Sunday, September 24, 2017

Tiada 1MDB, tiada jawab skandal, lalu main "sampah"



Demikianlah pembohong aktivis politik kelas rendah PPBM yg ambil cue dari Mahathir ketika berkempsn di Larut semalam.


Politik melabel orang yang lagi menyokong peejuangannya yang pentingkan diri dan menyelimpang itu memang tabiat lamanya.

Politik Mahathir politik low class pembuli.


MENCARI SAMPAH SEBENAR DALAM PPBM.

1. Ketika berceramah di Bukit Merah, Perak Tun Mahathir dengan sinis menyindir mereka yang meninggalkan PPBM sebagai 'sampah'. Mungkin di Malaysia hanya Tun Mahathir sahaja yang layak menggelar orang lain sampah kerana beliau beranggapan bahawa beliau adalah insan terpilih dan tidak pernah berbuat salah.

2. Sebaik berita itu tersebar di alam maya, saya telah dihubungi oleh beberapa pejuang dan pemimpin PPBM yang telah meninggalkan parti yang terkandas di stesen  yang salah itu. Sudah pasti mereka berasa terhina oleh kenyataan seorang yang dianggap negarawan itu.

3. Namun saya tidak terkejut dengan kenyataan itu kerana pasti ketika seseorang itu mencecah usia 92 tahun, kewarasan bukanlah menjadi teman 24 jam sehari.

4. Banyak kali saya mendapati bahawa Tun sudah mula lupa. Sebagai contohnya Tun mendapati sukar untuk menyebut nama Parti Pribumi Bersatu Malaysia dan perlu dibantu oleh mereka di sekelilingnya.

5. Tun juga selalu lupa beberapa perkara penting yang dibincangkan mengenai parti. Kenyataan beliau sentiasa berubah dan ini amat menyusahkan. Tun juga kini amat mudah dipengaruhi.

6. Apa yang saya perhatikan ialah 'kekurangan' Tun ini sudahpun dihidu oleh beberapa pihak yang sudah sedia untuk menyambar peluang ketika Tun tidak lagi dapat membezakan antara kawan dan lawan.

7. Saya juga tidak pasti siapa atau apakah sebenarnya sampah di dalam PPBM itu sendiri.

8. Benarkah yang keluar itu sampah atau  yang tinggal itu sampah?

9. Atau adakah perjuangan itu adalah sampah sebenarnya. Mana tidaknya, perjuangan sebenar PPBM adalah untuk menjatuhkan sebuah kerajaan yang sah mengikut perlembangaan dan ini banyak memecah belahkan bangsa.  Bukankah perjuangan PPBM mempunyai muslihat meletakkan seorang 'anak emas' yang tidak mempunyai kebolehan di 'takhta impian' ketika matahari semakin hampir melabuhkan tirainya?

10. Atau adakah 'anak emas' itu sampah sebenar PPBM? - hadiah daripada sang bapa yang menyedari bahawa anakanda tersayang tidak mempunyai kebolehan  walau dihujani wang ringgit yang melimpah ruah ketika sang bapa berada di 'singgahsana' untuk sekian lama. Ketika itu sang bapa sering mengatakan bahawa dia tidak tahu bagaimana anaknya menjadi kaya raya. Namun sudah agak terlewat untuk bapanya bertanya dan mendapatkan jawapan kerana faktor usia dan kewarasan.

11. Atau adakah MPT PPBM itu sampah sebenarnya kerana mengizinkan diri mereka diperkudakan individu tertentu untuk mencapai nafsu mereka? Di mana perginya suara panglima-panglima PPBM yang sering memainkan lagu kononnya pemimpin UMNO dicucuk hidung? Mereka hanya berbangga dapat duduk semeja dengan bekas pemimpin-pemimpin negara yang kempunan dan tidak lebih daripada itu.

12. Atau adakah budak budak di keliling Presiden itu sampah sebenarnya kerana menjadi tukang atur dan tukang karut hingga menyebabkan parti ini condong menanti rebah untuk menghempap rumah rumah usang kampung Melayu? Sedang bangunan parti yang dulu dianggap musuh tegar kini semakin berdiri gah dan benderanya berkibar paling tinggi kerana permusuhan sesama bangsa yang tiada penghujungnya?

13. Atau adakah presiden itu sampah sebenarnya kerana memegang jawatan tetapi tidak punya kuasa kerana takut dinyahkan oleh pemimpin senja?

Ternyata bekas pemimpin Melayu mudah lupa.

Oleh
Cikgu Kamarulazman Habibur Rahman

- Mantan SUK PPBM

24 SEP 2017

Inilah budaya PPBM ...yg dipelopori Madey, Sanusi, Kadir Jasin, Zam, Syed Akbar, Firdaus Abdullah, dll.

Syed Saddiq and PPBM culture is why I quit, says Hamidah

http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2017/09/20/syed-saddiq-and-ppbm-culture-is-why-i-quit-says-hamidah//

Kenapa masa ceramah tak jelaskan kerugian forex RM32.5 billion, kehilangan dari RM5.7 billion tolak pada RM32.5 billion, lobi jumpa Bush, 80 skyhawk, 1MDB dll.

Ye dah tak sebut lagi 1MDB sejak Midah tinggal parti.

No comments:

Post a Comment

Sila komen mengikut tajuk yang dibincangkan. Komen yang lari tajuk dan tidak sopan boleh ditahan siaran serta diban jika melampau sangat.