Wednesday, September 26, 2018

Isu Hutang PTPTN : PH Janganlah Malu Gunakan Pendekatan Kerajaan BN Dulu

Sebelum PRU 13 Lagi Pakatan Harapan Dah Jadikan Isu Pendidikan Percuma Sebagai Janji Populis Pilihanraya

Ramai peminjam PTPTN tidak melunaskan hutang ekoran termakan janji Pakatan Harapan (PH) tabung itu akan di mansuhkan apabila mengambil alih kerajaan...


Dr. Shamsul Anuar Nasarah
Mantan Pengerusi PTPTN

Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah berkata ramai yang terpedaya dengan janji populis yang di buat oleh PH sebelum PRU 13 lalu...


"Saya ingin kongsi pengalaman bahawa pernah suatu ketika aliran pusingan kewangan PTPTN berada dalam keadaan tidak baik dan jauh merosot"...


"Ramai yang tidak membayar pinjaman"... 


"Kenapa mereka tidak mahu bayar"...


"Ini kerana terpengaruh dengan mainan politik dan janji populis pembangkang ketika itu"... 




"Menjelang PRU13, ramai terpedaya kononnya hutang PTPTN akan di hapuskan"... 


"Kesannya aliran kewangan PTPTN begitu teruk akibat ramai tidak membayar pinjaman kerana terpengaruh dengan janji pembangkang untuk hapuskan hutang dan PTPTN"...

"Bila ramai tak bayar, menyebabkan dana tidak cukup maka potongan terpaksa di buat sebanyak 5% kepada pelajar ke IPTA dan 15%  pinjaman pelajar ke IPTS"...

"Ini satu daripada 'jasa' pembangkang ketika itu kepada rakyat"... 


"Potongan terpaksa di buat kerana kutipan jatuh hanya sekitar RM50 juta sebulan dan hanya sekitar RM700 juta setahun ketika itu"...


"Sedangkan PTPTN mesti mengutip semula pinjamannya paling kurang RM900 juta setahun"...


"Inilah kesannya jika ramai tidak membayar hutang pinjaman" jelasnya...


Menekan Peminjam PTPTN Bukanlah Cara Terbaik



Dalam pada itu beliau bersetuju kalau usaha di buat supaya penerima pinjaman PTPTN membayar hutang pinjaman mereka...

"Ini kerana itulah yang di lakukan oleh PTPTN sewaktu di bawah Kerajaan Barisan Nasional (BN) dahulu"...

"Walaupun usaha kita dulunya di tentang dan kononnya kita zalim serta tidak menjaga anak muda, namun itu di buat untuk pastikan aliran pusingan kewangan kita berjalan dengan baik demi kelestarian PTPTN serta memastikan keupayaan PTPTN menyediakan dana secukupnya untuk hampir 200,000 pelajar baharu dan sekitar 600,000 pelajar sedia ada yang sedang belajar di universiti"...


"Setiap tahun PTPTN mesti sediakan dana antara RM3 bilion - RM4 bilion untuk keperluan pembiayaan pendidikan"...


"Ini kita lakukan dalam usaha mengurangkan kebergantungan PTPTN kepada institusi kewangan bagi mendapatkan dana untuk pembiayaan pelajar"... 


"Kita mahu gunakan kutipan balik itu untuk di berikan pula kepada pelajar baharu", katanya...




Selain itu, beliau juga merasakan tidak wajar melabelkan semua peminjam PTPTN sebagai tidak amanah...

"Jika melabelkan keseluruhan mereka sebagai 'tidak amanah" ia rasanya adalah tidak berapa sesuai"... 


"Ini kerana kerajaan atau Wan Saiful Wan Jan selaku Pengerusi PTPTN perlu memahami bahawa banyak sebab kenapa mereka yang telah dapat pembiayaan ini tidak membayar balik pinjaman"...


"Saya akui ada sebahagiannya memang sengaja tidak mahu membayarnya walaupun mereka sudah punyai pendapatan tetap"...

"Ada juga faktor lain yang menyebabkan mereka tidak bayar misalnya masih lagi tidak bekerja, ada yang bekerja tetapi pekerjaan mereka masih di bawah tahap kelulusan yang mereka miliki"...


"Kalau hendak di teliti, banyak lagi faktor lain tetapi juga ramai yang tidak bayar hutang sebenarnya kerana terpengaruh dengan janji pembangkang dahulu yang menjadi kerajaan sekarang"...

"Pada saya apa yang penting Kerajaan PH melalui Pengerusi PTPTN mesti lakukan usaha secara bersungguh"... 


"Ketika ini belum nampak sesuatu pendekatan terbaharu kerajaan lakukan melainkan hanya kenyataan media sahaja atau menyambung apa yang PTPTN lakukan sejak dulu"...




"Walaupun melepaskan sekatan imigresen di lakukan, pada saya itulah antara punca jumlah kutipan merosot dan menyebabkan bilangan mereka tidak membayar hutang sukar di kurangkan"... 


"Ini kerana polisi itu mengalakkan mereka tidak membayar hutang"...


Kerajaan Sepatutnya Bantu Anak Muda Bayar Balik Hutang PTPTN Dan Bukannya Menekan Mereka



"Kerajaan BN dahulu telah melakukan pelbagai usaha mengalakkan pembayaran di lakukan"...



"Antaranya ialah memberikan diskaun 10% kepada yang membayar sekurangnya 50% pinjamannya atau kepada mereka membuat potong gaji dan 20% yang membayar penuh baki hutangnya"...


"Ini yang kita lakukan"... 


"Malah saya ingat PTPTN di zaman Kerajaan BN telah mempermudahkan segala urusan di mana mengurangkan urusan di kaunter dan hanya berurusan di hujung jari melalui pelbagai kaedah setanding malah ada di antaranya melebihi apa yang di lakukan oleh institusi kewangan dalam negara ini'...




"Pada sambutan Ulang Tahun Ke-20 Tahun PTPTN pada awal 2018 lalu, PTPTN melancarkan program 'Jobmatching' iaitu program Nasional Blue Ocean Strategy (NBOS) atau kolobrasi dengan sektor swasta di mana antara lain ia adalah usaha menyediakan peluang pekerjaan kepada peminjam kita yang tidak mampu membayar pinjaman"...


"Sewaktu kerajaan BN terdahulu mempelbagaikan usaha untuk mendapatkan semula pinjaman PTPTN"... 


"Kita lakukan pelbagai usaha dan tidak menyalah atau memaksa mereka membayar saja malah melaksanakan konsep mesra pelanggan atau #bolehbincang"...


"Semua langkah ini berjaya membuahkan hasil iaitu mengikut rekod menjelang 2018 kita telah berjaya kurangkan jumlah peminjam yang langsung tidak pernah membayar balik pinjamam mereka"... 


"Iaitu mereka yang di kumpulan langsung tidak pernah membayar balik pinjaman"...


"Malah kutipan balik pinjaman PTPTN meningkat 2016 kepada sekitar RM3.4 bilion setahun dan lebih RM3.9 bilion diperolehi pada 2017 bersama dengan Simpanan SSPNi PTPTN"...


"PTPTN sejak beberapa tahun telah menukar imejnya kepada Tabung Pendidikan PTPTN"...


"Ini sebagai usaha kerajaan ketika itu menggalak rakyat menabung agar kebergantungan kepada pinjaman di kurangkan dan rakyat beralih untuk melanjutkan pelajaran dengan menggunakan duit simpanan mereka"...



"Kerajaan PH hanya melabelkan peminjam dengan pelbagai gelaran ia adalah tidak wajar sebaliknya usaha sebagaimana kerajaan terdahulu lakukan hendaklah di buat"...

"Kalau di tanya siapa sebenarnya yang tidak amanah tentulah kerajaan hari ini"...

"Ini adalah kerana rakyat khususnya anak muda mengundi mereka kerana termakan janji manis Pakatan Harapan sewaktu kempen menjelang PRU14"...

"Apabila janji tidak di tunai itu sebenarnya tidak amanah"...

Sebagai bekas Pengerusi PTPTN, beliau memang tidak setuju jika bayaran balik di mulai di tangga gaji RM4,000.

"Walaupun alasan Wan Saiful Wan Jan, Pengerusi PTPTN, kononnya data PTPTN tidak lengkap yang menjadi punca ia tidak di laksana, tetapi bagi saya ia adalah alasan beliau untuk mengelak melaksanakannya kerana mungkin apabila sudah menjadi Pengerusi PTPTN baharu dia sedar bahawa kesan besar pada kewangan PTPTN akan berlaku jika ia di laksana"...

"Dan satu lagi ingin saya nyatakan adalah tidak tepat jika mengatakan bahawa bekas Perdana Menteri telah mendidik peminjam agar tidak bayar hutang PTPTN"...

"Kerana lihatlah siapa yang tidak bayarnya"...

"Ada antara mereka adalah daripada kumpulan pertama atau terawal mendapat pinjaman yakni sebelum Datuk Seri Seri Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri lagi" katanya...


Rujukan :
UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment

Sila komen mengikut tajuk yang dibincangkan. Komen yang lari tajuk dan tidak sopan boleh ditahan siaran serta diban jika melampau sangat.