Friday, April 28, 2017

Adakah kaitan Shafie dan serbuan SPRM di JPN Semporna?


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan dua pembantu pendaftaran dari cawangan Semporna di Jabatan Pendaftaran Negara kerana disyaki terlibat dalam aktiviti rasuah dan salah guna kuasa yang melibatkan pengeluaran kad pengenalan.

Kedua-dua suspek, seorang lelaki berusia 45 tahun, dan seorang wanita berusia 40 tahun itu ditahan di Semporna pada pukul 6 petang dan 8:20 masing-masing, hari ini.

Mereka dipercayai telah menerima RM2,000 setiap satu untuk proses mengeluarkan kad pengenalan untuk satu set kembar di Semporna.

Pengarah SPRM Sabah Datuk Sazali Salbi ketika dihubungi mengesahkan kedua-dua tangkapan dan berkata mereka akan ditahan reman selama lima hari bagi membantu siasatan.

------

Projek IC dan Semporna. Ketika RCI, Projek IC kenyataan Shafie agak defensif.

http://snapshot2016.blogspot.my/2017/04/padan-shafie-defensif-ketika-rci-projek.html

http://siemens-melayumaju.blogspot.my/2016/11/shafie-apdal-pertahan-projek-ic.html

Kawasan Shafie agak ramai projek IC.

Adakah kena mengena antara tangkapan SPRM di Semporna dengan sikap defensif Shafie?

No comments:

Post a Comment

Sila komen mengikut tajuk yang dibincangkan. Komen yang lari tajuk dan tidak sopan boleh ditahan siaran serta diban jika melampau sangat.