Wednesday, June 1, 2016

Ingatkan bila dah pecat, tak guna lagi strategi kempen Husam


Yusman Zahari naikkan posting tentang PAS beri minyak hitam free pada Mat Morot di Kampung menora Kuala Kangsar. Panjang lebar dia bincang ini adalah tindakan rasuah pengundi SINI.

Kami tidak mahu tekankan hal ini kerana nanti ada yang tidak faham keadaan di Sarawak tuduh pula BN pun guna strategi rasuah di PRN Sarawak.

Padahal orang pendalaman memang lazimnya sentiasa guna peluang yang ada untuk minta bantuan kerajaan di kawasan yang kemudahan awam asas tak sampai. Lain kata, kemudahan kerajaan tak sampai maka mereka minta bantuan kerajaan untuk masyarakat atau rumah panjang mereka.

Tambah lagi, semua yang dimum dan diberi dah memang dalam perancangan. Sebelum itu dah umum di tempat lain.

Tentang hal minyak hitam free ni, kami teringat inilah taktik yang dimulakan Dato Husam Musa ketika menjadi Pengarah Pilihanraya kecil suatu masa dahulu.

Seejak dibuang keahlian, sedih betul nampaknya. Kelihatan macam kesal dengan tindak tanduk PAS. Siap menangis sekali yob.

Tindak tanduk diri sendiri tak ingat ye? Baca http://snapshot2016.blogspot.my/2016/06/husam-kesal-dipecat.html

Rasanya jika Dato Takiyuddin sedia tawarkan Husam untuk datang Muktamar, strategi pilihanraya Husam pun masih boleh diguna. Dia tak daftar dengan penjabat MOSTI untuk copyright hehehe ...