Saturday, December 14, 2013

Masa Anwar puji Wan Azizah, awat takde bising?


Mungkin Datin Seri Rosmah bukan isteri Perdana Menteri yang mengikut acuan biasa, tapi tak perlulah melampau sangat baik pihak pembangkang atau pihak tertentu dalam UMNO.

Kalau nak tegur atau kritik pun, berpatut-patutlah. Bukan dia yang berkuasa dan memegang kuasa. Bukan dia yang rakyat dan Sultan atau Agong kasi kuasa. Malah dia pun tak diberi kuasa.

Maka dalam Dato Kadir Jasin menyindir, fikir-fikir ada betul disebut ABITW di SINI. Baik berilah dia kuasa supaya dia boleh bertanggungjawab dan jawab sendiri tuduhan terhadapnya. Takde lagi orang komplen pasal dia masuk media selalu.

Sebenarnya pembangkang hanya nak hentam UMNO dan BN dengan menjadikan Rosmah sebagai sasaran. Sedikit salahnya akan diperbesarkan. Fitnah dan pelbagaian tomahan direka terhadapnya.

Hingga Dato Najib jelaskan sedikit pasal Rosmah di PAU jadi isu politik. Ada pihak kata tak perlu dan melampau. Dalam mereka menyerang, sudahkah mereka ambil kira semua aspek?


MIK di SINI dedahkan Anwar Ibrahim ketika jadi Timbalan President UMNO pun memuji isteri di PAU. Kenapa tiada yang hentam dia?

Malah pasal puji isteri, Anwar bukan saja masa dalam UMNO tapi masa ketika dalam ceramah atau Konvensyen PKR pun selalu bergurau mesra dan memuji isteri. Awat penyokong PKR dan Pakatan tak tibai?

Hak masing-masing nak kritik atau tegur public figure tapi sekurang-kurangnya profesyenal, adil dan konsisten. Ada pihak dalam penyokong BN rasa kritikan terhadap Rosmah keterlaluan dan tak objektif.

6 comments:

  • Anonymous says:
    December 14, 2013 at 9:43:00 PM GMT+8

    Sebenarnya si Anwar Ibrahim bukan begitu sempurna. Najib dan Rosmah memang sempurna kerana tak buat apa apa salah dari segi moral.

  • Anonymous says:
    December 14, 2013 at 11:36:00 PM GMT+8

    1. azizah tak pakai jet kerajaan
    2. azizah tak mengada-ngada
    3. azizah berkahwin hanya sekali
    4. Azizah tidak berlagak
    5. Azizah lebih bersifat keibuan
    6. Azizah tidak menonjolkan diri berlebihan
    7. Azizah tak ada bajet besar...lagi besar bajet, lagi kemungkinan salahguna

    sri hartamas

  • The Didi Butter says:
    December 14, 2013 at 11:38:00 PM GMT+8

    Anwar puji Azizah sebab memberi dorongan kepadanya dalam karier berpolitik. Najib puji Rosmah hanya untuk menghalalkan aktiviti Rosmah menggunakan wang kerajaan padahal dia bukannya di kalangan menteri yang dipilih rakyat pun.

  • takmakanupah says:
    December 14, 2013 at 11:49:00 PM GMT+8

    1. Cara Anwar puji dengan cara Najib puji isteri berbeza, yeop. Pujiannya lebih bersifat gurauan, tapi Najib lebih bersifat 'menonjolkan' jasa isterinya.

    2. Rekod Wan Azizah waktu tu macam mana? Kedudukannya di mata rakyat terbanyak macam mana? Jauh kalau nak dibandingkan dengan Rosmah.

    3. Membandingkan tindakan Anwar yang masa tu TPM dengan Najib yang merupakan PM merupakan perbandingan yang tak betul.Bandingkanlah PM dengan PM (bekas). Pernah ke Tun Mahathir puji Tun Hasmah di depan khalayak? Pernah ke Tun Abdullah buat macam tu?

    Dan, sila ambil perhatian, yang resah dan rimas dengan cara Rosmah bukan sahaja pembangkang...dalam UMNO pun ramai. Tapi kerana sayangkan parti, mereka sekadar meneguk air liur pahit.

  • Anonymous says:
    December 15, 2013 at 12:44:00 AM GMT+8

    kalu tak silap, TDM pun puji isteri, tun dr hasmah. katanya isterinya berada disisinya untuk memberi beliau kekuatan, bukan di belakang. tu TDM puji. sama tak dengan ah jib gor puji isteri. tapi presiden pkr puji laki tak boleh tahan, anugerah tuhan katanya. fuhh bukan main berjasa pemimpin kita. rakyat tak kisah pun. tak ambil port langsung. yg kita kisah masa tu, bantuan banjir dah diseleweng oleh orang yang dipertanggungjawabkan. bawa balik pulang ke rumah. anak-anak kelaparan, makanan kering banyak, tapi tak diberi sehingga roti pun expired. ada yg kisah cerita ni. mana lebih penting?

  • Anonymous says:
    December 15, 2013 at 6:48:00 PM GMT+8

    TDM puji kata isterinya di sisi, bukan dengan hidung kembangnya memberitahu rakyat yang isteri dia berjasa, bla--bla...telefon sana....bla-bla...telefon sini...bla-bla...

fda

Link2Me WeLinkBk (254)