Saturday, May 10, 2014

Sultan Brunei patut tunjuk contoh hudud adil pada semua; rakyat dan juga raja

Patung tembaga Putera Jefri Bolkiah. Baca kisahnya di SINI


i kala kebanyakan negara Barat menentang keras pelaksaan hukum Hudud yang bakal dilaksanakan Brunei Darussalam, timbul pula cerita baharu di mana seorang wanita tampil membuat pendedahan bahawa dia pernah menjalinkan hubungan sulit dengan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah.


Wanita tersebut, Jillian Lauren turut mengakui bahawa dia merupakan bekas perempuan simpanan kepada adik Sultan Hassanal iaitu Putera Jefri ketika dirinya berusia 18 tahun.

Jillian mendedahkan telah ‘dihadiahkan’ kepada Sultan Brunei oleh adindanya sendiri dan mereka telah melakukan dua kesalahan mengikut hukum Islam di sebuah penthouse hotel di Kuala Lumpur, beberapa tahun lalu.



Menurut Jillian, sekiranya hukuman yang berdasarkan kepada syariah Islam itu dilaksanakan, dia dan Sultan telah menerima hukuman kerana telah melakukan dua daripada kesalahan yang terdapat dalam hukum Hudud.




Jillian kini merupakan seorang penulis. Salah satu bukunya telah menjadi bestseller, iaitu Some Girls: My Life in a Harem. Tulisannya  tentang perilaku Sultan Brunei itu telah dimuatkan di dalam laman The Daily Beast, pada Selasa ( 6/5/2014).



Nampaknya pengumuman pelaksanaan Hudud di Brunei telah menimbulkan impaknya yang tersendiri terutama sekali dari negara-negara Barat berikutan mereka mementingkan hak kebebasan individu.



Mungkinkah pendedahan ini merupakan satu serangan balas kepada Sultan Brunei dalam usahanya untuk menegakkan hukum Islam di negara naungannya? – MYNEWSHUB.MY


Baca kisah Putera Jefri di SINI

Komen Unspinners:

Mengikut trend mempopularkan kumpulan Ikhwan Muslimin, ingin dipetik kata pemimpinnya, Hasan Al Banna:

9 comments:

  • Anonymous says:
    May 10, 2014 at 4:48:00 PM GMT+8

    Sangat betul!! Perbaiki diri dulu sebelum menghukum rakyat... jangan jadi kan agama untuk menindas rakyat jelata sedangkan kamu bermaharajalela...

  • Anonymous says:
    May 10, 2014 at 5:04:00 PM GMT+8

    hahaha.... sultan tu jadi contoh?????? gelak ketawa dgn si Munafik kimak ni. COntoh kaki memantat miang sewel lagi ada.

  • Anonymous says:
    May 10, 2014 at 7:11:00 PM GMT+8

    Ada golongan rakyat negara barat tak senang dgn sultan brunei yang sendiri ada pelaburan symbolik yang melambangkan kebebasan dan cara hidup amerika seperti hotel beverly.Itu hak mereka untuk membantah.Mungkin sultan brunei hendak bawak negara masuk golongan negara islam seperti pakistan iraq iran afghanistan dan somalia.Nasib rakyat negara brunei di tangan seorang raja yang hidup di dunia dia sendiri di kelilingi pak turut .

  • Anonymous says:
    May 10, 2014 at 7:48:00 PM GMT+8

    Bersabarlah dulu wahai saudara sekalian. Tidakkah anda mendengar firman Allah yang bermaksud: "Apabila datang seorang fasiq membawa satu khabar maka hendaklah disiasat, agar kalian tidak menyesal atas apa apa yang kalian lakukan." Adakah begitu mudah menuduh Sultan Brunei melakukan zina tanpa saksi? Dan jika saudara2 sekalian menuduhnya tanpa saksi, menurut hudud kalian boleh dikenakan sebat dan penyaksian tidak diterima selamanya. Jika seorang perempuan datang mengaku melakukan zina dengan anda, apa perasaan anda jika seluruh masyarakat mentohmah anda tanpa usul periksa? Tidakkan anda marah dengan fitnah itu? Mana mungkin pengakuan kafir fasiq seperti Jillian dengan mudah diterima sebagai sebuah penyaksian. Siasatlah terlebih dahulu agar kita tidak menyesal di akhirat kelak. Wallahua 'lam.

  • Anonymous says:
    May 10, 2014 at 8:39:00 PM GMT+8

    Putera masih belum jadi Sultan mesti ada masalah keluarga Brunei.

  • Anonymous says:
    May 11, 2014 at 5:05:00 PM GMT+8

    Setuju dgn anon 7.48pm..
    Ramai yg x senang dgn pelaksanaan hukum hudud dan serang sultan brunei dari pelbagai sudut. Konon hak asasi manusia. Mana hak Allah yg mencipta kita manusia? Saya x hairan kalau org yg serang tu golongan kafir tp sedih sgt2 bila ada muslim sendiri tolak hukum Allah.

    An-Nisā':61 - Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Marilah berhakim kepada hukum Al-Quran yang telah diturunkan oleh Allah dan kepada hukum Rasulullah," nescaya engkau melihat orang-orang munafik itu berpaling serta menghalang (manusia) dengan bersungguh-sungguh daripada menghampirimu.

  • keriangdot says:
    May 12, 2014 at 10:00:00 AM GMT+8

    Semua manusia tidak akan lari daripada perbuatan dosa. Sesungguhnya, Allah swt menerima taubat tiap2 insan yang benar2 menyesali di atas perbuatan dosa2nya. Yang pentingnya, DYMM Sultan Brunei telah menerima Syariah Islam demi untuk memertabatkan agama Islam di negaranya yang di cintai. Daulat Tuanku!

  • Anonymous says:
    May 17, 2014 at 9:46:00 PM GMT+8

    Setiap kebenaran di tegakkan mesti ada dugaan.. Kepada yang kurang ilmu janganlah mencemuh, kalau kamu tidak dapat berkata baik, jangan lah berkata yang buruk,.

  • Anonymous says:
    October 18, 2014 at 2:08:00 PM GMT+8

    Saya sebagai rakyat brunei sendiri setuju dengan perlaksaan hukum hudud ini, walaupun banyak negara lain yang mencemuh akan hal ini tetapi kami tetap setia dengan pemerintahan raja kami. mungkin Jilian senghaja untuk mensabotach Sultan kami ekoran dari perlaksanaan Hukum Hudud, jadi sebelum mengatakan raja kami bermaharajalela dan menindas rakyat, fikir dahulu untuk menyisat akan perkara tersebut.

fda

Get your volunteer initiatve funded!

Link2Me WeLinkBk (254)