Tuesday, May 24, 2016
Undur atau tidak PAS di PRK Sg Besar atau K Kangsar?
Naib presiden PAS, Idris Ahmad nafikan teori Tun Dr Mahathir bahawa PAS akan akhirnya undur diri dari tanding di kedua-dua PRK setelah bertegas kata akan tetap tanding. Baca komentar The Flying Kick SINI.
BNBBC pula di SINI merasakan PAS akan kekal bertanding di kedua-dua PRK setelah tarikh tempoh hari Isnin yang diberikan Azmin untuk undur tidak berlaku. Pihak Azmin dan beberapa pemimpin PAS menafikan berlaku ugutan tersebut walaupun Nik Abduh dan pemimpin tertentu akui ada kata dua tersebut.
Paling tidak boleh nafi adalah akan wujudnya rundingan sesetengah pihak dalam PAS dengan Azmin. Dato Mustapha Ali ada dilaporkan kunci mulut tentang calun. Baca mSTar SINI.
Azmin akui akan wujudnya rundingan dengan Stopa Ali, Tuan Ibrahim dan Setiausaha Politik Hadi, Samsuri Mokhtar dalam kritikannya terhadap Hadi. Baca agendadaily SINI.
Persoalannya sediakah PAS mendedahkan pilihan mereka untuk bekerjasama dengan PKR dan Tun dr Mahathir ketika Hadi dan pemimpin tertentu menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengan UMNO untuk kepentingan bersama ummah.
Jika ini berlaku, maka PAS sudah dedahkan muslihat politik mereka untuk konon bekerjasama dengan UMNO.
Dengan demikian, terdedahlah bahawa PAS secara senyap-senyap masih bersekongkol dengan DAP. PAS dan PAN hanya berpura-pura ... baca teori Snapshot 2016 http://snapshot2016.blogspot.my/2016/05/teori-pas-hanya-pura-pura-kerjasama.html