Friday, June 1, 2018

Zimbabwe & Greece Pun Tak Pernah Tagih Derma Dari Rakyat


Sebagaimana yang kita maklum, tidak ada satu negara di dunia pada masa kini menagih simpati rakyat dengan menubuhkan tabung kutipan derma untuk menampung perbelanjaan hutang negara...

Perdana Menteri, Mahathir Mohamad semalam dalam sidang media selepas Mesyuarat Kabinet mengumumkan penubuhan Tabung Harapan Malaysia (THM) untuk membolehkan rakyat yang sukarela hendak menderma, menyumbang wang ringgit mereka kepada kerajaan...

Rata-rata, rakyat Malaysia terkejut kerana baru sahaja 21 hari mengambil alih pemerintahan daripada Barisan Nasional (BN) pada 9 Mei lepas, rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia RM431 bilion dengan asas ekonomi yang kukuh serta kadar pertumbuhan 5.5 peratus seperti diumumkan oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak...

Baca di sini :

http://anotherbrickinwall.blogspot.com/2018/05/goebbel-esque-rm1-trillion-national.html?m=1

Apa Dah Jadi Dengan Malaysia

Menurut laporan terkini Moody's pertumbuhan ekonomi Malaysia akan jatuh pada 1.9% tahun ini berbanding 5.5% sebelum ini...

Bursa saham jatuh, ekonomi merudum selepas 21 hari kerajaan PH memerintah...

Baca di sini :

http://www.theedgemarkets.com/article/1mdb-wakes-malaysian-equities-bonds-downgrade-risk

Bertentangan Dengan Hukum Islam


Dalam sejarah Islam, Imam Nawawi memarahi pemerintah Raja Zahir Bybres kerana mengutip derma dari rakyat...

Sepatutnya pemerintah yang korbankan harta diri mereka dan kroni mereka sebelum memerah duit poket rakyat...

Baca di sini :

http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita/15-tanah-air/6868-imam-nawawi-vs-raja-zahir-bybres

Greece Pernah Alami Keadaan Yang Lebih Parah



Walaupun Greece yang merupakan negara Eropah yang sudah muflis pada 2015, mereka juga tidak mengutip derma daripada rakyatnya...

Krisis hutang negara itu bermula pada penghujung 2009 dan ia adalah negara pertama dalam negara Eropah yang menggunakan mata wang Euro dilanda masalah hutang yang berat.

Pada 2012, kerajaan Greece mempunyai hutang tertunggak paling banyak dalam sejarah dan ia adalah negara pertama gagal bayar balik hutang Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) sebanyak 1.6 bilion Euro pada 30 Jun 2015.

Baca di sini :

http://m.utusan.com.my/rencana/greece-runtuh-lagi-1.113129

Sehingga hari ini, Greece tidak ada menubuhkan apa-apa tabung derma dari rakyat untuk membantu mereka membayar hutang negara.

Sepanyol Juga Tak Terkecuali Dari Krisis Ekonomi

Walau pun pernah di himpit krisis ekonomi yang parah namun Sepanyol berjaya mengatasinya tanpa kutip tin milo tadah derma dari rakyat...

Baca di sini :

https://m.detik.com/finance/berita-ekonomi-bisnis/d-2399904/spanyol-akhirnya-keluar-dari-krisis

Bukan Malaysia Jer Yang Pernah Hadapi Krisis Ekonomi

Venezuela



Negara yang mempunyai kadar inflasi yang amat tinggi juga tidak melakukan perkara yang sama iaitu Venezuela dan Zimbabwe.

Pada 20 Januari tahun ini, ada setengah juga rakyat Venezuela merentas sempadan ke negara Colombia untuk mencari perlindungan.

Semua berjumlah kira-kira 550,000 orang dikesan memasuki Colombia peningkatan 62 peratus daripada tahun lepas.

Di negara itu, wang kertas mereka sudah tidam bernilai dan dibuang merata-rata sehingga ada yang mengambil wang berkenaan dan menganyamnya jadi beg tangan kertas.

Pada 8 Mei 2018, menurut laporan Utusan Online, kadar inflasi di Venezuela meningkat kepada 13,799 peratus dan menjadikan ia negara yang mempunyai kadar inflasi antara yang tertinggi di dunia.

Negara itu juga gagal bayar hutang dan sekarang berdepan kekurangan bekalan makanan dan perubatan walaupun ia adalah negara yang mempunyai simpanan minyak mentah terbesar dunia.

Dalam keadaan seperti itu pun, Venezuela tidak mengutip derma daripada rakyatnya.

Zimbabwe


Sebuah lagi negara, Zimbabwe juga ada kadar inflasi yang tinggi iaitu 2.2 juta peratus.

Harga barangan di negara itu naik mendadak antara 30 hingga 40 peratus setiap hari.


Pada 22 November tahun lepas, bekas Presiden Zimbabwe, Robert Mugabe akhirnya meletakkan jawatan.

Ia dibuat tidak lama selepas Parlimen memulakan proses pemecatan untuk menamatkan pemerintahan hampir empat dekad pemimpin tertua di dunia itu pada masa itu.

Harga barang makanan seperti roti meningkat dengan tinggi kerana nilai mata wang sudah semakin merosot sehingga tidak bernilai lagi.

Zimbabwe pun tidak meminta derma dari rakyatnya.

Cuma Di Malaysia, Mahathir Boleh, Guan Eng Boleh!!!

Penubuhan THM menimbulkan persoalan bagaimana ia akan diuruskan dan ke mana kutipan akan disalurkan.

Paling utama, adakah pada setiap tahun jumlah kutipan akan diumumkan oleh kerajaan dengan cara yang telus atau sebaliknya.

Setakat ini, tidak ada akta khusus yang mengawal cara tabung itu diuruskan.

Pelbagai langkah yang dilaksanakan kerajaan sekarang semuanya adalah langkah ke belakang berbanding matlamat Pakatan Harapan kononnya untuk bawa negara ke depan.

Janji PH Pada PRU 14 Di Bakul Sampahkan


Semalam, Mahathir mengumumkan bantuan khas Hari Raya kepada penjawat awam cuma berjumlah RM400 berbanding RM500 ketika Najib mentadbir negara.

Ketika zaman Najib juga, semua penjawat awam dapat tetapi tidak di zaman Mahathir.


Harga petrol RON95 yang berharga RM2.20 ketika ini dikekalkan.

Baca di sini :

http://careta.my/article/tun-dr-mahathir-ron95-diesel-kekal-harga-ron97-bakal-diapungkan-ikut-harga-pasaran

Tidak jadi pun RM1.50 seperti yang dijanjikan.

Harga RM2.20 itu adalah harga ketika pemerintahan BN.

Mengapa tidak buat harga lain yang lebih rendah untuk memulakan zaman pentadbiran pakatan pula.

Negara Malaysia, ditadbir dengan ala diktator, dan sudah ada tabung derma pula untuk rakyat kononnya untuk bantu negara.

Malulah sama dengan rakyat Zimbabwe dan Greece.

Luahan :
Penjawat Awam

8 comments:

  1. padan muka lah semua penjawat awam yg undi PH tempoh hari...
    raya ni melopong je la korang....
    yg status kontrak siap sedialah...

    ReplyDelete
  2. nak tunggu jadi mcm Greece & Zimbabwe ke baru nak bertindak????

    ReplyDelete
  3. kalau tak suka xyah derma... apa susah... dah namanya derma.. nak bagi.. taknak bagi... terpulang
    najib dapat derma diam2 je... takde sapa kecoh pon dulu
    sbb dia tak mintak tp kontra benda lain la...

    ReplyDelete
  4. Jangan xtau...tabung ni pun bagi Dana2 dari luar masyukkk

    ReplyDelete
  5. Tu yg ada sikit peliknya. Klu la rizab negara tu cuma RM438 je, blh la kerajaan usung tin milo. Tp ni RM438 billion. Somalia yg bergolak tu pun takde buka tabung pun.

    ReplyDelete
  6. your hatred and stupidity is my curiosity

    ReplyDelete
  7. KAHKAHKAHKAH..................Hari ini kutipan derma TABUNG HARAPAN sudah capai RM18,608,925,36 JUTA!
    MEMBENGKAKLAH HATI KORANG , sedangkan duit dedak untu cyb ertrooper umno
    makin susut.
    Tulah....apasal tak sokong HARAPAN.
    Dah hari-hari menjerutk hati.
    KAHKAHAKAH

    ReplyDelete
  8. Tabung Harapan simbolil jer.
    Kononnya sblm ni manyak teruk.

    ReplyDelete

Sila komen mengikut tajuk yang dibincangkan. Komen yang lari tajuk dan tidak sopan boleh ditahan siaran serta diban jika melampau sangat.