Edit 10.02 am
Gambar di atas adalah Almarhum Tunku Sultan Iskandar dari Johor ketika menjadi DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong dari tahun 1984 ke 1989...
Almarhum menjadi Agong ketika Tun Dr Mahathir PM ke 4...
Almarhum Sultan Abdul Halim Kedah menjadi Agong ketika Almarhum Tun Abdul Razak adalah PM dan sekali lagi, ketika anak Tun Razak, Dato Seri Najib pula...
Sejarah hampir sama tetapi terbalik mungkin berlaku...
Ada desas desus tersebar berikut :
Sumber mengatakan, DYMM Sultan Johor akan di lantik sebagai sebagai SPB YDP Agong ke 16...
SPB YDP Agong sekarang akan meletakkan jawatan baginda...
Majlis Raja Raja di khabarkan akan bersidang dan akan mengumumkannya dalam masa yang terdekat...
Semua kerabat Sultan Johor kini di katakan telah berangkat ke Kuala Lumpur...
Sesuatu sedang berlaku...
Ada sesiapa yang dapat menjangkakan apa yang sedang berlaku?
Berita Hangat (Belum Di Sahkan Oleh Istana Negara
Muncul pula desas desus berikut :
Semalam di katakan Majlis Raja Raja bersidang dan membuat keputusan untuk memberi pilihan kepada SPB YDP Agong Ke 15, Sultan Muhammad ke 15 untuk mengundur diri atau akan di minta berundur diri pada atau sebelum 9hb Januari 2019...
Surat kepada YDP Agong telah di keluarkan hari ini...
DYMM Sultan Perak, Raja Nazrin Shah akan memangku tugas YDP Agong...
Dalam masa beberapa minggu, Majlis Raja Raja akan melantik YDP Agong yang ke 16...
Sekiranya mengikut penggiliran, Sultan Pahang akan di lantik sebagai YDP Agong ke 16...
Sekiranya DYMM Sultan Pahang menolak, maka giliran seterusnya ialah DYMM Sultan Johor atau giliran seterusnya ialah DYMM Sultan Perak...
Dr. Mahathir pula mengatakan beliau tidak boleh berkejasama dengan baik dengan DYMM Sultan Johor...
Kita tunggu apakah yang akan berlaku nanti...
Satu Lagi Gegaran Akan Berlaku Sehari Dua Ini
Sebuah blog ada menyebut akan satu kejutan pada 2hb Januari 2019...
Baca di sini :
https://anotherbrickinwall.blogspot.com/2019/01/the-cry-of-mahafiraun-to-return.html?m=1
Namun belum apa2 lagi, sudah ada pihak membuat spekulasi bahawa Dr. Mahathir tidak menyetujui dan cuba menghalang DYMM Sultan Johor daripada di lantik menjadi SPB YDP Agong ke 16...
Baca di sini :
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=353630308701109&id=301114980619309
Spekulasi dan salah sangka tidak sesuai dan tidak patut di lakukan memandangkan ia belum di umum secara rasmi...
Mungkin ia timbul dari tulisan terbaru Tun M di blognya yg sudah lama tidak update tetapi tiba2 di siarkan sesuatu...
Spekulasi menyebut:
Dr. Mahathir hari ini menulis tentang Rule Of Law, Perlembagaan, YDP Agong, Institusi Raja Raja dan rakyat...
Apakah ini satu amaran dari Dr. Mahathir mengenai kepentingan negara kita mempunyai seorang raja yang benar2 berkelayakan dan sentiasa berada pada tempat sepatutnya...
Pemangku YDP Agong, DYMM Sultan Nazrin Shah di beritakan telah pun meninggalkan Istana Negara pada 31hb Disember 2018 yang lalu...
Dalam satu perkembangan lain, DYM Tengku Mahkota Johor, membuat kenyataan agar kerajaan Pakatan menghentikan perbalahan sesama sendiri dan mempolitikkan semua perkara...
Walaupun agak menyulitkan kepada PM dalam mentadbir, teguran dan nasihat yang baik harus di terima dengan ikhlas dan hati terbuka...
Ini ketentuan Allah yang juga menentukan kewujudan, hayat, rezeki dan untung nasib di dunia dan akhirat...
Harap PM terima dengan hati terbuka sebagai mana majoriti rakyat terima keputusan PRU dgn hati terbuka...
No comments:
Post a Comment
Sila komen mengikut tajuk yang dibincangkan. Komen yang lari tajuk dan tidak sopan boleh ditahan siaran serta diban jika melampau sangat.