Keadilan buat mangsa

Keadilan buat mangsa

Saturday, May 10, 2014

Kesal hudud dipersoalkan secara terbuka oleh bukan Islam

Bila lawan hudud, boleh pula MCA bangun aktif?


KETUA UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata, bantahan parti-parti politik yang mewakili penganut bukan Islam terhadap cadangan pelaksanaan hukum hudud tidak sewajarnya dibahaskan menerusi media atau forum secara terbuka.

Ini kerana kata beliau, tindakan tersebut akan mencetuskan kekeliruan di kalangan rakyat khususnya umat Islam.

Beliau berkata, isu hudud tidak sepatutnya diperdebat atau dibahas secara terbuka terutama oleh mereka yang bukan ilmuan agama kerana ianya membabitkan hukum dan syariat Islam.

“Adalah tidak molek hudud, salah satu undang-undang Islam yang terkandung di dalam kitab suci al-Quran dipersoalkan secara terbuka termasuk oleh bukan Islam,” tegasnya.

“Saya khuatir akibatnya ajaran Islam akan dipersenda atau diperlekehkan oleh pihak tertentu.

Bagaimanapun beliau tidak menolak timbul  persepsi negatif bukan Islam terhadap hukum hudud kerana mereka tidak diberikan penerangan yang jelas mengenainya.

“Kekeliruan itu mungkin berlaku kerana tidak ada usaha dilakukan untuk memperjelaskan secara terperinci tatacara dan implikasi hukum tersebut jika dilaksanakan,” ujarnya.

Beliau turut kesal bukan Islam mempergunakan isu pelaksanaan hukum hudud sebagai agenda politik untuk mencela umat Islam.

Tambah beliau lagi, tokoh-tokoh agama termasuk mufti boleh berperanan untuk menjelaskan kepada bukan Islam berhubung isu berkenaan.

Mengulas ancaman dua parti komponen terbesar BN, iaitu MCA dan MIC jika UMNO menyokong Rang Undang-Undang (RUU) pelaksanaan hukum hudud, Syed Ali berkata tindakan sedemikian tidak mencerminkan kesepakatan dalam BN.

“Kita akur MCA dan MIC berhak buat bantahan, tetapi memberi ancaman (ugutan) kepada UMNO, seperti akan  keluar daripada BN merupakan tindakan terburu-buru,” jelasnya.

Beliau kesal kerana MCA dan MIC menggunakan saluran media untuk menyuarakan kecaman dan bantahan mereka terhadap UMNO berhubung isu hudud.

“Sebagai rakan dalam BN, sepatutnya mereka boleh rujuk kepada Majlis Tertinggi UMNO untuk mendapatkan penjelasan,” katanya.

Malah kata beliau, parti komponen berkenaan sepatutnya menggunakan saluran yang betul untuk meluahkan ketidakpuashatian mereka.

“Sekarang rentak mereka (MCA dan MIC) seperti pembangkang, ini yang mengecewakan kita,” tegasnya.

UMNO Bahagian Cheras

13 comments:

  • Anonymous says:
    May 10, 2014 at 9:02:00 AM GMT+8

    MCA sudah tidak relevant. Malu2 nak join Dap

  • maae says:
    May 10, 2014 at 9:27:00 AM GMT+8

    Sebab utama pihak atasan kerajaan selalu membiarkan isu-isu sensitif berlegar dengan spekulasi yang keluar dari tindakan sendiri dari individu-individu yang tidak waras.

    Jika PM Najib bertindak, mengeluarkan kenyataan mengekang kepada komponen parti, sudah tentu di patuhi. Ternyata PM sendiri tidak patuh Perlembagaan dengan akta-akta sedia ada yang melibatkan isu-isu sensitif.

    Bertindak terlalu liberal. Rakyat menderita hasil nafsu serakah tokoh-tokoh jahat memuaskan kepenting sendiri dan kelompok yang di wakili nya.

  • Anonymous says:
    May 10, 2014 at 10:16:00 AM GMT+8

    Pas sembang je nk laksana hudud. Last2 bangsa lain gelak besar dan gembira kerana gagalkan hudud. Lepas tu bala musibah melanda kita.
    Saya berani kata Hudud bakal berkubur melainkan kita teguh dgn ajaran al-quran.

  • kampong lad says:
    May 10, 2014 at 10:27:00 AM GMT+8

    “Adalah tidak molek hudud, salah satu undang-undang Islam yang TERKANDUNG DI DALAM kitab suci AL-QURAN"

    murtad kena hukum bunuh, penzina kena rajm sampai mati, peminum arak kena tibai 80 rotan dan dan dan...

    Syed Ali Alhabshee, tolong habaq mai
    surah apa & ayat berapa?

  • Anonymous says:
    May 10, 2014 at 10:44:00 AM GMT+8

    Problemnya sekarang, ada juga orang Islam yang tidak faham apakah hukum hudud itu sebenarnya. Mereka pun keliru juga. Mereka hanya tahu pencuri dipotong tangan. Jadi ramailah orang Islam tiada tangan. Bila berdepan kaum lain, mereka tidak tahu bagaimana mahu mempertahankan hukum Allah ini. Lalu mereka pon bersetuju dengan pendapat kaum lain. Sementara itu, kebanyakan huraian hudud diberikan dalam bahasa ilmuan yang tidak mudah difahami orang biasa. Ini melahirkan rasa keliru. Oleh itu, ada baiknya hukum hudud ini ditarbiahkan secara yang mudah difaham dan diterima oleh orang Islam sebelum ianya dikongsikan dengan kaum lain. Ini baru bab pengenalan, belum lagi bab perlaksanaan yang pasti akan menimbulkan banyak lagi kontroversi. Fikirkan betul-betul.

  • kluangman says:
    May 10, 2014 at 10:52:00 AM GMT+8

    Cukuplah semua masalah terdahulu disapu ke bawah karpet.

    Berdepan secara terbuka dan gunakan kekuatan jika ada.
    Kalau tak kuat, bersedialah untuk dimakan.

  • Cahaya Al Majid says:
    May 10, 2014 at 11:23:00 AM GMT+8

    Salam. Bila ISMA kata Cina penceroboh..melenting pulak puak ni..tapi bila dia menceroboh hukum agama Islam, tak kan kita nak diam? Mana suara UMNO??

  • Cahaya Al Majid says:
    May 10, 2014 at 11:23:00 AM GMT+8

    Salam. Bila ISMA kata Cina penceroboh..melenting pulak puak ni..tapi bila dia menceroboh hukum agama Islam, tak kan kita nak diam? Mana suara UMNO??

  • ridzuan zain says:
    May 10, 2014 at 2:21:00 PM GMT+8

    Ada beza ke mca dengan dap terutamanya selepas pru13 lalu..

  • Anonymous says:
    May 10, 2014 at 3:38:00 PM GMT+8

    mau buat di tanah melayu buatlah tapi jgn di bawa ke tanah kadazan-dusun..di sini ada juga yg islam tapi tidak bermakna kami percaya undang2x arab kuno itu adalah perintah tuhan..memang byk org dusun sudah masuk islam sama ada secara sukarela atau faktor perkahwinan..kami masuk kerana konsep tuhan itu yg kami terima..bukan konsep undang2x ciptaan bangsa arab..kami tidak mahu diarabkan.

  • Anonymous says:
    May 10, 2014 at 4:25:00 PM GMT+8

    Semua yang mengaku MCA tu undi DAP sebenarnya. Tak pernah lagi jumpa Cina yang undi MCA masa PRU yg lalu. Dengan bangga mereka mengaku.

  • Anonymous says:
    May 11, 2014 at 2:09:00 AM GMT+8

    Betul..tapi mana suara PAS mana suara PKR? Atau mereka bukan islam? Atau mereka cina islam bila berpolitik?

  • Anonymous says:
    May 11, 2014 at 6:45:00 PM GMT+8

    Undang2 arab yg mane? Yg ni ke?

    Al-Baqarah:178 - Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan kamu menjalankan hukuman "Qisas" (balasan yang seimbang) dalam perkara orang-orang yang mati dibunuh iaitu: orang merdeka dengan orang merdeka, dan hamba dengan hamba, dan perempuan dengan perempuan. Maka sesiapa (pembunuh) yang dapat sebahagian keampunan dari saudaranya (pihak yang terbunuh), maka hendaklah orang yang mengampunkan itu) mengikut cara yang baik (dalam menuntut ganti nyawa), dan (si pembunuh pula) hendaklah menunaikan bayaran ganti nyawa itu) dengan sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah suatu keringanan dari Tuhan kamu serta suatu rahmat kemudahan. Sesudah itu sesiapa yang melampaui batas (untuk membalas dendam pula) maka baginya azab seksa yang tidak terperi sakitnya.
    Al-Baqarah:179 - Dan di dalam hukuman Qisas itu ada jaminan hidup bagi kamu, wahai orang-orang yang berakal fikiran, supaya kamu bertaqwa.
    Al-Mā'idah:38 - Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri maka (hukumnya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
    An-Nūr:2 - Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum ugama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman.

    Di atas ni hukum Allah yg org arab laksanakan. Semua ada dlm Al Qur’an dan Hadits. Nk tahu lebih lanjut kajilah sendiri ada byk lg yg sy x postkn. Ni hukum pencegah dari Allah supaya kita x berani buat jenayah. Kalau percaya ngn konsep Tuhan dlm islam kenela percaya dgn larangan Allah sekali. Xkan krn x suke arab kita x suke dgn ape yg agama suruh. Arab dipilih sebab Allah juga nk tunjuk walaupun nabi dan Al-Quran dlm bahasa arab tetapi org2 arab pn ramai yg kafir. Bygkn klu islam turun dkt org nusantara pkai bhasa melayu, smpai bila2 la org2 arab ni xnk beriman. Dh dibuktikan masa nabi dan rasul turun dlm bangsa israel. Org2 arab sentiasa musuh dgn dorg. 2 bangsa ni dipilih ada sebabnya..jd jgn prejudis dgn bangsa. Kita pakai serban sbb ikut sunnah, tp klu u solat nk pkai cheong sam pn boleh.

    An-Nisā':61 - Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Marilah berhakim kepada hukum Al-Quran yang telah diturunkan oleh Allah dan kepada hukum Rasulullah," nescaya engkau melihat orang-orang munafik itu berpaling serta menghalang (manusia) dengan bersungguh-sungguh daripada menghampirimu.

fda

Get your volunteer initiatve funded!

Link2Me WeLinkBk (254)