Ratusan kontraktor Bumiputera berisiko gulung tikar berikutan penangguhan projek serta pemberhentian dana oleh kerajaan sebelum dan selepas PRU14...
Penangguhan dana termasuk membabitkan tuntutan sebanyak RM8 juta bagi dua projek yang sudah siap tetapi belum di bayar oleh kerajaan...
Presiden Persatuan Kontraktor Bumiputera Kelas F Malaysia (PERKOBF Malaysia), Tukiman Radion, mendakwa selepas PRU14 pembekuan dana menyebabkan kontraktor hilang sumber pencarian selain tuntutan belum di bayar bagi projek yang siap sebelum pilihan raya...
Beliau mendakwa jika isu itu tidak di tangani di khuatiri sehingga 400 kontraktor kelas F Bumiputera akan terjejas dan menghadapi risiko gulung tikar...
Tukiman mendakwa dua tuntutan projek yang siap sebelum PRU14 itu membabitkan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri dan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) bagi projek di bawah Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan ketika itu...
Ada pihak dakwa peruntukan di seleweng namun katanya projek berkenaan di laksanakan pada Februari lalu dan sudah siap sepenuhnya dua bulan selepas itu...
Proses pembayaran tuntutan selalunya di buat apabila projek selesai dalam tempoh 14 hari selepas invois di kemukakan...
"Kerajaan sudah memperuntukkan dana bagi projek ICU dan SPNB sebelum penganugerahan dan pelaksanaan kerja" katanya lagi...
Dalam erti kata lain, wang sudah ada barulah kerja2 di mulakan...
Nasib kontraktor semakin malang selepas PRU14 kerana bajet yang di luluskan kerajaan terdahulu telah di tarik balik menyebabkan kontraktor hilang mata pencarian malah saya sendiri tidak bekerja ketika ini" katanya memetik laporan BH...
Bukan nak pulangkan paku buah keras tapi kita dah penat ingatkan Pakatan Harapan sebenarnya tak ada agenda khas untuk bangunkan ekonomi negara apa lagi golongan bumiputera...
Matlamat utama PH hanyalah untuk membalas dendam dan ingin melihat kehancuran pada Umno dan Barisan Nasional...
Kebaikan jangkamasa pendek dan jangkamasa panjang kepada rakyat dan negara sesuatu projek di ketepikan demi mengutamakan dendam mereka...
Akibatnya selepas hampir suku tahun berkuasa, rakyat makin terhimpit, hubungan luar negara antarabangsa yang sebelum ini sangat baik kini menjadi tegang...
Malahan hubungan dua hala antarabangsa Malaysia yang sebelum ini sangat mesra perniagaan akhirnya menjadi tegang...
Hingga ke hari ini dan saat ini, pucuk pimpinan kerajaan PH hanya memikirkan cara untuk mengukuhkan kuasa dengan pelbagai ancaman dan tekanan...
Mungkin bagi mereka, rakyat masih sayang dan percayakan mereka maka selama2nyalah rakyat akan terus sayang dan percayakan mereka biar pun sekarang mereka beraja di mata dan bersultan di hati...
Seronokkan hidup dalam Malaysia Baru!!!
No comments:
Post a Comment
Sila komen mengikut tajuk yang dibincangkan. Komen yang lari tajuk dan tidak sopan boleh ditahan siaran serta diban jika melampau sangat.