Sunday, September 4, 2016

Susah untuk Muhyiddin kota "Berani kerana Benar"


...  "Berani kerana benar, Takut kerana salah."

Bang Din pun guna kata-kata sama untuk menguatkan hujah dan pendirian politiknya mempersoalkan kewibawaan Dato Najib dan menuntut letak jawatan.

Bila hal Nika Gee timbul, kata-kata itu mungkin jadi janggal dan tidak hairan sudah berubah.

Perlu faham bahawa bukan musuh politik yang dedah tapi suami Nika Gee menyebut hubungan antara isterinya dengan Bang Din dalam affidavit ke mahkamah.

Husin tak percaya ia berlaku tetapi kalau ikut mahkamah buat sementara ini, ia berlaku.

Fakta tersebut akan diterima pakai sebagai bukti dan fakta oleh mahkamah melainkan ada nafi balas dari si isteri atau permohonan dari Muhyiddin mohon 'strike off' kenyataan itu.

Suami Nika Gee seorang peguam lama dan bekas pendakwa awam.

Bang Din sudah buat kenyataan menafikan. Jika Bang Din lawan untuk cuci namanya, lagilah menjadi si peguam. Maka ia dilihat satu pengakuan dan lagi macam-macam aib terdedah.

Sering kali penyokong Bang Din juga berhujah jika tak saman maka maknanya salah.

Sebenarnya hujah itu tidak adil. Itu yang mampu saman. Yg tak mampu samada kewangan atau sebab lain, tak upaya perolehi keadilan.

"Berani kerana benar, takut kerana salah" itu betul tapi bila menyaman hanya menyusahkan, maknanya baik tak payah. Mahkamah pun tidak menjanjikan keadilan hakiki.

Bang Din mahu berani kerana benar tapi dalam hal ini, jadi serba salah....

Petikan dari Husin Lempoyang http://the-antics-of-husin-lempoyang.blogspot.my/2016/09/bang-din-mahu-berani-tetap-serba-salah.html

Adakala bukan hal berani atau takut tapi adalah hal teliti. Bila dah percaya sesuatu, butiran penting yang lain tidak mahu diambil peduli.

Bila tak percaya, fakta dan bukti tak diambilkira langsung.

Perlu teliti sebelum menghukum. Jangan tertipu dengan politik dan ketamakkan kuasa. Jaga kepentibgan alif ba ta.

http://snapshot2016.blogspot.my/2016/09/kebenaran-perlu-ambilkira-semua-maklumat.html




5 comments:

  1. UMNO sinonim dgn Rasuah dan Fitnah!!!

    ReplyDelete
  2. Fitnah mengenai perkahwinan itu pada saya hanyalah FITNAH. Secara lojik fitnah itu perlu ditolak sebab:-

    1) Mana boleh kahwin isteri orang yang belum diceraikan!
    2) Banyak2 tempat kenapa nak buat di Pagoh? Tak logik. Buat dekat kampung sendiri.
    3) Tak de tersenarai pun acara tersebut di Jabatan Agama, Muar.

    Jadi awaslah terhadap perkara-perkara fitnah yang bertujuan menjatuhkan nama baik seseorang.

    ReplyDelete
  3. Menarik kes tu!! tetapi tak boleh lawan galmor lagi kes 1MDB, satu dunia dah tahu. GST didahulukan..Kutipan cukai diutamakan.!! bravo PM

    ReplyDelete
  4. Itu sedap punya hal sendiri rasa sendiri tanggung. ini negara punya hal, malaun sedap rakyat pulak kena tanggung. Memang bangang punya angkara..

    ReplyDelete
  5. Anon 440, kerja rasuah dan fitnah dlm pembangkang lebih dahsyat lagi. Sebenarnya ia kerja individu x de kena mengena dengan UMNO.

    Anon 103, 1 dunia dah pun guna gst sejak puluhan tahun yg lalu. Apalah sangat dengan Malaysia ni yg antara negara yg akhir melaksanakannya. Itu pun dengan kadar antara yg paling rendah.

    Kamu2 ni memang kelihatan bangang sekali....bercakap tanpa melihat secara keseluruhan fakta. Main taji je.

    ReplyDelete

Sila komen mengikut tajuk yang dibincangkan. Komen yang lari tajuk dan tidak sopan boleh ditahan siaran serta diban jika melampau sangat.