Monday, September 30, 2013

Jenice Lim mengundi? Bukankah dipecat DAP?

|5 comments




Macam mana Jenice Lim boleh mengundi? Bukankah ...



Bukankah ini bermakna pengundi haram telah mengundi????

Baca di MyMassa SINI dan SINI

DAP-CEC: Kalau 17 diarah undur, bolehlah 20 kekal

|3 comments

Penarikan diri 17 calon ada agenda tersembunyi?

KUALA LUMPUR 29 Sept. - Penarikan diri 17 calon dalam pemilihan khas Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) pada saat-saat akhir didakwa mempunyai agenda tersembunyi.

Bekas Naib Pengerusi DAP Cawangan Ladang Paroi, A. David Dass mendakwa, tindakan itu mungkin sudah dirancang bagi membolehkan individu sama menganggotai kembali CEC.

"Mengapa saat-saat terakhir mereka ini menarik diri, jumlah mereka adalah besar, seperti ada sesuatu agenda yang disembunyikan.

"Saya yakin ini merupakan satu rancangan supaya individu serupa yang terpilih pada pemilihan CEC yang tidak diiktiraf pada Disember lalu, kembali dipilih kali ini," katanya ketika ditemui pemberita sempena Kongres Khas DAP di sini hari ini.

Senarai asal calon yang bertanding pada pemilihan semula CEC kali ini menyaksikan seramai 68 calon mengambil bahagian merebut 20 tempat sebelum 17 calon menarik diri manakala dua lagi mengambil tindakan keluar parti, menyaksikan hanya 49 calon bertanding kali ini.

David sebelum ini telah memfailkan permohonan injunksi bagi menghalang pemilihan khas CEC hari ini.

Beliau turut menyerahkan memorandum kepada DAP antara lain menggesa menetapkan satu tarikh baharu untuk Kongres Nasional DAP mengikut klausa 8 (6) Perlembagaan parti. - Utusan Malaysia

Pasti Liew Chin Tong akan dicantas Guan Eng dan Kit Siang

|4 comments

Guan Eng patut turun dari jadi Setiausaha AGong DAP dan berikan pada Liew Chin Tong yang mendapat undi tertinggi

Memetik dari MyKMU:

Paling utama ialah mengenai kekalahan yang pada saya sangat memalukan Lim Kit Siang dan anaknya, Lim Guan Eng. Anak beranak yang “bermaharajalela” di dalam DAP itu tewas di tangan Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong.

Apa hebatnya Liew Chin Tong sehingga berjaya memperoleh kelebihan 2 undi berbanding Kit Siang dan 134 undi berbanding Guan Eng?

Untuk makluman, Chin Tong hanya memperoleh sebanyak 984 undi pada pemilihan CEC yang diadakan pada Disember tahun lalu. Malah dia merupakan “calon muka baru” yang mencuba nasib bertanding CEC di dalam parti tersebut.

Pada pemilihan yang lalu, Chin Tong hanya berjaya menduduki tempat ke-15 sahaja. Peliknya, kali ini dia berjaya mengatasi “Dinasti Lim” dan “Singh & Sons Co.”. Dia berjaya menduduki tangga pertama di dalam pemilihan CEC dengan 1438 undi!

Baca seterusnya analisa MyKMU di SINI

Selepas PRU, Pakatan Rakyat jaja mengatakan mereka dapat undi popular tapi itu hanya berdasarkan majoriti Cina untuk 5 enam kawasan bagi DAP seperti Seputih. Ditolak kelima kawasan tersebut, BN masih tetap popular. Pandangan itu adalah "highly bias."

Selain itu, BN masih popular ikut negeri ke negeri. Nasiblah Wilayah bukan negeri.

Jika PR memperkecilkan kemenangan BN dengan alasan undi popular lebih kepada mereka dan PR layak memerintah, maka artikel lain, MyKMU menimbulkan isu serupa:

fahaman ”siapa dapat undi popular, dia yang menang” ini, sudah menjadi macam satu trademark kepada pembangkang dan lagaknya kalau depa jadi kerajaan besok, itulah sistem pemilihan baru yang akan diperkenalkan di negara ini.

Anehnya, dalam pemilihan Jawatankuasa Pusat DAP (CEC) DAP semalam, perkara itu tidak berlaku.  Calon yang mendapat undi paling tinggi (undi popular) dari 49 calon yang berebut jawatan dalam CEC, tidak dilantik sebagai Setiausaha Agung.  Sebaliknya ia tetap didominasi Lim Guan Eng, yang juga anak kepada Lim Kit Siang.

Kenapa boleh jadi begitu ya?  Sepatutnya, Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong atau Jagdeep Singh Deo yang dipilih menjadi Setiausaha Agung DAP sebab undi yang mereka peroleh, adalah jauh lebih tinggi dari Guan Eng yang terperosok di tempat ke lima?

Sepenuh di SINI
:
Menunggu Tony Pua umumkan kesilapan komputer untuk letak balik Liew Chin Tong balik ke tangga 15.

Kalau tidak, pastinya Liew Chin Tong akan dicantas oleh Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng.
 

Zairil bukan Melayu!! DAP tetap cauvanis Cina!!!

|8 comments

Betul kata Rahmad Ishak, Presiden Kongres Melayu Pulau Pinang dan ahli DAP.


Dari keputusan pun jelas, tiada Melayu yang menang walaupun media massa seperti bernama kompangkan Zairil sebagai calun Melayu. Baca komen House PK SINI

Kalau betul dia Melayu, apa agendanya untuk bantu orang Melayu. Tanya MyKMU SINI


Bapak kandung darah daging Zairil bukan arwah Tan Sri Khir Johari. Mak Zairil Puan Sri Christine adalah Cina. Dia dapat Zairil dengan bekas suaminya, seorang Cina Singapura. Zairil tidak lahir sebagai bernama Zairil tapi sebagai Christopher Ross Lim


Tak payah DAp nak cuba buat cosmetic game nak katakan ada Melayu menang. Jawabnya tak ada Melayu yang menang.

Adakah DAP akan umum buat komputer rosak lagi untuk bawa masuk lain-lain Melayu? Hehehe ... dasar penipu

Jenice Lee puas ...

|2 comments





... tiga jantan sekali tewas dilambung badai.

Cuma dengan Karpal dan Gobind saja Jenice tidak capai hajat untuk gelicincirkan. 


Mungkin itu sebab baka baiyi yang gagah dan kuat.

Isy isy ... lain macam saja ceritanya.

Menurut Akar Umbi, bekas Adun Teratai Jenice Lee mungkin telah berpuashati dengan tergelincirnya Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan Tan Kok Wai dari segi jumlah undi dan ranking.

Namun kepuasannya tidak ketahap maksimum, bila gagal menggelincirkan Karpal Sing dari kedudukan mahupun ranking.

Ketika ketiga-tiga tokoh DAP di atas jatuh dari segi pungutan undi dan ranking, Karpal tetap bertahan pada kedudukan ranking No. 3, malah telah meraih tambahan 10 undi kepada 1,421 pada pengundian semula pemilihan CEC DAP berbanding dengan pegundian asal pada tahun lepas.

Baca sepenuhnya analisa Akar Umbi di SINI

Tok guru syiah meliwat guna "She is Sexy" lotion

|0 comments


Dalam bilek 'Education Affairs' / 'Ulama Guest Room' terdapat sebuah tilam diatas lantai dan satu tin produk 'She is Sexy' .. Dua tiub lagi tidak kelihatan, cuma yang tinggal glittery body lotion (not for sale).

Dalam breaking news melalui MMS Facebook saya sebutkan disitu 'KY Jelly'. Ada orang Syiah mempersoalkan mengapa saya gunakan perkataan KY Jelly..

Jawapan saya mudah. Lihat foto yang terakhir. Tidak kah anda berasa jijik? Cium tangan, cium pipi atau cium dahi tidak menjadi masalah kepada budaya kita, tetapi cium mulut sesama lelaki dengan gaya yang penuh berahi amat amat lah menjijikan.

Sekarang berbalik kepada soalan KY Jelly..lihat pada keseluruhan paparan ... apa yang terlintas difikiran anda semua...body lotion dalam bilek khas untuk ulama.... saya berhenti disini... persepsi saya sudah terbentuk...

Lihat gambar-gambar di Minaq Jinggo SINI

Sunday, September 29, 2013

Guan Eng jatuh dari no. 2 ke no. 5, Kit Siang bukan no. 1

|7 comments


Memetik dari AIDC SINI, berikut merupakan 20 CEC yang dipilih yang dilaporkan FMT :

Liew Chin Tong – 1,438 unti
Lim Kit Siang – 1436 undi
Karpal Singh – 1,421 undi
Gobind Singh – 1,409 undi
Lim Guan Eng – 1,304 undi
Chong Cheng Jin – 1,294 undi
Anthony Loke – 1,263 undi
Chow Kon Yeow – 1,203 undi
Fong Kui Lin – 1,193 undi
Teng Chang Khim – 1,164 undi
Tony Pua – 1,158 undi
Zairil Khir Johari – 1,132 undi
Teresa Kok – 1,127 undi
Chong Eng – 1,111 undi
M Kula Segaran – 1,088 undi
Tan Kok Wai – 1,088 undi
Teo Nie Ching – 1,081 undi
Boo Cheng Hau – 961 undi
Nga Kor Ming – 956 undi
Ngeh Koo Ham – 809 undi

Tiada Melayu yang menang. Hanya Zairil tapi dia bukan Cina, hanya menumpang nama Khir Johari.

Menurut Helen Ang, sahlah Zairil diterima sebagai Cina dalam parti yang ahli DAP Melayu, Rahmat Isahak anggap sebagai parti yang 'anti-Melayu dan cauvanis CIna'. Baca SINI

DAP juga adalah parti Evangelista Kristian dan anti kaum India.

Walaupun 20 yang menang adalah seperti senarai yang dipersoalkan sebelum ini, kali ini keluarga Lim tidak berada di tingkat kedua teratas. Nga Kor Meng dan Ngeh Koo Ham berada di nombor 19 dan 20.

Guan Eng malu nak ngaku menipudi pemilihan CEC

|2 comments

KENYATAAN MEDIA PENDAFTARAN PERTUBUHAN BERHUBUNG PENIPUAN LIM GUAN ENG

Pendaftar Pertubuhan [ ROS ] di sini ingin menerangkan sekali lagi tentang isu Pemilihan CEC DAP khasnya untuk pemahaman semua yang terlibat secara langsung dalam hal ini memandangkan tindakan pemimpin DAP yang mendukacitakan.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng harus belajar membaca dan memahami apa yang telah dinyatakan oleh ROS mengenai pemilihan semula CEC DAP.



ROS tidak pernah menyatakan yang DAP tidak boleh mengadakan 'Special Congress' tetapi hanya telah mengingatkan DAP supaya mengikut peruntukan-peruntukan dalam Undang-undang tubuhnya sendiri semasa mengadakan pemilihan semula tersebut.

Dalam hal ini penghantaran Notis Panggilan kepada ahli dalam tempoh 10 minggu sepertimana yang tercatat di dalam Undang-undangnya harus di patuhi.



Harus ditekankan disini bahawa DAP telah menghadapi tindakan undang-undang oleh ahli-ahlinya sendiri dan ini tidak ada kaitan sama sekali dengan ROS, memandangkan ahli-ahlinya sendiri telah membawa perkara mengenai pemilihan CEC DAP yang tidak teratur ke muka pengadilan.

Adalah tidak wajar ROS dikaitkan dalam hali ini memandangkan tindakan ini daripada akar umbinya sendiri.

Namun demikian, Seksyen 18C, Akta Pertubuhan menyatakan hal ehwal parti adalah muktamad dan konklusif serta tidak boleh dibawa ke mahkamah tetapi ini tidak bererti ROS tidak mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan demi menegakkan kebenaran khasnya bila hak alhinya terjejas.



Akta Pertubuhan 1966 [ Akta 335 ] adalah suatu Akta yang telah diluluskan oleh Parlimen dan semua pihak harus menghormatinya dan ROS yang bertanggungjawab dalam menguatkuasakannya.

DATO' ABDUL RAHMAN BIN OTHMAN
Pendaftar Pertubuhan Malaysia
Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia


Siapa punya salah?










Tapi Red Bean Army dan penyokong DAP ketepikan otak untuk diguna bagi berhujah dengan rasional lalu terus memaki hamun dan mengkaitkan lalu menuduh UMNO dan BN.

Orang bila makan babi, otaknya pun macam babi kuat menyondol dan gelojoh.

UMNO Sabah "gentle" - serah perwakilan buat pilihan

|0 comments

KOTA KINABALU: Pemilihan Umno yang bakal berlangsung tidak lama lagi merupakan urusan keluarga dan oleh itu, anggota perwakilan Umno Sabah bersikap terbuka serta mengalu-alukan kedatangan calon untuk mencari undi, kata Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah Datuk Seri Salleh Keruak.

Beliau berkata anggota perwakilan Sabah akan membuat pilihan mereka berdaarkan penilaian sendiri tentang kualiti kepimpinan, komitmen dan potensi calon.

“Kami melihat pemilihan ini daripada perspektif nasional, bukan parokial,” katanya kepada Bernama selepas menghadiri mjlis sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan peringkat negeri yang dirasmikan Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman di sini semalam.

Salleh, yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, berkata demikian bagi mengulas kenyataan Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Yahya Hussin semalam bahawa jawatankuasa perhubungan Umno Sabah tidak akan mempengaruhi keputusan anggota perwakilan negeri itu dalam pemilihan naib presiden.

“Jawatankuasa perhubungan Umno negeri tidak akan campur tangan dalam proses demokrasi bagi memilih pemimpin.

“Memandangkan kami telah meminda perlembagaan parti, maka sudah sewajarlah anggota perwakilan dibiar membuat keputusan sendiri. Kami perlu mempunyai keyakinan terhadap keputusan mereka,” katanya.

Enam calon bertanding merebut tiga kerusi naib presiden, termasuk penyandang Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, yang juga ketua Umno Bahagian Semporna.

- Bernama

Kriteria pemilihan GAP

|3 comments


Blogger GAP menyeru kepada hampir 148 ribu pemilih yang bakal menentukan pemimpin umno kelak supaya gunakan sepenuhnya AKAL yang ALLAH SWT kurniakan untuk memilih pemimpin menurut beberapa kriteria yang dicadangkannya, seperti berikut:
 .
1) Calun mementingkan urusan dan maruah agama islam.

2) Segala keputusan politik wajiblah menguntungkan islam.

3) Mementingkan urusan dan kepentingan melayu bumiputra.

4) Segala keputusan politik wajiblah menguntungkan bangsa melayu bumiputra.

5) Keputusan dan pendirian politik hendaklah berlandaskan kepada 2 perkara sahaja. YES OR NO. Usah berdalih-dalih dan tak buat keputusan.

6) Pemimpin yang dipilih hendaklah tiada mengalami masalah takut, ragu-ragu dan tiada banyak mengamalkan keputusan BISEXSUAL DECISION. biseksual decision itu dimengertikan sebagai pemimpin yang takde pendirian dan takut hilang undi. tiada jati diri dan keyakinan diri. pemimpin kriteria ini WAJIB ditolak.

7) Pemimpin ini wajar mengutamakan hak dan dasar kepada kepelbagaian kelompok Melayu dalam Malaysia. Melayu bukan sekadar dalam Felda, Felcra dan Kakitangan Kerajaan sahaja. Sebaliknya kelompok Melayu terbanyak sebenarnya berada di kawasan pinggiran dan bandaran yang pada saat ini sedang bertarung hebat dalam sosio ekonomi dan sosialnya.

8) Pemimpin yang ada palitan dan skandal perlu DITOLAK demi memudahkan umno menelusuri kempen pru 14 nanti. baik ianya datang dari wanita, pemuda,puteri dan MT.

Baca seterusnya di SINI

Bolehkah proses baru adil jika Ku Nan 'endorse' penyandang Naib?

|3 comments


Dalam perbincangannya mengenai sistem 'electoral college' atau 'satu bahagian satu undi', blogger APA menimbulkan persoalan-persoalan:

1. Apakah setiap calun boleh mengetahui jumlah undi sebenar yang mereka perolehi dari kesemua 191 Bahagian?Jika boleh bagaimana kaedahnya...?

2. Bagaimana setiap calun dan perwakilan dapat memastikan BAHAWA kaedah "penjumlahan" undi dilakukan dengan telus tanpa ada UNSUR UNSUR PENIPUAN DAN SILAP MATA?

3. Dimanakah pusat penjumlahan undi?Adakah penjumlahan undi dilakukan di Bahagian itu sendiri atau bakal dilakukan disuatu lokasi "berpusat"?

4. Siapakah KAKITANGAN yang bakal mengendalikan proses membuang undi dan mengira undi?Jika mereka nanti dikalangan Ahli Umno/Kakitangan dari Ibu Pejabat,sejauh mana ketelusan dan kejujuran dalam memastikan proses pengiraan dan penjumlahan undi ini tidak dipersoalkan kelak.

5. Memandangkan SETIAP CALUN datang dari Bahagian masing masing beerti MEREKA hanya akan berada di Bahagian masing masing sewaktu proses membuang dan pengiraan undi.Soalannya...bagaimana MEREKA dapat memantau apa yang berlaku di 190 Bahagian lagi dimana masib mereka turut ditentukan.

Cukuplah rasanya beberapa SOALAN BODOH aku kemukakan masa ini kerana aku yakin akan ada lebih banyak soalan cerdik yang bakal timbul selepas kita melalui proses PEMILIHAN KACUK AMERIKA-UK ini nanti?

Lihat SINI akan penjelasan dari ibupejabat tentang sistem baru ini.

Ramai yang masih bingung dan tak jelas dengan sistem baru ini.

Mengingatkan kisah lampau bagaimana Anwar Ibrahim boleh manipulasi pencalunan hingga akhirnya Tun Ghaffar tiada dapat pencalunan dan teurs bertanding pun tak dapat, mungkinkah beberapa orang dalam pucuk kepimpinan atau orang tertentu di bahagian memanipulasi keputusan?

Jika undi dijalankan secara rahsia dan pengiraan dijalankan dengan amanah, rasanya tidak apa perlu dirisau.

Tetapi apabila Setiausaha Agong Tengku Dato Adnan Mansor tidak bersikap berkecuali untuk paksa satu wilayah persekutuan untuk terima pilihannya untuk ketiha-tiga Naib presiden yang ada, marah dan ugut pencalunan di bahagian, ini yang merisaukan.


Saturday, September 28, 2013

Malay Mail gampang atau Ku Nan konar?

|3 comments


House PK menulis berikut:

Merujuk kepada artikel The Unspinners disini, aku diberitahu pada malam tersebut Ku Nan bercakap sebagai Pengerusi Perhubungan Negeri Wilayah Persekutuan bukan sebagai Setiausaha Agung. 

Ini kerana pada 9hb Sepetember yang lepas semua wkil dalam wilayah tellah diberitahu yang mereka kena sokong 3 calon Naib Presiden yang sedia ada.

Masa tu Dato Mukhriz belum pun isytihar yang dia akan bertanding sebagai Naib Presiden. So sebab itulah Ku Nan tetap pertahan seperti yang telah diputuskan sebelum ini. Itulah penerangan ringkas yang diterangkan kepada aku mengenai insiden tersebut.

Baca seterusnya di SINI.


Bukan ke Mukhriz umum pada September 19 dan majlis berlaku petang selasa September 24. The Malay Mail pula sudah tulis laporan bertarikh Sept 26 berikut:

Delegates bewildered when Umno official says president prefers status quo
 
KUALA LUMPUR, Sept 26 — Temperatures rose last night when delegates representing the Federal Territory for the Umno election, who gathered at a hotel to show support for one of the incumbent vice-presidents, were told by a party official to retain the three incumbents for the post.




The party official — who was invited to speak on stage — had suddenly opened up claiming party president Datuk Seri Najib Razak (picture) preferred the return of Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishammuddin Hussein and Datuk Seri Shafie Apdal as vice-presidents, said a delegate.

On hearing that, delegates who were initially in a jovial mood, got agitated and became bewildered as they never expected the party official would say such a thing at a time when campaigning is getting hot and sensitive.

The event ended on a sour note as delegates began questioning their rights and the purported wish of the party president.

A delegate who attended the event said he was taken aback by the official’s statement.

“I do not think this is the right thing to do because as a party official, he should be impartial, not taking sides given the sensitivity of the matter.

“In the first place, how true is it that the party president had told him to convey such message to the delegates?

“If the party president wants the three incumbents returned, then he should speak to the delegates himself rather than getting the official to say it.

“And if this is so, what is the point of democracy and transformation and widening the voters’ base?” said the delegate, who wanted to remain anonymous.

A division head who attended the event said the party official should not have spoken out about the president’s wish because it was supposed to be private and confidential.

“I understand the official’s problem as he has to relay the message, if it is true that is what the president wants.

“But he should have done it discreetly so as not to antagonise the delegates who have their own choices under the democratic system.”

However, the incident has now spread to delegates in other states who are now asking whether this will affect the president’s image of impartiality.



Harami betul Malay Mail yang dipenuhi mantan dan mantat orang-orang Malaysian Insider. Mereka dah spin nama baik Dato Najib. Malay Mail dipunyai oleh Redberry tapi Malay Mail online dianggotai staf bekas malaysian insider.

Pembangkang Malaysia Chronicle dah sambut SINI

House PK ... macam mana ni???? Malay Mail gampang kelentong atau Ku Nan konar?

Aspan gila talak masuk campur pemilihan UMNO...... jagalah DAP kau tu

|8 comments

Aspan menulis macam orang gila talak. Kekecewaannya dengan kekalahan Tengku Razaleigh pada tahun 1986, hampir 30 tahun dahulu masih tak pudar dari ingatan.

Badan dalam DAP tapi otaknya masih dalam UMNO era pertengahan tahun 1980an. macam orang gla talak

Janganlah sibuk dan nak cuba berdendam dengan anak Dr Mahathir. Baca SINI

Ini hal UMNO... kau jagalah hal DAP yang menipu pemilihan untuk jaga keluarga LIM kesayangan kau!!!


Harakah pula cuba nak menyambut dengan memusing rencama ASpan dengan kata Mahathir nak anak menang tapi bodohkan UMNO.



Eh ...apa salah dia nak menegur sebagai negarawan. Hanya Aspan saja yang susah nak terima konsep negarawan tegur parti. Dalam DAP tak boleh buat. DAP tak ada negarawan tapi komunis Lim Kit Siang dan Chin Penang pun nak masuk DAP kalau dapat pulang pun.

Memang ada ahli parti boleh anggap demikiandan tersinggung. Yang tak cerdik berfikir, biarkan saja. Itulah adalah kehebatan negarawan kita yang PAS dan DAP tak boleh jumpa dalam parti mereka yang tertutup dan terkongkong perbincangan.

Dalam UMNO kita terbuka menegur dan mengkritik. Lagi hebat seorang negarawan UMNO sedia bercanggah dengan kepentingan ahli keluarga demi kepentingan parti. Aspan ada berani kata benar mengenai Tengku Razaleigh atau keluarga Lim????

Bagi PAS, janganlah nak sibuk. Jaga parti kau yang pemimpinnya pun persoal kerjasama dengan PKR dan DAP dan bertambah hari bertambah sesat.

DINASTI LIM di hujung tanduk, AMBIGA tak boleh tolong

|2 comments


Tarikh 4 Januari 2013 adalah satu tarikh titik hitam dalam sejarah DAP. Kebinasaan terhadap DAP bermula dari tarikh tersebut hasil kerja Dinasti Lim, Anthony Loke dan Tony Pua.

Pada hari itu Tony Pua membuat pengumuman bahawa terdapat kesilapan pengiraan undi dalam keputusan CEC yang diumumkan pada pada 15 Disember 2012. Tony Pua memberi alasan ianya berpunca dari masalah penjumlahan undi yang dibuat menggunakan sistem Microsoft Excel.

Alasan yang menjadi bahan gelak ketawa orang ramai hingga kini. Sistem komputer dikatakan silap mengira jumlah undi yang diraih Vincent Wu, calon yang menang di tempat ke 6 dengan dengan bilangan undi 1202 UNDI. Tony Pua menyatakan jumlah undi sebenar yang diraih oleh Vincent Wu hanya 669 undi.

Bukan hanya itu sahaja, kesilapan bukan setakat Vincent Wu, malah turut melibatkan undi untuk Zairil Khir Johari. Tony Pua menyatakan undi yang diterima Zairil adalah 803 undi dan beliau menang di tempat ke 20. Keputusan yang diumumkan pada 15 Disember 2012 Zairil berada di tempat ke 39 dengan jumlah undi yang diterima 305 undi.

Baca seterusnya di APA SINI


Akhirnya satu laporan polis dan laporan kepada ROS masuk dan didapati pemilihan CEC DAP satu penipuan.

Mulalah sandiawara DAp untuk salahkan ROS dan baru-baru ini Utusan pun disaman terhadap sesuatu yang jelas. Keluarga Lim Kit Siang dan kuncu-kuncu mahu terus menguasai DAP selama-lamanya hingga sanggup menipu selamanya.

Antara 'game' DAP adalah untuk memastikan DAP dibatalkan  dan boleh mereka menyalahkan ROS dan UMNO tetapi sambil itu, mereka boleh cantas penentang keluarga Lim.

Malangnya permainan itu dapat dilihat dan sudah ada bekas pemimpin dan pemimpin DAP yang bersuara.

DAP perlu adakan pemilihan CEC itu Ahad ini...


Blog DAP Insider memaaparkan banyak kisah-kisah mengenai CEC DAP yang didedahkan oleh seorang ahli bernama Peter Chan.dan fraud yang dijalankan oleh Dinasti Lim. Chapter 1 SINI.

Dalam chapter 2 SINI menceritakan pentingnya untuk meneruskan penguasaan Lim Guan Eng dan ada 5 pihak yang menghalang diktator kuku besinya.

Chapter 3 SINI pula menceritakan bagaimana Lim Guan Eng melewatkan  Kongres Kebangsaan bila mendapati senarai 2,576 perwakilan dari 856 cawangan tidak membantu menaikkan lagi undi untuk dinasti LIM.

Kajian Tony Pua dan Anthony Loke mendapati ke lima2 penghalang mereka bakal menguasai lima tempat teratas dan Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng jatuh nombor 11 dan 13.

Malu....bermula manipulasi pengumuman yang hanya sampai kepada penyokong Lim saja. Lim Kit Siang terus naik ke tangga 1 dan Guan Eng tangga 2.


Chapter 4 SINI menceritakan keadaan menjadi rumit bila blogger dan media mempersoalkan kenapa tiada Melayu yang menang. 

Seteah godeh punya godeh, Tony Pua umum pada Januari 15hb bahawa ada masaalah komputer huhuhu .... Cyber Village taukeh tak tahu guna Excel. Hahaha ...Baca Chapter 5 SINI

Cina muallaf ngaku anak Khir Johari yang baru masuk DAP dapat 305 undi tapi diubah untuk loncat undi sebanyak 803. di nombor 20. Konon dia Melayu yang berjaya memenangi top 20.

Vincent Wu di nombor 6, P Ramasamy dan M Manoharan tercampak keluar.

Chaper 6 SINI mencritakan mula kemarahn 60 ahli hingga membuat laporan polis.

Ikuti kedurjanaan DAP seterusnya pada Chapter akan datang.

Ambiga dan Samad Ismail boleh diam pulak bila ada penyelewengan dan salahguna kuasa yang jelas dan terang. Malah sabar mereka melihat Lim Kit Siang dan Lim Guan ENg bermain drama opera Cina menyalahkan semua orang dengan memanipulasi fakta dan meniup sentimen perkauman.

ROS jawab. Baca Flying Kick SINI



Siapa kata undang-undang tidak boleh tahan abu Chin Peng?

|7 comments


Ada Undang-undang Halang Abu Mayat Chin Peng
September 27, 2013

KOTA BHARU 27 Sept. – Mereka yang mahu membawa masuk abu atau mayat ke negara ini perlu memohon permit terlebih dahulu sebelum boleh berbuat demikian.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, perkara itu termaktub mengikut Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit serta garis panduan pengimportan dan pengeksportan mayat atau mana-mana bahagiannya.

“Sesiapa yang nak membawa apa juga ‘remains’ atau abu mayat masuk ke negara ini tanpa permit itu akan menjadi satu kesalahan. Kita takut abu mayat ini ada penyakit berjangkit.

“Jadi jangan ingat tak ada undang-undang untuk kita menyekatnya,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Ketua-Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) di sini hari ini.

Khalid mengulas laporan sebuah portal berita bahawa Malaysia tidak mempunyai undang-undang khusus untuk menghalang abu atau mayat Chin Peng dibawa masuk ke negara ini selepas bekas setiausaha agung Parti Komunis Malaya (PKM) itu meninggal dunia di Bangkok, Thailand pada 16 Sept lepas. – BERNAMA

Bermakna:

Salahlah kata-kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Dato Wan Junaidi...


Zahid pun kata demikian juga di SINI. Macam mana ni???

Friday, September 27, 2013

Strategi subversif syiah selama 20 tahun untuk masuk Malaysia

|2 comments


Antara target Syiah dalam masa 20 tahun di Malaysia adalah berikut:

1. Masuk ke dalam pertubuhan harakat Islamiyyah, tanzim haraki seperti PAS, Abim, Jim, Hizbut Tahrir dengan cara taqiyyah, pura pura dan niat menguasai pucuk pimpinan atau menghancurkan dari dalam.

2. Mereka masuk kedalam parti politik Ummat Islam seperti PAS, UMNO , PKR dan lain lain untuk menjadi pemimpin dan sekaligus mencetuskan merekrut pengikut mereka dijadikan Syiah.

3. Mereka menggunakan tarekat seperti tarekat ahlu bayt, menyamar atas nama keluarga Rasulullah S.A.W sebelah Sayyidina Ali untuk rekrut Syiah.

4. Mereka masuk dalam pertubuhan berbaiah seperti Pekida, Al Ehsan, Batas, Simpang 3, Majlis Sabilillah dan seangkatan untuk tujuan yang sama, sama ada merekrut ahli atau mengahncurkan jamaah dari dalam.

5. Mereka akan gunakan kuasa politik, rapatkan dengan Perdana Menteri Malaysia, Menteri -menteri, YB, bagi tujuan perlindungan politik mereka agar mereka dapat back-up.

6. Mereka Syiah laknatullah menyusup masuk ke dalam PDRM dan ATM untuk merekrut seramai mungkin polis dan askar untuk masuk Syiah.

7. Mereka mengunakan perniagaan seperti perniagaan air, makanan dan lain untuk dana dan kewangan Syiah.

8. Mereka telah memanggil ramai rakyat Iran Syiah untuk masuk belajar dan bekerja di Malaysia, dan sekarang mereka cuba kahwinkan lelaki Syiah Iran dengan wanita Islam Malaysia, mereka sebarkan melalui pembelajaran dan
perkahwinan.

9. Mereka masuk dalam pertubuhan pertubuhan amal berbilang bangsa dan kaum untuk merekrut Syiah.

10. Mereka akan merapati Mahasiswa / Mahasiswi Islam di seluruh IPTA dan IPTS untuk bawak masuk Syiah dengan cara 9 di atas.

# Kajian semasa dari Pengerusi Majlis Pekerja -Pekerja Profesional Islam Malaysia PRO-Islam.

Apa punya gila tuduh UMNO bunuh Azizan?

|11 comments

Hanya mampu beristighfar dengan kenyataan seorang penyokong Pakatan Rakyat yang menuduh Azizan Razak dibunuh dengan suntikan ubat berbahaya atas arahan UMNO.
Sesungguhnya kebodohan tidak mengenal sempadan. Jika dikehendakki Tuhan, anak isterinya atau ibu bapanya segera mati berharaplah orang ramai akan peluang untuk kita melihat pada ketika itu siapa pula akan dituduhnya.

Sepenuhnya di Ipoh Malay SINI 

Kurang ajar punya pembangkang. Padahal dia orang yang macam gembira Azizan meninggal dunia. Sialan biadap!!!

Jagalah adab sesama manusia.... Baca di MyKMU SINI.

Contohi adab sopan Dato Najib.


Hayiii... geram bila berpolitik hingga dah tak tahu jadi manusia dan perangai macam binatanag!!!

Ok Ok sabar ....

Al fatihah buat Dato Azizan...

Ku Nan kata tiada sekatan undi mana-mana Naib?

|8 comments

Berkenaan posting kami yang dapat tarikan ramai di SINI tentang kisah Ku Nan ngaruk di Prince Court Hotel, house PK dah dapatkan penjelasan.

Nampaknya Ku Nan dah konar dan kata terpulang pada kepada semua perwakilan cawangan untuk mengundi mana-mana calun naib Presiden.

Tiada lagi sekatan.

Ada perselisihan faham saja.

Nak tahu baca house PK SINI

Bab kepala gangster, ada penjelasan ke House PK???

Termasuk calun Naib pun ... wajib ikut Tataetika!!!

|1 comments


Salah laku di bawah Tataetika Pemilihan UMNO ( Utusan) 

1. Mengamalkan rasuah untuk mandapatkan sokongan politik: 

i. Berjanji memberi pangkat, anugerah, gelaran atau peluang perniagaan

ii. Memberi wang atau imbuhan untuk tidak menyokong atau mengundi pihak lain

iii. Menggunakan wang untuk mendapatkan undi
iv. Menerima imbuhan atau hadiah termasuk tambang percuma, kemudahan kontrak dan hiburan bagi diri sendiri atau keluarga

2. Menggunakan kekerasan dan ugutan :

Hamidah diugut calun Naib Presiden? Baca blog SINI

i. Terlibat dalam pergaduhan, bertumbuk atau membaling objek
ii. Mengugut tidak mahu memberi peruntukan dan projek kepada pihak tertentu
iii. Mengancam menarik balik perlantikan jawatan

3. Menggunakan media untuk menyokong, memfitnah, mencela, mengeji atau membuat kenyataan palsu terhadap mana-mana ahli parti :

i. Menulis dalam media cetak atau elektronik tentang calon-calon yang bertanding
ii. Membuat poster atau kad nama yang menunjukkan janji-janji

4. Memfitnah mana-mana ahli lain

BUkankah ini berkempen namanya?

5. Berkempen untuk mempengaruhi perwakilan mengundi atau tidak mengundi seseorang calon kecuali pada majlis yang dianjurkan ibu Pejabat Umno dan Badan Perhubungan Umno Negeri bagi tujuan berkempen

6. Menghadiri atau menganjurkan majlis termasuk kenduri yang bertujuan memberi ruang kepada mana-mana ahli untuk berucap bagi meraih undi dan berkempen untuk diri sendiri atau calon-calon.

Betulkah kisah SINI?


7. Memberi sebarang bentuk derma, bantuan atau peruntukan atas kapasiti persendirian atau melalui orang lain dengan tujuan untuk mendapatkan undi atau sokongan atau mempenaruhi ahli lain di dalam pemilihan parti bagi pihak sendiri atau bagi pihak lain


Salah tafsir diam saja?

8. Membuat apa-apa pernyataan akhbar atau awam secara lisan atau bertulis atau apa-apa cara sekalipun dan/ atau menyebarkan pernyataan akhbar atau awam berhubung dengan apa-apa dasar atau keputusan parti 

FLYING KICK kata LAIN KALI TAK PAYAH LANGSUNG BUAT PEMILIHAN DAN PERTANDINGAN

APA tanya:

fda

Get your volunteer initiatve funded!

Link2Me WeLinkBk (254)