Monday, April 5, 2021

Taukey 'Dierct Nego', KSU Paling Kebal Di Malaysia, Dulu Di MITI Dan MOTAC, Sekarang Luaskan Empayer di MOT???


Di Malaysia, rakyat ingat ahli politik yang paling berpengaruh tetapi hakikatnya ada kelompok rakyat yang lebih berkuasa dari ahli-ahli politik, lebih-lebih lagi Menteri, iaitu pegawai-pegawai PTD yang berpejabat di Putrajaya.

Bila ada manusia yang dilihat kebal dari undang-undang, tak perlu dinafikan lagi, pasti ada campurtangan orang politik yang sering dikatakan sebagai 'tangan ghaib'.

Antara penjawat awam yang dilihat 'sangat kebal' dan besar kepala di Malaysia ialah seorang penjawat awam yang pernah menjadi Ketua Setiausaha (KSU) di beberapa kementerian, Datuk Isham Ishak.

Semua arahan Isham Ishak adalah hukum hakam yang tidak boleh diengkari oleh pegawai kerajaan yang berada di bawah beliau, termasuk arahan untuk memberikan projek secara runding terus kepada beberapa syarikat tertentu.

Arahan beliau mengatasi arahan menteri yang mengetuai kementerian berkenaan.

Alasan yang sering beliau gunakan ialah, menteri datang dan pergi, tetapi KSU dan pegawai-pegawai kementerian yang akan kekal dan bertanggungjawab di atas semua urusan di kementerian.

Kalau menurut amalan biasa, apabila seseorang KSU atau pun pegawai mula disiasat dengan kes salah guna kuasa atau pun kes rasuah oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malyasia (SPRM), pasti orang yang disiasat itu akan dipindahkan ke jabatan atau kementerian lain, atau pun akan disejuk bekukan di jabatan atau kementerian asal sehingga selesai siasatan atau perbicaraan kes.



Tetapi sangat berbeza dengan Isham Ishak, ketika berada di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), beliau memeningkan kepala Menteri MITI ketika itu, Datuk Darell Leiking.

Isham dikatakan sering membuat keputusan sendiri tanpa merujuk kepada menteri.

Isham juga dikhabarkan menganugerahkan secara runding terus semua projek di bawah MITI kepada syarikat-syarikat kroni.

Akhirnya selepas puas memendam rasa dan pening kepala dengan tingkahlaku Isham yang semakin hari semakin besar kepala, Isham telah dipindahkan dari Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) ke Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC).

Baca di sini :


Selepas Isham Ishak dipindahkan ke MOTAC, mungkin atas arahan 'seseorang', Isham dilihat bukan sahaja tidak serik, malah lebih besar kepala lagi.

Berbagai onar yang beliau lakukan di MOTAC.

Sebagaimana Isham merasakan berkuasa menganugerahkan projek runding terus kepada syarikat kroni pilihan beliau semasa di MITI, sekali lagi Isham telah melakukan perkara yang sama di MOTAC.



Seperti yang diakui oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya ketika itu, Mohamadin Ketapi, Isham telah dipanggil untuk disoal siasat oleh SPRM berhubung dakwaan salah guna kuasa ketika menjadi KSU MOTAC.

Marah dengan tindakan Mohamadin Ketapi dikatakan telah menulis surat kepada Ketua Setiausaha Negara untuk menukarkan Isham, beliau telah bertindak balas dengan menghantar surat layang kepada Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Dr Mahathir dan Dr Wan Azizah.

Baca di sini :


Malah Isham juga dikatakan telah menubuhkan High Level Taskforce on Tourism (HLT) dengan membelakangi Mohamadin Ketapi.

Baca di sini :




Selepas berbagai onar dilakukan Isham di MOTAC, beliau telah ditukarkan ke Kementerian Pengangkutan, juga sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan.

Belum sampai 2 tahun di Kementerian Pengangkutan, Isham kembali kepada tabiat lama.

Kini beliau bukan sahaja menimbulkan kemarahan Kesatuan Perkerja KTMB (RUM), malah mampu memalapkan industri KTMB dalam jangkamasa panjang.

Lebih dahsyat dari itu, dengan tindakan Isham yang mahu menganugerahkan kontrak secara runding terus kepada syarikat yang tidak berkemampuan dan mempunyai rekod yang buruk, Isham juga bakal meletakkan keselamatan jutaan pengguna perkhidmatan KTMB dalam bahaya!!!




Rujukan :

0 comments:

fda

Archives