Saturday, May 6, 2017
Clare Brown serang Rosmah sebab marah Madey
Sarawak Report membuat posting memperlecehkan lawatan Datin Seri Rosmah ke UK utk urusan Permata.
Entah apa meraban yang dia tulis:
Berikut hal sebenar lawatan Rosmah:
Rosmah Lawat United Kingdom Bagi Kembangkan Program Permata
KUALA LUMPUR, 3 Mei (Bernama -- Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, merangkap Penaung Program PERMATA, akan mengadakan lawatan ke London, United Kingdom mulai esok hingga 10 Mei 2017.
Menurut kenyataan Kementerian Luar, beliau dijadual menyampaikan ucapan serta merasmikan Majlis Nobel Minda atau Nobelist Mindset iaitu sebuah program anjuran PERMATA Pintar dengan Royal Society of London.
Program ini dimulakan pada 2012 bersama New York Academy of Sciences, Amerika Syarikat dan kini kerjasama yang sama diperluaskan dengan Royal Society of London dan University of Cambridge, United Kingdom.
Program Minda Nobel itu bertujuan memberi peluang kepada murid pintar dan berbakat menjalankan aktiviti berasaskan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik atau STEM di beberapa universiti seperti Cambridge University, London College University dan ICL London.
"Seramai 32 pelajar dari Kolej PERMATA Pintar, Kolej PERMATA Insan, Kolej MARA, sekolah menengah kebangsaan dan universiti awam serta enam guru akan menyertai program ini di London selama dua minggu, kata kenyataan itu.
Rosmah akan diiringi Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said.
Selain itu, Rosmah dijangka menyaksikan majlis menandatangani dua Surat Hasrat (LOI) iaitu antara PERMATA Pintar dan Cambridge University, dan PERMATA Insan dengan Oxford Centre for Islamic Studies, University of Oxford.
Kerjasama dengan Cambridge University itu bertujuan membolehkan pelajar PERMATA Pintar menjalankan penyelidikan bersama para saintis terkemuka dari universiti berkenaan. PERMATA Insan pula akan menerokai peluang kerjasama dengan Oxford Centre for Islamic Studies, kata kenyataan itu.
Rosmah juga akan mengadakan lawatan dan perbincangan dengan wakil Mahkamah Pakar Keganasan Domestik dan The Rape and Serious Sexual Offences (RASSO) Team dari The Crown Prosecution Service (CSP).
Ini adalah lanjutan daripada seminar "Jenayah Seksual Kanak-kanak : Hentikan!!" yang dianjurkan bersama oleh PERMATA dengan beberapa pihak lain pada Mac lalu.
-- BERNAMA
Sebenarnya Clare sudah kantoi ...
http://snapshot2016.blogspot.my/2017/05/clare-rewcastle-dikencing-madey-rm30.html
Isu 1MDB sudah selesai.
No comments:
Post a Comment
Sila komen mengikut tajuk yang dibincangkan. Komen yang lari tajuk dan tidak sopan boleh ditahan siaran serta diban jika melampau sangat.