Seminar Antarabangsa Autisme 2014

Wednesday, December 11, 2013

Diam PAS hal Pulau Mazu, tarhim ...tapi sebar fitnah Spiritual CIty


Semasa kempen pemilihan PAS, sekumpulan pemimpin PAS Pulau Pinang bising tentang DAP Pulau Pinang mengenepikan mereka. Habis pemilehan ... terus diam hingga nama Pulau Jerjak jadi Pulau Mazu atau Pulau To'kong Lim Guan Eng pun mereka dah bagai di plaster mulut.


Malahan tidak kedengaran pula suara PAS dalam kesediaan Pengarah JAKIM Pulau Pinang untuk batalkan tarhim dan perlahankan azan. Bagaikan PAS bersedia terima proses sedikit demi sedikit ala Kamal Attaturk menghancurkan Islam di Turki. Baca di SINI.


Dalam pada itu, pihak PAS sedang ligat menyebarkan fitnah bahawa banjir di Kuantan adalah bala kerana rancangan membina projek 1Malaysia Spiritual Tourism Project. Padahal isu ini sudah lama ditimbulkan oleh blogger-blogger pro UMNO sendiri. Menteri Besar Dato Adnan Yaacob sendiri pun telah menafikan. Baca di Sinar Harian di SINI.


Apa perlu blog Anak Sungai Derhaka menulis lagi di SINI jika telah di nafikan? Adakah dia membantu untuk beri tahu pembacanya untuk tahu hal ini tak betul?

Kalau demikian, kenapa tajuknya bukan mengetengahkan elemen penafian tapi ditulis seolah-olah menimbulkan persoalan? Nawaitu jahatnya begitu terserlah bila dipampang gambar projet tersebut sebagai gambar di atas.

Segala penafian diletak di bawah dalam isi yang mana-mana bagi pembaca yang hanya baca tajuk, tengok gambar dan pembukaan perenggan atas berikut:
"Rupa-rupanya tersebar luas kononnya Pahang dilanda banjir teruk akibat ditimpa bala kerana mahu melaksanakan 1Malaysia Spiritual City..."

...dah boleh terus salah andaikan ia nya benar.

Puak -puak PAS yang tak bantu banjir tapi hanya tengok dan bergambar photo op ketika melawat  banjir.  Tapi bersungguh-sungguh menyebarkan di sosial media:
Mungkin inilah punca banjir besar d Kuantan perncgn utk mmbina to'kong terbesar atas nama 1 Malaysia d Gambang Kuantan dlm tahun ini.... tengok jgn tk tengok

[Video pemaju tersebut di SINI dan SINI.]


Mmg cukup mnyedihkn melihtkn bndr Kuantan ini.. tetapi kita jgn terleka agenda mmbina '1 Malaysia Spiritual Tourism ini' yg diluluskn tanah seluas 500 ekar milik Kerajaan Negeri yg akn mnmptkn rumh ibadat terbesar agama Budda, Tao, Hindu, Sikh, Conficius, Kristian, Sai Baba dn I Tao Kuan. Akn didirikn piramid terbesar d dunia dn dibina patung Kuan Yin d atasnya. Disamping itu pusat pengumpuln abu mayat trbesar d dunia dgn 5 juta ruang setiap satu brhrga RM12,000 yg jk djual mngumpul hasil 60 billion. Mnjadikn Malaysia pusat ziarah mensyirikkan Allah yg trbesar d dunia. Projek ini drahsiakn dr pngetahuan umum tp brlaku d bawah pntdbiran kjaan skrg. Kita mesti berusaha mncegahnya kerana Murka Allah sudh dnmpkkn kpd kita dgn bnjir ini.

Kalau begitu, adakah Kelantan banjir kerana ada beberapa wat-wat siam Buddha yang besar dan begitu tersergam tok pekong Buddha yang besar?

Tanpa berfikir panjang, takkah mereka bertanya kenapa Terengganu hujan walaupun takde projek sedemikian?


Sudut jawapan Semut Hitam di SINI pun menarik. Kalau nak cerita banjir, Padang Arafah yang pernah berlaku banjir tu pun ada tokong Mazu dan spojek pelbagai ugama juga ke?

Namun, Anak Sungai Derhaka dah ada jawapan jika dituduh menyebar fitnah. Mereka akan kata mereka siarkan penafian.

3 comments:

  • Anonymous says:
    December 11, 2013 at 2:02:00 PM GMT+8

    aku tak paham...asal berlaku kat BN/UMNO mesti dikatanya bala..tp bila berlaku kat mereka..dia katanya ujian la..

    tu kat Kelantan tu..ada patung besar buddha baring lg...so banjir tetiap tahun kat Kelantan pun konsider bala la jugak kan...kan kan..kan..kan..

    -smh-

  • Anonymous says:
    December 11, 2013 at 2:54:00 PM GMT+8

    Busuk sampai ke sum sum.

  • Anonymous says:
    December 12, 2013 at 6:38:00 PM GMT+8

    ALLAH MAHA MENGETAHUI, ORANG-ORANG HAMPAS DAN PAKATAN SEMEMANGNYA MAKHLOK PEMUSNAH, TIDAK SEPATUTNYA ALLAH MEMEBRI RAHMAT KEPADA MEREKA KERAANA TIDAK BERSYUKUR DENGAN PEMBERIAN ALLAH.

fda

Link2Me WeLinkBk (254)