Tuesday, April 18, 2017

MARA Inc: Tiada lagi orang dalam SPRM dapat selamatkan Shafie Apdal


Ketika kes Zahida Rafique yang mana pemandunya telah membuat laporan pada SPRM, pemandu itu telah disiasat oleh pegawai-pegawai SPRM.

Khabar tersebar ketika itu, Ketua Komisioner SPRM memanggil dan marah pegawai yang siasat Adam.


Nak macam mana ada laporan SPRM.


Akhirnya Zahida kalah saman Nor Azman atas pecah amanah.

http://www.keadilandaily.com/kenyataan-fitnah-bekas-pemandu-menang-saman-terhadap-pelakon-zahida-rafik/

Kali ini tiada lagi orang dalam untuk cover Shafie. Baca Bulletin Sengal berikut:


Siapakah bekas Menteri yang sedang tidak senang duduk dengan perkembangan terbaharu membabitkan SPRM?

Dilaporkan SPRM sedang meneliti maklumat baru yang diterima berhubung dakwaan salahlaku seorang bekas menteri yang dikaitkan dengan pembelian sebuah hartanah oleh anak syarikat MARA Incorporated di Melbourne, Australia.
Maklumat baru bakal kaitkan Shafie Apdal dengan MARA Inc
http://snapshot2016.blogspot.com/2017/04/maklumat-baru-bakal-kaitkan-shafie.html

Siasatan kes tersebut yagn dijalankan sebelum ini, akan disambung semula ekoran bukti dan maklumat yang telah diperolehi. Menurut Timalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Dato Azam baki, pihaknya akan memanggil lebih ramai saksi untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan tersebut dalam masa terdekat.

Keterangan tidak sahaja diambil daripada saksi-saksi dalam negara tetapi juga dari luar negara. Dato Azam turut tidak menolak tangkapan akan dibuat ke atas mereka yang terlibat sekiranya perlu dalam jangka terdekat.



Pada 5 November 2015, MARA mengambil keputusan untuk menamatkan kontrak Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MARA Inc. Datuk Abdul Halim A Rahim ekoran skandal pembelian hartanah luar negara. Perkara tersebut diumumkan oleh Menteri Kemajuan Tanah dan Wilayah yang baru dilantik ketika itu, Ismail Sabri setelah skandal tersebut mula diperkatakan pada Jun tahun yang sama.

Ismail Sabri menggantikan Shafie Apdal sebagai Menteri Kemajuan Tanah dan Wilayah pada awal November 2015.


Ketika kemuncak pendedahan skandal berkenaan, Shafie Apdal mempertahankan pembelian hartanah tersebut oleh MARA Inc sebagai sesuatu yang menguntungkan. (BACA DI SINI)

http://buletinsengal.blogspot.my/2017/04/sprm-teliti-maklumat-baru-salah-laku.html

No comments:

Post a Comment

Sila komen mengikut tajuk yang dibincangkan. Komen yang lari tajuk dan tidak sopan boleh ditahan siaran serta diban jika melampau sangat.