https://theflyingkick.blogspot.my/2017/09/pelaburan-kwsp-antara-pelaburan-untung.html
Dalam usaha menyelamatkan Time DotCom, wang Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) yang berada di bawah kawalan Kementerian Kewangan telah digunakan. Sebanyak RM904 juta telah digunakan untuk membeli 273.9 juta saham-saham Time dotCom yang tidak diperlukan, sekaligus mengakibatkan kerugian serta merta sebanyak RM280 juta.
KWSP kemudiannya membelanjakan RM269.28 juta untuk membeli 81.6 juta saham-saham (peruntukan awam yang tidak dibeli dalam tawaran IPO awam) Time dotCom Bhd pada harga RM3.30 sedangkan harga sebenar seunit saham tersebut hanya berlegar-legar antara RM1.96 sehingga RM2.10, sekaligus merugikan wang rakyat sebanyak RM100 juta....
Malah selama ini pun, ada pengurusan EPF oleh Madey bukan untuk keuntingan pencarum.
Parti Pengswastaan, Bailout dan Penyamun persoal EPF labur ke US. Tapi tengok sapa yang cakap dan buat ...
Sebenarnya dia mahu guna duit EPF untuk msin forex dan bailout kroni.
Perihal BOEing tu seelokmya rakyat tahu cerita beli Skyhawk sebanyak 88 biji yamg mana dah dibayar tapi berapa biji saja yang Amerika serahkan
MAHATHIR TIDAK TAHU DIA PERNAH BELI BESI BURUK DENGAN AMERIKA SYARIKAT.
Sebenarnya pada tahun 1984 Mahathir pernah membawa dirinya ke Amerika Syarikat. Pada masa itu Ronald Reagan adalah Presiden Amerika Syarikat, itupun Mahathir dapat berjumpa dengannya selepas melobi kepada Rumah Putih.
Sudah tentu setiap perjumpaan sebegini akan ada intipati dan hasil daripada pertemuan. Ketika ini termeterai lah satu pembelian jet pejuang sebanyak 63 A-4L dan 25 A-4CL Skyhawk dengan USAF yang berjumlah 88 unit.
Mahathir adalah Menteri Pertahanan pada ketika mungkin tidak tahu bahawa kesemua jet tersebut pernah digunakan USAF ketika Perang Vietnam. Malah ketika itu semua jet tersebut sudahpun tersadai di Gurun Marana, Arizona.
Setiap satu harga yang dibeli pada ketika bernilai USD 1juta, namun sebelum mula berkhidmat dalam TUDM, terlebih dahulu jet Skyhawk ini melalui proses pengubahsuaiannya yang menelan belanja sebanyak USD 320 juta. Ini termasuk dengan pemasangan enjin baru, avionik dan membaik pulih beberapa kerangka pesawat. Secara kasarnya kos membaik pulih jauh lebih tinggi daripada kos pembelian.
Walaubagaimanapun, sebelum dihantar ke Malaysia A4 Skyhawk ini dinamakan semula sebagai A-4PTM. Namun hanya 40 buah sahaja yang diterima TUDM bermula pada tahun 1985 dan setahun berikutnya. Namun 34 daripada jet tersebut mempunyai satu tempat duduk, manakala 6 yang berikutnya adalah mempunyai dua tempat duduk.
Umum untuk diketahui bahawa Skuadron No.6 yang ditubuhkan oleh TUDM untuk A-4PTM ini adalah yang paling singkat dalam sejarah TUDM. Hal ini berikutan dengan pelbagai malapetaka yang berlaku dengan jet pejuang tersebut. Pada tahun 1999 perkhidmatan A-4PTM Skyhawk ini ditamatkan sepenuhnya oleh TUDM selepas membeli Bae Hawk 108/208 pada tahun 1994.
Pembelian aset untuk TUDM ini tidak ubah seperti satu pembaziran wang RAKYAT yang pernah dilakukan oleh seorang Perdana Menteri. Namun apa jua tindakan untuk keselamatan negara perlulah kita bertindak rasional, tetapi kenapa masih memilih untuk membeli 'besi buruk' dari Gurun Manara tersebut sedangkan harga jet A4 Skyhawk boleh membeli tiga buah jet Tiger F-5E. Malah hingga ke hari ini jet F-5E pun masih lagi diguna pakai di beberapa buah negara.
Mungkin Mahathir tidak tahu siapa yang membuat urusan jual beli 88 besi buruk ini dengan USAF. Namun hari ini, YAB PM Najib Razak membeli 737 Max 10 dan 787 Dreamliner dengan Boeing mahu pula Mahathir kritik.
Lagi: https://matpening.blogspot.my/2017/09/mahathir-tidak-tahu-dia-pernah-beli.html?m=1
Dulu time George Bush dibayar pelobi utk.jumpa. Masa tu dia beli Skyhawk untuk jumpa Reaan.
Itu sebab sabotaj 1MDB
No comments:
Post a Comment
Sila komen mengikut tajuk yang dibincangkan. Komen yang lari tajuk dan tidak sopan boleh ditahan siaran serta diban jika melampau sangat.