Mahkamah kata tidak ada. Tun M pun ngaku tiada bukti:
1. 18 Julai, Mahkamah
Tinggi Kuala Lumpur menolak afidavit Tun Dr Mahathir Mohamad dalam
menyokong permohonan pernyataan pembelaan bekas Presiden MCA, Tun Dr
Ling Liong Sik bagi membatalkan saman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib
Razak.
The Star turut melaporkan http://www.thestar.com.my/news/nation/2016/07/18/najib-allowed-to-remove-dr-m-affidavit-in-suit-against-dr-ling/
2.
Hakim Datuk Nor Bee Ariffin memutuskan bahawa afidavit Dr Mahathir itu
adalah keterangan dengar cakap ("hear say") yang tidak menyatakan
sebarang sumber ia diperolehi.
3.
Menurut peguam Najib, Datuk Mohd Hafarizam Harun, Mahathir TIDAK
menyatakan sumber maklumat, alasan dan sama ada beliau mempunyai
pengetahuan peribadi apabila mendakwa "Najib mengambil wang rakyat dari
1MDB."
4.
Dalam perenggan kedua afidavit Mahathir, dia mengakui apa yang beliau
katakan dalam dokumen berkenaan adalah berdasarkan kepada pengetahuan
yang dimilikinya, bagaimanapun, beliau GAGAL menyatakan SUMBER maklumat
peribadi yang diperolehinya. Mahkamah turut mendapati kandungan afidavit
sokongan oleh Dr Mahathir penuh dengan elemen yang boleh menimbulkan
perbalahan kerana tidak menyatakan sumber.
5.
"Dengan keputusan ini, afidavit berkenaan akan dipadamkan daripada
permohonan Ling untuk membatalkan saman Najib." Mahkamah juga
mengarahkan Ling untuk membayar kos sebanyak RM5,000.
6.
Mahkamah, katanya menetapkan 24 Ogos ini untuk mendengar permohonan
Ling bagi membatalkan saman Najib yang difailkan pada 27 Oktober 2015
berikutan kenyataan Ling dalam portal Malay Mail bertajuk ‘MCA’s Liong
Sik joins call for Najib’s ouster for allegedly putting people’s money
in his own pocket’ yang menuduh Najib menyalahgunakan dana syarikat
pelaburan kerajaan, 1MDB bagi tujuan peribadi.
7.
Dalam samannya, Najib mendakwa Ling secara palsu dan berniat jahat
mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah terhadapnya semasa menghadiri satu
upacara di sebuah kolej universiti yang disiarkan dalam portal berita
pada 3 Oktober 2015.
-----------------
Mahkamah telah hukumkan bahawa kata-kata Tun Dr Mahathir tidak ada isi dan asas untuk diambilkira sebagai fakta mahkamah. Ini bermakna Tun Ling Liong Sik tidak ada asas untuk penggil Najib perompak.
Tun M dan Tan Sri Muhyiddin pun tiada asas untuk panggil Najib perompak. Hanya Naji masih kasihan untuk saman kedua-dua mereka.
Jika benar mereka ada bukti yang sahih dan tidak boleh disangkal, apa dia? Kenapa tak keluarkan sekarang? Jika dah keluar, Najib is finish. Mesti undur dan naiklah sesiapa idola mereka jadi President UMNO dan PM.
Perlu tanya kenapa mereka ambil jalan jauh untuk buat macam-macam jika jalan pintas untuk dedahkan salahlaku Najib boleh dilakukan?????
Setakat media asing, ia masih bukan bukti tapi semua hanya hearsay. Asyik-asyik "sources" yang tidak boleh didedahkan.
Sumber tidak bernama tidak ada erti kerana keling botol, cina goreng kuew tiau dan ahmad tangkap ikan pun boleh jadi sumber Wall Street Journal atau media kepunyaan Murdock yang lain, ABC Australia atau Sarawak Report.
Setakat foreign investigators, mana satu yang sedang siasat Najib atau 1MDB. Swiss dan Singapore hanya siasat dan ada dakwa bank-bank Switzerland dan pegawai yang terlibat. FBI pun siasat perihal spekulasi hartanah berlebih-leihan.Tapi mangkok-mangkok media asing dok lapor "link to 1MDB". Padahal salahlaku juga melibatkan organisasi lain.
Media lapor executive Goldman Sach atau IPIC diberhentikan tapi satu kenyataan rasmi menjelaskan kenapa belum keluar. Maka apa yang mereka laporkan masih hearsay macam Tun M.
Hanya pentaksub macam Kelab Chedet dan cybertrooper Pakatoon saja yang masih percaya segala apa yang dikatakan walaupun satu habuk bukti atau fakta yang langsung melibatkan 1MDB dan Najib ada.
Mereka dok percaya pada yang belum sah tapi hanya hearsay atau teori konspirasi. Pasti mreka tak percaya kata-kata Tun M di Snapshot2016 http://snapshot2016.blogspot.my/2016/07/tun-hanya-hearsay-pasal-nak-buat-jahat.html / kerana ia bukan hearsay tapi jelas.
Kepada sesiapa yang berkenaan yang mendakwa itu ini, kata ada bukti itu ini.
ReplyDeleteMari bawa keluar dan tunjukkan bukti dakwaan awak itu. Rakyat dah tak tahan ni, jangan main-mainkan rakyat. Kalau Najib salah, kita mahu dia dihukum oleh mahkamah. Jangan buat persepsi sahaja wahai haiwan-haiwan politik semua. Kami hendak seret sesiapa sahaja yang bersalah ke muka pengadilan. Kalau pun awak ada nama dan pengaruh, cakap jangan suka bohong.
- Belah Tengah.
Dulu semua orang kata ada berpeti peti dokumen untuk dijadikan bukti tapi sampai sekarang 1peti pun tak pernah nampak.malang sungguh rakyat malaysia yang ditipu oleh ahli ahli politik yang gila kuasa.
ReplyDeleteAla.. sendiri pikir la..
ReplyDeleteMatlamat utama chedet and geng adalah nk jatuhkan dsn..
bukti sahih tader.. kalau ada dah lama dikeluarkan.. yer tak? Tgu apa lagi kan.. tk ka chedet penipu namanya..
Fikir2 kan la
Senang crita..
ReplyDeleteSapa2 suruh dsn cabar chedet and geng kasi bukti.. if not.. diam!!