Friday, December 13, 2013

Pasukan keselamatan kecik hati dengan Idris Haron


Sudahlah penganugerahan Pingat Kedaulatan Negara disalah guna untuk sesetengah pegawai tertinggi kerajaan dan setiausah menteri salahguna kuasa untuk anugerah diri sendiri dan ada pasukan keselamatan yang berkorban diketepikan dan media diutamakan.

Kini timbul pula Ketua Menteri Dato Idris Haron nak anugerah Pingat Gagah Berani untuk hanya level pelatih dan untuk selamatkan diri sendiri. Kalau gitu, semua mangsa banjir yang dapat selamatkan diri patut diberi pingat.

Berikut satu suara rintihan seorang pasukan keselamatan:

Apa dah jadi dgn kerajaan malaysia ...TAK KE GILA BABI namanya ... 13 anggota komando jatuh bot dapat anugerah Pingat Gagah Berani (PGB) .Apakah sumbangan mereka ni pada NEGARA .. kalu setakat naik bot lepas tu jatuh ...sempat berenang ke tepi....dapat anugerah PGB ..tak masuk akal..bukan nya mereka bertempur atau lawan musuh... bot karam tebalik sendiri..pun dapt PGB.. untung banyk lah.. dpt elaun rm1000 lebih seumur hidup... Polis yg duk sekam mata bertarung nyawa dgn penjenayah nak jarag pun nak dpy PGB.. Apa lah rendahnya IQ peg tentera...dan kerajaan BN ..
Buat malu aje...sedih betul...

Khabarnya Idris tersilap kata dan bukan PGB yang mahu diberi. Lagi pun, Melaka mana ada SUltan nak beri pingat PGB, sindir Flying Kick. Baca SINI

Dahlah hari itu jadi satu memalukan bila Idris Haron maafkan cina tapi respons yang Cina beri adalah mereka tak minta maaf pun.


Idris Haron ni steady dan pandai tapi apa punya hal tak renti mengeluarkan kata tak cerdik. Hari itu buat kontroversi dan bunyi macam garang dalam hal Jonker Walk tapi kini sedi amaafkan pulak.

Jangan buat kerja timbulkan kontroversi, buat kerja elok cukuplah.

4 comments:

  • Anonymous says:
    December 13, 2013 at 11:38:00 PM GMT+8

    Muda lagi, pengalaman kurang.

  • Anonymous says:
    December 13, 2013 at 11:48:00 PM GMT+8

    Pihak polis di Lahad Datu tak beri PGB bagaimana nak berikan kepada Komando yang belum pernah berkhidmat kepada negara Malaysia.

  • Anonymous says:
    December 14, 2013 at 12:14:00 AM GMT+8

    aku yakin ada lagi cerita pasal si Deghe ni. harap harap cerita yang baik baik belaka.

  • Anonymous says:
    December 14, 2013 at 9:32:00 AM GMT+8

    Lwpas ni lebih matangle dia.... belajar dari kesilapan

fda

Link2Me WeLinkBk (254)