Thursday, May 11, 2017

Majlis Syura keluar hukum, ada exco PAS mahu meliwat


Berikut adalah kenyataan Majlis Syura Ulamak:

MAJLIS Syura Ulamak yang bersidang pada hari ini, 14 Sya’ban 1438 bersamaan 11 Mei 2017 memutuskan bahawa:

1. Dengan merujuk kepada begitu banyak pelanggaran terhadap syarat-syarat Tahaluf Siyaasi menurut pertimbangan hukum Syarak dan Akhlak Islam, maka hubungan politik Tahaaluf Siyaasi antara PAS dan PKR telah terbatal.

Antara perlanggaran tersebut ialah;

a. Tidak menyokong malah menentang sebahagian agenda Islam yang dibawa oleh PAS seperti RUU 355.

b. Melanggar adab-adab berkerjasama dalam politik seperti menyerang pimpinan PAS dan membuat tuduhan-tuduhan palsu yang merosakkan imej PAS.

c. Khianat dalam hubungan politik dengan PAS antaranya dengan bekerjasama dengan pihak-pihak yang mahu menjatuhkan kerajaan Negeri Kelantan dan menentang PAS dalam Pilihanraya Kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

2. Sebarang tindakan politik termasuk urusan pentadbiran Negeri Selangor diserahkan kepada Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dengan merujuk kepada maslahah dan kepentingan Islam dan rakyat.

‘SEJAHTERA BERSAMA ISLAM’

DATO USTAZ DR NIK MUHAMMAD ZAWAWI SALLEH.
SETIAUSAHA,
MAJLIS SYURA ULAMAK PAS

11 Mei 2017/14 Sya’ban 1438 Hijrah

--------------

Ekoran kenyataan ini, salah seorang exco PAS kerajaan negeri pula berkata keputusan Majlis Syura tidak bermakna ketiga-tiga exco PAS perlu letak jawatan kerana mereka mendapat mandat dari rakyat.

https://www.bnbbc.my/pas-selangor-3-exco-tidak-perlu-letak-jawatan/

Bunyi macam alasan Azmin. Macam betul orang kata kerajaan Selangor bukan kerajaan rakyat atau Pakatan Rakyat atau Pakatan Harapan tetapi kerajaan Azmin.

Ikut hukum, ini dah dikira bersekedudukan. Menghampiri liwat dan zina.



No comments:

Post a Comment

Sila komen mengikut tajuk yang dibincangkan. Komen yang lari tajuk dan tidak sopan boleh ditahan siaran serta diban jika melampau sangat.