversion? Tak lama lagi, goyang juga PPBM.
PKR, DAP, PAN bukan nak sangat PPBM ... cuma nak perguna orang tua ni
No comments:
Post a Comment
Sila komen mengikut tajuk yang dibincangkan. Komen yang lari tajuk dan tidak sopan boleh ditahan siaran serta diban jika melampau sangat.