Saturday, December 14, 2013

Cepat sangat tuduh Tabung Haji labur saham tak halal



Orang Melayu ni cepat terima saja apa yang didengar-dengar tapi tak dengar dari dua-dua belah pihak. Lagi sekarang bila mereka buat tuduhan tapi enggan terima penjelasan. 
Tuduh dan terus jadikan ianya viral di internet dan hap. Sepertilah hal Tabung Haji tak beli saham syariah compliant yang ditulis oleh seorang bernama Suzardi Maulan bertarikh 12 Disember 2013. Ianya seperti berikut:

1. Tabung Haji memegang deposit kira-kira RM 40 bilion.

2. Barangkali ramai masih ingat, TH pada Julai 2008 telah memiliki 29.6% bersamaan 92.9 juta saham Silverbird seterusnya menjadi pemegang saham terbesar.

3. Ketika itu, saham Silverbird berharga sekitar RM 0.80. Hari ini, berdasarkan maklumat di Bursa Malaysia TH telah mengurangkan pegangan dalam syarikat ini ketika harga saham cuma sekitar RM 0.10.

4. Pada 18 Jun 2012, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia telah mengumumkan kaedah Shariah screening baru yang berkuatkuasa pada November 2013. Ada sebahagian Islamic fund manager telah mengambil langkah proaktif dengan mengingatkan syarikat-syarikat yang berpotensi menjadi tidak patuh Shariah pada November 2013. Malah, hal ini juga pernah keluar di muka hadapan akhbar-akhbar kewangan utama Malaysia.

5. Malangnya TH dari September – November 2013 telah mula membeli saham-saham Parkson Holdings Bhd, yang mana syarikat ini telah bertukar status menjadi TIDAK SHARIAH COMPLIANT pada 29 November 2013. Notis terakhir kepada Bursa Malaysia menyebut pembelian terakhir sebanyak 500,000 unit saham dibuat pada 28 November 2013.

6. Pembelian ini menyebabkan TH mempunyai 76,497,500 unit saham bersamaan 7.11% seterusnya menjadi pemegang saham ke-4 terbesar dalam Parkson Holdings. Seandainya harga purata pembelian TH adalah RM 3.50 ini bermaksud nilai pelaburan adalah melebihi RM 250 juta.

7. Bagaimana TH boleh membeli saham yang berpotensi bertukar status Shariahnya pada saat ada Islamic Fund Manager lain telah mula memberikan surat peringatan kepada syarikat-syarikat tertentu agar segera bertindak ?

8. Di manakah Shariah Governance Lembaga Tabung Haji ? Siapakah pegawai / panel Shariah yang patut memberi amaran kepada pihak pelaburan TH dalam hal ini? Atau adakah amaran telah diberi namun masih buat tidak tahu ?

9. Adakah ini menunjukkan tahap Shariah culture awareness dalam pelaburan TH lebih rendah dari sebahagian private Islamic fund manager yang lain sedangkan mereka memegang hampir RM 40b deposit, yang majoritinya adalah kepunyaan umat Islam ?

10. Ini yang kita dapat tahu, sebab diumumkan di Bursa Malaysia, bagaimana pula dengan pelaburan lain yang tidak diumumkan dan tidak dilaporkan ? Siapa yang menentukan ia patuh Shariah?

p.s. Lembaga TH juga ada mempunyai pegangan sebanykmak 146,070,473 saham Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB) yang juga kini berstatus tidak patuh Shariah, membeli 639,100 unit saham pada 28 November 2013.
Isunya ini disuarakan dengan professyenal sekali dengan data semua tapi pembaca kena dengar pula sebab ianya berlaku demikian. 

Hal ini sudah banyak kali di tanya menegnai status saham yang baru terkeluar dari senarai patuh syariah oleh SC yang masih dipegang oleh TH.

SC telah membuat review polisi untuk syarikat patuh syariah. Antara kriteria penyaringan yang ketara penukarannya adalah dari segi:

1. “Conventional Income Level”
2. “Conventional Debt Level”
3. “Conventional Cash Deposit Level”
Apabila ditukar kriteria maka banyak syarikat yang dulu halal jadi kurang halal.  Namun begitu,  syariah counsel SC telah beri masa 6 bulan sampai Mei 2014 untuk syarikat tersebut kembali halal. 
Disebalik itu, TH mempunyai 6 bulan untuk menjual saham-saham syarikat yang sudah tak boleh kekal patuh syariah. 
Suzardi sepatutnya baca habis guide line majlis penasihat Syariah SC bagi komen yang TH tak immediate jual saham saham tu. TH ada masa 6 bulan untuk buat keputusan.
 
Takkan main jual sekali rap! Terbarai portfolio dan jatuh saham bila pasaran tahu Tabung Haji akan jual segera. 

Dalam TH ada pelbagai jawatankuasa dan kriteria yang perlu diikuti. Ahli-ahli Jabatan Pelaburan,  Panel Pelaburan, Panel Shariah dan Lembaga Pengarah TH sentiasa memantau  semua aktiviti pelaburan TH bagi memastikan pelaburannya sentiasa patuh syariah. Ahli Lembaga atau CEO atau pegawai pun tak boleh main sesuka hati. 
TH bukan syarikat Ah Kow dan Ahmad tapi institusi kerajaan yang perlu mematuhi syarat dan peraturan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Sekuriti dalam membuat pelaburan bagi menjamin pelaburannya sentiasa patuh syariah. 
TH mempunyai masa enam (6) bulan untuk menyimpan dan menjual saham-saham tersebut sehingga 31 Mei 2014. 
 Relaks la bro ... jangan cepat main hentam dan gelabah!!!

3 comments:

  • Anonymous says:
    December 14, 2013 at 8:51:00 PM GMT+8

    orang melayu suka share fakata fakta bodo macam tu.

    tulih ayat no 1 sampai ke berapa pun,dan kemudian letak nama dan share.terus orang lain akan percaya walaupun sumber tak diketahui.

    Quran pun dah cakap suruh siasat tapi orang melayu Islam ni bangang lagi suka main share apa apa yang disebut fakta tanpa mengkaji.

    tu pasal kena tipu dgn nuwar berahim dan PAS,DAP

  • bluk says:
    December 15, 2013 at 9:52:00 AM GMT+8

    btol.boh plak term2 yg bombastik.smua trus pcy.apatah lg yg d psoalkn 2 ad kaitan ngn gov.

  • Anonymous says:
    December 19, 2013 at 11:27:00 AM GMT+8

    bro... mane de halal bertukar jadi "kurang halal".. yg ade halal atau tak halal tu je..

fda

Link2Me WeLinkBk (254)