Friday, October 16, 2020

Kenapa Saiful Adli Terburu-Buru Jual Ladang 37 Ribu Ekar?

 


Ekoran posting berikut saya dari pendedahan yang dibuat oleh The Unspinners, pastinya berbagai reaksi dijangkakan akan diberi oleh pihak-pihak yang terlibat.

Baca Di Sini

Sebagai contoh, pegawai MB Perak Herman Haassan pertahankan penilaian menggunakan laporan yg memetik pandangan broker saham yg mengatakan nilainya fair.

Baca Di Sini

Penilaian broker saham kurang tepat untuk mempertahankan jualan ini kerana mereka menggunakan penilaian berdasarkan nisbah2 dan perbandingan nisbah. 

Tak detail.

Namun demikian, laporan menyebut :

"although it may not be earnings accretive in the immediate term. This, analysts said, was due to the present low crude palm oil (CPO) price."

Ia cukup memberi signal bahawa penilaian tersebut rendah kerana keadaan harga CPO yg rendah pada April 2020 tetapi menguntungkan utk KL Kepong untuk jangkamasa sederhana dan panjang.

Baca Di Sini

JUALAN TERDESAK, TERBURU-BURU? 

Timbul persoalan kenapa perlu dijual dalam keadaan pasaran yg tengah terlalu rendah dan penilaian yg tak sesuai.

Perak SADC pernah terima tawaran hingga lebih RM1 billion suatu ketika. 

Arwah Khusairi pernah timbulkan hal ini tahun lepas.

Tawaran yg pernah diterima pernah bermula pada USD100 million ketika penggal pertama Dato Dr Zambery Kadeer sebagai MB Perak. 

Jelas sekali harga RM341.5 juta adalah "rock bottom price" yg tak perlu diteruskan jualan dan SADC Perak boleh tunggu. Setelah simpan puluhan tahun, kenapa perlu mahu disegerakan?

Surat Saiful Adli Mohd Arshad bertarikh 7 Sept 2020 (rujuk di bawah) mewakili Ladang Lekir kepada rakan kerjasama Indon agak anih dan keras bahasanya. 

Dari ketika KLK umum pada Bursa pada akhir bulan April ke hari ini, ia sudah melebihi 6 bulan. Mungkin ada terma yg perlu dipenuhi dlm perjanjian conditional sales dgn KLK, namun masa boleh ditangguh. 

KLK dpt harga rendah dan harga CPO dah mula stabil. Malah tidak ada masaalah untuk batalkan jualan. Perak SADC tiada masaalah kewangan seperti yg dihadapi Perak SEDC. 

Lainlah jika KLK atau ejen mereka telah memberi earnest money pada SADC dan wang tersebut audah diguna. 

Jauh sekali ada bayaran dibuat kepada pihak individu dlm akaun client firma guaman dan wang jug sudah diguna. 

Tak mungkin berlaku kerana itu kesalahan2 rasuah dan pecah amanah.

ALASAN JUALAN LEMAH

Oleh yang demikian, tiada agenda lain jika ada pihak2 timbulkan isu ini, melainkan pandangan jualan ladang ini tidak sesuai dilakukan dan tidak menjaga kepentingan agensi yg perlu aliran tunai utk jalankan program.

Baca Di Sini

Apa perlu dijual dalam keadaan terburu2 dan tergesa2 seperti Business Manager atau Fund Manager setahun jagong membuat jualan dlm keadaan panic.

Malah jelas pengurusan SADC bagaikan mentah tidak faham pengaruh dan peranan rakan kongsi Indon yg pegang 40% itu sebagai local partner.

Surat mereka bertarikh 13 Ogos (sila rujuk di bawah) menunjukkan mereka punya asas utk menolak. Dlm iklim perniagaan Indonesia, suara mereka sebagai mewakili kepentingan tempatan adalah PENENTU.

Takkan begitu mentah sekali kepimpinan Perak dan Chairman Saiful Adli utk tidak faham. Tanya2lah planter Malaysia yang dah berurusan di seberang. 

Jgn heran SADC boleh rugi segala2nya akibat keputusan seperti budak setahun jagong.

Antara alasan yg dihebahkan utk jual adalah ada keputusan telah dibuat zaman Zambery dan nama Saarani pun disebut (entah apa nawaitu). 

Kononnya mereka hanya jalankan apa yg telah diputuskan.

Apa ker bodohnya alasan. 

ECRL boleh Mahathir batalkan dan tukar route. 

Prestariang yang sudah mula kerja pun kontrak dibatalkan TSMY utk tender balik dan siapa menang tender, S5 system yg pemegang saham agak syak bakal dapat kontrak itu akhirnya.

Byk usaha murni dan kontrak2 zaman BN yg dibatalkan sesuka hati oleh kerajaan PH. 

Benda yg tak menguntongkan begini takut pula nak batal? 

Rakyat Perak perlu berasa syak. 

Jgn pula jualan ini utk tampal Perak SEDC yg Peja gagal selesaikan masaalah yg timbul dari masaalah pengurusan zaman Zambery atau mungkin dari sebelum.

Nauzubika min zalik... muga dijauhkan dan tiada yg cuba cari "political fund" atau makan komisyen dari jualan ini


Copy & Paste

Fb Salahuddin Hisham

0 comments:

fda

Archives