Friday, July 12, 2019

Gagal Dengan ICERD Dan Statut Rom, DAP Gunakan IRF Pula Untuk Hapuskan Undang-Undang Syariah!!!

Usaha Berterusan PH Untuk Hapuskan Kedaulatan Undang-Undang Syariah


Dr. Mahathir telah benarkan DAP dan PKR membincangkan untuk menukar Perlembagaan Malaysia...

Sekali lagi Dr. Mahathir, di gunakan sebagai patung dalam usaha DAP dan PKR bagi menghapuskan Undang-Undang Syariah melalui pemindaan Perlembagaan Persekutuan...

Niat yang tersirat dalam cadangan pindaan Perlembagaan Persekutuan ini akan menyebabkan Undang-undang Syariah di negara ini akan di hapuskan...

IRF Cadang Hapus Undang-Undang Syariah Melalui Pindaan Perlembagaan


Dr. Farouk Musa dari Islamic Renaissance Front (IRF) membentangkan cadangan untuk mengubah serta menghapuskan kuasa Undang-Undang Syariah melalui pindaan terhadap Jadual ke Sembilan Perlembagaan Persekutuan...

Menurutnya, apparatus kerajaan tidak perlu untuk mengawal dosa-dosa peribadi melalui undang-undang...

Orang Islam bebas melakukan apa sahaja tanpa di kawal oleh hukum syarak...

Beliau membentangkan perancangan tersebut dalam satu pertemuan dengan kumpulan World Movement For Democracy yg mengadakan sesi pertemuan di Hilton, Kuala Lumpur...


Turut kelihatan hadir ialah Tian Chua (Pegawai Khas Menteri Kerja Raya), Cynthia Gabriel dari C4, Steven Gan (Malaysiakini) dan beberapa penggerak NGO yg lain...

Setelah ICERD mereka gagal, setelah Statut Rom mereka gagal, hari ini, PH sekali lagi mencuba untuk melenyapkan Islam di Malaysia melalui pindaan Perlembagaan Negara, Undang-undang Syariah melalui kerajaan Negeri akan di hapuskan...

Rakyat Malaysia dan umat Islam secara khususnya harus sedar, adakah kita sanggup untuk melihat kemusnahan ini di lakukan di depan mata kita?

Masyarakat Melayu Islam harus sedar, banyak implikasi yang menggugat kedaulatan dan kedudukan Islam sebagai ugama rasmi Malaysia akan berlaku sekiranya perancangan untuk menghapuskan Undang-Undang Syariah benar-benar menjadi kenyataan...

Dalam undang-undang Malaysia yang sedia ada, tiada peruntukan undang-undang yang membolehkan mana-mana individu Islam yang berumur 18 tahun ke atas murtad, di ambil tindakan...


Ini terbukti dalam kes Lina Joy dan beberapa kes murtad lain yang berkaitan dengan perkahwinan antara lelaki atau perempuan Islam dengan pasangan mereka yang bukan berugama Islam...

Dalam peruntukan Undang-Undang Syariah, lelaki atau perempuan yang bukan Islam, sekiranya mahu berkahwin dengan mana-mana lelaki atau perempuan Islam, maka mereka di kehendaki menukar ugama mereka kepada ugama Islam sebelum Mahkamah Syariah membenarkan perkahwinan mereka...

Namun ianya tidak ada dalam mana-mana peruntukan Undang-Undang Sivil di Malaysia...

Itu hanyalah sebahagian contoh dari kesan dan ancaman kepada kedaulatan Ugama Islam, sekiranya usaha yang sedang mereka jalankan berjaya...

Banyak lagi ancaman kepada kedaulatan Ugama Islam yang akan berlaku sekiranya masyarakat Melayu Islam masih lagi tidur dan mengambil sikap tidak apa atau tidak mahu campur tangan dalam usaha yang sedang mereka lakukan...

Dengan restu Dr. Mahathir, dengan setujunya Anwar Ibrahim dan dengan membisunya pemimpin-pemimpin Islam di dalam kabinet kerajaan, nasib dan kedaulatan ugama Allah SWT di bumi Malaysia bergantung kepada masyarakat Melayu Islam!!!

Apakah kita akan sekali lagi berkata, kami dengar dan kami taat padamu, wahai musuh Allah?

Atau kita akan bangkit dan mengatakan, kami dengar dan bantulah kami untuk pertahankan ugamaMu, Ya Allah..

Hari ini, pilihan di tangan kita, namun kesannya nanti akan menimpa anak cucu kita!!!










Sumber :

Razlan Rafii

No comments:

Post a Comment

Sila komen mengikut tajuk yang dibincangkan. Komen yang lari tajuk dan tidak sopan boleh ditahan siaran serta diban jika melampau sangat.