Tuesday, May 31, 2016
Jika tak mahu Waibi Budi menang, guna Sg Besar untuk Guan Eng jelaskan isu-isu
Antara pertandingan Waibi Budi dan Dr Rani, ianya dilihat sebagai pertandingan muda lawan tua. Berjasa dan bertenaga lawan bekas pemegang macam-macam jawatan.
Ekoran majlis Amanah yang tidak berjaya dan kosong, kemungkinan Amanah tidak tanding. Lagi pun, sesuatu yang diumum oleh Khalid Samad mana pernah berlaku. Selalunya auta sahaja ... Rasanya PH patut letak PKR untuk tanding di Sungai Besar.
Dr rani mungkin bukan lawan untuk Waibi Budi. Pengaruh Jawa, Khir Toyo dan anak tempatan jauh lebih kuat dari sentimen parti kali ini. Dr Rani mungkin pelam harum manis yang mahu disembelih oleh pihak tertentu. PKR perlu turun jika mahu nafikan BN.
Undi Melayu dilihat boleh pecah antara UMNO dan PAS, PKR ambil sedikit undi Amana dan Melayu, DAP bantu undi cina. Lepas up for grab siapa yang menang. Mungkin sengit majoriti. Itu pun kalau PKR yakin DAP tak sabo. DAP tak tanding tapi boleh bantu pembangkang dapatkan sokongan cina, terutama cina Sekincan.
JIka DAP tak bantu, berpanjanganlah perseteruan antara PKR dan DAP. Amanah bukan rakan kongsi yang efektif. Ahli dan cawangan tak ada . Cuma pemimpin berapa kerat yang kuat melalak. Namun bila sudah bukan lagi dalam PAS, tiada umphhh ... dah.
DAP harus bantu. Jika tidak BN akan menang walkover sana sini. Penat Tok Bomoh Maha Klinik menyambut Clare Brown, Tony Pua, dan Rafizi dalam isu Wan Emdibi. Kit Siang masih mahu lihat DAP pegang tampuk kerajaan federal sebelum dia pencen atau mati, mana-mana dahulu. Tak lupa juga, dia mahu kasi Tok Bomoh terkejut sebelum akhir hayatnya. Tok Bommoh tak boleh salahkan sesiapa jika DAP berkuasa melainkan dirinya sendiri.
Oleh itu, DAP kena turun tolong. Guna peluang untuk Lim Guan Eng jelaskan pelbagai isu. Baca http://snapshot2016.blogspot.my/2016/05/isu-isu-untuk-majlis-penjelasan-guan.html