Seminar Antarabangsa Autisme 2014

Saturday, August 31, 2013

Hari Merdeka diraikan Selangor tanpa air

|8 comments

Tiga loji rawatan air terbesar terpaksa shutdown disebabkan pencemaran minyak di Sungai Rawang sejak 930 pagi semalam. Ini dijangka akan menyebabkan krisis bekalan air kerana proses pemulihan dijangka akan mengambil masa.

Kekurangan air dijangka melibatkan 70% dari seluruh Selangor dan Kuala Lumpur khususnya kawasan-kawasan PJ, Klang, Shah Alam, Kuala Selangor dan Kuala Lumpur.

Kita perlu berjimat dan simpan air sebagai tindakan awal. Anda semua dinasihatkan simpan air bersih untuk 3-4 hari.

Kalau loji yang mahu dibina tetap ditentang oleh kerajaan Selangor atas alasan mereka nak urus pembinaan sendiri kerana mahu komtrak untuk kroni depa, perkara begini akan biasa berlaku.

Air cukup tapi lohi rawatan perlu ditambah dan ada buffer untuk jika berlaku emergency seperti ini.

Pengalaman ini hanya peringatan kepada semua yang anggap krisis air Selangor adalah hanya mainan politik. Jangkaan penggunaan air dan bekalan air terawat dari kapasiti loji ada defisit tapi ramai tak mahu percaya.

Mereka mahu ditipu oleh Khalid Gagap.

Pak Uban sama "bodoh, tuli dan buta sejarah" rupanya

|10 comments

Tak sangka Pak Uban Dato Samad Said dalam golongan "bodoh, tuli dan buta sejarah" seperti digambarkan Desaru with Love SINI, rupanya.

Kumpulan ini menjaja nama-nama kumpulan yang konon pejuang merdeka sebenar dan telah anjurkan bendera baru serta forum untuk bincang itu:


Mereka menjaja nama KMM, PKMM, PKM, AMCJA, API, AWAS dan lain-lain.

Betulkah kumpulan ini semua pejuang kemerdekaan? Perlu dibezakan antara mereka yang baik dengan anti British dan pejuang kemerdekaan. Banyak yang salah faham sejarah kumpulan kiri ini yang walaupun ada sumbangan kepada poliyik dan sejarah negara tapi nak kata mereka pejuang merdeka tak betul.

Contoh PKMM mahu merdeka dari British tapi bersekongkol dengan penjajah Jepun, dilahirkan oleh Parti Komunis yang bukan warganegara Tanah Melayu yang kejam terhadap Melayu dan mahu kuasai lepas Jepeun serah diri, mahu Indonesia jadi penjajah kita dan sedia sokong Malayan Union.

Hala tuju mereka akhirnya tak lah untuk merdeka tapi mahu hanya lawan British. UMNO "bekerjasama" dengan British tapi taklah kita mahu tunduk. Kita gun akepintaran untuk dapatkan kemerdekaan dari british bagaikan tarik benang tak lari tepung.

Baca ABITW SINI jawab dan jelaskan sejarah. Ikuti filem Hati Malaya 1957 untuk fahami berikut:


Kalau dah faham, eloklah. Cara nak hadapai bodoh tuli dan buta sejarah begini saja:

Penang akan sambut Merdeka bila Guan ENg dah halau Melayu, India keluar

|4 comments





Memang hebat Pulau Pinang bawah DAP menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 56.

Kalau pelancong asing sampai Penang dan keluar dari Airport melalui jalanraya sepanjang jalan, pasti mereka terkejut dan terpegun.

Terkejut dan terpegun kerana serupa tiada bendera Malaysia dikibarkan disepanjang jalan untuk sambut Merdeka Malaysia. Dah jadi serupa melalui bandaraya Hong Kong yang belum sampai ketika rakyatnya hendak menyambut hari penubuhan tanah jajahannya dari CHINA.



Seperti tiap tahun, orang ramai akanke Padang kota untuk sambut kedatangan hari Merdeka. Lama-lama orang tunggu, tapi tiada pun apa-apa atau pertunjukkan bunga api pada malam tadi. Begitu juga di Jalan Pengkalan Weld dan Persiaran Gurney.

Tiada perayaan di hotel-hotel dan lain-lain. Ianya seolah-olah mereka memboikot hari merdeka.

Lihat gambar-gambar:








Penang sunyi dari meraikan Merdeka.   

Mungkin bila tak ada Melayu dan India dalam Pulau Pinang baru DAP nak sambut merdeka. Belum apa-apa dia kata silat dan keris perkauman pulak. Serupa nak halau Melayud an budaya Melayu nak dihapuskan komunis DAP.


Pena Minang menyedari Pakatan memboikot Hari Merdeka:



Bila pula Pakatan Pembangkang nak umumkan Tema dan Logo sambutan hari kebangsaan ke 56? Jika tahun lepas negeri-negeri yang dikuasai oleh mereka seperti Kedah, Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor tampil dengan logo dan tema yang ditetapkan oleh Pemimpin Pakatan, kenapa tahun ini dah tak ada? Adakah semangat hari kebangsaan mereka sekadar bermusim atau bila tiba musim pilihanraya semata-mata? Macai Pakatan boleh bagi jawapan?
 


Sebab Cina, Portugis tawan Melaka, British masuk campur Perak

|4 comments

Portugis dengan senapang dan bedil mereka tidak boleh jajah Malaysia tanpa ada pembelotan. Saudagar Cina di Melaka sebenarnya telah membelot dan membawa masuk Portugis. Baca Papa Gege sini dan Angin Perubahan sini.

Baca juga kisah pembelotan di posting WZWH bulan November 2012 sini.

Jika tidak, taklah kita dijajah Portugis.

AIDC pula menceritakan bahawa kalau tidak pasal kongsi gelap Cina gaduh sesama sendiri, Inggeris tidak pula masuk campur tangan dalam kerajaan Melayu Perak yang menjadi pemula campurtangan dalam lain-lain negeri.

Apabila Kementerian Dalam Negeri (KDN) mendedahkan nama sebanyak 49 pertubuhan haram termasuk kongsi gelap dengan anggaran mempunyai seramai 40,313 ahli di seluruh negara, ramai di antara kita yang tertanya-tanya dan menunggu-menunggu apakah tindakan kementerian berkenaan selanjutnya.

Jika senarai nama sudah ada panjang berjela, sudah tentu ahli-ahlinya yang terlibat dengan jenayah berat dan kekerasan juga sedikit sebanyak telah dikenal pasti.

Dan melihat kepada peningkatan kejadian jenayah-jenayah berat sejak beberapa bulan ini, sudah tentu ini adalah masa yang paling sesuai dan dituntut untuk melakukan pembersihan terhadap semua pertubuhan haram ini. Jika tidak, mahu tunggu bila lagi?

Pertamanya, kita mahu keselamatan setiap nyawa di negara ini terjamin di mana saja mereka berada dan mahu penjenayah-penjenayah yang seolah-olah sedang ‘berpesta’ dengan senjata api ini ditangkap dan menerima hukumannya.

Malaysia yang kecil ini, bukan negara koboi yang tidak mempunyai undang-undang yang membuatkan mereka kebal atau kalis undang-undang walaupun menganggotai kumpulan yang paling ganas sekali pun di negara ini.

Dan keduanya, kita tidak mahu, kumpulan-kumpulan kongsi gelap yang dianggotai penjenayah-penjenayah yang dikategorikan polis sebagai paling ganas dan berbahaya ini terus berakar umbi dalam negara ini sampai beratus-ratus tahun akan datang dan memberikan ancaman yang amat besar kepada negara.

Sememangnya, kegiatan kongsi gelap di negara ini sudah wujud sejak negara kita belum merdeka lagi. Kita tidak sepatutnya melupakan sejarah bagaimana pergaduhan antara kumpulan kongsi gelap Hai San dan Ghee Hin satu ketika dulu kerana berebut kawasan telah mencetuskan Perang Larut, di Perak dan menyebabkan pihak British campur tangan.


Baca AIDC sini

Selamat Hari Merdeka!

|4 comments


Friday, August 30, 2013

Ingatkan hak Islam diambang hari Merdeka

|4 comments

MESEJ KEMERDEKAAN – HORMATI ISLAM SEBAGAI AGAMA NEGARA

Seperti biasa 31hb Ogos disambut sebagai hari Merdeka. Di dada-dada akhbar, TV dan media sosial dibincang hangat mengenai tafsiran kemerdekaan. Apapun tafsirannya kemerdekaan bukan sahaja sesebuah Negara itu bebas daripada segala bentuk penjajahan tetapi yang lebih penting daripada itu rakyat Negara berkenaan mesti merasakan diri mereka bangsa bermaruah di Negara yang berdaulat.

Maruah dan kedaulatan begitu tinggi nilainya. Maruah dan kedaulatan juga tidak membawa erti sekiranya minda masih terjajah dan menjadikan Negara yang pernah menjajah sebagai kiblat dan model utama kepada model pembangunan Negara yang telah merdeka itu.

Alhamdulillah kita di Malaysia rata-ratanya 28 juta rakyat telah dan sedang menikmati buah hasil sebuah kemerdekaan. Tetapi bagi sesetengah pihak pula mereka masih menagih pengisian kandungan kemerdekaan itu. Apa yang dilihat model perancangan pembangunan Negara dikatakan sebagai “carbon copy” kepada model yang berlaku di Barat, di Eropah dan di Amerika. Ertinya pembangunan masih diletakkan atas landasan mencapai matlamat material sementara faktor-faktor keinsanan dilihat sebagai sengaja dipinggirkan.

Pihak-pihak yang berkenaan khuatir Merdeka yang disambut setiap tahun yang akan diwarisi oleh generasi yang akan datang, mereka hanya mampu melaungkan perkataan Merdeka dan slogan-slogan lain yang dikaitkan dengannya. Tetapi laungan itu kosong kerana dilaungkan oleh jiwa-jiwa dan hati yang kosong. Kosong dari sifat-sifat keinsanan dan kemuliaan makhluk yang namanya manusia disisi Allah SWT.

Dalam konteks Negara berbilang kaum dan agama seperti Malaysia, terjemahan perkataan Merdeka itu semestinya melampaui batasan kaum dan pegangan agama. Keharmonian yang dikecapi hampir 60 tahun disebabkan rakyat Negara ini khususnya penduduk peribumi yang merupakan golongan majoriti sentiasa menghormati prinsip kebebasan mengamalkan agama disamping perlunya rakyat menghormati Islam sebagai agama Persekutuan dan lain-lain peruntukan dalam perlembagaan yang menjamin kedaulatan agama itu.

Sayangnya diakhir-akhir ini gagasan penyatuan berbilang agama itu sudah dinodai. Hampir setiap hari dalam media baru khususnya diluahkan ungkapan-ungkapan keji menghina maruah Islam di Negara ini. Tindakan sedemikian dengan sendirinya boleh mengundang padah yang dituruti dengan perselisihan berpanjangan di antara kaum di negara ini.

Baru-baru ini Persekutuan Kristian Malaysia (CFM) melalui mesej kemerdekaan mereka telah meminta satu sistem undang-undang yang akan memberikan kesaksamaan dan perlindungan sama rata di bawah undang-undang untuk semua rakyat Malaysia. Mereka juga menyeru semua rakyat Malaysia yang cintakan keamanan untuk menolak mereka yang mempunyai unsur perkauman dan cauvinis agama dalam pertuturan dan tindakan mereka

Saya sangat bersimpati dengan pihak CFM yang seolah-olah masih gagal memahami peruntukan perlembagaan walaupun sudah sekian lama menjadi rakyat Negara ini. Mereka harus sedar bahawa mereka hidup di dalam sebuah Negara yang telah meletakkan Islam sebagai Agama Persekutuan. Justeru itu, untuk menjamin keharmonian bernegara mereka harus menerima dan menghormati Islam sebagai Agama Negara.
Keadilan bukan diukur melalui hak sama rata sama rasa. Sebaliknya keadilan hanya dapat dicapai melalui sifat tasamuh dan bertoleransi sesama kita. Yang minoriti menghormati yang majoriti. Yang majoriti juga perlu menghormati yang minoriti. Hak-hak  yang telah diperuntukkan melalui peruntukan perlembagaan perlu dijunjung dan dihormati oleh setiap golongan masyarakat.

Sekiranya pihak CFM benar-benar ikhlas ingin menyeru rakyat Malaysia untuk hidup aman dan menolak cauvinis agama maka ianya perlu bermula dengan diri mereka sendiri. Mereka perlu mengeluarkan arahan supaya penganut Kristian di Negara ini berhenti daripada menuntut penggunanaan Kalimah Allah yang telah dikhususkan untuk agama Islam di Negara ini. Berilah nasihat kepada sebuah akhbar mingguan Katolik “The Herald” untuk menarik balik penggunaan kalimah Allah di dalam akhbar mereka supaya kes sensitif yang berpanjangan ke Mahkamah Rayuan nanti dapat diselesaikan diluar mahkamah secara “aman”. Hanya dengan langkah-langkah sedemikian sahajalah akan dapat menjamin keamanan dan keharmonian sebuah Negara yang berdaulat.

JATI dan beberapa NGO Islam yang lain menyedari hakikat ini dan berusaha mengambil daya utama memperbaiki keadaan disamping mengharapkan suasana harmoni dan kedamaian yang dikecapi selama ini akan berterusan sehingga ke generasi akan datang.

JATI inigin mengambil kesempatan ini selain daripada ingin mengucapkan selamat menyambut hari kemerdekaan kepada seluruh rakyat Malaysia, juga ingin menyampaikan ingatan kepada mana-mana pihak yang cuba memainkan isu-isu sensitif melibatkan Islam supaya berhenti daripada meneruskan tindakan-tindakan yang mengundang kehancuran itu.

Sempena dengan semangat kemerdekaan ini mari kita bersama-sama memperuntukkan sedikit masa mentelaah perlembagaan Negara. Beri perhatian kepada peruntukan-peruntukan yang berkaitan dengan Islam supaya setiap rakyat dapat memahami, menghayati dan menterjemahkan penghayatan itu kepada gerakkerja-gerkakkerja yang lebih berfaedah dan dapat menjamin keamanan dan keberlangsungan Negara ini.

Pimpinan JATI dan ahli-ahlinya mendoakan agar Allah SWT yang telah mencucuri Rahmat dan Rahim-NYA selama ini terus memberkati Negara ini. Di pihak rakyat Malaysia sewajarnyalah kita melahirkan tanda syukur dengan memperbanyakkan kerja-kerja Islami dalam konteks bertaqarrub kepada Allah SWT.


DATO DR HASAN MOHAMED ALI
Presiden JATI Malaysia
TTDI, KL
29 OGOS 2013

Laporan polis terhadap blogger, Keperluan tingkatkan etika dan kredibiliti

|3 comments
Difahamkan ada satu laporan polis dibuat terhadap seorang penulis blog pro BN kerana menuduh seorang pembantu Menteri terlibat salahguna kuasa dan pengaruh untuk wang bagi mengurangkan cukai berdasarkan sumber seorang dato..

Kononnya wang diberi tapi cukai tak juga turun.


Kes ini sedang disiasat oleh seorang Inspektor di bawah kesalahan criminal defamation di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan. Baca SINI

Hanya menunjukkan blogger pro BN pun boleh disiasat dan tidak seperti yang dituduh oleh pembangkang.

Dah masa blogger pro BN meningkatkan etika dan kredibiliti.

Kenapa Anwar diam di ambang Hari Merdeka?

|18 comments

Yang hidup hanya Twitter dan Blog yang dijalankan pasukannya. Adakah Anwar sakit? Kena AIDS?

Atau dia sedang susat hati nak hadapi Mahkamah Rayuan dalam kes Saiful yang boleh lihatnya kembali ke kampiong halaman di Sg Buloh?

Atau dia kembali ke Georgetown University di Washington untuk merancang strategi baru dengan strategis-strategic neo-con dan CIA di sana?

Sebabnya adalah artikel terberikut:



Boleh baca di SINI. Terjemahnya berikut:


Oleh : Nile Bowie (Penganalisis politik dan juga seorang jurugambar yang kini menetap di Kuala Lumpur)
Transliterasi oleh : UKT Pena Minang

Dipetik dari : Russia Today



Dalam situasi Malaysia yang sedang berhadapan dengan pilihanraya paling sengit dalam sejarah, seorang tokoh pembangkang terkemuka telah dikatakan mendapat bantuan dana dari Amerika Syarikat bagi mengadakan siri tunjuk perasaan selain penyaluran dana kepada parti-parti pembangkang.



Pada awal bulan Mei 2013, Malaysia berhadapan dengan satu pilihanraya paling kompetitif sejak sejak Malaysia mencapai kemerdekaan. Barisan Nasional yang telah menjadi kerajaan sejak negara Malaysia mendapat Kemerdekaan pada tahun 1957 akan disaingi oleh Pakatan Rakyat yang telah menerima bantuan, latihan dan pembiayaan dari yayasan yang dibiayai oleh kerajaan Amerika Syarikat.



Sepanjang tempoh perkhidmatan, Anwar telah dipecat ekoran keputusannya yang mengikut telunjuk pelan IMF ketika krisis kewangan Asia. Sedangkan Mahathir pula menerajui pemulihan Malaysia dari krisis kewangan Asia pada tahun 1997 melalui kawalan mata wang dan langkah-langkah perlindungan. Selepas kejatuhan dalam karier politiknya, beliau (Anwar) telah berkhidmat sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Bank Dunia dan IMF pada tahun 1998. Beliau kemudiannya dilantik menjadi pengerusi Foundation for Future yang berpusat di Washington yang mana yayasan ini ditubuhkan oleh Elizabeth Cheney, anak kepada bekas Naib Presiden Amerika Syarikat dan dibiayai oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat. Anwar menimbulkan kemarahan ramai pihak terutama majoriti Muslim di Malaysia ekoran tindakan beliau yang menyokong dasar untuk melindungi keselamatan Israel dalam temu bual dengan Wall Street Journal - berbeza sama sekali dengan pendirian pemerintah 'untuk menyokong Palestin. Kelayakan unik Anwar dan hubungan rapat dengan pertubuhan politik dan kewangan Amerika Syarikat tidak dinafikan bahawa dia adalah pilihan Washington



Washington selama ini sering melihat Malaysia sebagai sebuah negara yang diperintah oleh pemimpin yang 'degil'. Namun begitu, kejatuhan populariti parti pemerintah telah membuka peluang kepada National Endown for Democracy (NED) untuk meningkatkan populariti Pakatan Pembangkang yang lebih 'MESRA AMERIKA' sekaligus meningkatkan lagi peluang pembangkang menjadi pemerintah melalui pelbagai aspek bantuan seperti kempen di media dan sokongan untuk menjalankan aktiviti demonstrasi jalanan anti-kerajaan. 



Di satu sudut yang lain, bekas Perdana Menteri, Dr. Mahathir Mohamad sering mengundang kemarahan Amerika ekoran kritikan beliau yang secara berterusan terhadap dasar luar Amerika Syarikat dan Israel, manakala Perdana Menteri yang ada sekarang pula bersikap 'retorik' sambil meneruskan pendekatan mesra perniagaan dengan masyarakat barat selain terus mengukuhkan hubungan ekonomi dengan China.



Pada sudut yang berlainan pula, Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim, yang pernah menjawat jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri dibawah kepimpinan Mahathir dilihat mempunyai hubungan yang rapat dengan Amerika Syarikat.



National Endowment for Democracy atau NED, adalah sebuah yayasan yang berpangkalan di Washington, dimana tugas NED adalah menyokong inisiatif demokrasi dan kumpulan pembangkang yang 'mesra' Amerika di luar negara. NED menyediakan lebih daripada 1 juta dolar Amerika bagi membiayai pelbagai projek di Malaysia setiap tahun. NED telah kerap dikritik kerana campurtangan mereka secara terang-terangan dalam program-program bersifat politik disamping penglibatan secara terus dari tokoh politik kanan Amerika dalam yayasan berkenaan.



Di samping membiayai kumpulan 'pengawas' pilihan raya, memantau hak asasi manusia dan laman web berita yang condong ke arah pembangkang, Institut Antarabangsa Republikan ( International Republican Institute : IRI) telah menerima dana berjuta-juta dolar untuk menjalankan program di Malaysia, bagi membantu "parti politik dan para pemikir mereka yang mampu menjadi wakil berkesan di kawasan mereka." IRI dipengerusikan oleh Senator John McCain, yang terkenal dengan sikapnya yang cenderung dan agresif memihak kepada dalam isu-isu yang berkaitan dengan Israel dan konflik Amerika Syarikat di luar negara. 



Manakala jawatan yang lain diisi dengan pegawai-pegawai kanan yang pernah memegang jawatan merangka dasar luar didalam pentadbiran Reagan dan Bush. "IRI bekerja di negara-negara yang Amerika Syarikat mempunyai kepentingan, di mana kita boleh membuat perbezaan ... IRI memberi tumpuan kepada tiga tugas utama: membantu parti-parti politik meluaskan pengaruh mereka, memastikan bahawa pembangkang memerintah sejurus mendapat kekuasaan, memerintah dengan adil, sekaligus membantu masyarakat sivil dalam menjamin tadbir urus yang baik ... IRI boleh membantu menjadi pemangkin kepada usaha aktivis demokrasi di negara - selagi mereka mahu perubahan yang lebih daripada kita mahukan, ianya untuk mereka, "Nukilan Presiden IRI ini, Lorne Craner, yang sebelum ini memegang jawatan di Jabatan Negara Amerika Syarikat.



The National Democratic Institute for International Affairs atau Institut Demokratik Kebangsaan untuk Hal Ehwal Antarabangsa juga menerima bajet yang besar bagi membiayai projek-projek mereka di Malaysia. Madeleine Albright, bekas Setiausaha Negara Amerika Syarikat, peneraju agenda perang Amerika dan misi ketenteraan NATO merupakan pengerusi NDI. Di samping itu, bekas Senator Thomas Daschle dan bekas pengarah AIPAC Kenneth Wollack mempunyai jawatan tinggi dalam NDI. 



Pakatan Pembangkang di Malaysia telah memenangi kejayaan yang bersejarah dalam pilihan raya 2008 dengan menguasai negeri-negeri utama seperti Pulau Pinang dan Selangor. Menurut laman web NED, IRI menerima 802,122 dolar Amerika pada tahun 2010 untuk bekerja dengan "pemimpin negeri di Pulau Pinang dan Selangor untuk menyediakan mereka dengan kajian pendapat masyarakat, latihan dan sumber-sumber lain bagi membolehkan mereka menjadi wakil yang lebih berkesan kepada pengundi mereka". 



IRI mendakwa bahawa mereka "tidak menyediakan pembiayaan secara langsung kepada parti-parti politik" di Malaysia, tetapi apa yang diperkatakan adalah tidak telus. Penyediaan bajet dan penekanan kepada membantu pembangkang bagi memperluaskan populariti parti-parti politik di negeri-negeri pakatan pembangkang membuktikan berlakunya pembiayaan secara tidak langsung.



NED mendapat pembiayaan melalui Kongres AS, menerusi bajet USAID, agensi Amerika Syarikat yang berperanan menyalurkan bantuan pembangunan selain ianya juga merupakan sebahagian daripada agensi dibawah Jabatan Negara Amerika - ini bermakna wang NED, yang mereka salurkan kepada negara-negara asing itu datangnya daripada dana awam yang dibayar oleh pembayar cukai Amerika Syarikat. Kebanyakkan pembiayaannya disalurkan kepada dua komponen utamanya iaitu Institut Republikan Antarabangsa (IRI) dan Institut Demokratik Kebangsaan untuk Hal Ehwal Antarabangsa (NDI). NED dikehendaki untuk memaklumkan laporan kewangan mereka, tetapi bagi yayasan yang kecil, undang-undang ini tidak diguna pakai bagi IRI dan NDI, yang mana kedua-duanya merupakan penerima utama dana di Malaysia.



Menurut laman web rasmi NDI, mereka telah mengadakan "bengkel parlimen peringkat negeri di Selangor dan Pulau Pinang" kerana "parti-parti pembangkang mempunyai pengalaman yang terhad dalam kerajaan, dan banyak ahli-ahli parlimen yang dipilih pada tahun 2008 tidak mempunyai pemahaman dalam proses parlimen perlembagaan ." Bermula dari tahun 2007, rakyat Malaysia telah menunjukkan sokongan kepada 'Bersih', sebuah kumpulan pemantau pilihan raya yang dikenali sebagai 'Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil.' 'Bersih' telah menganjurkan perhimpunan menuntut pembaharuan pilihan raya, yang sedikit sebanyak dikritik sebagai tali barut pembangkang ekoran penyertaan yang aktif dari tokoh-tokoh terkemuka pembangkan. 



Bersih yang dipimpin oleh Ambiga Sreenevasan, penerima Anugerah Jabatan Negara Amerika Syarikat, mengakui bahawa Bersih menerima dana dari agensi berkaitan dengan kerajaan Amerika Syarikat seperti NDI dan Open Society Institute, yang mana OSI diketuai oleh jutawan Yahudi George Soros. Tunku Abdul Aziz Ibrahim, seorang senator di dewan negara dan juga bekas tokoh pembangkang, baru-baru ini mengeluarkan kenyataan memperincikan penglibatan Amerika dalam membiayai dan menganjurkan perhimpunan Bersih.



Menurut Aziz, Yayasan yang berpengkalan di Amerika telah merangka gerak kerja dan menggariskan fungsi dan operasi Bersih. "Dalam mesyuarat itu, saya telah ditawarkan untuk mengetuai badan pemantau kerana mereka berkata, saya mempunyai kelayakan, integriti dan kredibiliti bagi jawatan itu. Mereka memberitahu saya bahawa pergerakan itu adalah untuk memastikan pilihan raya yang bebas dan adil di negara ini," kata Tunku Aziz yang turut mendedahkan bahawa beliau telah ditawarkan kira-kira 4 ribu dolar Amerika sebulan, serta lain-lain faedah dan elaun bagi kedudukannya. 



Aziz juga mendakwa pemimpin pembangkang Malaysia menggunakan Bersih untuk menyalurkan sokongan kepada kempen politik beliau. "Anwar menggunakan sebaik mungkin rangkaian antarabangsanya untuk mendapatkan dana ini. Saya tidak tahu sama ada pemimpin-pemimpin Bersih tahu ataupun tidak. 



Tetapi Bersih adalah 'kenderaan' Anwar untuk menerima dana antarabangsa di bawah nama demokrasi dan pilihan raya yang bebas dan adil. Bersih bukan sebuah organisasi bebas ataupun non-partisan. Ia adalah 'bayi' Anwar." Aziz walaubagaimanapun menolak pembiayaan luar negara itu kerana faktor integriti nasional dan maruah."Organisasi tempatan perlu menjustifikasikan kewujudan mereka kepada rakyat Malaysia, bukan kepada orang asing. Organisasi tempatan tidak perlu berhutang dan setia kepada warga asing," tegasnya.



Jika dilihat secara teliti dari 'bahasa' yang digunakan oleh yayasan ini, mereka menuntut supaya wujudnya satu gerak kerja ke arah "meluaskan pengaruh parti-parti politik,". Satu persoalan yang kritikal terlintas di fikiran - bila tidak dipanggil 'mempromosi demokrasi' bukankah ianya menjadi suatu campur tangan politik? Gerak kerja NED agak kabur. 



Mereka berdiri diatas dua garisan, mereka berlakon kononnya menyokong ketelusan pilihan raya, kebebasan dan mempromosi hak asasi manusia. Parti pemerintah Malaysia tidaklah begitu sempurna - mereka tidak bersedia untuk menangani isu-isu rasuah peringkat tertinggi, kemewahan para elitis masih menjadi masalah yang besar, dan kaum minoriti pula merasa diri mereka dipinggirkan berikutan dasar-dasar tindakan afirmatif berasaskan kaum, yang memihak kepada majoriti Muslim. 



Pakatan pembangkang, yang telah berikrar untuk menghapuskan autoritarian dan rasuah, telah mengeluarkan satu manifesto, yang mana ada pihak memuji dan ada pihak yang meragui manifesto berkenaan. NED walaubagaimanapun tidak menjalankan satu inisiatif demokrasi di Singapura - Sekutu Kuat Amerik Syarikat, walaupun negara berkenaan mempunyai persekitaran yang kurang demokratik berbanding Malaysia. Jadi apakah yang boleh mendorong Washington untuk menghabiskan duit dan memberikan begitu banyak perhatian kepada pakatan pembangkang di Malaysia?



Kita jangan terlupa dengan tujuan sebenar Amerika dalam kepentingan blok ASEAN. Penguasaan pengaruh Amerika di Blok ASEAN adalah sebagai satu langkah mengimbangi kuasa dan pengaruh Beijing. Perdana Menteri Malaysia Najib Razak telah menjelaskan peri pentingnya hubungan yang wujud diantara Malaysia dengan China, sambil melihat ke Beijing yang memulihkan ekonomi berorientasikan eksport Malaysia selepas krisis kewangan global 2008.



Pertukaran kepakaran diantara China-Malaysia dalam bidang seperti kewangan, pembangunan infrastruktur, sains dan teknologi, serta pendidikan yang mana tidak pernah mencatatkan tahap tertinggi sebelum ini. China telah menjadi rakan dagangan terbesar Malaysia, dengan angka-angka perdagangan mencecah 90 bilion US Dolar pada 2011 manakala Malaysia adalah rakan perdagangan terbesar China di kalangan negara-negara ASEAN. Sokongan Washington kepada pembangkang Malaysia yang 'mesra-Amerika' mesti dilihat dalam konteks semasa untuk meningkatkan kekuatan tentera dan penguasaan mereka ke atas rantau Asia Pasifik dalam rangka dasar 'Pivot ke Asia'. 



Malaysia mempunyai hak kedaulatan ke atas Selat Melaka, laluan bekalan yang paling penting bagi China untuk tujuan pengangkutan minyak dan lain-lain bahan yang penting kepada pembangunan serta ekonomi yang berterusan. Selain daripada lokasi yang strategik, Malaysia mempunyai ekonomi yang berkembang pesat dengan purata kira-kira pertumbuhan 7 peratus setiap tahun. Malaysia juga merupakan pengeksport ketiga terbesar di dunia bagi gas asli cecair (LNG) selepas Qatar dan Indonesia, dan negara ini telah mempunyai lebih 4 billion tong minyak sebagai rezab.



Malaysia adalah pemain utama di Asia Tenggara, dan Washington melakukan apa yang boleh untuk meluaskan lagi pengaruh pakatan pembangkang selepas kejayaan dalam pilihan raya umum ke 12 pada tahun 2008. Pada tahun 2013, pakatan pembangkang bergantung kepada undi dari mereka yang tidak berpuas hati dengan status quo serta demografi besar pengundi muda yang mahu mencabar parti pemerintah dalam pilihanraya. 



Di bawah parti pemerintah, Malaysia telah berubah daripada menjadi sebuah negara pengeksport getah dan bijih timah kepada pemain utama industri dengan industri automobil tempatan yang kukuh. Parti pemerintah telah berjaya mewujudkan pertumbuhan ekonomi yang stabil, manakala menjanjikan 3.3 juta pekerjaan baru dalam sektor berpendapatan tinggi dan menarik pelaburan berjuta-juta dolar. Dalam situasi pilihan raya yang kritikal di negara ini, pengkritik bertanya samaada pembangkang yang belum dicuba kemampuannya ini dapat menjamin pertumbuhan berterusan. 



Perbincangan dikalangan pengundi juga yang menjurus antara parti pemerintah dan pembangkang juga secara tidak langsung mewujudkan elemen memilih antara China dan Amerika Syarikat. Keputusan pilihanraya akan datang dijangka menjadi penentu masa hadapan dasar luar Malaysia selain berpotensi menjadi satu pergolakan politik yang berterusan. Berjuta-juta dolar Amerika telah disalurkan kepada pembangkang di Malaysia, bukti bahawa Washington mempunyai agenda tersendiri di rantau ini.



[Makluman : Kami akui terdapat kelemahan dalam proses penterjemahan semula. Namun kami sedaya upaya untuk mengekalkan maksud asal penulis. Segala kekurangan dan kelemahan kami dahului dengan memohon maaf.]
GAP

Rupa-rupanya Anwar nak atur supaya kita di jajah semula...Bukan kita cakap tapi orang putih sendiri dedahkan Anwar bersekongkol dengan orang putih.

Esok nak merdeka tapi rasa hambar

|13 comments

tema-dan-logo-hari-kemerdekaan-56-2013

Bahasa mudah kepada ‘Kemerdekaan” ialah bebas daripada cengkaman penjajahan politik, penjajahan ekonomi dan penjajahan agama. Dari satu sudut, negara kita sudah 56 tahun bebas daripada penjajahan British, iaitu pada 31 Ogos 1957 dan pada 16 September 1963 bagi Sabah, Sarawak dan Singapura.

Singapura pula, oleh kerana Kerajaan Ratu England tidak hendak memberi kebebasan kepada Singapura walaupun lebih 10 kali Ketua Menteri Singapura dan delegasinya ke London memohon kemerdekaan, ditolak oleh Kerajaan Ratu England. Akhirnya, Lee Kuan Yew berfikir, untuk Singapura merdeka ada satu jalan sahaja iaitu “perlu melalui Malaysia”.

Kemudian, Lee Kuan Yew menjadi ego dan Singapura berjaya merdeka sepenuhnya, merdeka dari Kerajaan Ratu England dan merdeka dari Malaysia. Adakah kamu fikir Lee Kuan Yew seorang ahli politik yang bercakap benar, namun saya setuju kata-kata Lee Kuan Yew bahawa adalah mustahil Anwar dan Pakatan Rakyat boleh memerintah Malaysia.

Sebenarnya bukan tahun 2013, sahaja tetapi sebelumnya sambutan kemerdekaan negara kita turut di tahap kurang memberansangkan. Tahun lalu isu besarnya berkenaan logo, tahun ini Logo Kemerdekaan negara kita sangat cantik dan berkesan. Saya pasti ramai yang suka dan teruja.

Tahun ini isu “hambar” pula?



KURANG BAJET ATAU KURANG IDEA ?

Jika kita imbas tahun-tahun dahulu, pelbagai aktiviti diadakan oleh agensi-agensi kerajaan untuk menyedarkan dan memupuk semanagt Patriot kepada negara.

Baca sepenuhnya di Merdeka Online SINI

Akhirnya DAP kuku besi, Tun M yang lebih terbuka

|4 comments


Tak payah lagi nak jadi "nanny state" atau kerajaan kuku besi yang nak cuba kuasai minda rakyat. Tengok semua dan nilai sendiri.

Tak perlu dengar propaganda dan psywar semua pihak terutamanya DAP dan Red Bean Army yang mahu kuasai minda orang ramai dan ditiupkan budaya benci dan ketidak sopanan..

Berikut dipetik dari KeKL:



Rakyat sepatutnya dibenarkan untuk menonton filem berkisar tentang sejarah seperti Tanda Putera dan New Village, dan mereka akan membuat keputusan sendiri mengenainya, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Jika mereka mahu mengharamkan Tanda Putera, mereka sepatutnya mengharamkan kedua-dua filem.

“Jika mereka mahu menayangkan filem, mereka sepatutnya menayangkan kedua-duanya. Kemudian, rakyat akan membuat keputusan berdasarkan pandangan mereka,” katanya pada sidang media di Shah Alam, Khamis.

Beliau berkata demikian ketika diminta pandangan mengenai keputusan untuk menayangkan filem kontroversi Tanda Putera.

Filem Tanda Putera merupakan arahan Datin Paduka Shuhaimi Baba, yang menggambarkan mengenai rusuhan 13 Mei 1969, memfokuskan Perdana Menteri Malaysia kedua, Tun Abdul Razak Hussein dan timbalannya, Tun Dr Ismail Abdul Rahman.

Manakala New Village, berlatarkan zaman penjajahan British pada era 1950an di Tanah Melayu, dan menggambarkan kisah cinta antara seorang gadis kampung dan seorang gerila komunis, yang mengimbas mengenai kehidupan kaum Cina pada zaman darurat.


P/S Lebih hebat pandangan Tun Dr Mahathir yang dituduh kuku besi oleh DAP tapi dia yang lebih terbuka. Sekarang apa DAP mahu kata bila rakyat dah lihat mereka memang munafiq opps ... silap hipokrit. Cakap pasal kebebasan keterbukaan dan kebebasan tapi ada sedikit kuasa, mereka dah nak tutup mulut orang lain. 

Inilah pandangan orang yang sembahyang punya. Gambar Tun sembahyang di Masjid negara bersama rakyat setiap minggu.

Menteri hanya marah, tapi KP FINAS benarkan GSC tahan tayangan?

|11 comments


The Unspinners membaca kenyataan Menteri, Dato Shaberry Chik di Helen Ang SINI. Nampaknya dia hanya marah saja tapi tak bertindak. Sepatutnya dia beri amaran kepada Guan Eng untuk saman atau amaran akan tarik balik pengusaha panggung.

Mana tidaknya?

PBT hanya berkuasa dalam hal keselamatan, lesen operasi dan lain-lain tapi pelepasan sesuatu filem adalah ruang kuasa KDN di bawah LPF. Perkara ini sudah jelas lulus. Jemaah menteri pun tak ada masaalah untuk benarkan siaran lepas pilihanraya.

Dari mula, KDN tidak ada masaalah untuk meluluskan. Malah ketika mantan Menteri Dato Dr Rais Yatim buat helah ada masaalah dengan LPF, sebenarnya dia menipu untuk halang filem ini di tayangkan.

Malahan apabila Wee Ka Siong cuba menyalahkan pada Pengarah Filem jika ada apa-apa berlaku, dia nampak sangat menunjukkan kebodohannya. Malah dia juga dedahkan niat jahat MCA sama dengan niat jahat DAP dan The Star. BAca Helen Ang SINI dan SINI.

TANDA PUTERA adalah dimasukkan dalam kategori wajib tayang. Mana-mana panggung yang tidak tayangkan TANDA PUTERA harus di tarikbalik lesen. Baca Tok Gajah SINI


Sebaik saja Lim Guan Eng mengacah untuk tahan tayangan di Pulau Pinang menggunakan kuasa PBT, GSC telah mengumukkan setuju untuk tahan tayangan. Baca komen Helen Ang di SINI.

Kemudian dia cuba bermain psywar konon, dia tak mengeluarkan arahan tapi hanya nasihat. Tapi sebenarnya dia telah arahkan, lihat surat berikut:

Ambil dari Belantan SINI


Lim Guan ENg telah arahkan Ng Wei Aik yang rasis untuk keluarkan surat pekeliling. Konon-konon dia ubah kenyataan, kata Belantan.

Dengan segera Golden Screen Cinema terus tidak mahu siarakan dengan alasan ikut arahan ibu pejabat. GSC tidak akan berbuat demikian jika Ketua Pengaraha FINAS tidak persetujui.

Nampaknya Ketua Pengarah FINAS macam takde telor dan tidak tahu kuasa yang FINAS ada. If you are powerful, use your powerful. If not, you are bloody full.

Nampaknya betullah Menteri hanya tahu marah tapi tak berani bertindak

Guan eng hanya ugut, Menteri dah melatah, Ketua Pengarah penakut dan akhirnya Robert Kuok hanya sedia berkerjasama dengan DAP. Lepas Tanda Putera, kami nak boikot GSC dan semua produk dan perkhirmatan syarikat  Kuok brothers.

Thursday, August 29, 2013

Pertanyaan untuk Omar Ong: Adakah k/tangan PEMANDU undi BN?

|30 comments

The Unspinners menerima email dari seorang penghantar anonymous yang mengandungi senarai kakitangan PEMANDU, Jabatan Perdana Menteri.

Ramai tahu PEMANDU adalah  rekaan Omar Ong Punahsihat Muaallaf dari firma konsultan Ethos Consulting. Omar merupakan salah seorang anggota war rooom BN. Muka depan yang sering kita lihat bersuara untuk PEMANDU adalah Dato Idris Jala dari Shell yang gagal memulihkan MAS dan kini naik pangkat jadi Menteri penuh.

Menurut maklumat web, struktur formal PEMANDU adalah  berikut:



Penghantar email memberi nama senarai kakitangan yang lain pula:


Chris Tan
Director (Electrical & Electronic) at PEMANDU (Performance Mgmt and Delivery Unit, Prime Minister's Department)



Dato Ahmad Suhaili Idrus CMgr FCMI
Director PEMANDU PM Dept Putrajaya


John Toh
Director, Project Development at PEMANDU (Performance Mgmt and Delivery Unit, Prime Minister's Department)
Previously with MAS, Shell (Oxford)


Kok Peng Ku
Director, Palm Oil & Rubber NKEA & ETP Investment, PEMANDU


Mien Dee Yong
Senior Manager at Economic & Government Transformation Program, PEMANDU, Prime Minister's Office of Malaysia


Zehan Teoh
Electrical & Electronics national key economic area (NKEA) PEMANDU, Prime Minister's Office of Malaysia



Farah Intan Burhanudin
Senior Analyst at PEMANDU (Performance Mgmt and Delivery Unit, Prime Minister's Department)
Previously with Zaid Ibrahim & Co. (UIA)


Jade E
Senior Analyst at PEMANDU (Performance Mgmt and Delivery Unit, Prime Minister's Department)


Yong Yoon Kit
Associate Director at Pemandu


Foong Chee Hoe
Senior Manager at PEMANDU (Performance Mgmt and Delivery Unit, Prime Minister's Department)


Dhanendra Sivarajah
Manager, National Key Economic Areas at PEMANDU (Performance Mgmt and Delivery Unit, Prime Minister's Department)


Saffura Chinniah
Director at PEMANDU (Performance Mgmt and Delivery Unit, Prime Minister's Department)



Cheryl Lim
Associate Director at PEMANDU (Performance Mgmt and Delivery Unit, Prime Minister's Department)
Previously with Price Waterhouse Singapore


Zadil Hanief Mohamad Zaidi
Associate Director at PEMANDU


Rita Irina Wahab
Senior Manager at Performance Management & Delivery Unit (PEMANDU)


Rizal Nainy
Associate Director (NKEA) at PEMANDU (Performance Management and Delivery Unit, Prime Minister's Department)


Azree Pardas
Manager NKEA at PEMANDU (Performance Management & Delivery Unit, Prime Minister's Department)
Previously with Ethos Consulting


Persoalan yang terlintas di sanubari kami adalah jika betul mereka ini kakitangan PEMANDU, adakah kakitangan pilihan ahli war room ini mengundi BN?


Penghantar e-mail pula meninggalkan mesej berikut kepada kami:


Here's the list of the 'Drivers' who are screwing the PM.  Donno whether exposing the list could do us any good but...& I donno what else to do.

These young people are made Senior Officers and actually rule the country on behalf of the PM. 

If you know them personally, you will find that some of them are supporters of BERSIH.  They are from Zaid Ibrahim and Co., Singapore's Price Waterhouse and all over the place.  Looks like the PM really believe that the Malay nationalists can never fit to be his advisors and that only the chinese, pan asians or the liberalists have the real brains.

Somebody needs to remind the PM that it was the Malay nationalists that took us to where we are.  And there are many more Malay nationalists in the corporate sectors whose brains may not be as good as Tun Daim's or Tun M's, but they definitely have way much better brains than the morons in the list who let the dogs (gangsters) out and donno what to do next.  The PM just needs to use his heart to look for them.  

Harap PM ambil perhatian dan perbaiki keadaan. Kami hanya menyampaikan keresahan ramai pengundi BN. Itu saja permintaan kami sebagai penyokong

Wednesday, August 28, 2013

Penerangan tak jelas, Khairy masih kelihatan hentam Utusan

|20 comments

Seorang rakan wartawan Melayu meluahkan rasa sedih kepada rakan-rakannya apabila Khairy dikatakan telah menghentam daripada mempertahankan Utusan Malaysia dalam satu forum pelajar.

Kata rakan waratawan ini, "Kalau macam ini sikap yang ditunjukkan, bersedia sajalah melihat institusi melayu dan orang melayu akan terus dipinggir dan dipersalahkan kerana ada pemimpin UMNO nak jaga hati semua pihak. Tahniah katanya."

Disampuk seorang rakan, "Nak buat macam mana bila Melayu sendiri yang nak bunuh Melayu."

Ekoran kesediaan Khairy menghentam Utusan, MCA membuat tuduhan rasis terhadap Utusan kerana mempersoalkan pembangunan hub makanan cina antarabangsa di Jalan Alor. BAca SINI

Wartawan itu sambung, "Kalau akhbar Cina bantai orang Melayu, ada pemimpin UMNO akan berhujah itu kebebasan bersuara tapi apabila akhbar Melayu mempersoalkan orang cina, itu dianggap rasis dan kebanyakkan pemimpin UMNO hanya berdiam dan membiarkan saja."

Rakan itu sampuk balik, "Pak Menteri terlampau nak jaga hati Cina yang sememangnye tak sokong kerajaan. Buat apa mahu pandang mereka, kita perlu kukuhkan agenda orang Melayu yang telah memberi kemnangan buat BN pada PRU13

"Masaalahnya ada pemimpin Melayu berhujah kerusi BN kurang kerana orang Melayu tak sokong kerajaan. Tak ada seorang pun kata ini kerana Cina tak sokong BN. Maklumlah takut dituduh rasis..."

Seorang rakan lain menambah, "Orang Cina masuk beraya di Istana Anak bukit pakai seluar pendek je. Yang perempuan Cina pun sama pakai seluar katok. Celaka betul dia orang ni. Tak hormat langsung Istana melayu."

Wartawan itu bersuara, "Pemimpin melayu UMNO kita banyak termakan budi cina. Nak hidup senang cari Cina. Inilah jadinya. Kita kena terima hakikat bahawa kewujudan segelintir pemimpn UMNO yang tongong yang merosakkan Melayu sebenarnya.

"Orang Melayu kena sedar bahawa semakin ramai pemimpin mereka sudah tidak pedulikan mereka lagi. Oleh itu, pilihlah suara yang sedia dan berani membela orang Melayu. Jika tidak akhirnya bangsa lain diutamakan, orang Melayu terus diHULUkan."

Perbualan ini berlegar berkenaan laporan Malaysiakini dimana Khairy kata Najib tidak perakui artikel Utusan Malaysia dan Malaysian Insider laporkan dia berkata "Utusan's headline was wrong but it was not endorsed by the government."

Blog penyokong kuat SINI memberi alasan bahawa ini semua adalah usaha pihak pembangkang yang mahu memutarbelitkan kenyataan Khairy dan ada pihak yang mahu "tumpang tui" mengkritik Khairy. Masaalah jawapan sedemikian adalah agak cetek.

Ia tidak menjelaskan di mana kenyataan Khairy yang sudah diputarbelitkan. Siapa yang dituju Khairy bila dia menulis "sudah tentu KJ perlu menyatakan pendirian kerajaan yang tidak selari dengan tindakan mana-mana akhbar yang menyalahkan sesuatu kaum atau lebih teruk, cenderung melakukan provokasi terhadap kaum lain"?

Sepatutnya jelaskan pendirian tentang penulisan artikel "Apa lagi yang cina mahu?" keran isi kandungnya satu ulasan yang adil. Cuma tajuk saja agak provokatif sedikit tapi masih sesuai.

Ikut cara Presiden Pertubuhan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas), Mohd. Ridzuan Abdullah yang sokong Utusan bahawa Malaysia bukan Hong Kong maka tak perlu nak biarkan jadi macam Hong Kong lagi.

Katanya, "MCA perlu cermin dahulu muka mereka sebelum menuduh akhbar Utusan Malaysia perkauman. Tidakkah parti itu sedar bagaimana sokongan masyarakat Cina terhadap kerajaan pada Pilihan Raya Umum Ke-13?"
Baca laporan sepenuh di Utusan Malaysia.
Harap KJ menunjukkan sikap konsisten kerana khabarnya Kementeriaannya membayar Utusan Malaysia sebagai sponsor untuk memberi liputan kepadanya dan Kementerian disamping mengikis imej piberalnya di kalangan orang Melayu.

DAP kata Melayu pendatang, PAS dan PKR setuju

|12 comments

Dengar video Chong Eng kata pada tahun 2011, berikut:


Kita benarkan pendatang ini duduk dan dapat warganegara, sekarang kita dipanggil mereka sebagai pendatang.

Chong Eng ni mesti buta sejarah atau sengaja nak jerat kita masuk perangkap dia. Camna Melayu jadi pendatang walhal Nusantara ni tempat Melayu pindah randah sejak zaman dulu.

Bodoh punya org.....!!

Geo-culture Nusantara Melayu adalah kawasan asal Melayu. Sebagaimana Geo-Culture India untuk orang India dan geo-culture China adalah tempat asal orang Cina.

Kalau orang Cina dalah geo-culture di Nusantara Melayu, kenapa tak ada orang lain selain dari Cina yang bercakap Cina dan berbudaya Cina? Baca tulisan lama Unspinners, Melayu bukan pendatang, tapi pribumi "geo-culture" Nusantara di SINI.

Bodoh punya YB!!!

Baca peminggiran Melayu oleh Cina Singapura

|6 comments

Should Article 152 be scrapped from the Singapore Constitution?

By Penghulu - Posted on 18 November 2011

By Alfian Sa’at

The event was a screening of Singapore short films. During the Question & Answer session at the end, a member of the audience, a Korean man, offered an observation: “Despite the fact that Singapore is a multiracial country, why are the films shown tonight all in Chinese?”

His query provoked an immediate response from a lady in the audience. Before the microphone could be passed to her, she had shouted out, almost defensively, ‘Majority, what!’

There is of course a certain undeniable logic to the woman’s outburst. The Chinese are an overwhelming 75% of Singapore’s population. This is a very sizeable majority, if we compare it to other ‘multiracial’ countries: Malaysia (65% Malays and Bumiputra groups), Fiji (55% Fiji Islanders) and Guyana (44% Indo-Guyanese). If there were more media representations of the Chinese than the other races in Singapore, it was a matter of simple arithmetic.

But that was the woman actually saying with that phrase? Was she peeved that this ‘foreigner’ dared to suggest that Singapore’s ‘multi-racial’ ethos was superficial, even fraudulent? At the same time, I couldn’t help but be struck by a glib sense of entitlement that accompanied her prickly response.

*********

Recently, the Straits Times ran a feature article asking whether minorities in Singapore deserve a ‘special position’. What the article failed to recognize, however, was the ‘special position’ enjoyed by Chinese Singaporeans.

Simply put, these are the privileges that come from being members of the majority race.

When I was younger, I used to question why local advertisements rarely featured non-Chinese faces (bank and credit card companies were notorious for projecting images of well-heeled Chinese yuppies). I wondered why TVMobile showed Chinese programmes, which only served to marginalize those of us sitting in the bus who didn’t understand the language. But I came to realize that equal representation was simply not possible in a country where one particular ethnic community formed the bulk of the target market. I began to appreciate the difficulties of any minority, no matter how entrepreneurial, to penetrate communal business networks, where guanxi links have ossified over several generations.

It’s not simply economic supremacy that the majority enjoys, but also political hegemony. Singapore practices a form of electoral democracy, which by its definition establishes rule by a majority. Because of the HDB quota system, which mandates that the ethnic composition in each estate should mirror that of the nation as a whole, minority communities do not form any significant electoral bloc.

While areas such as Kembangan, Geylang Serai and the Southern Islands used to be Malay-dominated strongholds, this has been diluted over time. We can contrast this, for example, with the state of Pulau Pinang in Malaysia, where the Chinese actually form the majority. Ironically, the attempt to prevent certain neighborhoods from becoming Malay or Indian enclaves has actually resulted in each ward becoming a Chinese enclave.

Baca seterusnya di KampungNet Singapura SINI.
fda

Link2Me WeLinkBk (254)