Friday, May 9, 2014

Ibu pejabat nafi khabar angin tukar MB oleh Bahagian Kuala Nerus


Khabar angin tentang pertukaran MB Terengganu terus di mainkan oleh pelbagai pihak walaupun Perdana menteri telah menafikan pertukaran tersebut pada April 25hb.

Namun hal ini terus disebar-sebarkan oleh satu komplot melibatkan seorang bekas wartawan Watan yang kini bertugas dengan portal pro pembangkang, FMT, beberapa blog dan sosial media.

Hal ini disambut oleh wartawan The Star, Joceline Tan yang memutarbelit Dato Ahmad Said akan enggan turun. 


Pagi tadi ada satu pertemuan melibatkan antara Bendahari UMNO negeri, Nik Dir Bin Nik Wan Ku merangkap Pegawai Khas kepada Menteri Besar Terengganu  di Ibu Pejabar UMNO di PWTC Kuala Lumpur. 

Hj Nik melaporkan bahawa ada pihak tertentu di Bahagian Kuala Nerus telah war-warkan kepada masyarakat setempat bahawa Dato Razif telah mendapat perkenan daripada Presiden Parti untuk menganti Menteri Besar pada 15.5.14 melalui pengesahan daripada Datuk Jailani Ngah.

Turut disebarkan adalah kewujudan kononnya ada surat mengenai persetujuan Ahmad Said untuk undur jika prestasinya tidak mencapai dalam masa setahun. Sehingga hari ini, tiada pengesahan dari mana-mana pihak melainkan hanya sumber yang tidak dinyatakan oleh wartawan dan penulis blog.

Masaalah kekalahan di Terengganu dan Pahang banyak disebabkan senarai calun yang mana ada pihak telah campurtangan dalam proses penyedian lalu calun-calun tidak "winnable" banyak diselitkan secara semborono hingga kemenangan di Terengganu tipis dan Pahang hilang banyak kerusi.  
Pihak terlibat menyebarkan khabar angin seolah-olah tinggal menunggu masa untuk Dato Razif dan Dato Sheikh Fuzi menggantikan Menteri Besar Terengganu dan Pahang yang ada. 

Namun, Setiausaha Agong Umno Malaysia, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor telah menafikan sekeras kerasnya perkara ini dan menyifatkan satu perbuatan yang tidak bertanggung jawab serta bokeh memecah belah perpaduan parti.

Beliau seterusnya meminta semua pihak bertenang serta meningkatkan perpaduan parti dalam usaha meningkatkan sokongan kepada umno.

Dikala lebih UMNO perlu menguatkan gerak kerja dan menyelesaikan masaalah politik yang banyak, UMNO tidak perlu menambbahkan masaalah sendiri. Inisiatif begini hanya mengkucar kacirkan parti dengan memporak perandakan politik dalaman.


Belum apa-apa PAS dah tak sabar nak amil peluang. Gila betul sesetengah pemimpin tempatan parti yang nampaknya utamakan kegilaan kuasa dan harta hingga kepentingan parti pun tidak dipedulikan.. 

Baca terengganu Today di SINI SINI dan SINI

3 comments:

  • Anonymous says:
    May 9, 2014 at 6:27:00 PM GMT+8

    Trengganu milik kita. Milik siapa sebenar?

    Perangai penyamun semua ADUN BN tu.

    Mengejar harta dan jawatan di impikan. Hudud macam mana?

  • Anonymous says:
    May 9, 2014 at 8:24:00 PM GMT+8

    Pas apa kurangnya. Pas Kedah Pahrolrazi dan Mahfuz pun sanggup tikam Ustaz Azizan pasal nak rebut jadi MB. Azmin pulak tikam Khalid Ibrahim untuk nak jadi MB. Pas Kelantan Husam berebut nak jadi MB. Kata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih.

  • Anonymous says:
    May 10, 2014 at 5:36:00 PM GMT+8

    Org pas kan maksum, straight masuk syurga, api neraka tak boleh sentuh diorang. Mcm celaka je. Masa pegang Trengganu dulu lupa daratan rasuah un berleluasa jgk. Lg celaka sebab halalkan perbuatan salah atas nama Islam. Pegi mampus lah!!

fda

Get your volunteer initiatve funded!

Link2Me WeLinkBk (254)