Tuesday, December 3, 2019

Abu Mayat Chin Peng Dah Membakar Sampai Ke Kajang, KDN Buat Apa?


Minggu lepas kita dikejutkan dengan pembongkaran kejayaan menyeludup masuk abu mayat ketua pengganas komunis, Chin Peng, ke Malaysia...

Malah kita rasa sangat-sangat kecewa bila Dr. Mahathir sendiri memandang isu ini sebagai isu terpencil (BACA DI SINI), dan tak perlu diperbesarkan!!!

Mungkin bagi Dr. Mahathir, isu undi tak percaya terhadap beliau jauh lebih penting dari isu keselamatan negara dan perasaan keluarga mangsa keganasan dan kezaliman pengganas komunis!!!


Seperti yang Setiausaha Agung UMNO, TS Anwar Musa katakan, abu Chin Peng memang tidak boleh terbakar tetapi ada yabg akan terbakar dengan kedatangan abu mayat Chin Peng...

Kini, abu mayat Chin Peng telah membakar kembali semangat dan ideologi bekas pengganas komunis di Kajang...


Kira-kira 300 orang menghadiri perjumpaan dan berhimpun melibatkan bekas kumpulan pengganas Parti Komunis Malaya (PKM) di Kajang hari ini...

Perhimpunan itu dianggap sebagai perjumpaan yang bersejarah sehari sebelum ulangtahun ke-30 Perjanjian Damai Hat Yai ditandatangani antara kerajaan Malaysia dan PKM pada 2 Disember 1989...


Antara yang turut hadir adalah Ahli Dewan Undangan Negeri DAP, Sungai Pelek, Ronnie Liu dan veteran PKR Syed Hussin Syed Ali...


Menurut salah seorang bekas anggota PKM, Tan Yi Yu, perjumpaan itu bukan sahaja untuk mengingati sejarah mereka tetapi juga untuk membetulkan salah faham terhadap perjuangan mereka...

"Perjuangan PKM adalah perang terhadap kolonial dan imperialisme, berjuang untuk kemerdekaan negara, demokrasi, kebebasan dan kedamaian," kata Yi Yu...

Ronnie pula berkata, penglibatan datuknya dalam pergerakkan komunis adalah untuk membebaskan Malaya daripada British selepas berjaya menghalau Jepun keluar daripada Malaysia...

Penglibatan datuk Ronnie dalam aktiviti komunis telah menyebabkan beliau dibuang ke China...

Kepada Yi Yu dan Ronnie, janganlah cuba menghalalkan keganasan dan kezaliman pengganas komunis...

Kalau betul kononnya, komunis berjuang untuk menentang kolonial dan imperialis demi kemerdekaan negara, mengapa masih perlu mengangkat senjata selepas negara mendapat kemerdekaan pada tahun 1957?

Mengapa perlu menunggu hingga tahun 1989 baru mahu meletak senjata?

Ini adalah kerana bermula pada pertengahan 80'an, rakyat Malaysia secara majoriti telah menolak ideologi komunis dan kerana runtuhnya kerajaan komunis Soviet Union, jadi Parti Komunis Malaya kehilangan moral untuk meneruskan 'perjuangan' mereka, tambahan lagi, pasukan berkuasa, ATM, telah mencapai kejayaan demi kejayaan dalam usaha menghapuskan kegiatan pengganas komunis...

Rakyat Malaysia Mesti Berwaspada Dengan Usaha Menghidupkan Kembali Ideologi Pengganas Komunis

Di zaman penjajah dan darurat selepas kemerdekaan, pengganas komunis bergerak secara senyap-senyap dari dalam hutan...

Tapi kini mereka menggunakan strategi peperangan saraf dalam usaha cuba mendapatkan kembali sokongan rakyat...

Perhatilah simbol dan maksud yang tersirat di sebaliknya :

Bila Jalur Gemilang Diterbalikkan


Maksudnya simbolik pengisytiharan perang sudah diisytiharkan...

Bila Jalur Gemilang Dihitamkan


Maksudnya pengaruh dan kuasa sudah diperolehi dan agenda sudah boleh dilaksanakan...

Bila Tentera Dan Polis di HINA


Maksudnya Polis dan  Tentera dalam genggaman kuasa mereka...

Bila Malaysia disebut Sebagai Republik of Malaysia


Maksudnya agenda ke arah negara republik itu sedang dilaksanakan...

Bila Bintang Jalur Gemilang Di Pecah Lima


Maksudnya 5 perkara utama sudah mereka kuasai :

      - Ekonomi
      - Perundangan
      - Keselamatan Negara
      - Sosio Politik
      - Agama.

Bila Abu Mayat Chin Peng Dibawa Pulang


Maksudnya mereka dalam keadaan keupayaan politik, logistik dan spiritual yang tinggi...

Apabila pengganas komunis diberi pengiktirafan 'pahlawan negara', pembunuh jalanan yang kejam di beri pembelaan dan pengganas LTTE mendapat sanjungan, dana dan sokongan, MAKA tiada sesiapa yang akan membela kita lagi...

KITALAH yang harus membela diri, ahli keluarga, ugama dan negara Tanah Air Tumpahnya Darah IBU PERTIWI...

Sejujurnya, meneliti perkembangan terkini, rakyat sudah TIDAK BOLEH mengharapkan jaminan keselamatan dari pemimpin-pemimpin negara...

Mereka terlalu sibuk mengejar kuasa politik peribadi, terlalu ghairah mengumpulkan kekayaan demi masa depan anak-anak dan kroni, masaalah dan keselamatan rakyat sudah lama mereka letak di tapak kaki...

Kita berharap, pendedahan demi pendedahan melalui tulisan akan dapat membuka mata hati dan seterusnya memberi kesederan kepada rakyat akan bahaya yang sedang menanti...


Kita juga berharap, agar 9 SPB Raja Raja Melayu serta SPB YDP Agong akan mengambil langkah cergas serta tuntas untuk membendung usaha menghidupkan kembali ideologi pengganas komunis di bumi ini...

Musuh rakyat dan musuh raja adalah sama, lantas kami rakyat jelata mohon bernaung di bawah payung negara...

Akhir sekali, marilah kita bersama-sama berdoa pada yang Maha Kuasa agar bumi tercinta ini diselamatkan dari keganasan dan kezaliman pengganas komunis...

Amin Ya Robb...

0 comments:

fda

Archives