Monday, December 14, 2020

Berhenti Menjadi Budak Suruhan PPBM Kalau Pemimpin PAS Benar-Benar Ikhlas Dalam Perjuangan

|0 comments

Dalam ucapan penangguhan Muktamar PAS ke 64, Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, menyampaikan amanat Akidah Perjuangan PAS Mendapat Redha Allah SWT, antara amanat yang beliau uicapkan ketika itu adalah 

"Akar umbi organisasi PAS berasaskan aqidah perjuangan yang panjang, demi mendapat keredhaan Allah SWT, walau pun jauh perjalanannya daripada dunia sehingga akhirat."

"Berbeza degan mereka yang hanya berjuang untuk menegakkan teori atau ideologi impian manusia demi mengejar cita-cita yang difikirkan dan hanya berwawasan dalam kehidupan dunia sementara waktu."

Cukup mendalam amanat yang disampaikan oleh Presiden PAS itu dan bersesuaian dengan moto perjuangan PAS dalam dunia politik, 'ISLAM MEMIMPIN', amanat yang disampaikan beliau itu, sekiranya dijadikan panduan dalam perjuangan politik, In Sya Allah, akan mendapat bantuan dan keredhaan dari Allah SWT.

Tetapi, apakah amanat yang Presiden PAS itu masih lagi digenggam erat oleh kepimpinan tertinggi PAS ketika ini?

Mutakhir ini, kepimpinan tertinggi PAS sering menggunakan alasan penyatuan ummah sebagai penjelasan atas segala tindak tanduk dan keputusan yang mereka lakukan.

Kepimpinan tertinggi PAS juga sering mendakwa mereka akan memainkan watak sebagai pendamai antara UMNO dan PPBM supaya masyarakat Melayu Islam di Malaysia dapat disatukan kembali setelah sekian lama berpecah belah.

Tetapi sayangnya, majoriti rakyat Malaysia, terutamanya masyarakat Melayu Islam melihat, apa yang didakwa oleh kepimpinan tertinggi PAS adalah jauh berbeza dengan apa yang sedang mereka lakukan sekarang ini.

Kepimpinan PAS dilihat bukan sahaja tidak mencerminkan watak pendamai antara UMNO dan PPBM tetapi lebih malang lagi, kepimpinan PAS dilihat telah menjadi budak suruhan PPBM yang diperkudakan sesuka hati oleh PPBM.


Dalam Pilihanraya Negeri Sabah yang lepas, PAS bukan sahaja langsung tidak diberikan tempat untuk meletakkan calun, malah sikap PPBM terhadap PAS dengan jelas telah menghina dan memperlekehkan PAS yang telah lebih 6 dekad bertapak dalam dunia politik tanahair.

Walau pun PAS secara terang-terangan telah menyatakan hasrat untuk meletakkan sekurang-kurangnya 10 calun dalam Pilihanraya Negeri Sabah 2020, PPBM yang merasakan diri mereka adalah 'abang besar' dalam Perikatan Nasional yang PPBM cipta, bukan sahaja tidak membenarkan PAS meletakkan calun, malah ketika Majlis Penamaan Calun Pilihanraya Negeri Sabah 2020, 'abang besar' Perikatan Nasional, PPBM, TIDAK MENJEMPUT PAS ke majlis tersebut.

Tetapi akar umbi dan jentera pilihanraya PAS di Sabah tetap dikerahkan untuk berkerja bermati-matian membantu calun dari Perikatan Nasional terutamanya PPBM yang tidak mempunyai kekuatan di peringkat akar umbi, apa lagi jentera pilihanraya di Sabah.

Penguasaan PPBM terhadap PAS semakin jelas kelihatan ketika menghadapi kemelut politik di Perak baru-baru ini.


Apabila Menteri Besar Perak dari PPBM, Ahmad Faizal Azumu aka Peja, gagal mendapatkan majoriti sokongan dari ADUN Perak dalam usul undi percaya terhadap beliau yang telah dilakukan pada 4 Disember 2020, PAS telah diarahkan untuk mengeluarkan kenyataan TIDAK AKAN menyertai 'Kerajaan Negeri Perak yang baharu' di bawah kepimpinan UMNO.

Walau pun ketika itu, PPBM belum lagi mengeluarkan apa-apa kenyataan mengenai isu tersebut, namun PAS rela diperkudakan, walau pun amat menyedari kenyataan yang tergesa-gesa itu akan membawa risiko yang sangat besar kepada PAS.

Lebih mengejutkan lagi, apabila DYMM Sultan Perak menitahkan supaya kesemua ADUN mengadap baginda sebagai usaha baginda untuk menyelesaikan kemelut tersebut secepat mungkin, PAS akur dengan arahan PPBM supaya ketiga-tiga ADUN PAS mengingkari titah baginda Sultan Perak dengan tidak pergi mengadap baginda Sultan Perak.


Tetapi dalam masa yang sama, PPBM telah mengarahkan semua ADUN mereka untuk mengadap ke bawah DYMM Sultan Perak.

Akibat dari terlalu menurut perintah PPBM, penderhakaan 3 ADUN PAS itu telah menimbulkan kemurkaan DYMM Sultan Perak.

Bukan sahaja Sultan Perak tidak memperkenankan permohonan Menteri Besar Perak yang baharu, Datuk Haji Saarani Mohamad, untuk melantik salah seorang ADUN PAS sebagai Ahli Mesyuarat Negeri Perak (Exco Perak), malah permohonan Presiden PAS dan 3 ADUN PAS untuk mengadap tuanku Sultan Perak bagi meminta maaf juga masih belum mendapat sebarang maklum balas dari pihak Istana Perak.

Sebagai sebuah parti yang meletakkan perjuangan Islam di hadapan serta ditunjangi oleh pemimpin-pemimpin Melayu Islam, maruah dan kredibiliti PAS telah tercalar teruk.

Pemimpin PAS dilihat sebagai golongan yang hipokrit.

Mereka menanamkan sifat wala' kepada pemimpin ke atas penyokong PAS tetapi mereka sendiri tidak wala' kepada raja, malah derhaka terhadap raja.

Sedang pemimpin PAS tersepit dan bergelut untuk meminta maaf kepada Sultan Perak dan dalam masa yang sama terpaksa berhadapan dengan penyokong PAS yang mula mempersoalkan tindakan mereka, pemimpin PPBM dilihat tersenyum puas melihat kesetiaan dan ketaatan pemimpin PAS dalam mematuhi semua perintah yang mereka berikan.

Kepada pemimpin PAS, kalau sudah menyedari tersesat di hujung jalan, kembalilah semula ke pangkal jalan.

Tidak ada manusia yang tidak melakukan kesilapan, namun apa yang penting, jadikanlah pengalaman semalam sebagai panduan untuk menghadapi hari esok.

Janganlah disalah gunakan ketaatan dan kesetiaan penyokong PAS demi untuk memenuhi kehendak dan aspirasi individu tertentu.

Kalau benar-benar ikhlas dalam perjuangan yang meletakkan Islam di hadapan, berhentilah menjadi budak suruhan PPBM yang sememangnya diketahui dipenuhi dengan pengkhianat.

Wednesday, December 9, 2020

Menarik Balik Artikel Bertarikh 14 Oktober 2020 Berkaitan Surat Karam

|0 comments


14 Oktober 2020 yang lepas, laman blog ini telah menyiarkan artikel yang bertajuk 'Kita Sibuk Dengan Covid-19, Setpol Muhyiddin, Saiful Adli, Sibuk Juakl Ladang PT Pinang Witmas Sejati (PWS) Milik Kerajaan Perak Pada Taukey Cina Bawah Harga Pasaran!!!'

Artikel ini ditulis berdasarkan maklumat yang diperolehi dari artikel PERAK KARAM : Surat Terbuka Buat Rakyat Perak terbitan thefrontmedia.com.


Tanpa paksaan atau desakan dari mana-mana pihak, admin The Unspinners menarik balik artikel tersebut dari siaran umum supaya ianya tidak mengganggu serta mendahului siasatan yang sedang dijalankan SPRM ke atas isu yang sama :




Admin juga memohon maaf kerana lambat mengambil tindakan menarik balik artikel tersebut dari siaran umum kerana terlibat dengan beberapa komitmen yang lain.

Terima kasih.

Tuesday, December 8, 2020

Rupanya Mat Jargon Sindir PKR Bukannya UMNO

|0 comments

Ketua Armada PPBM, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad atau lebih dikenali sebagai Mat Jargon adalah satu lagi pemimpin pelapis yang tiada kualiti selepas Syed Saddiq, telah dihasilkan oleh parti setahun jagung, PPBM.

Kehadiran Mat Jargon dalam dunia politik hanya boleh disifatkan sebagai Pak Lawak dari PPBM.

Beberapa kenyataan yang dikeluarkan oleh Mat Jargon jelas menunjukkan betapa ceteknya pemikiran beliau sebagai ahli politik muda.

Kenyataan pertama beliau yang menimbulkan kontroversi ialah saranan supaya menghapuskan sistem sekolah vernakular di bumi Malaysia.

Dari sudut politik, kenyataan Mat Jargon itu bakal membawa malapetaka yang sungguh besar kepada PPBM.

Mungkin Mat Jargon lupa, PPBM adalah parti picisan untuk bangsa Melayu, pemimpin-pemimpin utama PPBM menghadapi masaalah untuk mendapatkan sokongan dari masyarakat Melayu dan selagi UMNO dan PAS masih wujud, selagi itulah impian PPBM untuk menjadi parti utama untuk bangsa Melayu adalah mustahil.

Mungkin pada pendapat Mat Jargon, dengan kenyataan pra-matang beliau, masyarakat Melayu akan berbondong-bondong menyokong PPBM...😂😂😂

Tapi terfikirkah Mat Jargon, untuk kekal wujud dalam pentas politik tanah air, sokongan dari masyarakat bukan Melayu adalah penting untuk PPBM, sebab itu PPBM mula membuka pintu kepada bukan Melayu untuk menyertai PPBM dan kenyataan Mat Jargon itu dilihat telah memusnahkan perancangan PPBM secara total...😝😝😝

Bukan admin menyokong kewujudan sistem sekolah vernakular tetapi admin melihat kenyataan Mat Jargon lebih kepada kenyataan populis yang mempunyai kepentingan politik peribadi.

Dasar pendidikan kebangsaan tidak akan dapat diubah dengan haya membuat kenyataan populis tanpa apa-apa usaha ke arah itu, betultak Mat Jargon...😂😂😂


Kemudian muncul lagi satu kenyataan bajet hero golongan B 40 bila Mat Jargon mahu semua hutang B 40 dilupuskan oleh bank...😂😂😂

Kita tidak tahu macam mana atau dari siapa Mat Jargon dapat idea 'canggih' sebegitu.

Atas asas ekonomi apakah kenyataan begitu dibuat oleh Mat Jargon?

Sekali lagi bagi admin, kenyataan Mat Jargon hanyalah satu kenyataan populis yang mempunyai kepentingan politik peribadi.


Dan antara idea Mat Jargon yang beliau perasan canggih ialah mengesyorkan supaya Bank Negara Malaysia mencetak wang kertas Ringgit untuk diagihkan kepada rakyat.

Walau pun mendapat kritikan dari pelbagai pihak, namun Mat Jargon tetap dengan kepandirannya mempertahankan idea tersebut.


Terkini satu lagi kenyataan keluar dari Mat Jargon tetapi dengan nada yang sangat angkuh.

Dalam ucapan sayap PPBM dalam Perhimpunan Agung PPBM, Mat Jargon dengan angkuhnya menyatakan, walau pun PPBM baru setahun jagung, namun PPBM telah berjaya melahirkan dua orang Perdana Menteri.

Mula-mula kenyataan Mat Jargon ini admin lihat sebagai kenyataan provokasi terhadap UMNO.

Tetapi selepas membaca kenyataan dari Pengarah Komunikasi Angkatan Muda Keadilan Selangor, Mohd Khairool Ngadon, barulah admin faham, rupa-rupanya Mat Jargon menyindir PKR...😂😂😂

Sebab kalau Mat Jargon cuba sindir UMNO, Mat Jargon tentu tahu kesemua Perdana Menteri Malaysia, termasuk Presiden PPBM sekarang adalah produk UMNO.

PAS memang tidak pernah melahirkan Perdana Menteri dan PAS juga tidak pernah berebut untuk menjadi Perdana Menteri.

Cuma PKR sahaja yang mempunyai 2 orang pemimpin yang terlalu mengidamkan jawatan Perdana Menteri.

Presiden PKR, Anwar Ibrahim, bukan sahaja rakyat Malaysia, malah penduduk planet Bumi pun tahu beliau sudah menjadi PM tepi lebih dari 2 dekad, namun masih belum terlaksana impian beliau untuk menjadi Perdana Menteri.

Seorang lagi produk PKR yang mengidamkan jawatan Perdana Menteri ialah bekas Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali, yang sekarang ini telah melompat ke PPBM.

Selain dari menjadi menteri kanan yang paling kanan, Azmin juga telah melantik diri beliau sendiri sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Khabarnya pejabat Timbalan Perdana Menteri telah menjadi pejabat tak rasmi Azmin Ali!!!

Jadi tak hairanlah kalau AMK PKR melenting dan terasa pedas bila Mat Jargon keluarkan kenyataan sebegitu, sebab rupa-rupanya yang disindir Mat Jargon ialah PKR dan bukannya UMNO...😛😛😛

Sunday, December 6, 2020

Aset KHAZANAH (SilTerra) Akan Di Jual Ketika Fokus Kita Adalah Pada Isu KWSP Dan Kemelut Politik Perak

|0 comments

Fokus netizen dan rakyat Malaysia sekarang ini adalah kepada isu moratorium dan pengeluaran Akaun 1 KWSP serta yang terbaru adalah perkembangan politik di Perak.

Tanpa ramai sedari, usaha pihak-pihak tertentu untuk mengalibabakan satu lagi aset berpotensi milik Khazanah sudah menuju ke peringkat akhir perbincangan.

Laman blog ini pernah mendedahkan konspirasi untuk melepaskan pegangan Bumiputera ke atas syarikat berteknologi tinggi, SilTerra kepada pihak asing, khususnya dari Taiwan (BACA DI SINI).

Malah menteri kanan yang paling kanan dalam Perikatan Nasional, Azmin Ali, telah menggunakan kedudukan beliau sebagai salah seorang Ahli Lembaga Pengarah Khazanah telah menipu DNex, syarikat milik Bumiputera, dengan membocorkan maklumat kajian dan perancangan mengambil alih SilTerra kepada 2 syarikat pembida asing, Foxconn, X-Fab dan Green Packet.

Konspirasi melepaskan SilTerra yang merupakan aset Khazanah juga telah didedahkan oleh MyTv Online dan MYKMU.net.


Maklumat dalaman mengatakan Green Packet adalah syarikat yang berpotensi untuk memenangi pembidaan mengambil alih SilTerra dengan pelaburan yang akan dilakukan mereka dalam BumiTech Fund.

BumiTech Fund adalah sebuah syarikat yang dikatakan mempunyai rakan kongsi Bumiputera tetapi hakikatnya saham yang dikatakan dimiliki oleh Bumiputera itu sebenarnya dimiliki oleh syarikat asing (BACA DI SINI) dan (DI SINI).

Malah Berita Harian telah mendedahkan, peneraju BumiTech Fund, Puan Chong, enggan mendedahkan siapa sebenarnya rakan kongsi BumiTech Fund yang memegang ekuiti Bumiputera dalam BumiTech Fund (BACA DI SINI).

Namun halangan utama untuk mengalibabakan SilTerra ialah pada syarat lesen untuk beroperasi.

Kerana SilTerra merupakan aset Khazanah, maka pada setiap masa mestilah dipastikan sekurang-kurangnya 55% dari saham-saham syarikat ini hendaklah dibeli dan dipegang oleh rakyat Malaysia termasuk sekurang-kurangnya 30% dikhaskan kepada Bumiputra.

Untuk mengubah syarat berkenaan, SilTerra mestilah memohon kepada Khazanah dan Khazanah mesti memohon kepada MITI dan MIDA dan MITI serta MIDA mesti mendapatkan kelulusan dari Menteri Ekonomi dan Menteri Ekonomi mestilah mendapatkan kelulusan dari Perdana Menteri kerana MITI serta MIDA berada di bawah tanggungjawab Menteri Ekonomi dan Menteri Ekonomi berada di bawah tanggungjawab Perdana Menteri.

Kunci kelulusan segala proses yang nampak seakan-akan rumit itu, hanya dipegang oleh 2 manusia yang bernama Azmin Ali dan Muhyiddin Yassin.

Admin huraikan apa yang admin maksudkan :



SilTerra akan memohon kepada Khazanah supaya syarat pegangan Bumiputera untuk ditukar.

Siapa yang berada dalam Ahli Lembaga Pengarah Khazanah?

Azmin Ali(1) dan Muhyiddin Yassin(1).

Kemudian Ahli Lembaga Pengarah akan memohon kelulusan dari MITI dan MIDA dan kedua-dua agensi itu akan bawakan permohonan itu untuk diteliti dan diluluskan oleh Menteri Ekonomi, sekiranya beliau setuju.

Siapa Menteri Ekonomi?

Azmin Ali(2).

Azmin Ali(2) akan maklumkan kepada MITI dan MIDA supaya memaklumkan bahawa beliau tidak mempunyai kuasa untuk meluluskan permohonan itu dan ianya mesti mendapat kelulusan dari Perdana Menteri.

Siapa Perdana Menteri?

Muhyiddin Yassin(2).

Azmin Ali(2) akan mengarahkan MITI dan MIDA supaya menyuruh Ahli Lembaga Pengarah Khazanah, Azmin Ali(1) dan Muhyiddin Yassin(1), supaya bersabar dan Azmin Ali(2) berjanji akan menyegerakan proses mendapatkan kelulusan dari Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin(2).

Setelah Azmin Ali(2) melakukan perbincangan yang serius dengan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin(2), Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin(2) akan beritahu Azmin Ali(2) :

"Okey, abah luluskan, beritahu dengan Azmin Ali(1) dan Muhyiddin(1), yang permohonan mereka sudah lulus, kalau tak ada apa-apa lagi, abah nak balik sebab dah cukup 4 jam anah kerja hari nie."

Maka Azmin Ali(2) akan serahkan surat kelulusan dari Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin(2) kepada MITI dan MIDA untuk diserahkan kepada Ahli Lembaga Pengarah Khazanah, Azmin Ali(1) dan Muhyiddin Yassin(1).

"Sampaikan salam saya kepada Azmin Ali(1) dan Muhyiddin(1) dan ucapkan tahniah kerana permohonan mereka sudah diluluskan", pesan Azmin Ali(2) kepada MITI dan MIDA.


Maka akan tergadai satu lagi aset Khazanah milik Bumiputera kepada orang asing.

Yang akan kaya akan menjadi semakin kaya dan harta milik Bumiputera akan terus dijual kepada orang asing.

Jadi apa bezanya Kerajaan Perikatan Nasional dengan Kerajaan Pakatan Harapan?

Maka tak salah kalau dikatakan Kerajaan Perikatan Nasional adalah Kerajaan Pakatan Harapan 2.0!!!

Yang beza cuma nama tapi pemimpinnya adalah sama, jadi agendanya juga adalah sama!!!

Friday, December 4, 2020

Orang Nombor 1 Dan Nombor 2 PPBM Bergelut Untuk Kekalkan Kuasa, Tapi PPBM Masih Bernafsu Besar

|0 comments

Kalau di peringkat pusat, Presiden PPBM, Muhyiddin Yassin, bergelut dalam menghadapi pengundian Bajet 2021 dan usul undi percaya serta usul undi tidak percaya dalam Dewan Rakyat, di peringkat negeri Perak pula, Timbalan Presiden PPBM, Ahmad Faizal Azumu (Peja), menghadapi kekalutan yang sama bila Speaker DUN Perak, Mohamad Zahir Abdul Khalid, telah membenarkan usul undi percaya yang dikemukakan oleh ADUN Pengkalan Baharu, Abd Manaf Hashim, dimasukkan ke dalam agenda mesyuarat dan akan dibahaskan pada sidang DUN Perak pada Jumaat ini, 4 Disember 2020.

Kalau Presiden PPBM yang menjadi Perdana Menteri sekarang ini hanya mempunyai kelebihan sokongan 2 Ahli Parlimen dari 220, dari 113 Ahli Parlimen (ditolak dengan 1 Ahli Parlimen blok kerajaan yang meninggal dunia), berbanding dengan blok pembangkang yang mempunyai sokongan 107 Ahli Parlimen (ditolak dengan kematian 1 Ahli Parlimen), majoriti mudah di dalam Parlimen ialah 111 sokongan Ahli Parlimen.


Peja pula hanya mempunyai kelebihan sokongan 3 ADUN, dari 33 ADUN di blok kerajaan dan blok pembangkang pula mempunyai sokongan 26 ADUN.

Majoriti mudah yang diperlukan oleh PPBM untuk mengekalkan kuasa PPBM dan Peja sebagai Menteri Besar Perak ialah sokongan minima 30 ADUN dari jumlah keseluruhan seramai 59 ADUN Perak.

Secara dasarnya, kalau berlaku undi percaya atau tidak percaya, sama ada ke atas Presiden PPBM, Muhyiddin dalam Dewan Rakyat atau ke atas Timbalan Presiden PPBM, Peja dalam Dewan Undangan Negeri Perak, PPBM memerlukan sokongan padu dari kesemua Ahli Parlimen dan juga Ahli Dewan Undangan Negeri Perak yang berada di blok kerajaan untuk mengekalkan Presiden dan Timbalan Presiden mereka sebagai Perdana Menteri dan Menteri Besar Perak.

Masaalah terbesar yang dihadapi oleh PPBM untuk mengekalkan Presiden mereka sebagai Perdana Menteri dan Timbalan Presiden mereka sebagai Menteri Besar ialah PPBM merupakan parti picisan dalam gabungan parti politik yang membentuk kerajaan.

PPBM memerlukan sokongan dari Barisan Nasional yang mempunyai 43 Ahli Parlimen di dalam Dewan Rakyat dan 25 ADUN Perak di peringkat Dewan Undangan Negeri Perak.

Seharusnya, sebagai pihak yang lebih memerlukan, PPBM sepatutnya menghormati Barisan Nasional/UMNO sebagai sebuah parti yang mempunyai kuasa untuk menumbangkan Kerajaan Perikatan Nasional di peringkat pusat dan Kerajaan Perikatan Nasional di peringkat negeri Perak pada bila-bila masa.

Namun yang berlaku adalah sebaliknya.

Sikap angkuh PPBM terhadap UMNO telah menimbulkan pergeseran dalaman.

Tidak perlu admin ulas dengan panjang lebar apa yang telah dilakukan oleh PPBM terhadap UMNO di peringkat pusat hingga beberapa kali menimbulkan ketegangan hubungan antara UMNO dan PPBM.

Namun ramai yang tidak mengetahui, di peringkat negeri Perak, pergeseran yang serius bermula dari Pilihanraya Kecil Slim yang lepas.

Walau pun kebersamaan berada di blok kerajaan sudah wujud, namun sikap biadab yang menaburkan borang keahlian PPBM ketika pihak jentera pilihanraya UMNO dan PAS sedang berkempen adalah satu sikap yang sangat tidak bertanggungjawab.


Walau pun telah ditegur dan diberikan sindiran pedas oleh Presiden UMNO sendiri, namun kebiadapan PPBM masih tetap diteruskan dengan mengedarkan borang keahlian PPBM di kawasan kubu kuat UMNO.

Apakah motif mereka lakukan demikian?

Di manakah kejujuran dan keikhlasan PPBM dalam menjalinkan kerjasama?

Sekiranya PPBM gagal mempertahankan Presiden atau Timbalan Presiden PPBM tumbang dari jawatan Perdana Menteri atau Menteri Besar, secara moralnya, PPBM sudah tidak layak memimpin Perikatan Nasional.


Sedang orang nombor 1 dan nombor 2 berhempas pulas cuba untuk mengekalkan kuasa, namun beberapa pemimpin setahun jagung PPBM terus mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang menunjukkan keangkuhan dan kebodohan mereka di dalam politik.

PPBM mesti sedar, dari sudut saiz parti dan kualiti pemimpin, PPBM tidak akan mampu untuk melawan UMNO.

Keahlian PPBM di peringkat akar umbi PPBM baru mencecah 160,000 orang ahli, manakala keahlian akar umbi UMNO sudah mencecah 3.2 juta ahli.

Kekuatan UMNO berada di akar umbi, dalilnya, selepas tewas di PRU 14, tidak ada satu cawangan, apa lagi bahagian UMNO yang ditutup kerana meninggalkan UMNO, malah akar umbi UMNO yang berkerja siang dan malam untuk terus memperjuangkan parti keramat orang Melayu ini.

Manakala kekuatan PPBM hanyalah di peringkat kepimpinan tertinggi, lebih tepat lagi kerana Presiden PPBM menjawat jawatan Perdana Menteri, tanpa jawatan Perdana Menteri, PPBM sudah lama berkubur.

Namun PPBM tiada pelapis yang mampu menggantikan Muhyiddin, manakala pemimpin PPBM di peringkat pusat hanya mempunyai pengalaman setahun jagung, baik dari sudut kepimpinan, mahu pun dari sudut berpolitik.

Kalau benar PPBM ikhlas mahu satukan parti-parti Melayu dengan alasan penyatuan masyarakat Melayu Islam, buanglah sifat khianat dan angkuh PPBM, kalau tidak, bersedialan menghadapi penolakan dan tentangan dari UMNO.

Sedarlah, apa yang dilakukan oleh PPBM ke atas UMNO selama ini, ibarat mengganggu seekor harimau luka yang sedang berehat.

Jangan salahkan harimau kalau dia mengamuk!!!

Wednesday, December 2, 2020

Persetujuan Kerjasama BN-PN Untuk Hadapi PRU 15 MESTI Di Kaji Semula

|0 comments

Kenyataan yang dibuat oleh Naib Presiden UMNO, DS Ismail Sabri, bahawa Barisan Nasional sudah bersedia berkerjasama dengan Perikatan Nasional MESTI dikaji semula dari segenap sudut.

Bukan setakat harus mendengar bantahan majoriti akar umbi, malah bila dikaji semula, keputusan itu banyak mendatangkan keburukan berbanding kebaikan kepada Barisan Nasional terutamanya UMNO.

Keikhlasan PPBM terhadap kerjasama dengan UMNO sepeerti yang dipersetujui juga sangat-sangat meragukan.

Bagi menghadapi PRU, parti-parti politik memerlukan dana yang mencukupi untuk menampung perbelanjaan yang diperlukan.

Setiap kawasan Dewan Undangan Negeri dan juga Parlimen yang dipertandingkan pasti akan mengharapkan bantuan kewangan dari ibupejabat.

Hingga ke hari ini, akaun UMNO yang berjumlah lebih dari RM100 juta masih lagi dibekukan, walau pun Mahkamah Tinggi pada 7 Februari 2020, telah membuat keputusan untuk melepaskan sekatan terhadap akaun UMNO yang dibekukan itu.

Dari Kerajaan Pakatan Harapan di bawah pimpinan Dr Mahathir dan kini telah bertukar kepada Kerajaan Perikatan Nasional di bawah pimpinan Muhyiddin Yassin, namun polisi yang sama masih lagi diteruskan, akaun UMNO terus dibekukan dan perintah mahkamah diketepikan.

Kalau Muhyiddin benar-benar jujur dan ikhlas, mengapakah tidak dikembalikan wang UMNO itu kerana Mahkamah Tinggi sudah pun mengeluarkan perintah tersebut.

Apa alasan Kerajaan Perikatan Nasional terus membekukan akaun UMNO itu sedangkan Perikatan Nasional tahu, PRU 15 semakin hampir dan UMNO sangat-sangat memerlukan wang tersebut!!!


Kebimbangan akar umbi bahawa strategi PPBM menarik PAS supaya berada di dalam Perikatan Nasional adalah supaya Muafakat Nasional yang begitu kukuh perpaduannya dan mendapat sokongan yang kuat dari rakyat dapat diruntuhkan telah menjadi kenyataan.

Kita tidak menyalahkan PAS kerana sudah pasti sebagai parti yang memegang tampuk pemerintahan, PPBM telah memberikan beberapa tawaran yang sangat menarik kepada PAS sehingga sukar ditolak.

Kini setelah PAS menjadi rakan sekutu PPBM di dalam Perikatan Nasional, usaha untuk mendaftarkan Muafakat Nasional secara rasminya sudah berkubur dan secara tidak rasminya Muafakat Nasional juga sudah berkubur.

Perkara ini diakui sendiri oleh Naib Presiden UMNO, DS Ismail Sabri. Naib Presiden UMNO, DS Ismail Sabri.

Kalau benar penyatuan ummah adalah sebab utama untuk PPBM berkerjasama dengan UMNO, maka mengapakah Muafakat Nasional yang sudah mendapat tempat di hati rakyat dan telah berjaya menyatukan masyarakat Melayu Islam dihancurkan?

Perancangan siapakah sebenarnya yang mahu menghancurkan Muafakat Nasional?


Harus diingatkan, di setiap DUN dan Parlimen yang akan bertanding, UMNO mempunyai Cawangan dan Bahagian yang telah bertungkus lumus memulihkan UMNO selepas kekalahan dalam PRU 14 yang lepas.

Manakala PPBM tidak mempunyai Cawangan dan Bahagian di setiap DUN dan Parlimen yang akan dipertandingkan dalam PRU 15 nanti.

Untuk DUN dan Parlimen yang akan diperuntukkan kepada PPBM, tetapi mereka tidak mempunyai calun tempatan untuk diketengahkan sebagai calun, maka sudah pasti, Ketua Cawangan UMNO atau Ketua Bahagian UMNO di kawasan tersebut akan ditawarkan untuk bertanding dengan syarat mereka bertanding atas tiket PPBM.

Apakah kita boleh menuduh Ketua Cawangan atau Ketua Bahagian yang menerima tawaran tersebut sebagai pengkhianat kepada UMNO?

Sudah tentu tidak, sudah pasti pertimbangan mereka adalah, dari terpaksa bertungkus lumus untuk memenangkan calun luar tajaan PPBM, lebih baik mereka sendiri bertanding walau pun atas tiket PPBM.

Peluang mereka untuk menang adalah sangat cerah kerana mereka mempunyai pengaruh yang sangat besar ke atas pengundi tempatan.

Yang akan rugi adalah UMNO, kerana bukan sahaja akan kehilangan Ketua Cawangan dan Ketua Bahagian yang selama ini berkerja keras untuk UMNO di waktu susah dan senang, tetapi juga bilangan ADUN dan Ahli Parlimen PPBM akan bertambah dan menenggelamkan UMNO buat selama-lamanya.

Kita merayu agar pengurusan tertinggi UMNO mengambil iktibar dari Pilihanraya Negeri Sabah.

Kalau PPBM boleh menaja calun Bebas untuk memecahkan undi UMNO di kawasan yang telah diperuntukkan kepada UMNO, apakah ada jaminan PPBM tidak akan melakukan perkara yang sama dalam PRU 15 nanti!!!

Sebelum terlambat, pemimpin tertinggi UMNO MESTI mengkaji semula kerjasama yang telah dipersetujui dengan PPBM.

Jalan terbaik ialah bertanding di semua DUN dan Parlimen dalam PRU 15 kecuali di kawasan yang mempunyai calun PAS sahaja.

Kalau dana di pusat tidak mencukupi, tahulah akar umbi usahakan supaya dapat memastikan yang bertanding itu adalah calun dari UMNO.

Kalau pemimpin tertinggi UMNO masih lagi berkeras dan berdegil serta tidak mahu mendengar suara akar umbi, janganlah disalahkan akar umbi sekiranya UMNO semakin hanyut selepas PRUY 15 nanti, tetapi tanyalah diri sendiri apakah punca kemarahan akar umbi kepada UMNO.

Kalau suara rakyat menyaksikan Barisan Nasional tumbang pada PRU 14, jangan terkejut kalau suara akar umbi akan melenyapkan UMNO pada PRU 15 nanti, kerana tegaknya pucuk kerana akar dan suara rakyat adalah suara keramat.



Monday, November 30, 2020

Berdamai Dengan UMNO, Muhyiddin Sudah Angkat Bendera Putih Atau Sedang Memasang Perangkap Untuk UMNO?

|0 comments

Banyak pihak, terutamanya akar umbi UMNO terkejut, bila Presiden PPBM, Muhyiddin Yassin mendedahkan sebelum Perhimpunan Agung Tahunan 2020 PPBM, beliau telah mengadakan pertemuan 4 mata dan perbincangan dari hati ke hati dengan Presiden UMNO, DS Ahmad Zahid Hamidi.

Lebih mengejutkan lagi bila Muhyiddin mengumumkan dalam pertemuan itu, beliau dan DS Zahid telah BERSETUJU untuk memulihkan hubungan antara UMNO dan PPBM.

Pengumuman Muhyiddin telah segera mendapat pelbagai respon dari berbagai pihak terutamanya dari kepimpinan dan akar umbi UMNO.

Majoriti akar umbi UMNO telah menyatakan keraguan atas kesungguhan dan keikhlasan Muhyiddin dan PPBM untuk memulihkan hubungan antara UMNO dan PPBM.

Bahagian penyelidikan UMNO telah membuat satu 'poll' untuk mendapatkan respon dari akar umbi UMNO mengenai perkara tersebut, dan admin difahamkan, setakat ini lebih 90% akar umbi TIDAK BERSETUJU dan merasa curiga dengan niat PPBM.

Undian tersebut boleh dilakukan di sini.

Mengapa Ahli UMNO Menolak Kerjasama Dengan PPBM?


Tujuan utama Dr Mahathir tubuhkan PPBM adalah untuk membunuh UMNO.

Ianya bukanlah tuduhan tetapi terpancar dengan sangat jelas dalam setiap ucapan dan tindakan Dr Mahathir ketika menerajui PPBM dan juga melalui kenyataan pemimpin-pemimpin PPBM yang lain.


Malah Muhyiddin sendiri dengan angkuhnya mengatakan bahawa tidak mungkin beliau akan kembali kepada UMNO yang telah jatuh ke dalam longkang.

Jadi di manakah rasionalnya untuk kita berkerjasama dengan sebuah parti yang sememangnya ditubuhkan khas untuk membunuh parti kita?

Mungkin Muhyiddin boleh katakan, demi untuk perpaduan masyarakat Melayu Islam, kita lupakan sejarah hitam yang silam, dalam artikata lain, buang yang keruh dan ambil yang jernih seperti di dalam ucapan beliau ketika Perhimpunan Agung Tahunan PPBM.

Tetapi apa yang PPBM lakukan ke atas UMNO dalam Pilihanraya Negeri Sabah menggambarkan sikap angkuh dan besar kepala PPBM terhadap UMNO.


Keangkuhan PPBM jelas kelihatan dalam ucapan yang diberikan oleh Ketua Armada PPBM dalam Perhimpunan Agung Tahunan yang sama pada tahun ini.

Maka tidak hairanlah jika akar umbi menolak dan merasa mual dengan kenyataan Presiden PPBM itu.

PPBM Sedang Memasang Perangkap Untuk UMNO


Ada pendapat yang mengatakan PPBM sebenarnya sedang memasang perangkap kepada UMNO.


Melihatkan keadaan PPBM yang semakin tersepit dengan pengundian Bajet 2021 dan juga tekanan supaya Parlimen melakukan sama ada undi percaya atau undi tidak percaya terhadap Muhyiddin di Parlimen, kenyataan Muhyiddin dilihat sebagai kenyataan seorang desperado yang terdesak untuk mengekalkan kuasa politik beliau dan parti PPBM.

Lebih membimbangkan Muhyiddin, bila Presiden UMNO secara terbuka mahu undi percaya dilakukan dengan segera di Parlimen untuk menguji keabsahan jawatan Perdana Menteri yang disandang oleh Muhyiddin dan juga Kerajaan Perikatan Nasional.

Muhyiddin dan PPBM sedar, walau pun telah melepasi pengundian Bajet 2021 pada pusingan pertama, namun kedudukan mereka belum selamat lagi sekiranya salah seorang dari menteri UMNO mengusulkan undi percaya terhadap beliau.

Dalam ucapan Perhimpunan Agung Tahunan PPBM, Muhyiddin juga mencadangkan supaya Perikatan Nasional menubuhkan Majlis Presiden Perikatan Nasional yang akan diwakili oleh ketua parti dalam gabungan Perikatan Nasional.

Alasan Muhyiddin adalah supaya ketua-ketua parti yang ada di dalam Perikatan Nasional boleh duduk semeja dalam menentukan halatuju Perikatan Nasional.

Apakah benar itu tujuan utamanya?

UMNO bukanlah parti yang berada di dalam gabungan Perikatan Nasional dan pendirian UMNO sangat jelas, iaitu sokongan terhadap Perikatan Nasional hanya terhad hingga PRU 15 sahaja, manakala Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pula dipimpin oleh Ketua Menterinya, Hajiji, dan Hajiji adalah ahli PPBM.

Jadi apa tujuan sebenar Muhyiddin?

Sekiranya UMNO bersetuju untuk berada dalam Majlis Presiden Perikatan Nasional, secara tidak langsung, UMNO mesti mengakui PPBM adalah parti tunggak dalam Perikatan Nasional kerana sudah pasti Muhyiddin akan mengangkat dirinya sebagai Pengerusi Majlis Presiden Perikatan Nasional.

Tidak mungkin UMNO akan mendapat agihan kerusi yang lebih banyak dari PPBM dalam PRU 15.

Ini sudah pasti akan semakin melemahkan UMNO selepas PRU 15.

Bukan itu sahaja, kenyataan Dr Mahathir yang bersedia untuk berkerjasama dengan Muhyiddin jelas menunjukkan Muhyiddin dan Dr Mahathir mempunyai agenda yang tersembunyi terhadap UMNO.

Presiden UMNO mesti bertegas dengan pendirian parti sebelum ini.

Marhaen lebih suka sekiranya UMNO dan PAS kembali perkukuhkan Muafakat Nasional.

Muhyiddin dan Perikatan Nasional sudah hampir pasti akan kehilangan kuasa pada PRU 15 dan tiada apa yang perlu dipertahankan lagi.


Majoriti akar umbi UMNO berpendapat, istilah kejujuran dalam bersahabat dan hubungan kerjasama tidak pernah dan tidak akan wujud pada Muhyiddin dan PPBM.

Apa yang ada dalam pemikiran mereka adalah menggunakan apa sahaja dan segala kesempatan yang ada untuk mengekalkan mereka terus berkuasa.

Ambillah iktibar dari apa yang telah mereka lakukan terhadap UMNO selama ini.

Jangan sampai UMNO terjatuh ke dalam lubang yang sama untuk kali kedua!!!

Saturday, November 28, 2020

Lembu Punya Susu, Sapi Main Jauh-Jauh, Jangan Cuba Nak Dapatkan Nama...🤫🤫🤫

|0 comments

Alhamdulillah, akhirnya apa yang DS Najib dan Ahli Parlimen Barisan Nasional perjuangkan untuk rakyat sudah berjaya.

Dalam penggulungan Bajet 2021, Menteri Kewangan, Tengku Zafrul, mengumumkan kerajaan telah bersetuju untuk meluluskan moratorium secara automatik kepada golongan B40, manakala untuk golongan M40, mereka akan mendapat moratorium selepas mengemukakan permohonan tanpa memerlukan apa-apa dokumen dan bagi golongan T20 pemberian moratorium akan diberikan selepas pihak bank membuat pertimbangan ke atas permohonan mereka.


Untuk permohonan pengeluaran Akaun 1, semua pencarum KWSP yang mempunyai simpanan dalam Akaun 1, layak mengeluarkan caruman mereka hingga tahap maksima RM10,000.

Pastinya ini merupakan berita yang sangat-sangat dinantikan oleh rakyat.

Dalam keadaan rakyat benar-benar berada dalam keadaan yang sangat susah sekarang ini, persetujuan kerajaan terhadap 2 perkara utama yang diperjuangkan oleh Ahli Parlimen terutamanya Ahli Parlimen Pekan, DS Najib, pasti akan memberikan nafas kelegaan kepada rakyat untuk meneruskan kehidupan.


Selepas DS Najib memberikan cadangan di Parlimen, ramai cytro dari pembangkang dan tidak kurang juga cytro PPBM yang mengecam DS Najib.


Kecaman lebih hebat diterima DS Najib, apabila secara tegas beliau nyatakan sokongan terhadap Bajet 2021 oleh Ahli Parlimen yang bernaung di bawah BNBBC adalah tertakluk kepada persetujuan kerajaan untuk meluluskan permohonan rakyat untuk melanjutkan moratorium dan pengeluaran KWSP di penghujung perbahasan beliau.


DS Najib dituduh pengkhianat, malah Barisan Nasional disindir dalam Parlimen, syarat yang diberikan itu sebagai syarat penolakan secara halus Puteri Gunung Ledang terhadap peminangan Sultan Melaka.


Inilah wajah-wajah pengkhianat sebenar yang masih lagi cuba menentang Bajet 2021 hingga di saat akhir.

Tapi itu semua DS Najib dan Barisan Nasional terutamanya UMNO hadapi dengan penuh ketenangan dan kematangan kerana meletakkan kepentingan rakyat mengatasi kepentingan politik.

Tapi akhirnya, berjuang dengan berpaksikan kepentingan rakyat, Muhyiddin tunduk dan akur.

Tahniah dan terima kasih kepada DS Najib dan pejuang-pejuang rakyat dari UMNO/Barisan Nasional.

Jangan pula Muhyiddin dan PPBM cuba 'claim credit' kerana rakyat sekarang sudah terlalu bijak untuk diperbodohkan.

Lembu punya susu, sudah sewajarnya lembu yang dapat nama, sapi pergi main jauh-jauh.



Thursday, November 26, 2020

Percaturan C5 Sebelum Dan Selepas Undian Bajet 2021 Di Parlimen

|0 comments


Hari pengundian Bajet 2021 adalah hari penentuan bagi Kerajaan Perikatan Nasional.

Selepas penggulungan Bajet 2021 oleh Menteri Kewangan, YB Senator Tengku Zafrul, Ahli Parlimen akan melakukan undian untuk menentukan sama ada secara dasarnya Bajet 2021 akan diluluskan atau ditolak.

Kalau Ahli Parlimen mengundi untuk meluluskan Bajet 2021, maka Muhyiddin dan Kerajaan Perikatan Nasional akan terselamat.


Tapi kalau Ahli Parlimen mengundi untuk menolak, maka akan timbul persoalan :

- Adakah itu bermaksud Kerajaan Perikatan Nasional akan tumbang secara automatik dan secara rasminya kerana telah kehilangan majoriti atau yang terbubar hanyalah barisan kabinet Muhyiddin?

Sebelum kita bincangkan sama ada kumpulan C5 dapat menyelamatkan Muhyiddin dan Kerajaan Perikatan Nasional dari tumbang atau tidak sekiranya Bajet 2021 ditolak, apa kata kita bincangkan dahulu apakah kemungkinan sama ada Bajet 2021 diluluskan atau ditolak.

Muhyiddin dan Perikatan Nasional berhadapan dengan tentangan dari luar dan dari dalam Perikatan Nasional.

Status terkini menunjukkan, Muhyiddin dan Kerajaan Perikatan Nasional hanya mempunyai 113 Ahli Parlimen dan pihak pembangkang mempunyai 107 Ahli Parlimen dari 220 jumlah Ahli Parlimen (selepas terdapat 2 kekosongan kerana kematian Ahli Parlimen Batu Sapi dan Ahli Parlimen Grik) di Dewan Rakyat.

Ini bermakna untuk Bajet 2021 diluluskan, kumpulan C5 perlu memastikan Perikatan Nasional MESTI mendapat undi menyokong dari sekurang-kurangnya 111 Ahli Parlimen.

Perikatan Nasional tidak mempunyai masaalah untuk mendapatkan sokongan dari Ahli Parlimen PPBM, PAS dan parti gabungan yang lain tetapi sokongan dari Ahli Parlimen Barisan Nasional adalah sesuatu yang masih menjadi tandatanya.

Barisan Nasional mempunyai 43 Ahli Parlimen dalam Dewan Rakyat.



20 Ahli Parlimen dari Barisan Nasional yang berada dalam kabinet Muhyiddin sudah menyatakan persetujuan untuk menyokong Bajet 2021.

Manakala 23 Ahli Parlimen yang bernaung di bawah BNBBC pula tegas dengan pendirian sekiranya Muhyiddin enggan menunaikan 2 permintaan rakyat, Bajet 2021 tidak akan mereka sokong.

Lebih membimbangkan Muhyiddin dan kumpulan C5 ialah 2 Ahli Parlimen dari Barisan Nasional, Ahli Parlimen Gua Musang dan Ahli Parlimen Padang Rengas telah menyatakan secara tegas dan terbuka tidak akan menyokong Bajet 2021.

Ini bermakna sekali pun Muhyiddin bersetuju untuk tunaikan permintaan rakyat, Bajet 2021 dapat diluluskan dengan hanya 1 majoriti.

Tetapi sekiranya Muhyiddin tetap dengan ego beliau untuk menolak kehendak rakyat yang disuarakan oleh Ahli Parlimen Barisan Nasional, maka Bajet 2021 akan ditolak.

Apa strategi kumpulan C5 untuk menampung undi 23 Ahli Parlimen itu?

Gerakan sudah dibuat supaya Pejuang yang mempunyai 4 Ahli Parlimen menyokong Bajet 2021 dan dari sumber mengatakan Muhyiddin menawarkan Ahli Parlimen Jerlun, Mukhriz Mahathir, sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Kumpulan C5 juga dikatakan sudah memulakan rundingan dengan beberapa orang Ahli Parlimen PKR dan DAP untuk mendapatkan lagi sokongan dari sekurang-kurangnya 19 Ahli Parlimen.

Sekiranya ini berlaku, soalan admin kepada Ahli Parlimen PAS, ke manakah perginya prinsip No Anwar dan No DAP?

Sama ada Bajet 2021 lulus atau tidak, kumpulan C5 tahu, Kerajaan Perikatan Nasional adalah kerajaan yang sangat rapuh.

Cepat atau lambat, Muhyiddin akan terpaksa bubarkan parlimen untuk memberi laluan kepada PRU15.


Dengan menggunakan agensi kerajaan, kumpulan C5 telah memulakan propaganda mereka.

Fikiran rakyat sedang diracuni supaya menyalahkan Barisan Nasional sekiranya Bajet 2021 tidak diluluskan.

Masej Perikatan Nasional adalah parti yang prihatin rakyat sedang ditanamkan dalam fikiran rakyat, walau pun hakikatnya Perikatan Nasional lah yang enggan memenuhi kehendak rakyat sehingga Ahli Parlimen Barisan Nasional menolak Bajet 2021.


Ketika rakyat dalam kesempitan, duit rakyat digunakan untuk memperbanyakkan cawangan dan bahagian PPBM.


Akar umbi PPBM 'dirasuah' supaya mereka bertungkus lumus mencari ahli baru PPBM.

Sama ada benar atau tidak, sumber mengatakan, angka-angka kes jangkitan baharu Covid-19 dimanupulasi untuk memberitahu rakyat bahawa PRU 15 TIDAK BOLEH diadakan dalam jangka waktu terdekat.

Sama ada ianya benar atau tidak, namun C5 dilihat mempunyai motif untuk melakukannya.

Pertama supaya rakyat marah kepada Barisan Nasional dan beranggapan Ahli Parlimen Barisan Nasional tergamak merisikokan nyawa rakyat untuk kepentingan politik dengan enggan menyokong Bajet 2021 yang membawa kepada PRU 15 ketika jangkitan baharu Covid-19 sedang memuncak.

Kedua dapat menekan SPB YDP Agung supaya mengisytihar darurat kesihatan dan melantik Muhyiddin sebagai Perdana Menteri Interim dalam kerajaan sementara.

Ini bukan sahaja akan memanjangkan hayat politik PPBM, malah Muhyiddin mempunyai masa yang cukup untuk membisukan mulut beberapa pemimpin UMNO dengan menyumbat mereka ke dalam penjara dan sudah pasti sasaran utamanya ialah DS Najib.

Namun admin percaya, rakyat sudah bijak dan tidak bertindak mengikut emosi.

Belajarlah dari kesilapan yang telah dilakukan dalam PRU 14 yang lepas.

Monday, November 23, 2020

Apakah Geng C5 Dari PAS Tidak Sayang Parti Dan Penyokong Mereka?

|0 comments

Ketaatan ahli PAS kepada pemimpin mereka bukan sahaja digeruni lawan, malah dicemburui  kawan politik PAS.

Telah berkali-kali ahli PAS diuji kesetiaan mereka terhadap pemimpin dan parti.

Sebagai parti yang berwajahkan perjuangan untuk mengangkat kepimpinan Islam di Malaysia, antara dugaan yang terbesar dihadapi oleh ahli dan penyokong PAS ialah ketika pemimpin mereka membuat keputusan untuk berkerjasama dengan parti cauvanis DAP.

Walau pun ianya adalah satu keputusan yang mendapat kritikan hebat dari seteru politik PAS ketika itu, namun atas sikap taat kepada pemimpin, penyokong dan ahli PAS terpaksa menelan juga apa yang telah dihidangkan oleh pemimpin PAS kepada mereka ketika itu.


Selepas terputusnya hubungan kerjasama politik antara PAS dan DAP, sekali lagi ahli PAS diuji ketaatan terhadap pemimpin dan parti PAS bila pemimpin PAS memutuskan untuk menjalankan kerjasama politik dengan UMNO.

Benar, ini bukan kali pertama UMNO dan PAS menjalinkan kerjasama politik.

Tetapi kerjasama antara UMNO dan PAS kali kedua ini amat berbeza keadaannya dengan cabaran yang dihadapi sewaktu ingin menjalankan kerjasama antara UMNO dan PAS kali pertama dahulu dalam Barisan Nasional dari dari 1970 hingga 1978.

Ketika itu kecurigaan dan perselisihan antara satu sama lain di kalangan pemimpin dan ahli UMNO dan PAS yang wujud sejak tahun 1951 masih lagi belum mendalam.

Tetapi selepas berlakunya pergeseran antara UMNO dan PAS selepas PRU 1978, untuk membentuk semula sebuah kerjasama antara UMNO dan PAS yang dimeteraikan pada tahun 2019, bukanlah satu perkara yang mudah.

Keputusan yang dibuat oleh pemimpin PAS ketika itu terlalu pahit untuk ditelan oleh ahli dan penyokong PAS.

Kerana walau pun antara UMNO dan PAS mempunyai latarbelakang yang sama dari sudut ugama dan bangsa, tetapi persengketaan yang telah berlanjutan hingga melebihi 4 dekad telah meninggalkan luka yang amat mendalam di kalangan kedua-dua ahli dan penyokong UMNO dan PAS.

Namun, kerana taatkan pemimpin dan sayangkan kepada perjuangan parti yang berslogan kepimpinan ulama, ahli dan penyokong PAS tetap akur, malah memberikan sokongan dan dokongan sepenuhnya keputusan pemimpin mereka.

Inilah keistimewaan ahli dan penyokong PAS dan inilah kekuatan parti PAS dan inilah juga yang dicemburui oleh sekutu politik PAS dan digeruni oleh seteru politik PAS.


Kini akibat dari kepentingan politik pemimpin tertentu dari UMNO dan PAS, hubungan antara UMNO dan PAS sekali diuji.

Kalau dalam UMNO, kelompok yang diketuai oleh Hishamuddin dan Annuar Musa telah menimbulkan keresahan ahli dan penyokong UMNO, dari pihak PAS pula, kelompok yang diketuai oleh Takiyudin dilihat mempunyai agenda peribadi sedang berusaha untuk mencapai matlamat mereka dengan menggunakan kekuatan akar umbi parti.

Kalau akar umbi PAS taat kepada keputusan kepimpinan tertinggi parti, Takiyudin pula dilihat sangat mentaati percaturan dan arahan yang dibuat oleh Hamzah Zainuddin dan Azmin dengan restu Ainon dan Muhyiddin.

Tindakan serta kenyataan Takiyuddin kini dilihat lebih mentaati perintah Hamzah dan Azmin serta PPBM dari kesetiaan beliau kepada perjuangan parti.

Admin merasa hairan, bagaimana seorang yang bijak seperti Takiyudin boelh tersasar perjuangan beliau.

Apakah Takiyudin tidak mengambil pengajaran dari apa yang telah berlaku dalam Pilihanraya Negeri Sabah 2020?

Walau pun akar umbi PAS digunakan dan dikerahkan untuk turun padang dalam kempen Pilihanraya Negeri Sabah, namun PAS langsung tidak diberikan peluang untuk meletakkan walau pun seorang calun untuk Pilihanraya Negeri Sabah?

Apakah Takiyudin masih lagi tidak sedar sebenarnya PPBM sedang menggunakan beliau demi untuk survivor politik PPBM untuk menghadapi PRU 15 nanti.

Takiyudin adalah akses bagi PPBM untuk menggunakan kekuatan akar umbi dan jentera pilihanraya PAS bagi menghadapi PRU 15.

Bukan menjadi satu rahsia, PPBM adalah sebuah parti yang sangat rapuh di peringkat akar umbi.

Walau pun sudah menjadi kerajaan dan pemimpin mereka menjadi Perdana Menteri selama 31 bulan (22 bulan ketika Pakatan Harapan dan 9 bulan ketika Perikatan Nasional), namun PPBM masih gagal menyusun dan memperkasakan parti mereka di peringkat akar umbi.


Malah pengasas PPBM Pagoh yang sepatutnya menjadi kubi kuat kerana ianya merupakan parlimen kepada Presiden PPBM dan menjadi Perdana Menteri sekarang ini juga bergolak.

Walau pun impian awal PPBM adalah untuk memperkudakan akar umbi dan jentera pilihanraya UMNO, namun seperti yang admin nyatakan, ketaatan ahli dan akar umbi UMNO kepada pemimpin mereka tidak sama seperti ahli dan akar umbi PAS.

Ahli dan akar umbi UMNO akan bangkit menentang dan membuat kritikan terbuka keputusan kepimpinan tertinggi parti sekiranya mendapati keputusan tersebut bertentangan dengan prinsip perjuangan parti.

PPBM juga melihat PAS sebagai sebuah parti yang tidak akan mampu menggugat kedudukan mereka sebagai parti dominan dalam Perikatan Nasional kerana  PPBM tahu sejak pilihanraya umum yang pertama pada 1955 hingga PRU 14, jumlah Ahli Parlimen PAS tidak pernah melebihi 10% dari jumlah keseluruhan Ahli Parlimen dalam Dewan Rakyat.

Bukan tujuan admin untuk memperkecilkan pencapaian PAS dalam pilihanraya umum tetapi itulah hakikatnya.

Mungkin PAS mempunyai strategi yang berbeza dengan UMNO yang mempunyai majoriti Ahli Parlimen dalam Dewan Rakyat.

Mungkin PAS lebih menumpukan untuk menguasai kerajaan negeri, maka sebab itulah kita lihat jentera pilihanraya PAS sangat tersusun di peringkat akar umbi.

Dalam 7 pilihanraya kecil, PPBM telah menyaksikan bagaimana akar umbi dan jentera pilihanraya PAS bersungguh-sungguh membantu kemenangan calun Muafakat Nasional, walau pun ianya bukan dari PAS.

Itulah yang sangat-sangat diperlukan oleh PPBM dalam PRU 15 nanti dan Takiyuddin adalah anak kuncinya.

Seperti yang PPBM lakukan terhadap UMNO dalam Pilihanraya Negeri Sabah yang lepas, perkara yang sama juga akan dilakukan kepada PAS nanti.

Untuk mengaburi pemimpin dan penyokong PAS, parti PAS akan diberikan lebih banyak kerusi untuk diletakkan calun tetapi kerusi parlimen yang diagihkan kepada PAS nanti adalah kerusi-kerusi panas yang tidak ada harapan untuk menang.

Calun PAS akan diletakkan untuk menentang calun dari DAP atau PKR di kubu kuat DAP atau PKR dengan majoriti pengundi adalah Cina atau India.

Untuk rekod, Perikatan Nasional tidak ada parti yang berasaskan kaum Cina atau pun India di dalam gabungan mereka.

Kalau pun ada, cuma PPBM bercadang untuk membuka pintu kepada kaum Cina dan India dalam parti mereka.

Manakala kawasan selamat akan diletakkan calun PPBM supaya kemenangan dapat dipastikan.

Apakah admin lontarkan ini bukanlah sekadar persepsi tetapi ianya adalah realiti yang telah dilakukan oleh PPBM kepada UMNO.

Atas semangat Muafakat Nasional, admin yakin, inilah masej yang cuba pemimpin-pemimpin UMNO sampaikan kepada pemimpin-pemimpin PAS, terutamanya Takiyudin dan kumpulannya.

Kalau parti sebesar UMNO pun berani PPBM perbodohkan, fikirkanlah sendiri apa yang akan PPBM lakukan terhadap PAS.

Sekali lagi admin tegaskan, bukan tujuan admin untuk memperlekehkan pemimpin dan pendokong parti PAS, namun atas semangat Muafakat Nasional, kita tidak mahu perkara yang sama telah dilakukan oleh PPBM kepada UMNO akan dilakukan pula kepada PAS.

Ibarat cubit peha kiri, peha kanan pasti akan merasakan kesakitannya juga.

Fikir-fikirkanlah.

Namun, ianya terpulang kepada pemimpin dan pendokong PAS.

Saturday, November 21, 2020

Konspirasi Jahat Muhyiddin, DAP Dan Dr Mahathir Terdedah Dalam Video Klip 1MDB Al Jazeera

|0 comments

17 November lepas, Al Jazeera siarkan 2 siri video dokumentari yang bertajuk Jho Low : Hunt For A Fugitive (Part 1) Featured Documentary dan Jho Low : Hunt For A Fugitive (Part 2) Featured Documentary.

Admin tak berminat untuk mengupas tentang dokumentari tersebut tapi apa yang mahu admin bincangkan ialah mengapa secara tiba-tiba dokumentari itu disiarkan sekarang dan siapakah sebenarnya di belakang penerbitan dokumentari tersebut.

Mengapa Perlu Di Siarkan Sekarang Dan Siapakah Di Belakang Permainan Yang Menjijikkan Ini?


Muhyiddin dan Perikatan Nasional mengalami defisit kepercayaan dan sokongan rakyat yang sangat serius, jauh lebih serius dari defisit Belanjawan 2021...😂😂😂

Malah pemimpin dunia pun dikatakan masih lagi belum mengoktiraf Muhyiddin sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Ini bukan persepsi tetapi realiti.

Kedudukaan Muhyiddin dan Perikatan Nasional semakin nazak selepas pembentangan Belanjawan 2021.

Muncullah dalam media apa pun, sama ada media elektronik perdana atau sosial media.

Rakyat akan balun dan memberikan komen kecaman terhadap Muhyiddin.

Walau pun berada di blok yang sama, ketegasan UMNO kebelakangan ini yang sebelumnya dilihat seolah-olah berdiam diri bila diperkotak-katikkan oleh Muhyiddin dan PPBM amat membimbangkan Muhyiddin dan PPBM.


Populariti Barisan Nasional pula melonjak naik bila Pengerusi BNBBC, DS Najib, membawakan suara rakyat ke Parlimen dalam perbahasan Belanjawan 2021 lebih mencemaskan PPBM yang sebelum ini berhadapan kemungkinan akan menjadi kerajaan memerintah yang pertama akan ditolak bajetnya.

Sebagaimana Muhyiddin dan PPBM cuba untuk mengelakkan perbahasan dan pengundian Bajet 2021 tetapi akhirnya berlaku juga, maka perkara yang sama akan berlaku pada PRU 15.

Suka atau tidak, bersedia atau tidak, Muhyiddin dan PPBM terpaksa menerima hakikat bahawa PRU 15 terpaksa juga diadakan sebaik sahaja masaalah Covid-19 dapat ditangani dan ianya dijangkakan selewat-lewatnya pada pertengahan tahun hadapan.


Malah Pengerusi Barisan Nasional, DS Zahid, telah memberikan gambaran yang sangat jelas mengenai perkara ini.

Manakala sayap PPBM, Armada, pula bukan sahaja tidak membantu, malah membuatkan rakyat semakin meluat kepada PPBM.


Ketua Armada PPBM, yang dikenali sebagai Wak Jargon, telah berkali-kali mengeluarkan kenyataan pra-matang sebagai ahli politik muda, malah memperlekehkan sendiri taraf beliau sebagai Timbalan Menteri.


Sekiranya PRU 15 diadakan sekarang, ramai pemerhati politik berpendapat, kemenangan adalah mustahil tetapi kekalahan adalah sesuatu yang pasti untuk PPBM, kecuali Emir Research yang jelas sedaya upaya cuba menaikkan semula populariti Muhyiddin.

Satu-satunya pilihan yang berada dalam fikiran Muhyiddin ialah menyerang Barisan Nasional dan kembali bersekutu dengan DAP dan PKR.

Sebab itulah Muhyiddin cuba mewujudkan satu gabungan besar dalam Perikatan Nasional supaya PPBM akan terus menjadi kuasa penentu dalam gabungan baru antara Perikatan Nasional, DAP dan PKR.

Satu-satunya gabungan parti politik yang mampu menggugat rancangan untuk menubuhkan 'grand coalition' ciptaan Muhyiddin dan PPBM ialah Barisan Nasional.

Maka populariti Barisan Nasional mestilah dimusnahkan dan tunggak kepada populariti Barisan Nasional, DS Najib, mestilah dimusnahkan terlebih dahulu.

Caranya, meniupkan semula kemarahan rakyat kepada DS Najib dan mempopularkan semula label kleptokrasi seperti yang pernah Pakatan Harapan lakukan sebelum PRU 14 lalu.

Sekarang rakyat sudah tidak mempercayai Sarawak Report yang sangat manja dan mesra dengan Dr Mahathir.

Portal Sarawak Report sudah tiada nilainya di sisi Muhyiddin.


Kalau kita masih ingat, di awal kejatuhan Barisan Nasional, wartawan Al Jazeera jelas telah menyalahi etika kewartawanan untuk mengaibkan DS Najib sehingga membuatkan DS Najib meninggalkan wawancara tersebut dan video klip itu telah cuba digunakan sebagai senjata untuk melenyapkan terus karier politik DS Najib.

Dengan beranggapan dan berharap rakyat masih lagi mempercayai kredibiliti Al Jazeera, maka isu 1MDB diputarkan sekali lagi sebagai persiapan awal mengahadapi PRU 15, dengan harapan akan sekali lagi menimbulkan kemarahan rakyat terhadap DS Najib dan Barisan Nasional.

'Timing' yang digunakan oleh Pakatan Harapan ketika menyebarkan fitnah 1MDB adalah ketika kehidupan rakyat berada dalam keadaan sukar akibat tekanan ekonomi dunia dan strategi yang sama digunakan oleh Muhyiddin dan PPBM, ketika kehidupan rakyat berada dalam keadaan yang sukar akibat pandemik Covid-19, maka ketika inilah mereka menyebarkan racun fitnah mereka supaya rakyat akan terfikir, sekiranya tidak berlaku 'penyelewengan' 1MDB, pasti Muhyiddin dan Perikatan Nasional mempunyai dana yang lebih besar untuk menolong rakyat.

Telah tersebar, Muhyiddin dan mentornya, Dr Mahathir, telah merancang untuk menyumbatkan DS Najib ke dalam penjara sebelum PRU 15.

Penyebaran video klip ini juga dilihat bertujuan untuk mempengaruhi mahkamah dalam keputusan kes 1MDB yang akan dihadapi oleh DS Najib.

Bagi Muhyiddin dan PPBM, walau apa cara sekali pun, DS Najib mesti 'dibisukan' sebelum PRU 15 kerana telah terbukti kekuatan populariti DS Najib mampu mempengaruhi keputusan di 7 pilahanraya kecil dan 1 pilihanraya negeri.

Namun ramai yang percaya, Muhyiddin dan PPBM sendirian tidak akan mampu menjayakan konspirasi yang besar begini.

Jadi siapakah sebenarnya?

Tontonlah video tersebut dan imbaskan kembali, siapakah perancang utama fitnah 1MDB, maka itulah orang yang sama yang cuba menggunakan strategi yang sama buat kali kedua.

Namun mereka terlupa, bahawa rakyat sudah serik ditipu kali pertama dahulu dan yang paling utama, mereka lupa, bukan manusia sahaja merancang, tetapi Allah SWT juga merancang dan perancangan Allah SWT pasti akan mengatasi segala perancangan makhlukNya.

Dan itulah yang sedang berlaku sekarang ini, jadi, bersihkanlah politik tanah air kita kerana p[olitik tidak kotor seperti tanggapan kebanyakan orang tetapi ahli politiklah yang mengotorkan dunia politik sehingga rakyat menjadi bosan.

Kalau sudah tidak mampu mentadbir dengan cara yang bermaruah, kembalikan mandat kepada rakyat supaya rakyat boleh memilih pemimpin lain untuk mentadbir negara yang tercinta ini.
fda

Archives