Wednesday, September 14, 2016

Bila Mahathir nak ngaku PPBM adalah pencacai DAP?

Perkasa desak Tun M, Muhyiddin jelaskan hala tuju PPBM

IBRAHIM: Kesanggupan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk bekerjasama dengan DAP dan Datuk Seri Anwar Ibrahim nyata menimbulkan seribu satu tanda tanya. -Gambar fail

Mahathir ngaku bahawa dia kerjasama dengan DAP. Maka apa salahnya dia kerjasama dengan anwar. Tapi Azmin kata kena tunggu blessing dari Anwar. Maknanya Mahathir sudah jilat ludah sendiri.

Ngaku sajalah PPBM adalah pencacai DAP.

Kenapa Mahathir masih tidak jawab persoalan Ibrahim Ali mengenai perjuangan untuk Bumiputera /Pribumi:

Perkasa desak Tun M, Muhyiddin jelaskan hala tuju PPBM


KUALA LUMPUR: Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mendesak Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) menyatakan dengan jelas hala tuju parti itu terutamanya dalam perjuangan agenda bumiputera.

Menurut presidennya Datuk Ibrahim Ali, kesanggupan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk bekerjasama dengan DAP dan Datuk Seri Anwar Ibrahim nyata menimbulkan seribu satu tanda tanya.

"Ramai mahu tahu apakah PPBM ini agendanya betul-betul perjuangan untuk Melayu dan Islam.

"Atau pun mereka akan jadi sebahagian daripada Pakatan Harapan? Kalau sebahagian daripada Pakatan Harapan bererti bersama dengan DAP," kata Ibrahim ketika dihubungi Astro AWANI pada Jumaat.

Ibrahim turut menggesa PPBM supaya menyatakan pendirian sama ada mereka berperanan untuk menggantikan PAS dalam Pakatan Harapan.

Tegas beliau, perkara itu perlu dijelaskan kepada rakyat kerana sebelum ini PAS bertindak keluar daripada gabungan pembangkang kerana wujudnya krisis dengan DAP.

"Kalau PPBM bersama dengan DAP, ini menjadi tanda tanya bagi orang Melayu," ujarnya.
Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada Jumaat menegaskan tiada masalah baginya untuk bekerjasama dengan  Datuk Seri Anwar Ibrahim sama seperti yang dilakukan dengan Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang.

http://www.astroawani.com/berita-politik/perkasa-desak-tun-m-muhyiddin-jelaskan-hala-tuju-ppbm-116363

------------------------

Adakah sebab Nika Gee boleh join sebagai ahli Bersekutu, maka Mahathir takut dipanggil rasis untuk sebut cara terbuka perjuangkan Pribumi?


Sudah 5 hari tiada jawapan ... hanya jawapan sibongok ni. Baca Snapshot 2016 http://snapshot2016.blogspot.com/2016/09/timbulkan-dap-pondan-berjanggut-hanya.html

12 comments:

  1. Hahahaha...pandai engkau spin...

    ReplyDelete
  2. Ayat dedak ko ni bro...x modal istilah pencacai dap lah yg kau guna. Bodoh@ dasar hina penuh korup parti ko!

    ReplyDelete
  3. Bodoh approve kan lah komen user!
    Xde telor punya blogger takut bayang2

    ReplyDelete
  4. Tak sudah2 dengan memfitnah!!!

    Sudah2 lah tu... Betolkan Pemimpin Negara yang tak betol tu dulu!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pengerusi dan presiden bersatu tu elok dibersihkan dulu. Baru nak ngata pemimpin negara

      Delete
  5. Mengaku atau tidak bukan lagi persoalan kerana tindakan itu jelas PPBM serupa juga dengan Pakatan. Matlamat peribadi menghalalkan cara. Justeru PERKASA dan Bumiputera/Pribumi serta mereka yg sayangkan negara, perlu tolak parti ini.

    ReplyDelete
  6. Itu pasal malas nak lepaskan kera-kera India Mahathir. BUkan ada otak nak hujah dengan baik.

    ReplyDelete
  7. Ingatlah hidup selepas mati. Haram tetap haram. Benar tetap benar dan salah tetap salah. Kalau lepas dari hukuman didunia pun, hidup sentiasa dalam ketakutan. Takut bayang sendiri. Adakah dedak yang diberi ini dari punca halal? Rasuah membuat negara kita melangkah kebelakang?

    Insaflah sebelum terlambat wahai cai blogger.

    ReplyDelete
  8. Pencacai ke apa ke, itu bkn persoalannya sekarang. Yang penting dapat jatuhkan DSN yang korup.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa bukti najib korup? Mahathir tu tak korup ke utk tuduh orang korup? Kenapa dia tuduh orang lain korup sedangkan dia mahaguru korupsi?

      Delete
    2. Teruk betul la kau ni. Bacaan tk meluas, pas tu bukk blog guna akai yg sontot. Kesian...

      Delete

Sila komen mengikut tajuk yang dibincangkan. Komen yang lari tajuk dan tidak sopan boleh ditahan siaran serta diban jika melampau sangat.